Itu Ini Begitu Begini

Sikap mencari kesalahan

Mencari kesalahan atau kelemahan adalah lebih mudah daripada memperbetulkan keadaan tersebut.Saya sentiasa berhadapan dengan situasi berkenaan.

Situasi satu,"Saya rasa kuih yang kamu buat ini agak manis,kamu patut kurangkan gula atau cuba tambahkan bahan A atau bahan B atau bla bla bla dan bla"kata si x.Saya mengiyakan kata2 si x.Mungkin mulut yang agak gatal saya bertanya si x "Kamu tahu buat kuih ini?".Jawab si x "Saya tidak pernah tahu ramuan dan cara membuatnya". Saya hanya mampu tersenyum tawar.

Situasi yang kedua apabila saya ditegur kerana kurang berdisplin.Saya mengiyakan dan berjanji untuk cuba memperbaiki diri.Namun apabila saya melihat orang yang menegur saya itu sebenarnya juga seorang yang tidak berdisiplin,sekali lagi saya tersenyum tawar.

Situasi seterusnya saya membawa kereta bersama si x.Sepanjang perjalanan saya ditegur kerana cara pemanduan baik untuk masuk simpang jalan mahupun isyarat lampu sedangkan saya sudah alert semuanya dari awal.Agak rimas namun kerana masih ada respect pada si x saya diamkan diri.Pada waktu yang lain menaiki kereta dengan suami dan si x yang memandu.Suami menegur si x namun dibalas dengan"Ya,saya tahu.Tidak perlu ditegur!" agak keras nadanya.Saya senyum tawar lagi.

Saya pernah ditegur tentang selok belok rumahtangga dari seorang yang masih belum berumahtangga(Tipah bukan nama sebenar).Saya hanya mendengar namun andai nasihat tersebut baik,insyaallah saya ambil.Berbuih-buih mulut Tipah nasihat saya seolah-olah saya sangat cetek tentang hal-hal rumahtangga.Tidak mengapa ,saya terima.Usia rumahtangga saya juga baru setahun lebih.Namun saya senyum tawar selepas Tipah kahwin.Ini kerana apa yang dia nasihatkan langsung tidak dipraktik pada rumahtangganya.Senyum kelat lagi saya.Manusia,manusia!

Saya terlajak bangun pagi dan terlepas solat subuh.Si x menegur saya.Tidak baik.Saya rasa bersalah dan menyesal.Namun untuk side si x pula,sebulan boleh dikira dengan jari berapa kali si x bangun untuk solat subuh.Selebihnya dikerjakan dalam tidur :D .Saya mengeleng kepala.

Saya jarang mendapat kata-kata ini "Apa yang kamu buat agak baik dan cuba perbaiki lagi".Namun yang saya dapat "Isk,salah lagi.Kamu tak tengok betul-betul ke?Sepatutnya ia bukan seperti ini dan harus begitu atau begini atau bla bla bla dan bla!".

Kesimpulanya manusia sangat suka menegur tapi tidak suka ditegur.Lumrah manusia juga sangat cepat nampak kelemahan orang lain atau cuba sedaya upaya mencari kelemahan orang lain walhal terlupa dengan diri sendiri yang tidak begitu sempurna.

Sikap menunding jari

Saya sudah lali dengan keadaan ini.Saya melalui situasi tegang dimana apabila berlaku kegagalan sesuatu perkara,saya sentiasa diletakkan sebagai punca.Kegagalan adalah disebabkan oleh saya kerana kelewatan,atau mungkin kecuaian atau kebodohan yang melampau-lampau sehingga membuatkan orang susah kerana saya adalah puncanya.Baik dihadapan namun dibelakang belum tentu.Saya tahu orang bercakap tentang saya dibelakang.Orang menyalahkan saya.Namun tidak mengapa.Saya tidak ambil hati mahupun berdendam.Saya terima seadanya kerana saya sangat percaya dengan diri saya sendiri.

Apabila berdepan dengan masalah,jarang orang memikirkan cara penyelesaian dahulu.Perkara pertama yang difikirkan SIAPA yang harus dicari untuk diletakkan sebagai punca permasalahan tersebut.Terima kasih kepada mereka yang sentiasa meletakkan saya dalam keadaan yang tegang.

Saya sentiasa percaya yang baik datang dari ALLAH swt dan yang buruk adalah daripada saya sendiri.

Namun dalam keadaan situasi-situasi begini saya bersyukur suami dan ayah saya mahu membela dan mendengar luahan hati saya.Cuma dua manusia namun saya syukur.

1 comment:

HBM Consultant said...

Salam,

Sis, sambung belajarlah sis.. Risiko untuk dibuli akan berkurangan apabila kita ada kelulusan akademik yang lebih baik.. hehee..

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You