Hujung minggu:Ekspo buku di TTC

Dah beberapa bulan keadaannya ibarat hidup segan mati tak mahu.Kesian tu memang la  kesian kalau dilihat.Tapi apakan daya masa dan fulus belum lagi mengizinkan aku untuk pergi menempah yang baru dekat pak cik buat perabot dekat Rusila.I like this pak cik sbb kita boleh design sendiri rak yang macam mana yang kita nak dengan harga yang amat berpatutan.Dan buat sementara waktu ni aku bersabar je la asyik duk ulang baiki balik tiap kali para rak tu jatuh.Sabar itu separuh daripada iman.Hehehe!Tapi kalau ikutkan sakit hati dah lama aku lempar rak tu kat belakang rumah tapi bila fikir lepas tu buku2 aku tu mana aku nak letak?Tambah lagi dengan kewujudan MBKT kecik kat dalam bilik ni.Hakikatnya bukan makin kemas,tapi makin worst ada la ghupenya.Ada je benda yang dia nak adjust.Dan akhirnya berkat creativiti si kecik tu la akhirnya rak putih IKEA (nak jugak gtau),telah rebah menyembah bumi ops!bukan.Rebah menyembah carpet.Ikutkan angin aku time tu,nak je aku kepit jugak kepala si kecik ni kat celah ketiak aku.Baru kau rasa.Hangin aku toksah citer la,namun bila pandang mata bulat terkebil2 tu,aku pun pasrah je la.Last2 buat sementara waktu beginilah keadaan rak buku aku nih.Asalnya 3 bahagian last2 tinggal 2.



Namun begitu,walau rak runtuh,gigih jugak nak mencari buku baru.Kebetulan pula ada pesta buku kat TTC (Terengganu Trade Centre).Seronoknya sbb aku suka apa jenis ekspo yg melibatkan buku sebab kat mata dah terbayang2 buku2 yang best akan dijual secara murah.Dan kalau nasib baik,boleh jumpa buku2 yang selama ni nak tapi tak jumpa.Misalnya buku Warisan tulisan Abdul Talib Mohd Hassan if I'm not mistaken.

Mengimbas waktu sebelum kahwin dulu,aku ingat lagi bila aku dan sepupu sehati sejiwa aku Yussseerr,suka sangat ke kedai buku terpakai.Lokasi dia kat area Komtar Penang kalau tak silap aku.Tempatnya kat tingkat dua bangunan (Jalan Chowrastar rasanya) yg banyak jual jeruk2 yang tak berapa nak lepas sangat tekak aku menelannya selepas insiden aku pernah melihat seekor cicak tokek (aku saje la namakan dia cicak tokek sbb saiz sikit punya besar dah macam ghupe mengkarung pun ye juga),telah me"landing"kan diri kat dalam tong jeruk yang terbuka.Terus aku loya lepas aku tengok.Hehehe!Berbalik pada cite aku,biasanya kalau pergi sini harus makan jam juga la.Seronok kau pilih2 buku kat situ.Macam2 ada.U just name it,then u got it!.Maksudnya bkn buku yg latest la tapi buku2 lama yg agak susah nak dapat dipasaran biasanya.Hehehe!Dan yang paling best kau boleh tawar menawar dengan mamak kedai tu dengan pura2 buat  muka kesian konon2 bawak duit cukup2 je kat dalam purse tapi ada hati nak beli buku sampai 5 bijik.Aku memang tamak!Aku ingat lagi disebabkan rajinnya aku duk mengorek2 buku,aku pernah terjumpa buku yang masih baru tapi mungkin tuan dia takmau simpan so habis baca terus dia let go kat kedai ni.Penulis dia Danielle Steel dan kau faham2 la kalau kat kedai,buku ni harus RM30 to RM40 sebijik wajib tak lari tapi sini aku dapat pd harga RM15 atau kalau buat muka toye lagi kat mamak tu dapat la turun lagi smpi RM10.Tp ikut condition buku la.Ada juga buku yang aku beli agak lusuh (mcm baju kau),yang dah kuning2 dan aku beli dgn harga dari RM3 or RM5 tapi citer dia sikit punya best sampai ulang2 kali baca smpi akhirnya buku tu lebur.Hahaha!Memang tak dapat la aku nak wasiatkan untuk Damia.



