Hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi,dan tanggal 19 August 2011 maka genap la empat tahun usia perkahwinan aku namun selama itu,inilah kali pertama kaki ini melangkah ke pusara ayahanda mertua Tengku Abu Bakar Bin Tengku Su yang terletak diperkarangan Masjid Putih,Kuala Terengganu.
Petang sehari sebelum masuknya 1 Ramadhan,dengan cuaca yang baik kami melangkah kesana tanpa Damia bersama.Redup senja sudah mula kelihatan seraya kami tiba agak lewat juga memandangkan traffic yg agak sibuk.Chewah!Macam kat KL gitu nak jammed bagai.Heh!
Perkarangan Masjid Putih,Kuala Terengganu
Bercerita tentang ayahanda mertua atau daddy,aku sebenarnya tidak sempat untuk mengenalinya.Allahyarham menghembus nafas terakhir pada 9 July 1999 kerana kanser iaitu tahun yang sama arwah nenek kesayanganku dijemputNya iaitu Feah Binti Salleh kerana komplikasi jantung.
Aku hanya mengenali allahyarham melalui gambar dan cerita dari mummy iaitu Tengku Maleha Binti Tengku Awang dan ipar yang lain.
Pusaranya yang terjaga bersih dengan pohon yang begitu lebat diatasnya.Disekitarnya adalah pusara-pusara saudaranya yang terdekat.Apa yang uniknya ditanah perkuburan disini,kaum keluarga daddy dan mummy disemadikan disini dan aku sempat menziarahi pusara-pusara saudara-mara suami termasuk datuk,nenek,moyang suami.Termasuk juga pusara sultan dan sultanah yang terdahulu.Dan juga pusara baginda Sultan Ali,dan kalau tidak salah aku moyang pada arwah daddy.Apa yang pasti mereka-mereka ini tidak sempat aku kenali dan hanya kenal melalui cerita-cerita dari mummy.Al-Fatihah pada mereka yang telah pergi.Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat olehNya.Dan kunjungan yang singkat ini juga turut menemukan aku dengan beberapa orang saudara-mara suami samada aku kenali dan ada juga kali pertama bertemu.Semuanya datang dengan satu tujuan yg sama.
Menginjak ke angka 7 petang,kaki pun melangkah pulang.
Di Flat Kg.Tiong ni ada satu pusat karaoke.Ingatkan masuk Ramadhan ni tutup la dia,hakikatnya masih beroperasi seperti biasa.Sewaktu kami melewati nya utk pulang,maka kedengaran la suara-suara MELAYU Islam yg melalak bagai tiada istimewanya malam tersebut.Ya hal kamu dan bukan hal aku pun.Baik lelaki atau wanita,bertudung dan tidak bertudung,muda belia memenuhi pusat tersebut.Ya,warga emas dimasjid-masjid,warga muda di pusat karaoke.Elok sgt la tu.Nnt tua barulah kemasjid,itupun kalau usia panjang.Wallahuallam.
Baiklah.Sekali lagi, "Selamat berpuasa untuk semua.Andai ada yang tersalah dan tersilap,harap dimaafkan".
Dan hari ini juga setelah sekian lama tidak bertemu,ambil peluang lunch bersama Maya dan Hajar.Teringat zaman 2K6 dulu.Kami memang satu geng.Tapi skang semua dah berkeluarga.Seronok sungguh cuma tak cukup masa.Maklum la,banyak sangat benda yang nak direcall balik.Sweet memory.Memori zaman pakai baju putih kain biru : )
No comments:
Post a Comment