Malam smalam aku plan kononnya pagi Jumaat harini nak keluar seawal pagi breakfast kat luar tapi biasa la kan,manusia ni hanya mampu merancang sebab realiti yang berlaku adalah sila plan lunch anda nak makan apa.Breakfast tu kira skip terus sbb aku pun taktau aku buat apa pagi tadi sampai sibuk bebenor kehulu-kehilir padahal dalam rumah sendiri je pun.Hahaha!
Maka around 11 am aku gerak ke Giant.Jadi bila sampai Giant buntu pulak duk fikir nak makan apa,maka kaki laju je masuk Chicken Rice Shop walau keinginan nak bersantap kat situ tak ada pun.Tapi kalau tgk sekeliling,kedai apa yang best kat situ??Nan ado.KFC?No.Rasamas?Hmmm.Stall kat luar Giant tu?Pls la.Tak sedap langsung tapi ada hati nak caj mahal serupa stall diorang tu esklusif sangat.
Ok terus duduk.Harini aku heret cousin aku Eda dgn Damia sekali.Mula-mula duduk tunggu org amik order.Rasanya dekat 10 minit jugak baru waiter datang walau kat dalam restoren tu bkn ramai orang pun tambah lagi hari Jumaat.Kalau lepas solat Jumaat biasanya mmg ramai la.Aku ok lagi sbb aku pun bukan rushing nak kemana-mana pun.Just datang nak beli stock susu dan pampers Damia je pun.
Bila datang ambik order,serious mamat waiter tu kalah macam orang puasa.Tak bermaya langsung walhal pagi sgt lagi.Smalam berjaga tengok bola ke bang?Aku layankan jer.
Lepas tu seperti biasa la anak aku nak tengok menu tu walau tak tahu baca pun.Disentap karang tak pasal-pasal ada hiburan free pulak so aku mintak izin la suh bdk tu tinggalkan satu.Biasanya sebelum ni kalau aku mintak macam tu,diorang orait je tapi mamat ni dia buat muka tapi silap la sbb aku nampak.Menyirap jugak darah aku tapi aku diam lagi sbb mood pagi lagi dan tak elok nak marah-marahkan orang.Be positif ok.Anggap la mamat tu PMS.
Tak lama lepas tu sampai la order kami cuma aku tak puas hati dengan ayam yang dia bagi since dia tak tanya pun pilihan ayam apa yang aku nak dan suka hati mak bapak dia je decide untuk aku.Actually kalau dia tak buat muka tadi,aku dengan senang hati accept je walau salah hantar sekalipun.Aku bukan cerewet sangat.Tapi memandangkan dia sudah buat muka kodok kat aku,maka gunung berapi pun sikit demi sikit keluar lava.Hahaha!
Maka aku pun panggil waiter lain.Dan aku mintak kat dia form complain.Waiter tu serious muka terus berubah panik.Lepas tu waiter perempuan tu datang hulur form complain dan waiter yg entertain aku tu pun datang sama.Serious dua-dua muka gelabah gila.Aku pun tanya la,ayam ni boleh tukar lain?Kalau tak boleh tak apa.Lepas tu waiter perempuan tu cakap boleh.Then waiter lelaki tu cakap bukan mintak ayam roasted ke?Aku yang tengah panas ni terus jawab,"Siapa mintak ayam roasted?Ada awak tanya saya tadi?Awak pun tak tanya nak ayam apa lepas tu blah macam tu je".Tapi,serious kesian pulak tgk muka mamat waiter tu bila dia start main jari sendiri.Hihihihi!Dan yang pasti lepas tu memang aku dapat layanan 1st class la.Kikikiki!Diorang macam dlm mode standby je takut2 aku panggil.Dan form complain tu aku tak isi pun.Aku sumbat masuk handbag lepas tu sampai rumah aku buang jer.Sajer jer gertak moga next time dia tak treat customer lain sambil lewa.Bagi pengajaran sikit.Waiter lelaki tu lepas tu takde muka ketat dah.
Dan terkena lagi macam ni aku teringat la bulan lepas pernah face benda yang sama kat Pizza Hut kat Kuala Terengganu ni jugak.Aku awal2 cakap,semua branch Pizza Hut di area Kuala Terengganu ni dia punya service mmg teruk.Waiter tak profesional,service mmg siput.Sebelum ni mana yang aku boleh sabar,aku sabar je la.Tapi haritu mmg aku panassss betul.
Mula-mula aku masuk dgn anak sedara aku Sarah.So dah banyak seat kosong,kitorang pun duduk la mana tmpt yang kitorang suka memandangkan takde pulak any sign yang claim certain area tu takleh duduk atau ada note reserved ke apa.Memang TAK ADA.Baru duduk tetiba manager dia sound.Manager ok based on uniform dia.Lelaki.Pakai sound dari belakang sambil jalan straight ke kaunter.Ayat dia,"Takleh duk kat situ.Duduk kat sebelah sana".So kami pun move la kat sebelah sana.Serious aku rasa,macam kau tak boleh ke pergi kat kitorang bagitahu sampai nak laung satu restoren boleh dengar.Bongok.