Berbalik pada ekspo buku itu hari,pada aku sambutannya tak berapa menggalakkan (tapi mungkin tak kot dan mungkin juga kebetulan sewaktu aku datang tu orang tak ramai LAGI.Tanggapan aku la) sebab time aku pergi tu suasana agak lengang dan mana nak cari pergi ekspo time weekend pulak tu tapi kau boleh parking kereta kau betul2 dekat pintu masuk tanpa kau perlu berpeluh ketiak cari parking.I like.Tak perlu aku menapak jauh2.Dan orang yang paling gumbira adalah si kecik ini la yang bukan main seronok lagi berlari-larian dan aku lepas je maklum la kelibat anak aku senang nampak sbb orang tak bersesak-sesak sampaikan pekerja setiap booth siap boleh sembang atau duk termenung merenung masa depan barangkali dan itu yang kena panggil dua tiga kali baru bagi respon.Jauh lamunannya dan mungkin dah sampai ke bulan agaknya.Hahahaha!


Inilah keadaan waktu aku sampai.Senang sikit nak membelek buku-buku mana yang agak2 berkenan.



Bagi chance kat si kecik ni pilih mana2 buku yang dia suka.Lama dia belek2 buku ni.Ingatkan tertarik dengan gambar kat dalam buku tapi rupanya dia kagum dengan mata yang ada kat buku tu.Mata tu je yang ditelek2 lama.Hurm!Tak kuasa aku nak belikan kalau takat sebab mata ikan tu.Dan aku pun balik dengan 4 bijik buku.Cukup la tu.Tamak2 pun tak guna takut tak sempat khatam habis.Next time beli lagi.

Overall apa yang boleh aku katakan ekspo ni bagus dan harus diadakan setiap tahun.Dan mungkin juga kurang pengunjung sbb ada lagi satu ekspo kat taman Shahbandar yang bukan main ramai lagi pengunjung.Orang Terengganu mungkin lebih gemar ekspo yang ada funfair bagai agaknya.Hehehe!Untuk aku,tak pergi pun tak mengapa.Sesak!Sesak!I don't like.Bukan satu kerugian pun bagi aku walau boleh dikatakan setiap hari aku melalui jalan tu sebab aku suka pergi bertandang rumah kakak ipar aku dkt flat Kg.Tiong tu almost everyday (dasar jenis tetamu tak tahu malu setiap hari melepak rumah orang.Hahaha!)

Cuma ekspo buku kali ni banyak kelemahannya.Ini pada pandangan aku la.Tak setuju tak mengapa.Antara kelemahannya,

1- Sebut je ekspo buku (walau dalam otak dah set mesti banyak less) namun hakikat aku sorang je syok sendiri.Harga yang ditawarkan adalah sama je kalau kau jengah MPH ke,Popular ke,PSI ke dan mana2 kedai buku berhampiran.Dan paling aku takleh blah bila saje la aku usha harga buku rujukan university (walau aku dah beli sebenarnya) dan harganya agak MAHAL lepas tu siap buat potongan 10%.Walau ada potongan harga masih lg mahal dari buku yang aku beli di Book Garden UMT.Hampehkan???Beria staff dia duk promote the best price bagai.Cuba lagi next year!!

2-Marketing memang failed.Dan ada juga booth yg kau masuk,pekerja dia boleh buat derkk je siap main handphone.Jenis ni baik kau blah je dan takyah terhegeh2 nak beli buku kat booth dia.Ada juga yang jenis pekerja yang tak buat apa2 tapi just pandang je kau tanpa promosi buku2 yang dijual kat booth dia.Lagi best yang jenis rancak sembang sampai orang kena panggil 2,3 kali baru dengar.

