Segalanya harus ada "plan" cuma aku je yang kadang-kadang tak ikut "plan"

Lately dapat dirasakan perjalanan hidup sehari-hari tidak mengikut rutin biasa.Kadang2 tidak mengikut plan pun.Apakah selama ini hidup sendiri begitu teratur sekalikah?Hingga masa untuk memerut pun nak set setiap jam 7 pagi sahaja.Ok,tidak kelakar.

Penatnya badan sehari dua ni.Mana tak penat rasanya boleh dikatakan setiap bulan akan ada sesi berulang-alik ke Shah Alam.Kadang2 dirancang,kadang2 pakai main follow je.Kalau dulu zaman berdua rasanya tak penat macam ni.Tapi sejak Damia dah join da club ni,faham2 je la bila dah involve dgn kekanak ni.Cuma tak teruk sangat sbb suami sendiri ada juga membantu.Tapi kalau ingat time aku dgn Damia je naik flight dua hala pulak tu,mau meroyan aku.Smpi sekarang aku surrender kalau aku berdua je.Ada suami ok.Kurang sikit kalot aku.Pernah aku berdua je dgn Damia smpi tak bukak puasa aku dek penangan si kecik ni yang meraung tak suka tmpt ramai org.Lagi dia angin kalau ada yg tegur,acah2 dia.Apa punya pe'el tak tahu la.Last2 aku bukak puasa air mineral je tu pun dah 1 jam org lain berbuka dan aku berbuka time flight dh berlepas.Sebut pasal puasa ni baru aku teringat pernah satu ketika tu,chewah,waktu tu 1st day puasa dan  selamba je stewardess tu nak serve orange juice kat aku.Kot ye pun tanya la aku puasa ke tak.Takkan dia tak tahu dgn aku yg tudung melitup bagai.Think positive,dia ingat aku period kot.Hahaha!Tapi lepas tu aku cakap la,"Saya puasa".Terus dia say sorry then amik balik orange juice tu.Nasib time tu penerbangan pagi jd level kesabaran menahan lapar dan dahaga adalah masih utuh.Hahaha!Dah,melerat-leret.............

Tinggal dua bulan lagi cuti aku.Tak sabar la pulak rasanya nak masuk belajar balik.Bkn apa,nak cepat habis sbnrnya.Maklum la aku ni kan student tua.Zaman ber"huha" tu telah tamat makanya setiap kali ke kelas harus menjadi seorang serious sambil menunjukkan riak2 wajah seorang yang matang pada kenkawan yang lain.Hakikat....aku sama je ngan budak2 tuuuuu...hahahaha!Last sem,masih ponteng kuliah seperti biasa dan submit assignment disaat2 genting biasanya dah sampai tahap lecturer suruh submit pakai main selit je assignment tu kat bawah pintu.Toturial,ada juga yg miss.Cuma satu je peningkatan pada level kerajinan bila aku telah mula menjadi "minah library".Fuyoo!Tapi..............masih lagi hakikatnya-aku takde geng lepak sekali sbnrnya sbb class aku asyik clash dgn diorg.Uwaaaaa!Aku kan dua alam.Dgn tahun dua pun aku ada,dgn tahun satu pun aku ada.Penangan gatal sangat nak extend sbb bersalin.Sadis!

Jelas,rutin hidup aku mmg takde plan.Main hentam saje.Macam petang ni,beria aku tunjuk plan nak tukar lemari baru kat suami aku.Angguk je lebih tanda setuju tapi hasilnya dia dengan anak dia sedap membute ditengahari yang suam2 kuku ni.

Dan plan untuk Aidilfitri ni pun,aik?puasa pun belum dah plan raya?Hehehe.Maksud aku plan shopping raya.Aku punya plan nak shopping tengah bulan 8 bermakna tengah2 puasa.Elok shopping time ngah berlapar dan dahaga.Membantu tau sbb biasanya perut yang lapar akan membuatkan mood excited membeli tu akan turun ke level dua.Itu aku aku punya hipotesis la.Tak tau la kalau orang lain macam mana.Dan memandangkan lagi kakak aku dah bertukar status jd Bree VanderKamp nih,aku ingat nak heret dia skali la.So tunggu gue di Shah Alam ok.Kami akan kesana kalau tak awal bulan,pertengahan pun Olait! (word Hakim).

Dan plan utama juga untuk ke Sime Darby berkenaan dgn rumah kitorg yang ada benda sikit la nak complain plus rasanya dah nak start sikit2 untuk renovation.Aih!Banyaknya benda nak buat.Dan pastinya juga masih dalam plan,aku dan suami pun tak tahu samada nak buat rumah persinggahan keluarga,sewa,atau let go je.Semua masih dalam plan.Urm!Plan plan plan.Kalau persinggahan keluarga,sekali-sekala je la dtg jenguk since aku dh menetap di K.Trg.Sewa?Sayang rumah takut penyewa tak jaga elok.Maklum la rumah baru.Jual?Sayang pulak since kawasan tu sgt strategik dan market price pun tinggi.Haiyohhh!Tgk la plan macam mana nnt.


"Home sweet home"

Dan beli rumah tu dulu pun antara plan kami suami isteri untuk mulakan keluarga disini.Mmg kami ingat kami akan menetap di Shah Alam.Betul la kata orang,kita hanya mampu merancang dan Allah swt yang tentukan.Insyaallah mungkin kami kembali semula ke Shah Alam dan itu juga merupakan satu plan juga.Dan Damia bukan orang Selangor sbb aku bersalin kat Terengganu juga.Hehehe!


4 comments:

Anonymous said...

Weh,bree ni kene bowok budok kecik.tukor jd lynette scavo.hahaha

najmi said...

cantiknya rumah damia, ada kosong dok sebelah nuh nak jadi jiran damia hihih

Syafinaz said...

Hor la.Lynette pun lynette la.Takut ada isi pulok kang per lynette.Br depress pulok.Hehehe!

Syafinaz said...

Mie,

Molek gok kalo jd jiran.Stail buat pagor kecik tepi senang ah Damia nk g main ngan Nuh.Hehehe!

Rasanya jiran sebelah kanan tu nk jual rasanya umah dia.Usha la mie.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You