Kalau dah namanya lelaki

Dulu I anti betul dgn lelaki yang kaki pancing
Kalau dah namanya kaki pancing
Hujan ke,ribut petir ke,banjir ke semua redah
Sanggup kau..
Sampai ada yang sanggup tertenggek kat tepi jambatan semata-mata memenuhi hobi yang satu
Sanggup tinggal anak bini 2,3 hari
Sanggup bersejuk atas bot
Pendek kata semua sanggup la
Nyampah betul I
Duk rumah layan anak bini lagi bagus
Lain la orang bujang
Balik rumah tak ada apa nak buat
Tapi I still tak suka jugak..tak sukeeeeeeeeeeeeee!

Berbalik pada cite I pulak
I selalu pung pang pung pang kat laki sendiri
Kutuk macam2 kat orang yang kaki pancing
Iye la.....
Bila tak kena batang hidung sendiri sedap la mengutuk
Sekali ambik kau....dapat abang ipar yang memang kaki memancing
Siap angkut anak bini pergi tengah laut...memancing
Satu keluarga memancing...hasil pun memang boleh tahan la
Siap boleh jual lagik hasil tangkapan
Terpana kejap I
Tapi fuh!Nasib tak jangkit adik dia
Hahahaha!

Tapi seminggu dua ni I takleh nak kata apa
Ntah mana datang angin ntah
Tetiba laki sendiri sibuk nak pergi memancing
Memancing ikan je tau kanda
Jangan pancing benda lain pulak
Peralatan memancing duk sibuk beli tu toksah citer la...complete
Tapi ikat tali kat mata kail tak tahu...hahaha!gelakkan dia.Tapi kalau tanya I,lagi la taktau..
I tukang gelak je bagi side abang dia yang terror memancing tuh
Heh!

Semalam beria dia nak pergi
Ingat bawak balik la 8 kilo ikan ke apa
Tapi nasib tak baik semalam beberapa daerah kat Terengganu ni kena serang ribut
Allah nak tunjuk la tu..bukan kat laki I,tapi kat orang yang duk sibuk ber"funfair" bagai
Tu baru sikit tu...baru sipi,gelabah semua,riuh satu hari orang duk bercerita
Apapun dapat extra kerja la MBKT harini

Eh!Ingat dah berkubur niat
Malam ni nak pergi lagi
Tak serik betul dia ni
Smalam kecik kepala cabut lari
Tak insaf lagi
Beria I takut2kan dia kot2 kepala angin datang lagi
Last2 akak jugak yang angin
Heh!

I tunggu je la laki balik satgi
Harap2 bawak balik ikan macam ni
Barulah berbaloi pergi....

Ihsan dari Yahoo!Image
Yang belakang tu I tak tau dari mana datang dinosour laut tu tetiba muncul

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me