Kadang-kadang perlu diluah juga

Aku tak nafi politik Malaysia ni kotor tapi bila dah tengok lagu tu takkan kita nak kelip-kelip mata je tengok.Ayuh laksanakanlah tanggungjawab.Mana yg dah boleh daftar tu,sila daftar.Takyah tunggu-tunggu.Takyah la nak guna statement tak sokong mana-mana walau aku tahu yang jenis macam ni diam-diam selalunya pangkah dacing.Biasa la yg jenis pangkah dacing ni universal.Kalau dalam blog,nak maki diorang punya sekutu mesti guna samaran anon.Tak adanya nak tunjuk diri sebenar.Ada,tapi jarang.Konon tak ada akaun la apa la.Ewwww!Hahaha!Tunjukkan la pendirian kita.Dah kalau rasa UMNO tu bagus,tunjuk la pendirian kau dan bukan lempar batu tapi sorok tangan.Huh!Macam-macam.

Parti politik kat Malaysia ni pun bukan banyak sangat sampai rambang mata nak pilih.Hihihi!.Pilih la apa yang dirasakan terbaik.Contohnya kalau kau rasa parti Kunci tu adalah the best,kau pangkah la.Tetiba  je aku teringat kat Makcik Maimun tu.Dari kecik okeh aku tengok dia kehulu-kehilir dgn basikal dia tapi yg peliknya dia tak pulak tunggang basikal tu.Dia tolak je.Hehehe!Dan seingat aku dia sememangnya sangat berminat dengan politik pastu suka sembang pasal politik dan sambil-sambil tu dia jual kain.Maka politik ni sebenarnya tak terbatas untuk certain usia sahaja sbnrnya dan tak semestinya kau belum layak mengundi maka kau tak boleh nak cakap pasal politik.Itu fikiran orang lemah otak macam JKKK kat kampung aku.Sebut je jawatankuasa kampung,nak tengok batang hidung pun payah tapi cakap pung pang pung pang.Apa tugas pun aku tak tahu la.Kata nak bertemu rakyat marhaen ni?Hehehe!Kau kena pangkah dacing dulu baru dia nak  datang bertandang kot tapi tak jugak rasanya sbb yg belakang rumah aku ni pun orang UMNO jugak tapi bila lumpuh aku tengok bantuan yg sampai dari orang PAS kwsn sini jugak bagi sumbangan kerusi roda.Nak tunggu JKKK tu lambat lagi la pastu baru la pak cik tu nak menangis terharu.Menangis terharu ke atau sbb rasa malu sbb sblm ni waktu sehat kemain kau hina orang-orang yg datang tolong kau tu.Wallahuallam.

Cerita pasal JKK kat kampung aku ni,kalau aku melintas kat tepi rumah dia,kalau tak duduk kat meja khas (meja untuk pemimpin bertemu rakyat),mesti duk sembang dengan bini dia kat beranda.Mcm last two weeks ngah duduk tukar bendera Malaysia yang dah nampak lusuh mungkin nak diganti baru kot.Cuma until now aku tak pernah lagi tengok dia gantung bendera UMNO.Hahaha!Takkan segan kot.Tapi yg pasti aku adalah antara orang yang dia takkan sign kalau nak isi apa2 borang sbb dia tak suka ayah aku.Hihihi!JKKK kampung aku memang profesional.Lagi profesional sbb dia JKKK lepastu dia pun dapat bantuan rumah PPRT tapi dia tak duduk la.Dia bg sewa.Aku sendiri pun tak tahu tang mana papa kedananya dia ni.Rasanya kereta ada dua bijik,rumah boleh tahan besar.Tapi sebut je JKKK,masjid tepi rumah aku ni pun tak pernah datang tapi sanggup solat jumaat kat masjid lain.Hihihihi!

Lepas isu Adam Adli,maka ramailah penganalisa politik yang tak bertauliah duk pung pang pung pang dan antaranya ada la yg bising cakap kalau dah masuk rumah orang,hormat la dengan rumah orang.Tang ni aku mmg setuju tapi kalau fikir balik budak tu cuba lahirkan apa yg dia rasa.Apa salahnya dengar dulu tapi ini tidak,menghukum je tahu.Tapi biasa la bila duk pung pang pung pang,diorang mungkin lupa orang UMNO pun pernah serbu masuk pejabat MB Selangor satu ketika dulu pastu buat kecoh.Abis ni hormat rumah orang ke tak?

