Part 1: Ada org ckp alasan ini menyebabkan keinginan utk beranak terbantut sama sekali tapi tidak pada aku.Let's cekidout!

Last time aku ada tgk satu video di youtube dari Arturo Trejo yg cerita 18 reasons kenapa perlu tak ada anak dan dari situ terasa nak buat list yang berkaitan 18 reasons tersebut but malangnya hanya dapat list sebanyak beberapa reasons sahaja.Kalau dalam video tersebut dia menunjukkan betapa annoyingnya mempunyai anak kecil namun dari rasa annoying tersebutlah sebenarnya menceritakan betapa bertuahnya aku kerana diberi peluang olehNya untuk merasai sendiri nikmat menjadi seorang ibu pada sikecil ini.

Aku tak mampu menolak bahawa setelah mempunyai anak,banyak benda yang harus aku tinggalkan.Ruang untuk diri aku sendiri sekalipun kadang2 hampir tiada.Bohong andai dikatakan aku tidak stress dengan beberapa keadaan namun aku sentiasa berfikiran positif dan itu sahajalah terapi yang terbaik yang mampu aku buat untuk waktu ini.

1 - Parents abuse

Cuba untuk deny dengan mengatakan anak sendiri adalah tersangatlah behave ketika berada di tempat awam?The answer is NO.Lupakan tentang kenakalan dia dirumah kerana dirumah semestinya dia adalah superhero bkn tapi superwoman sebenarnya.Parents abuse?Yeah,sometimes.Biasanya berlaku sewaktu kami diluar.

Terus-terang dikatakan membawa Damia keluar berjalan-jalan atau shopping adalah suatu yang azab sebenarnya.Bunyi agak kejam namun itu adalah hakikat.Jatuhkan barang,capai apa sahaja yang nampak dimata,berlari kesana kemari (tips penting-untuk menangkap si kecik ini jgn sesekali kita berlari sama kerana dia akan lari lebih laju budget org nak main kejar2 dgn dia.Berlakonlah konon2 kau tak perasan dia dan jalan slow2 kearahnya) dan paling tak tahan bila melakukan aksi meniarap dilantai mana2 tempat yang dia rasa nak meniarap.Ya,mood bershopping kadang2 hilang terus bila berlakunya ini.Tapi bukan kadang2 rasanya tapi setiap kali.Sabor je la!
I'm not treat you like a pet baby but seriously I don't have a choice.This tali sangat membantu.Sekurangnya dia tak dapat pergi lebih jauh.I know banyak mata yang memandang everytime I used this to her.Ada jugak yang ketawa but I don't care.Hahahaha!(I pulak yang ketawa)


Tidak pernah mahu duduk ditempat yang sepatutnya dia duduk.Stroller?Hell no.Sangat enjoy kalau diletakkan dalam trolley namun mampu mengundang padah sekiranya tidak dipantau.Pernah terlepas pandang dia sempat membuka penutup Clorox Bleach dan tumpahlah isinya (aku tak faham asal dah tahu Clorox tu bahaya kenapa penutup dia tak seal betul2 dan untuk diri sendiri jugak dah tahu benda tu bahaya letak jugak hampir dengan anak.Just simply pulas je penutup).Waktu ni hanya Allah yg tahu perasaan aku.Cerita last week pulak,bukak penutup Sunlight pastu tuang kat tangan then sapu kat pipi.Solution dia harus pakai dua trolley kalau nak selamat tapi kalau shopping groceries antara aku dgn dia je macam mana??Bg dia tolak satu trolley??

Normally masa untuk kami menyelesaikan sesuatu urusan dengan membawa sekali si kecil ini adalah tidak dapat dijangka dan biasanya akan drag lebih lama.Tiada berjalan dengan lancar.Ia sememangnya amat menguji kesabaran dan dari situ juga kami belajar untuk menjadi lebih sabar dan sabar dan sabar...(kadang2 pernah jugak aku rasa macam nak bertukar color hijau.Terus jadik Hulk.Huhuhu!)


Hanya mahu duduk dalam stroller sekiranya ada sesuatu diberikan padanya.Paling disukai adalah cupcakes.Harus makan dengan khusyuk sekali dan kalau terlepas pandang dengan bekas2 tu sekali dia nak makan.Dan seperti biasa Damia sangat pantang dipakaikan safety belt.Dia akan meraung setiap kali dipakaikan safety belt dan cubaan melepaskan diri akan dilakukan dengan begitu bersungguh sekali.Bila tak pakai,maka duduknya harus gaya bebas.Suka hati dia nak letak kaki macam mana.Bahaya mmg bahaya namun nak buat macam mana,daripada dia tak mahu duduk langsung.Ya,kami kalah disini.Stroller hanya sebagai tempat time dia rasa nak milk,dia ngantuk nak tdo,dan time dirasuah sesuatu untuk bagi dia diam.Selebihnya,pandai la fikir sendiri.

