Saya begini dan tidak semestinya kamu juga begitu

Sebenarnya niat untuk menulis pasal benda ni dah lama cuma baru sekarang nak publish.This is all about pregnancy.Since a friend of mine ada beberapa yang sedang berbadan dua,tahniah untuk Huda,Ayu,Liya (my cousin) and my blogger friend Jiey!maka kat sini ada sedikit pengalaman yang ingin saya kongsikan dengan semua.

Mengandung adalah suatu keajaiban dunia yang pastinya tidak dialami oleh lelaki.Betapa hebatnya pengalaman tersebut.Dan saya bersyukur kerana dipilih olehNya untuk melalui pengalaman yang begitu menakjubkan ini.Pengalaman yang tidak mungkin mampu dibuang dari kotak ingatan sampai bila-bila.

Sewaktu mengetahui bahawa saya mengandung untuk kali yang kedua (pernah mengalami keguguran pada tahun 2008),pastinya saya telah bersedia dari segi fizikal dan mental.Ini adalah kerana saya sendiri yang mempersiapkan diri kearah itu dengan merujuk doktor dan mengambil acid folic 3 bulan selepas betul2 recover dari keguguran pertama.Alhamdulillah,rezeki kami selepas 9 bulan selepas keguguran pertama.Saya mungkin tidak pernah menceritakan pengalaman keguguran kali yang pertama.

Jujur saya katakan saya sememangnya tidak tahu bahawa saya hamil.Hanya sedikit perubahan sahaja pada badan saya namun ia hanya disedari selepas segalanya hilang pada malam sekitar bulan June 2008.Bayangkan dalam masa seminggu,tanpa rehat yang cukup dan paling teruk apabila saya tidak sedar bahawa wujudnya "sesuatu" itu bersama saya.Bermula dengan menaiki penerbangan pulang ke Terengganu (mengikut doktor kandungan bawah 12 minggu ke bawah tidak digalakkan menaiki penerbangan kerana risiko keguguran mungkin berlaku).Majlis perkahwinan ipar saya Tengku Sarena yang berlangsung hampir 3 hari lamanya menambahkan lagi keletihan saya walhal saya bukanlah tunggak utama majlis.Hanya sekadar membantu apa yang patut,dan selebihnya saya lebih banyak tidur sehingga ada yang menyedari ketiadaan saya sewaktu majlis.Saya tiada dimalam majlis berinai namun sempat menjadi pengapit untuk majlis bersanding pada hari ke 3.Itupun kerana terpaksa walau jujur saya katakan saya sebenarnya amat letih.

Selesai majlis diTerengganu,saya berkejar pulang ke Shah Alam kerana hanya selang 2 hari kami perlu meyertai exhibition di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).Persiapan disaat akhir pastinya agak kelam kabut namun segalanya berjalan lancar.Sehari sebelum,entah macam mana remote control untuk gate tiada pada saya,dan saya tanpa fikir panjang memanjat pagar dan melompat kedalam kerana harus menggunakan kunci secara manual.Ketinggian pagar sememangnya tidak mampu untuk mencengkam "ia" kuat dalam rahim saya. Berbalik pada exhibition,pada hari pertama adalah giliran saya dan pastinya satu hari saya lebih banyak berdiri melayan mereka yang masuk ke booth kami.Bayangkan waktu itu juga  merupakan hari pertama saya didatangi "kawan baik" setiap bulan.Bayangkan dengan perut yang sakit,keletihan namun saya gagahkan diri demi "tugas".Selepas kami menutup booth,saya bersiap untuk pulang namun memandangkan saya menumpang kereta boss maka harus mengikutnya dahulu minum bersama kenalannya.Saya sudah lupa nama hotel tersebut namun letaknya berhampiran KLCC dan waktu itu saya menyandang dua buah beg laptop.Dugaan seterusnya apabila minuman yang dipesan sepatutnya Hot Chocolate namun yang sampai Ice Chocolate.Saya hanya diam dan tidak pula meminta waiter tersebut menukarkannya.Sepanjang conversation mereka saya hanya diam dan cuma sesekali menyampuk.Itupun setelah ditanya dan sewaktu sesi bertukar2 business card.Kesan dari minum ais rasanya mereka yang biasa mengalami period pain akan merasainya.Sakitnya ibarat perut dipulas-pulas.

