Takut pada benda tak sepatutnya takut tapi tak takut pada benda yang sepatutnya takut

"Orang kita takut pada benda yang tak sepatutnya dia takut tapi tak takut pada benda yang sepatutnya dia takut" - Status aku kat FB harini.

Bukan saje2 tulis tapi rasa bengang jugak bila sana sini duk cerita pasal B.E.R.S.I.H.Byk versi.Ada positif dan ada negatif.Tu belum campur road block dari pagi sampai malam dekat balai polis Marang.Menyusahkan orang.Kalau takat kau nak intai dalam kereta pastu lepas apa motif?Lain la kau geledah satu2.

Apa yang kau takut sangat sebenarnya ni?Diorang bukan pergi nak merusuh pun.Siap Agong sendiri bg green light boleh buat di stadium.Modus operandinya hanya nak minta semoga PRU nnt gunakan dakwat dengan harapan pengundian dilakukan dengan lebih adil dan tiada anasir2 menipu.Apa yg sampai rumit sangat jadinya hingga semua media asyik duk provok ttg isu ni.Naik fed up aku.Kadang2 nak gelak pun ada.Pak2 menteri dah macam cacing kepanasan.Tp untung juga untuk side itu sbb at least Berita Hairan,Utusan,Sinar Hairan,TV3 suku bla bla bla etc ada isu sikit nak cerita.Kalau tak balik2 isu basi.Isu laman web kerajaan kena godam dah senyap dah.Tapi perhimpunan B.E.R.S.I.H ni,tiga2 bangsa ada.Ada Melayu,Cina & India.Inilah yg Najib nak.1Malaysia.

Aku nak gelak tgk bila tang B.E.R.S.I.H kemain lagi nak bantah,report polis bagai tapi tang minyak naik,barang naik,taraf hidup yg makin tinggi (sesak nafas kalau nak fikir) tak pulak kau bising.Terima seadanya pulak.Buat la demostrasi skali.Kau bising pasal B.E.R.S.I.H tapi kau tak alert dekat2 nak ramadhan ni harga barang nak naik lagi.Kalau tak caya,pergi la kemana2 hypermarket,untuk minyak masak,MILO dan nanti mungkin gula,tepung bla bla bla dah letak limit seorang just 2 je.Kau tunggu la.Pergi pasar tengok,belum ramadhan harga daging sekilo dah RM20.Sekilo daging brape org je boleh makan?Habis kalau dah anak 10?Tu belum nak raya lagi dah harga macam tu.Cuba jengah pasar2 sekarang,ramai penjual dari pembeli.Kau memang sedih.Kau tak alert budak2 sekarang makin rosak.

Tu belum campur perjumpaan Isteri2 wakil rakyat UMNO seluruh Mesia yang diadakan diTerengganu.Dalam poster dari 4-9 July tapi dengar2 sebenarnya seminggu.Habis semua jentera kerajaan guna sampai siap polis iring bas/kereta lagi.Yang duk dlm tu pun takat bini2 wakil rakyat je.Sesak pulak jalanraya dibuatnya dan bikin panas bila tetiba kena elak kereta ketepi.Kalau ambulan yg bwk org eksiden ke,sakit tenat ke,tak pulak polis nak iring mcm tu sekali.Hmm!Agak2 2nd wife Bung Muktar ada sekali tak?Artis tu.Heh!Tentatif program lagi takleh terima.Lawatan ke kedai emas,shopping sutera di Terengganu,siap ada main badminton,bowling bagai.Hohoho!Yang dah kertu tu,larat lagi ke nak smash bola??Teringin pulak nak tengok Rosmah main badminton.Smash bola sekali bola hilang,carik2 sekali lekat kat rambut daa!Hehehe!Tak kesah la janji byk projek/tender gomen masuk.Topik UTAMA org UMNO tiap kali bersadai minum kat kedai.Cukuplah tu.Nak list lagi kalau ikut pjg lagi.Hahaha!aku nak tambah sikit,kalau tak cakap pasal projek/tender,mesti cerita pasal golf.Maklum la sejak jd kontraktor ni br pandai main golf.Time nak cerita pun suara kena tinggi biar org lain dengar.Kalau tak orang tak tahu (pernah berlaku dalam flight.Kalau dah kaya sgt main golf takkan naik Air Asia je kot?Busuk2 naik la MAS)

Lagi sedih bila benda yang sepatut kau takut tapi kau tak takut.Aku cakap macam tu sebab:

Ringankan solat 5 waktu
Minum arak
Tak puasa
Orang berzina hingga lahir anak luar nikah
Ambik rasuah lepas tu suap anak isteri makan dengan hasil rasuah
Isteri kau tak jaga aurat
Kau menentang hukum hudud
Kau bla bla bla bla
Kau lagi dan lagi dan lagi
Ah!Malas aku nak layan

Nota kaki: Lagi sedih bila orang sibuk pasal B.E.R.S.I.H tapi ada lagi yang sibuk dengan Kilauan Emas Astro.Aduhai!Tak cukup AF,tak cukup Mentor.Serious aku rasa sedih campur malu walau baru sekali tengok.

1 comment:

Anonymous said...

Fiey.mung tau kan bini2 yb tu msk wad sbb keracunan mknan?-kakak

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You