I love the way I am

  1. Saya sangat alah pada perfume ( mungkin dgn kandungan dalamnya kot ).Kalau sembur tak boleh kena kulit.Kesan sekiranya terkena adalah kesan2 merah menyala yang mengambil masa berhari2 baru boleh hilang.
  2. Saya tak ada koleksi make up yang lengkap sebab saya memang tak mekap langsung even pakai bedak asas sekalipun.Lipstick or gloss ada.Hehehe!
  3. Saya tak suka rumah bersepah dan kotor.
  4. Saya pantang orang sentuh or ambik barang saya tanpa kebenaran.
  5. Saya tak suka orang pinjam baju saya (kecuali saya offer) sebab itu saya pening bila tengok gelagat budak2 time saya dikolej dulu.Nak p dating pun sibuk pinjam baju orang.Untuk persembahan English Night pun sibuk pinjam baju orang.Hehehe!Seluar dalam tak nak pinjam??
  6. Saya tak suka orang baring kat atas katil saya (kecuali orang yang close sangat dengan saya)
  7. Saya anak yang ketiga yang selalu memberontak.Hahahaha!
  8. Saya tak suka tengok orang meludah merata-rata especially mamat2 bangla.Diorang ni memang suka meludah merata-rata.Ingat ni India ke??Stupid.
  9. Saya seorang yang sangat obses dengan computer games.Saya boleh stay up sampai pagi dengan benda alah ni.
  10. Saya lahir pada 1 January 1984.
  11. Saya seorang yang sangat nervous bila berhadapan dengan orang yang lebih berusia atau bercakap dihadapan sekumpulan manusia.Huhuhu!Cara mengatasi adalah dengan bermain dengan jari2 sendiri.
  12. Saya obses dengan buku tapi tidak suka penulis baru untuk novel cinta versi Melayu.Sudah cuba membaca namun tidak mampu menghabiskannya.Pada saya jalan cerita yang biasa dan lebih kepada imaginasi penulis semata-mata.Saya tidak suka novel yang menggambarkan sesempurna,sebaik2,sehebat2 manusia.Jalan cerita yang terlalu berbunga2 dan kebetulan yang kadang2 tidak masuk akal kerana hakikat kehidupan sebenar tidak begitu.Saya suka novel2 dari penulis lama.Baca berulang-kali pun tak apa.Kalau yang terbaru dari Tuah Iskandar.Itupun untuk novel original kerana saya suka kisah yang berkisarkan perjalanan seorang pengembara.Saya suka novel Warisan karya Abdul Talib Hassan (Pemenang kedua Sayembara Novel GAPENA & Yayasan Sabah 1979)dan beberapa novel lama yang saya sendiri tidak ingat tajuk dan nama penulisnya.Terima kasih pada Abah kerana memupuk minat saya terhadap buku.Abah juga sukakan buku namun pembacaannya lebih pada buku-buku keagamaan dan biografi.
  13. Saya obses dengan ensiklopedia namun tidak mampu memilikinya kerana harga yang agak mahal.Hanya berkesempatan membaca ensiklopedia kepunyaan orang lain.Huhuhu!!Sedihnya..
  14. Saya sangat suka ke kedai buku-buku terpakai tetapi tidak suka ke kedai pakaian terpakai.
  15. Saya sangat suka shopping namun kekangan wang yang membuatkan saya terpaksa melupakan hobi membazir ini.
  16. Saya pernah ada koleksi sticker yang sangat cute dan ia dikumpul selama 4 tahun (sanggup tak guna sebab sayang) namun malangnya ia dicuri oleh saudara saya sendiri.Silap saya juga kerana show off kat dia dan dengan bangga tunjuk tempat simpanan rahsia saya itu.Satu hari saya menangis bengkak2 mata kerana usaha saya selama 4 tahun burn macam itu sahaja.Waktu itu umur saya 13 tahun.
  17. Saya tahu macam mana nak memasak dan saya suka belajar memasak.
  18. Saya pernah bermimpi mendaftar ke sekolah Hogwart.Sekolah ahli sihir dalam citer Harry Potter.
  19. Saya tidak suka Japanesse Foods.
  20. Saya amat suka Chinesse Foods.
  21. Saya ada sijil UPSR,PMR,SPM,STPM,DIPLOMA & coming soon Degree.Huhuhuhu!!!Insyaalah Master & last sekali PHD.Wah!Wah!Wah!Saya suka belajar.Lepas STPM dapat further degree terus entah macam mana nak jugak amik Higher National Diploma (HND).Saya suka apa yang saya lalui.No regret and no turning back!!
  22. Saya pernah jadi waitress sebab nak experience sendiri (sekejap jer dalam 2 months).Totally sucks.Sometimes you can met nice peoples but sometimes peoples treat me so bad.
  23. Saya pernah bekerja di bakery selama 3 bulan.Sangat seronok bila diberi peluang conteng2 cake dan buat roti.Sifu saya sangat baik.Siap ada tempahan lagi coz saya lukis gambar cartoon kat atas cake so saya la yang buat.Experience sifu saya 18 tahun dalam bidang bakery.Pheww!!