Jam 8 malam saya sampai dirumah.Kesakitan sukar digambarkan.Saya bersihkan diri dan mujur suami ada bersama.Kalau diikutkan kebiasan saya hanya bertemu suami 2 kali seminggu kerana suami bekerja di Shell Port Dickson dan menyewa disana.Kesakitan demi kesakitan dirasai saya sehingga jam 11 malam.Dan apa yang pasti kesakitan yang dirasai adalah lain dari biasa dan saya hanya mampu menangis dan menangis.Sekitar jam 11 malam,perut makin memulas dan saya bergegas ke tandas.Sewaktu melihatnya keluar saya kaku.Saya amati "ketulan darah yang bersaiz agak besar dari biasa".Hanya kecil sedikit dari telapak tangan.Saya diam dan bingung.Bingung saya kerana kesakitan yang saya tanggung beberapa jam sebelum hilang sekelip mata.

"Dia tidak mengizinkan "nyawa" itu untuk terus bersamaku mungkin."

Saya redha dengan kehilangan itu.Mungkin saya tidak begitu terbeban dengan kehilangan itu kerana saya TIDAK TAHU.Sungguh saya tidak tahu.Sungguh saya tidak sedar.Namun yang pasti ia belum lagi cukup sifatnya namun bohong andai tiada sedikit guris dihati dengan kehilangan itu.

Dan untuk kali keduanya saya mempersiapkan diri.Rasa kesakitan sewaktu membuang air kecil dan kedatangan darah coklat yang hanya setitik menguatkan lagi andaian yang saya sedang berbadan dua.Pada awalnya saya sedayanya cuba merahsiakannya sehingga officially saya disahkan mengandung oleh doktor.Alhamdulillah saya disahkan mengandung oleh Dr Zanariah.Dan doktor yang sama jugalah yang menasihati saya agar kuat dari segi physicall and mental.Memandangkan dia merupakan doktor yang biasa merawat saya sebelumnya untuk sakit2 biasa lain termasuk sewaktu gugur kali pertama,maka conversation kami pastinya lebih santai.

Katanya "Kamu harus lebih kuat memandangkan sepanjang tempoh kehamilan kamu suami tiada disisi sepanjang masa".

Saya"Adakah normal bila mengandung kita kepenatan?Mengidam?Manja dari biasa?",tanya saya.

"Normally yes tapi semuanya berkait dengan psychology.Kalau kamu setkan mind kamu ini tidak boleh,itu tidak boleh,kamu limitkan segalanya pastinya semuanya akan menjadi rumit untuk kamu".

Ya,saya biasa melihat perempuan yang mengandung yang hanya mampu berbaring kerana keletihan dan tidak mampu melakukan apa2 kerja sekalipun.Muka yang sentiasa pucat tidak bermaya dan hanya bermalas-malasan tanpa ingin berusaha melakukan sesuatu.Saya tidak merujuk kepada mereka yang semememangnya mengalami masalah serious sewaktu mengandung.Saya merujuk pada mereka yang hakikatnya "sihat" namun "sakit" hanya kerana diri mereka sendiri yang tidak pernah cuba melawan keadaan tersebut.Terlalu melayan perasaan.Bahasa mudah "manja" yang dibuat-buat.

Dan satu lagi nasihat dia yang sehingga kini saya ingat,"Kamu tidak perlu makan secara berlebihan hanya kerana kamu berbadan dua.Tiada istilah makan dua pinggan nasi satu untuk kamu dan satu lagi untuk baby kamu.Karut.Makanlah sesuatu yang berkhasiat untuk bayi kamu dan jaga kesihatan kamu sebaiknya dan itu adalah lebih baik.Gemuk sewaktu mengandung sememangnya biasa bagi sesetengah orang mengandung,namun makan berlebihan boleh membawa kesan buruk lain selepasnya.Untuk kurus semula selepas bersalin bkn satu perkara yang mudah".

"Tidak perlulah kamu terlalu manja dan hanya untuk perkara yang kecil kamu nak menangis bersungguh2.Tidak bagus untuk kamu.Mengandung adalah waktu untuk kita menikmati setiap saat bersama bayi yang dikandung dan bukannya menghabiskan masa menangis untuk sesuatu yang tak masuk akal atau untuk sesuatu yang pasti ada jalan penyelesaian".

Dengan nasihat itu saya menjadi lebih cekal.Saya cekal atau 'terpaksa" cekal?Kedua-duanya.Memandangkan bayi dalam kandungan mencecah 3 bulan dan saya pula baru mendaftar sebagai pelajar di Universiti Malaysia Terengganu,dapat dibayangkan sahaja,daripada rutin dua kali seminggu bertemu suami,selepas itu saya hanya bertemu suami dua kali dalam sebulan.Bayangkan perasaan saya tika itu.Bukan mudah untuk saya menempuh saat mengandung tanpa suami disisi sepanjang masa dan pada masa yang sama menjadi seorang pelajar.Namun syukur alhamdulillah,berkat doa dari suami dan dgn izinNya saya diberi kesihatan yang baik sepanjang 9 bulan membawa 'nyawa' itu.Sikit2 masalah sewaktu hamil saya ignorekan sahaja.Sepanjang hamil saya aktif bergerak.Saya berjalan kaki kesana kemari.Saya lakukan segala tugasan sendiri dan saya memandu kereta selama 45 minit sehala sejauh 36 km dan menempuh 16 traffic light setiap hari.Syukur segalanya dimudahkan untuk saya dan begitu juga sewaktu proses kelahirannya.Allah swt memberikan kemudahan itu.Syukur padaMu!

