Sekarang ni makin banyak orang bincang pasal isu bertudung.Aku tak berminat nak cerita detail cuma ingin melahirkan sedikit rasa pelik dengan isu tudung ini.Bila bertudung kita pun faham orang tu mestilah seorang Islam tidak kiralah apa bangsa sekalipun.Maksud tudung disini adalah bertudung atau berhijab dan bukan tudung saji mahupun tudung periuk.Jangan lari tajuk.
Ok.Kita kecikkan lagi geografinya dgn tumpuan di Malaysia sahaja.Lately sebagai saudara sesama Islam kita boleh berbangga dengan perkembangan positif bila sudah makin ramai wanita di Malaysia ni bertudung walau ramai juga yang terbang tudung (walau dah elok2 pakai).Artis-artis pun dah ramai yang bertudung dan nah!Inilah isunya.
Apa yang menjadikan aku pelik bila seorang artis tu bertudung,maka berduyun-duyun la cerita pasal "penghijrahan" mereka.Tak kiralah baik dalam media cetak,mahupun elektronik.Lagi penyedap rasa siap ada talkshow yang berdiskusi pasal penghijrahan mereka itu.Fine,aku tak deny benda macam ini adalah suatu yang bagus cuma pada aku penggunaan perkataan "berhijrah" mahupun "hidayah" tu aku rasa macam tak berapa kena.Dan bkn untuk artis je,turut sama untuk rakyat jelata macam aku.
Ini adalah kerana, (pada yang masih togel kepala diluar sana),korang nak tunggu "hidayah" atau "seru" datang dulu baru kau nak tutup kepala?Korang tahu ke "hidayah" or "seru" tu datang bile?Buatnya sblm datang (belum berubah) malaikat maut jemput dulu.Hmmm!Mengelupur pun dah tiada gunanya.Aku tahu bila sebutnya pasal isu ni banyak la yang keluar statement sampai melalut pada hak2 wanita bagai.Please,scope yang dibincangkan ni sikit je.Takyah panjang2kan cerita.Pastu mula la keluar statement basi,"Ala,perempuan yang bertudung bukan baik pun.Kawan aku tudung labuh tp lovebite kat leher.Hipokrit.Aku taknak hipokrit.Be myself la".Dan kalau statement yang macam ni,aku akan letak WAJIB MAKI.Ini kata2 dari orang yang akal separa kepala lutut.Ini bkn psl be myself or tak,tapi ni soal hukum.Dan ada jugak yang berani mati bila cakap "Hubby I pun tak kesah yang u sibuk tu kenapa?Kubur masing2".Iya,aku faham hubby kau tak kesah sbb dia berani (kira berani la tu.Pd yang dh kawin tu akan fhm kenapa aku cakap laki dia berani) dan tang kubur masing2 tu mai sini aku nak pung pang sket dan makanya memang orang lain tidak akan bersangkut paut dengan engkau waktu disoal malaikat waima hubby kau yang tak kesah tu sekalipun cuma kau kena ingat kubur je masing2 tapi perjalanan engkau nak masuk lubang kubur tu membutuhkan orang lain turut sama membantu dari gali lubang kubur,mandi jenazah,solat jenazah pastu nak usung kau masuk dalam kubur tu.Ada faham?Jadi agak2 la nak buat statement kubur masing2.
Ada jugak yang akan cakap walau dia tidak bertudung tapi solat,puasa dia buat.Bagi yang bertudung tak semestinya ibadat complete.Iye,aku akui tapi cuba kita cuba konsep dacing (tetiba merujuk logo Barisan Nasional-contoh agak ekstrem dan bisa buat org yang baca putus mood.Err,teruskan pembacaan).Kalau satu lebih berat,satu ringan makan dacing akan ter"congek" dan tiada keseimbangan.Maka haruslah dua2 ada barulah cantik.Barulah melengkapi antara satu sama lain.Kalau kurang satu cacatlah ia.Stop
Ada jugak yang akan cakap walau dia tidak bertudung tapi solat,puasa dia buat.Bagi yang bertudung tak semestinya ibadat complete.Iye,aku akui tapi cuba kita cuba konsep dacing (tetiba merujuk logo Barisan Nasional-contoh agak ekstrem dan bisa buat org yang baca putus mood.Err,teruskan pembacaan).Kalau satu lebih berat,satu ringan makan dacing akan ter"congek" dan tiada keseimbangan.Maka haruslah dua2 ada barulah cantik.Barulah melengkapi antara satu sama lain.Kalau kurang satu cacatlah ia.Stop
Balik pada kisah macam mana aku pulak bertudung,aku mula bertudung waktu umur 14 tahun.Adik aku 10 tahun dah bertudung.Kenapa aku lambat??HAHAHA!Reason dia sbb 14 tahun baru aku 1st period.Aku tak malu mengaku.Agak lambat bagi remaja seusia aku (Skang remaja lagi ke kau?Hahaha!).Tapi aku mengaku aku agak liat pada mulanya.Orang pertama yang menyuruh aku bertudung adalah abah aku.Pernah juga aku memberontak dengan mengatakan aku tak ready lagi nnt dah ready aku pakai la (ada sedikit unsur rebel disitu).Syukur pendekatan abah aku bisa merubah persepsi aku bahawa pakai tudung pun comel gitu (dia cakap bukan aku create sendiri).Hahaha!Waktu ni mmg bajet freehair tu style habis la kononnya dan yang pakai tudung tu outdated la,kampung la (statement tak sedar diri sbb diri sendiri pun dari kampung.Hihi!).Aku pun ingat2 lupa jugalah statement abah aku cuma lebih kurang macam ni la.