2- Personal space

Dia memang masih bayi dan dia tak akan faham sama sekali bondanya ada assignment ke,esok nak exam ke,ayah dia needs laptop nak buat kerja ke,she's don't care.Once dia dah merenggek2 kat tepi,please bagi ruang kat dia nak tengok dia punya fav video.Tak lama pun,about half and hour dah cukup namun dia punya annoying tu Allah je tahu.Ya,dia punya personal space dan jangan kacau nanti dia marah or mengamuk lepas tu.Hurm,kecil2 dah control orang dewasa.


3 -    Toys

Barang2 mainannya ada dimana2.Terpijak,tersepak adalah benda biasa.Dimana2 itu kadang oh!!dalam toilet pun ada.Walau tak suka sangat manjakan dia dengan permainan tapi orang lain pulak yang rajin tolong belikan mainan.Tq.Sigh!
10 minutes pertama segalanya begitu proper.Dia akan main dengan baiknya.


Aksi sebegini bila masuk 10 minutes yang kedua.Bibit2 bosan dah mula menjelma.Ada je la idea.


Biasanya akan berakhir begini dimana tuan mainan tak tahu kemana dan tinggal ini je la nak tunggu kita kemas balik segala.Tensionnya akuuuuuuuuuuuuuuuuu!

4 -    Diapers

Waktu yang tidak menyeronokkan sama sekali.Dia sukar untuk duduk diam dan bila datang angin aku cubitan dipaha adalah biasa.Baru dia nak duduk diam.Kalau selepas poo poo untuk pakaikan dia diapers semula haruslah berlari 100m didalam rumah mengejarnya.Dia suka lari sambil bogel dan ketawa.Damia,tak kelakar ok???

Dan untuk diapers itu sendiri,dari pakai diapers biasa kena tukar pada yang pants punya sbb suka hati dia je tanggal pelekat sendiri dan waktu nak pakaikan juga sakit hati betul sebab dia akan buka pelekat selagi kita tak pakaikan dia seluar.Jadi segalanya harus cepat dan penatnya hanya Allah shj yg tahu.Fuh!
Cubaan melarikan diri itu adalah perkara biasa

5 -    Car Seat

Damia sangat tak suka duduk dalam carseat.Moment biasa setiap kali diletakkan dalam car seat.Tangisan yang bagai didera dalam kereta sampaikan nak bawak kereta pun rasa huru-hara.

6-    Tantrums

Semakin meningkat usianya,dia makin pandai mengambil perhatian.Ini juga situasi biasa bila keinginan tidak dipenuhi.Biasanya kami mengambil pendekatan tidak memujuk dan hanya membiarkannya menangis.Hasilnya,dia akan diam sendiri dan datang pada kami apabila dirasakan protesnya tidak berjaya.



Kalau dirumah tidak menjadi masalah namun kalau ditempat awam,agak sedikit bermasalah cuma kami harus meningkatkan kesabaran kami sebab takut nanti ada je masuk Harian Metro muka depan.Hehehe!Aksi ini yang paling latest ditunjukkan di R&R Temerloh (habis orang pandang kau) dan di Ekspo Buku TTC.Seperti biasa,dia tidak akan dibiarkan menjadi the winner.Hehehe!Nak sesuatu sekalipun,meraung la macam mana sekalipun,guling2 la sejauh mana pun,sekali perkataannya adalah NO bermakna tidak sama sekali.
7-   Dinner

Sememangnya dari dulu lagi kami tidak gemar makan diluar dan lagilah bila ada Damia,mood untuk makan diluar bagai tiada langsung kecuali tiada pilihan atas reasons tertentu.Dan dinner diluar pastinya bukan satu perkara yang menggembirakan namun makin stress ada la.

Damia tidak kira dinner diluar atau dirumah,dia tidak suka disuap tapi lebih gemar makan sendiri.Dan bila makan sendiri faham2 sahaja la.Selepas makan dia biasanya tidak hanya berhenti makan,tapi pasti ada acara sampingan iaitu mencampakkan segala yang ada didepan mata.


Tidak ingin dibantu.Semua mahu buat sendiri.

Kalau dirumah adalah lebih baik menanggalkan bajunya.Damia juga sangat bencikan bip.Rimas mungkin.

To be continue....

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You