Dan sewaktu mengandung bohong kalau saya katakan saya tidak loya dan muntah.Ye,saya mengalami peringat trimster 1,2 dan 3.Sama seperti wanita yang lain cuma saya sentiasa melawan 'rasa' itu.Hasilnya,muntah tidak berlaku setiap hari.Purata 1,2 kali sahaja seminggu.Kadang2 tiada langsung.Alahan lain,alhamdulillah tiada.Mengidam pula,maka tipu andai saya katakan tidak mengidam.Ye,saya juga mengiginkan sesuatu.Mahu 'itu' dan mahu 'ini'.Cuma seawalnya saya letakkan dalam fikiran saya,andai dapat syukur dan andai tiada tidak mengapa.Saya tidak merajuk seandainya permintaan tidak dipenuhi kerana saya tahu suami juga berusaha mencari.Namun dari awal hamil hingga 8 bulan usia kandungan,saya amat suka makan buah nenas.Awal mengandung ada juga 'suara' yg melarang namun bila kakak ipar saya menegur "Usah haramkan apa yang dihalalkan Allah swt.Soal hidup mati adalah ketentuan Dia dan bkn kerana nenas.Nenas tu sejenis buah dan tak ada kena mengena soal tajam atau tak.Semua hanya sebagai sebab disebalik sesuatu kejadian".

Ya,saya berjaya menempuhnya.Dan kerana itu setiap kali ada sesiapa yang terdekat dengan saya,yang baru mengandung saya akan beritahu perkara yang sama.Tak salah untuk berkongsi walau saya tahu pasti ada yang tidak setuju.Manakan setuju kerana lain orang lainlah ragamnya.Cuma saya tabik melihat wanita2 cekal yang mengandung namun masih kuat mencari rezeki seperti guru,promoter pasaraya,waitress di restaurant,pekerja kilang and etc.Dan bersyukurlah pada wanita2 yang tidak perlu melalui kesusahan seperti sesetengah wanita.Namun dapat dilihat,andai keadaan kita memaksa dan tiada ruang untuk menjadi 'manja' secara automatic kita menjadi seorang yang kuat.Berbeza bagi wanita yang sentiasa ingin dimanja setiap masa.Ya,kita ada suami untuk bermanja namun saya pernah juga terdengar rungutan dari seorang suami "Manja isteri tak mengapa dan lagilah ketika mengandung membawa zuriat kita tapi kalau terlebih sangat manjanya naik meluat juga rasa".Macam tu pulak?Urm..macam-macam.

Hai,pada saya,lain orang,lainlah caranya.Ia bergantung pada individu cuma yang diceritakan ini adalah merujuk saya.Tak suka tak mengapa : )

Tengku Nurin Damia - 13st Jan 2010 (10.50 a.m),21 days earlier than expected date 5 Feb 2010
was born at Kuala Terengganu Specialist Hospital
Weight- 2.54 kg

2 jam selepas melihat dunia,terus mencari susu ibunya.Tiada pengajaran formal,dan dia seolah sudah tahu bagaimana caranya.Besarnya kuasaMu ya Allah swt.

3 comments:

Mince4AM said...

salute! ibu..

Ayu Firzara said...

Umie!!!!

Panjangnye entry nih...hehe...

Umi, ayu tak tahu pun yang umie pernah gugur dulu...atau mungkin sudah lupa.

Umie...umie berpantang macam mana? Makan apa? Berapa lama?

Syafinaz Ali said...

Yup.Sekali cuma umi x kena bersih mcm ayu kena.Dia keluar habis.Bila scan mmg clear.Doctor ckp lebih kurang 3 months.

Umi pantang dalam 2 minggu je.Bab makan jaga la sikit dan kalau boleh jgn mkn ikan aya @ tongkol sbb umi ada termakan dia bleeding balik.Seafood jgn amik la kalau boleh sbb org2 tua ckp nnt gatal.

Tapi kalau tgk kondisi seafood tu,lagi la sblh KL sana,better jgn.Hehehe!

Rasanya x la mkn sama mcm org lepas bersalin,cuma lebihkan sayur2,mkn yg berkhasiat la sbb kita dh keluar byk darah kan.Gitu je la ayu.Tapi yang best dapat cuti 2 minggu.Yahoo!

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me