Dan ada jugak yang kata kononnya mahasiswa ni sila habiskan belajar tu dulu baru la sibuk nak berpolitik.Tapi yang hairannya mahasiswa ni jugak la yg dipaksa tadah telinga dengar ceramah politik.Biro tatanegara,slot ceramah dia jelas tentang UMNO pastu siap burukkan parti lain.Pastu kalau ada ceramah,siap student wajib hadir pastu jemput pulak ahli politik yg pernah disabitkan dgn kesalahan rasuah pulak tu.Jemput la tokoh yang berwibawa sikit baru la boleh motivate pelajar.Jemputlah academician.Dekat UMT tu sendiri pun ada profesor-profesor yg bagus kalau taknak jemput dari universiti lain pun.Tapi aku tak pasti kalau kolej swasta macam mana.

Dan lagi adajugak yg cakap kononnya as a student,biar rajin involved dgn pilihanraya universiti dulu baru la sibuk nak join yg luar.Jujur aku cakap,even dalam universiti pun kebesasan bersuara pun disekat,maknanya pihak universiti kena tapis dulu tengok sesuai ke tak.Habis tu,baik takyah buat pilihanraya.Buat satu parti je pastu dia la terus menerajui sampai 50 tahun akan datang.Itu yang keluar manifesto-manisfesto yg bangang tu.Ini kisah benar.Bayangkan kalau takat manifesto "Kalau saya menang,saya akan pastikan kedai serbaneka T-Shop akan ada di UMT". (T-Shop ni lebih kurang 7Eleven la).Itu je manifesto kau?Adoi!Kalau lagu ni tak undi pun takpe.Dan yang paling aku ingat manifesto dari seorang wakil perempuan yg berbunyi,"Kalau saya menang,saya akan pastikan zero couple di kolej ini".Hahaha!Hasilnya satu dewan boooo dia sbb mcm orang tak tahu dia tu ex-gf suami aku.Oh!No.Jadi nilaikan sendiri la.Ini waktu aku dikolej.Tapi aku tak tahu la kat universiti lain tu macam mana.Takleh jugak nak judge dari aku punya point of view sahaja.

Pada aku kalau ada kawan2 seuniversiti yg mula bercakap pasal politik,bercakap pasal isu semasa,aku akan rasa dia dah bukak minda dia kalau nak dibandingkan yg lain tu,usahkan nak baca buku,baca suratkhabar pun malas dan itu la sampai tak tahu tahanan Iraq ditahan kat penjara mana walhal hari-hari keluar berita waktu Saddam Hussein digulingkan.Alasan kat kolej tak ada tv mmg xleh pakai sbb boleh pulak download lagu,download cerita Korea kat you tube.Tapi xleh jugak letak 100% blame kat diorang sbb kat dalam UMT ni,suratkhabar paling laris tak lain tak bukan Harian Metro.Mmg mendidik la surat khabar ni.Surat khabar seks kata ayah aku.Ntah hapa-hapa cerita.Kalau tak eksiden,report psl salah laku dan yg pasti berita yg ntah hapa-hapa.Kadang-kadang tu exaggerate dari wartawan.Dan aku pun pelik kenapa mesti dibenarkan dijual kat dalam ni.Mungkin sbb demand tinggi kot.

Tapi serious mahasiswa mmg tak dibenarkan membangkitkan apa sahaja persoalan tentang kerajaan.Dan maknanya kita harus telan bulat-bulat.Jangan pertikai.Terima je seadanya.Dan paling aku xleh blah sampai sekarang waktu ada satu YB ni ceramah kat UMT ni pastu dia tanya la student kot-kot ada yg sokong pembangkang pastu of cos la ada yg angkat tangan.Lepas tu selamba badak dia mintak IC bdk2 tu dan siap ugut nak tarik loan PTPTN diorng.Apa kau ingat duit-duit tu bapak kau punya ke?Sikit aku tak rasa respect  kat jantan ni tak kesah la dia YB ke apa sbb mati nanti bawak badan dgn nama asal.Tak adanya pangkat kau nak disebut Mungkar Nakir nanti.Sombong.


Dan ini la apa yg aku rasa.Kalau ada nak terasa nak buat macam mana sbb aku pun manusia biasa  juga dan aku juga ada pendirian aku sendiri.Sekian.


1 comment:

Rafhani said...

Huiyoo..msk bertanding PRU13 ni.aku undi mung larrr.hohoho

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You