  24. Saya sudah berkahwin dengan Tengku Syaaree pada 19 August 2007 pada usia 23 tahun.
  25. Saya pernah bela 2 ekor kura-kura (sudah diberi pada orang lain selepas saya masuk kolej sebab kolej takleh bawak haiwan peliharaan)
  26. Saya obses dengan games The Sim2.Banyak dah yang saya explore.
  27. Saya pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Surrey University,England.Still ingat tarikh daftar 3 September 2007.Tak pergi coz tak dapat loan.Wah!!!Amat sedih!!
  28. Saya sudah beli rumah sendiri di Denai Alam.Aduh!!Macam tak percaya jer.Hasil usaha saya dan suami.
  29. Saya ada koleksi buku dari Cathy Hopkin semuanya 9 buah.Tak cukup lagi sebab ada lagi yang tak beli!
  30. Saya ada beberapa buah buku motivation dan satu buku map dunia 4 cm tebal (mahal woo buku ni.Hahaha!!).Abah saya suka bagi buku.Kebanyakan buku saya Abah yang beli.Sampai sekarang saya simpan buku hadiah dari Abah "God wants you to be rich".Ada satu buku Abah saya bagi siap dia sign lagi kat situ "Kepada anakku sayang,Syafinaz".Terharu giler!!
  31. Saya pernah dapat hadiah kasut Bonia dari suami harga RM400 +++ (Itulah paling mahal seumur hidup.Terharu tahu!!)
  32. Saya pernah ponteng kelas Pendidikan Jasmani pastuh duduk lepak belakang bangunan.
  33. Saya boleh baca (tak lancar tapi agak bagus la.Hehehehe!) dan tulis dalam jawi (kembang hidung!)
  34. Saya sentiasa mendapat tugas mengutip sampah sewaktu sekolah sebab sentiasa datang lambat.Pengawas kenal sangat dengan saya.
  35. Saya pernah mencipta rekod ponteng selama sebulan lebih sebab suka hati jer saya buat cuti sendiri Ahad dan Khamis.Lepak kat umah alasan sakit perut (Sekolah kat Terengganu Ahad ke Khamis).Dulu sekolah saya SMK Sultan Sulaiman.
  36. Saya ada kawan baik. Kawan baik saya dari saya kecik sampai besar nama dia Rifhan ( Girl bukan boy ).
  37. Saya pernah main-main berlakon filem Sembilu dengan Rifhan waktu kitorang sekolah rendah.
  38. Saya dan Rifhan pernah ada orang label kami adik beradik sebab rupa kami Chinese looks cuma saya gelap sikit dari dia.Tambah lagi sentiasa berdua.
  39. Saya pernah nangis kerana Rifhan.
  40. Saya pernah main telefon dengan Rifhan buat crank call pada entah sape2 ntah.
  41. Saya tidak suka tengok cerita hantu.
  42. Saya pernah ada band dengan Rifhan & Nana.Hahahaha!!
  43. Saya pernah kena tinggal flight ke Sabah sebab kete takde minyak dan tumpang Pak Cik yang baik hati sanggup antar ke LCCT namun tertinggal juga. Tinggal 10 minit jer waktu berlepas dan burn tiket RM490 yang saya beli.Kena beli lagi sekali pada harga yang sama.Sian kat Kak Yus.(Damn you Air Asia!!)
  44. Saya pernah keluar rumah dengan duit ada RM2 jer kat dalam purse. (Jangan buat tahu,bahaya.Mana la tau ada emergency!Nak buat boleh tapi pastikan minyak kete penuh dan dalam keadaan perut kenyang.Hahahaha!!)
  45. Saya pernah jatuh motor tapi bukan saya bawak.Waktu tu form 5 ( Siti yang bawak )
  46. Saya fobia naik motor hingga hari ini.
  47. Saya ada gitar color biru.
  48. Saya tidak pernah membonceng naik motor dengan suami sewaktu zaman cintan-cintun walau dia ada motor (Abah dah warning awal2.Hahahaha!).
  49. Saya pernah ada lendir dibelakang tulang belakang kesan dari jatuh sewaktu kecil namun hilang ketika saya berusia 10 tahun.Doktor cakap mungkin pembesaran bantut namun kuasa Allah s.w.t mengatasi segala.Saya membesar dengan normal.Doktor Yap adalah doktor yang merawat saya dari kecil sampai saya besar.Hahahaha!Secara emergency doktor tu pernah datang rumah sebab saya diserang sawan ketika bayi.(Isk!!)
  50. Saya pernah ada bisul yang tumbuh secara tersusun.Parut dia boleh dilihat sehingga sekarang dan berada dalam kedudukan yang sangat teratur.Disiplin jugak bisul ni.Hahaha!!

That's all folks!!!!50 things you must know about me..hahahaha!!!

1 comment:

arif said...

eh..mu pregrant dh ke?
eh..mu beli dh ke umoh?umoh hk aritu ke umoh lain?
hehehehe...

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You