Part nak order,mmg lambat gila.Kena panggil banyak-banyak kali.Bayangkan kita kena panggil dia bukan dia datang pada kita.Itu satu hal.Lepas tu meja yg kami duduk tu takde lagi diorang letak sudu,garfu,pinggan segala.Diorang bwk segala benda tu sekali dengan apa yg kami order tapi pakai letak mcm tu je lepas tu blahh.Ok.Mula-mula aku macam saje2 je snap pic sudu garfu ni.
Lepas makan ada la pizza yang tak habis lepas tu Sarah panggil waiter dia nak mintak bungkus.Bayangkan dengan restoren yang boleh dikatakan 4 meja je pun ada customer tapi kena panggil banyak2 kali.Paling sakit hati bila diorang mcm buat-buat tak nampak kitorang panggil.Diorang lagi seronok bergelak ketawa sembang cakap kuat-kuat.Lepas tu ada sorang waiter tu datang lap meja so kami panggil la.Boleh dia jawab "Kejap" sambil lap meja tu dengan begitu slow motion sekali.Memang layan perasaan betul la.Memang lama gila kitorang kena tunggu walhal sepatutnya dia kena stop kejap lepas tu datang kat kami. Tapi taktau la kot-kot procedure Pizza Hut kena habiskan lap meja dulu baru dapatkan customer.Bila waiter tu datang,Sarah pun tanya la,"Kat pizza ni ada dua orang pekerja jer ke?"Soalan perli sebab that time staff dia yang ada memang lebih dari 5 orang tak termasuk yg duk kat dapur.Dan customer time tu dah tinggal 3 meja je pun termasuk kami.
Waiter tu selamba jawab staff lain sibuk.Jawab tetap jawab walau jawapan yg diberi memang menampakkan kebodohan dia yg jelas.Sibuk sangat la kononya walau time tu bilangan customer pun boleh bilang dengan jari.Baiklah.Staff semua sibuk nak bergelak ketawa macam Pizza Hut situ bapak kamu punya.Satu lagi staff yang duk dapur dengan selambanya teguk coke sambil siapkan makanan.Dah la minum berdiri pakai teguk macam tu je.Kalau orang Terengganu cakap."Togok air!".Mcm takde procedure langsung.Balik pada service yg kami dapat serious macam taik,tapi nak caj mahal untuk servis sumpah aku tak halal bkn utk restoren tu tapi untuk staff yang kerja langsung tak ikhlas dan kau makan la gaji yg kau dapat tetiap bulan tu walhal korang tak berdedikasi dan ikhlas pun dalam bekerja.
Lepas kami blah dari situ aku ingat stop sampai situ je tapi rupanya anak sedara aku Sarah email HQ Pizza Hut buat complain.Tak sampai sejam staff sana follow up then mintak bukti so kitorang send je la pic yang kitorang ambik tu.Mmg detail la anak sedara aku tu karang complain tu.Tak sangka berguna juga pic tu.Ingat aku snap main-main je.Silap kami tak amik nama staff yang bengong tu.Baru la lengkap complain.Mungkin dengan orang lain diorang biasa buat tapi orang lain diam je,tapi dengan kami silap la sbb anak sedara aku tu pulak amik Service Management.Lagi la kau.Memang buku bertemu ruas la jawabnya.
Tapi aku tak tahu la samada HQ ambik tindakan atau tak tapi kira bila diorang bagi feedback tu pada aku orait la.Ini bermakna diorang concern la dengan complain dari customer.
Tapi jujur aku cakap,bab profesionalisma dalam servis kat Terengganu ni memang masih rendah sebab kebanyakan pekerja yg involved dlm sektor servis ni macam tak terlatih dan juga kadang-kadang tu lagak macam company tu bapak sendiri juga yg punya.Tempat lain pun ada jugak kes mcm ni.Kalau ada please share.Hahaha!Memang teruk walau tak kesemuanya la.Masih ada yg ok cuma tak banyak.
Jadi mulai sekarang,kita sebagai customer kita tahu apa right kita dan kita mmg dibenarkan untuk complain kalau tak puas hati.Tapi make sure complain perkara yg betul la dan jangan pulak salah kita tapi kita nak blame diorang pulak.Kalau kita tak complain,macam mana mereka nak improve diorang punya servis.
Cuma kadang-kadang aku sedih bila tengok orang yang nampak macam janggal masuk restoren macam tu,so confirm la diorang tak tahu apa-apa,then time ni la pekerja-pekerja bongok ni amik kesempatan.Aku cakap direct,selagi kau bayar service caj,kau tak payah susah payah nak pergi bayar kat kaunter.Biar staff diorang datang ulang-alik untuk settlekan proses pembayaran.Kalau diorang tegas jugak ckp sila bayar kat kaunter jugak,korang jangan bayar untuk service caj.Itu hak korang.Dan sama jugak kalau service yg diorang bagi tu tak memuaskan hati.Jangan sesekali BAYAR servis caj tu.
Sendiri mau fikir la aku makan kat Warung Pak Ali tepi parit tu pun,pakcik tu datang kat meja walau takde service caj.Hahaha!
Dan kalau satu-satu restoren tu mmg takde servis caj,pastu diorang suh bayar kat kaunter,sila la follow jangan sibuk nak bertekak pulak.Hihihihi!