Siapa kata duduk rumah goyang kaki tidak mampu menjana pendapatan?Macam I walau setiap hari kerja tambah lemak selain menambahkan power spek mata sbb hari2 ngadap games,sesekali apa salahnya berbisnes.Walau tak kencang masuknya,walau x la sampai mampu bayar down payment kereta Honda sebijik namun gembira juga hati bila ada juga yang sudi meng"order".Walau order tak kencang sbb empunya diri punya marketing pun tak kencang juga.Sia-sia je major marketing tp tak guna ilmu yang ada.Chait!
Maka bertungkus-lumus la buat sampai laki sendiri kena turun padang jugak.Bunyi macam tempahan 100 bijik lagaknya walhal yang orang nak 4 bijik jer.Huhuhu!Biasa la,I kan mengada-ngada.Kat dapur pun nak manja2.Haks!
Kek coklat (1/2 kg) pada harga RM30 sebijik.Bolehlah sekadar suka2.Berminat leh la email kita : umisyafinaz@yahoo.com or pm kat facebook. Tapi area Marang dan Kuala Terengganu sahaja.I tahu beratus2 orang jual produk sama tapi tak salah mencuba.Hehehe!
4 bijik yang dah siap dan ready untuk dihantar kepada customer.Seronok bila customer hulur RM100 kat kite tapi kejap je sbb lepas tu terus guna beli susu Damia dan-dan harini jugak nak habis.Asal la tak tunggu bulan depan ke.Aku catu jugak susu budak nih karang.Kuat kemain minumnya.1 tin beli 1.8 kg.Terus terbang habis duit bonda.Oh!Pengsan......
No comments:
Post a Comment