Aku: Ala,orang tak ready lagi la nak pakai.
Abah:Soalnya dalam Islam tak ada istilah ready tak ready.Bila seorang wanita (abah aku selalu sebut wanite.Hahaha!) akil baligh automatic benda tu jadi wajib.
Aku:Abis kalau pakai pun tak ikhlas macam mana?
Abah:Sekarang ini hukumnya wajib.Tiada pula dalam Al Quran tulis pakai bila rasa ikhlas dan jangan pakai kalau tak ikhlas.Kalau kita rasa berat nak pakai,tapi pada masa yang sama takut pada ALLAH swt,maka walau dengan berat hati pakai juga makanya kita sudah berkorban demi agama dengan sanggup membelakangkan nafsu sendiri kerana ALLAH swt.Insyaallah lama2 keikhlasan akan datang sendiri dengan izinNya.Memang suatu yang baik payah nak buat sbb setan (macam rock je abah aku sebut setan.Syaitan ok,syaitan!) tu asyik dok hasut.Suka atau tidak,ikhlas atau tidak,WAJIB pakai.
Aku: (Pikir sendiri la!)
Aku pernah ingat satu kisah,aku namakan tragedi bagi diri aku bila seorang kawan melahirkan keinginan untuk bertudung.Maka aku pun support habislah kononya.Tapi kawan aku tu ada cakap dia tak ready sepenuhnya cuma baru belajar nak pakai.Pendekkan cerita kawan aku tu pulak jenis kalau rasa nak pakai,pakai dan kalau rasa tak nak pakai,togel je kepala tu.Dan aku pulak dengan confidentnya terus cakap,"Takpe.Slow2.Jangan push diri.Belajar pakai nnt lama2 dah comfortable terus pakai la".Hasilnya,sampai skang kawan aku tu tak pakai terus.Huhuhu!
Dan mungkin ALLAH swt sayang aku (tanggapan aku ok,bkn syok sendiri),entah macam mana aku oleh tergerak hati nak tanya ustazah kelas aku pasal cara aku advice tu betul atau salah dan jwpnnya membuatkan aku TERKESIMA.Kalau ikut secara halus,aku wajib taubat dengan ALLAH swt sbb statement aku tu salah sama sekali.Ini kerana,sama macam abah aku cakap jugak,WAJIB.Tak ada istilah slow2 buat,tunggu seru ke,hidayah ke,tunggu musibah datang dulu ke,lepas insaf ke,tak ada.Never!Macam aku cakap awal2,WAJIB jadi tak perlu la pusing sana pusing sini,usaha juga nak men"deny"kannya.
Dan point aku kat sini,aku pelik bila seorang ISLAM menggunakan pendekatan itu kerana kalau mereka yang terpilih untuk diberi petunjuk maka bertuahnya orang itu namun bagaimana kalau kita yang tidak pernah didatangi hidayah dariNYA?Nauzubillah.Aku akui dalam hidup ini dan takdir setiap makhluk itu tidak sama cuma pada pendapat aku la dan pada aku media tidak perlu pung pang pung pang bercerita dan tambah perasa nak sedapkan cerita sebab perkara itu adalah suatu yang wajib dalam ISLAM dan semua orang yang beragama ISLAM tahu tak kiralah dari mana tanah airmu.Kadang2 cara media exegerate cerita macam artis tu dulu asal kafirnya pastu peluk Islam.Serious aku rasa macam tu.Tapi kalau artis tu nak cerita ttg perubahan dia dan keinsafan mereka tu bagus.Kurang2 menjadi teladan pada semua.Artis kan selalu jadi idola.Tu yang rancak sangat rancangan kanak2 Tom Tom Bak,Idola Kecil bla bla bla.Aku dah lama pangkah sebab aku benci tgk bdk2 kena eksploitasi.Pelik tu mak bapak happy bkn main sbb anak pandai nyanyi,anak pandai gelek.Ko suruh la dia gelek smpi tua tengok comel ke tak comel!
Aku tahu pasti ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat aku.Tapi awal2 aku dah cakap ini pendapat aku dan aku pun bukan wakil rakyat kawasan korang sbb andai tak setuju pastu takmau pangkah aku bila PRU nanti.Tarak hal.Aiii,jauh melencong.
Dan abah aku adalah orang yang akan hangin satu badan (bkn angin ahmar) bila ada orang sebut nak berubah jadi baik sebab datang seru.Confirm abah aku akan guna statement,"Mu sape nok dapat seru?Taraf Nabi je dapat seru."Hahaha!
Dan aku faham kita bukanlah manusia maksum seperti junjungan besar Nabi Muhammad saw yang tiada calit dosa.Dan aku pun masih lagi seorang Islam yang tidak sempurna dan masih lagi mencari dan mendalami.Namun pada aku tidak salah kalau kita saling mengingat-ingatkan,menegur-teguran (silap tegur,penampar juga yang datang),sesungguhnya takdir andai tetiba aku dapat penampar free tanpa disangka tapi tidak mengapa sekurangnya beritahu benda baik.Tepuk dada tanyalah selera.Aih!Kalau rajin baca SINI,read and think!.
Ok la aku faham.Mesti ada yang rasa susah nak pakai.Kalau susah sangat ko try je pakai tudung yang simple ni.Tak yah lilit2 bagai.Just letak je.Ni bukan tudung ekspress yang famous skang ni.Ni yang mungkin akan jadi trend jugak satu hari nanti tapi taktau la tahun bila,2030 kot...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tudung saji
1 comment:
nice job :)
http://mince-pendidikankhas.blogspot.com/
Post a Comment