Aku dan tv

Aku bukanlah seorang yang addict dengan kotak bergambar walau dalam bilik tidur aku sendiri ada Astro ,DVD bagai seolah-olah hari aku tidak lengkap andai tidak menatapnya.Kalau time aku ada class,seminggu sekali pun kira bagus aku nak buka.Kalau tak senyap macam tu je la.Tp itu tidak bermakna aku tak ada fav channel.Hahaha!Weekend br la aku buka.

Pasang untuk Damia?Hehehe.Aku lebih prefer bagi dia pen dengan kertas walau ia berakhir dengan hasil seni lukis dibetis sendiri.Aku tak berapa ajar dia mengadap tv dengan pasang cartoon dgn harapan dia tak kacau aku buat kerja.Aku lebih suka dia sekarang yg hanya boleh stay depan tv paling lama 10 minit shj dan kalau cartoon tu menarik,drag lama sikit,pastu dia akan follow apa yg dalam tu buat,kalau nyanyi dia nyanyi sekali,kalau menari dia menari sekali dan lepas tu cabut lari buat projek lain.Honestly,cd yang aku beli untuk dia cuma 2 keping.1 cd Barney dan 1 lagi Elmo.Kedekutkan aku?Hahaha!Buat apa nak beli sampai berkeping-keping andai anak sendiri tak menunjukkan minat untuk menonton.Kalau buku banyak la walau anak tak reti membaca lagi.Tapi takpe,pupuk dari awal.Jd pada aku channel cartoon yang 4 siaran tu dah memadai.Itu pun aku tapis jugak sbb ada cartoon yg mampu bg negative effect pd kanak-kanak.Serious byk.

Satu lagi aku pernah terbaca satu artikel,aku lupa samada dalam magazines atau internet.Dalam tu mengatakan,kanak-kanak yang terlebih menonton tv akan hilang fokus sewaktu belajar disekolah.Limit dlm sehari utk mereka menonton hanyalah 2 jam shj.Itu pun aku rasa macam lama.Hehehe!Tapi tak tahu la sejauh mana kajian tersebut namun ia sedikit sebanyak mempengaruhi aku dan sebab itu aku sedikit lega bila Damia tak suka tgk tv.Tapi tak tahu la bila dia besar sikit nanti takut pulak dia yang control remote tv.Mintak jauh la!

Fav aku bila bukak tv haruslah Desperate Housewife (ntah bila nak tamat lepas sambung-sambung,dari anak kecik,dah jadi remaja,dari kawin cerai pastu kawin balik,skandal bla bla bla),90210 walau jalan cerita tentang remaja punya life baru sekolah tapi hidup sikit punya complicated mengalahkan menteri kabinet,Masterchef (tak kiralah senior atau junior,layannnz),dan yg terbaru Raising Hope.Tp jenis aku walau aku tgk,kalau ter"miss" sekalipun,I don't care.Tak adalah sampai nak cancel kalau orang ajak keluar,nak letak phone kalau orang ada call,dan buat tak tahu kalau ada org sembang sebelah kita atau nak marah anak sebab time nak menonton tu la dia berak la,nak susu la bla bla bla.

Sebelum ni aku tak pernah rasa nak tgk pun.Tapi tgk dah macam episode back to back je kejap-kejap dia,kejap-kejap dia,maka tergatal tangan pulak aku switch ke channel tu dan hambik!Best juga rupanya walau ada satu scene aku tak berapa suka bila diaorg persenda nama president Iran Mahmoud Ahmednijab.Aku suka sbb cerita ni adalah drama comedy dan pada aku dari aku duk layan TV3 suku dan rakan-rakan,baik aku layan ni.Hati pun relaxsss sajork!Dan dari aku layan cerita Melayu balik-balik projek multimillion,anak jutawan cinta terhalang sbb beza darjat,cite hantu sikit pun tak seram,cinta lelaki Melayu terakhir yg sanggup terjun kerusi demi kekasih hati,cinta bersegi-segi dan banyak lagi la yang buat loya tekak aku je.


Pic Maw Maw yang nyanyuk tu tak ada.Ganti dgn si Sabrina tu kot!

Inilah dia.Cite ni kalau ikutkan dah ditayangkan tahun lepas cuma aku tak sure di Astro dah pernah tayang atau belum dan kalau pernah makanya aku la yang ketinggalan sebenarnya.Ala,tak kisah la.Bukan masuk exam pun.Huhuhu!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me