Pagi ini

Pagi ini saya malas sangat nak pergi kerja.Bersiap pun malas saje tambah lagi bila fikir bekas makan malam semalam belum lagi dicuci.Aduh!!Nak tak nak saya kena bersihkan jugak kalau tidak sepanjang hari la fikiran asyik dirumah.Akan membuat diri merasa ada sesuatu yang tidak selesai.Atau balik sahaja dirumah akan terbau bau-bauan yang sangat la tidak enak hasil dari sisa-sisa makanan basi semalam.Nak pilih baju pun ambil masa.Terhangguk-hangguk depan almari.Last-last pilih baju warna purple.Bersiap lebih kurang,capai laptop,capai hand bag termasuk satu plastik sampah yang berbau.Ini adalah satu masalah jika tinggal dirumah apartment.Isk!!Turun lif dengan muka lesu walaupun semalam sudah cukup tidur (malah terlebih tidur sebenarnya kerana saya tidur pada masa yang teramat awal kalau nak banding orang lain.Huhuhu!)On da way ke kereta terpandang seorang budak yang asyik merenung saya.Saya pun sound la."Apa hal pandang-pandang???!!".Namun ia hanyalah bergema kat dalam hati.Hehehehe!Dah selamat buang sampah saya pun memecut kereta.Jam dah pukul 7.55 am.Ofis start kol 8.00am.Aduh!!Pecut la apa lagi!!Sampai kat ofis terkocoh-kocoh p "punch card".Fuh lega!Tidak merah kerana saya set jam dalam kereta awal 5 minit.Bagus kan??Lepas itu naik ke ofis atas menuju ke toilet dan waktu itu baru terperasan saya pakai kain senget.Payung kain sepatutnya ditengah kerana baju kurung Pahang namun ia berada dibahagian tepi.Sekilas pandang tidak perasan namun kalau ditilik sangat la kelakar rupanya.Patut la budak tadi merenung saya.Aduh!!!Malunya!!

1 comment:

FastRi said...

hahaha.. klako baca ayat2 umi.wase mcm penulisnya pakai spek mata besor dan tebal.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You