- Bekerja untuk menyara kehidupan.Tidak bekerja bermakna tiada duit.Secara personal saya lebih suka pergi bekerja pada waktunya dan pulang pada waktu yang sepatutnya.Tiada istilah "workaholic"untuk saya.Label la saya seorang yang tidak kehadapan.Saya tidak kisah kerana pada saya yang utama adalah keluarga.Kenapa saya bekerja?Saya bekerja kerana membantu suami kerana kami adalah pasangan muda yang baru berkahwin dan kewangan kami belum kukuh untuk menjadikan saya surirumah sepenuh masa.Namun saya juga bekerja kerana saya sememangnya ingin bekerja dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari selama bertahun2.Dan suami juga menyuruh saya bekerja agar saya tidak bersungut kebosanan padanya kerana dia juga ada kerja lain selain daripada melayan rungutan2 dari saya.Hehehehehe!!
- Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,dalam hanya beberapa hari?Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.Bukankah begitu? Walaupun benar mencari rezeki penting utk menyara keluarga. Jadi renung-renungkanlah!
No comments:
Post a Comment