3-Satu lagi dah tahu kita jual buku,bodoh2 pun cuba la ambik tahu sikit pasal buku2 yang kau jual.Ini tak.Satu apa tak tahu lepas tu pakai main cakap lepas je buku tu tak ada,buku ni dah habis.Buku ni femes (walau aku tak familiar penulis dia sbb aku tak suka cerita cinta penulis Melayu sbb nmpak sgt imaginasi penulis semata2 dan kadang2 tak masuk akal).Penulis Melayu aku lebih prefer penulis lama misalnya Khadijah Hashim-Badai Semalam dan seangkatan dengannya.Pastu aku saja la buat2 tanya buku Ramli Awang Murshid dgn cerita thriller dia tp confident je ckp yang ni x femes sgt pastu tunjuk buku lain.Please la.Ramli Awang Murshid tu antara penulis lama kat Malaysia ni dan buku2 dia pun best bagi yg minat cerita2 lebih pada thriller la.Macam2 la.Kalau tanya,mesti sengih2 macam kerang busuk pastu pandang muka sesama sendiri buat muka meluat la kononnya aku customer banyak songeh tanya itu ini.Direct je aku cakap ni dekat booth Karangkraf.Publisher yg agak femes kat Malaysia,kurang2 kau jaga la sikit image company kau tu.Tapi booth Ana Muslim bagus.Agak friendly dan rajin la melayan customer.Time aku pergi la dan tak tau la kalau org lain dapat layanan sebaliknya.Dan yang buat promotion yg agak agresif adalah yang jual buku2 kanak2 Grolier kalau tak silap aku dan ada satu lagi aku lupa nama dia.Tapi sah2 la semua pekerja dari luar Terengganu (based on loghat mereka).

4-Dan yang buat aku menyampah dengan beberapa perempuan yang sibuk promote kursus English tapi hakikat diorang tak faham sangat dengan produk yang diorang offer.Pakai main hentam jer janji dapat imbuhan.Sekurangnya prepare la diri sebelum nak promote kat org lain.Ayat biasa "Hurm,saya tak pasti jugak,nanti saya tanya",dan lepas tu akan bermula la sesi aku tanya kau,kau tanya kawan kau,kawan kau tanya kawan kau yang satu lagi bla bla bla.....sampai sudah tak habis dan last sekali kau bantai gelak je.Hampeh lagik sekali!

5-Buku kanak2 yang banyak namun harga dia,hurm...lebih kurang harga kalau beli kat kedai buku biasa.Tak beza sangat.Choice tu banyak cuma mcm aku katalah,kalau takat nak membisu seribu bahasa baik kau balik rumah tidur lagi bagus dan tak payah duk makan gaji buta tercegat je kat situ.

Begitulah seadanya.Tapi booth2 yang lain ada juga la yang ok dan friendly.Paling friendly uncle yang duk booth yang wakafkan Al-Quran dan tafsir Al-Quran untuk bebudak tahfiz.Apa pun aku suka part yang pertandingan mewarna,susun puzle sbb participation antara anak dengan parents.Kemain lagik parents bagi sokongan.I like activity yang macam ni cuma Damia terlalu kecik utk join.Tukang sibuk tu boleh la.Bila la yang kat PWTC tu pulak.Si Yusnita ckp haritu kalau yang tu lagi havoc.Aku tak pernah jejak lagi.Teringin pulak rasa hati.Hehehe.Lastly,terisi juga hujung minggu kami.Sekian.

2 comments:

Mince4AM said...

kalau boleh beli buku dengan air liur mesti ramai yang pegi..skarang ni kalau boleh sambung nak sambung je selipar jepun yang putus..

ka'ak rezeki doh terengganu lening.. ambe berasa nok jual bundle je buku2 simpanan...tapi sayang amat!

Syafinaz said...

Betol doh tuh shabri.kalo free harus ramai mari.tp dengor2 ekspo kat shahbandor tu kena bayor jugok kalo nk main or masuk,tapi ramai sokmo org.Hehehe!

Senang ckp org lening xdok pitih bkn sbb x keje tp brg seme mahal.Bayangkan ambe g pasor chabang rasa sedih sgt tgk sbb ramai org jual dari org beli.

Tapi belang2 harga brg naik,harga minyok naik time pru pakoh dacing macang.Hehehe!Begitulah seadanya.

Buku hok kita syg jgn jual.Susoh dh nk buleh pulok.hehehe!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You