Popia Vietnam...pong prang kang pang nong &$@#$$**%!!!

Bila angin rajin datang makanya selang tak sampai sehari blog pasti update.Idea untuk menulis datang mencurah-curah.(Macam selama ni saya punya blog penulisan ilmiah sangat.Maafkan diri sebab tersyok sendiri pulak)

Untuk entry ni apa yang pasti penulisan yang tidak begitu ilmiah akan ditulis.Hahaha!Seperti biasa.

Harini gue nak cerita pasal popia Vietnam.Saya taktau la kat Vietnam sana panggil apa,lantak la diorang punya nama apa,janji sini saya nak letak juga nama dia "Popia".

Alkisahnya bermula bila si bapa pergi ke Vietnam (bercuti bukan kerja) dan membawa pulang benda alah dibawah ini. Sudah jelas dikatakan perginya bercuti namun saya sendiri agak pelik asal la benda alah ni jugak yang nak dibelinya??Apa dah tak ada benda lain agaknya dibumi Vietnam itu.Busuk2 pun kalau dibawa balik magnet peti ais tu,tak pun key chain sekalipun tak adalah saya muncung mulut sampai 2 inci setengah.Namun apa yang pasti,protes mcm mana sekalipun,nasik sudah jadik bubur.X ada kena mengena.

Inilah dia bendanya.Bapa banyak kali tanya,bila nak buat/masak.Maka sebab saya ni anak solehah,maka usaha jugalah masak benda ni.Heh!Sebenarnya takut kena backhand dengan bapa sebab dah lama sangat janji nak buatkan untuk dia maka saya gagahkan diri pergi masuk kedai yang serve Vietnam food,try mkn dulu dengan harapan bila balik rumah boleh practice masak style yang sama.Ada satu restoren di SACC,Shah Alam yg serve makanan Vietnam.Not bad la tapi x sesuai sangat dengan saya yang tekak selera kampung ni.Maklum la.....


Inilah dia hasilnya selepas google Youtube cuma beza diorang letak sayur mentah tapi saya masak/goreng.

Sebenarnya rice paper tu harus direndam dlm air suam untuk beberapa saat dan barulah boleh wrap segala isi2 yg kita masak tu cuma apa yang penting kalau nak goreng dulu inti tu,haruslah ditoskan dahulu kerana kulit rice paper tu amatlah lembut dan mudah terkoyak.Saya gunakan salad dan mayonis dan udang yang direbus dengan kulit (pastu buang kulit dia).

Resepi "Popia Vienam" versi sendiri

Carrot
Kobis
Batang saderi
Garlic (untuk sblm tumis)
Olive oil (untuk menumis)
Kiub ayam or just letak garam je pon ok!
Tomato (potong kiub,letak mentah2)

*Paper rice ni tidak boleh digoreng

Untuk sos

Chilli
Garlic
Ginger
Kicap manis
Perahan lemon

Original sebenarnya diorg just wrap dgn sayur2 mentah then cicah dgn sos. Sos diorang color merah,I sbb innovative sangat tukar guna kicap.

Maka,buat research sikit.Selepas dihidang dan dimakan,kebarangkalian untuk masak lagi adalah
-
-
-
-
-
-
-

Tahun depan la kot...tak pun up lagi setahun.Huhuhuhu!
Kesimpulan: Tak adalah superb mana rasanya.Untuk saya,biasa2 aje.Samada anak tekak yang rasa tak best atau saya yang sebenarnya tak reti nak buat,lantak la.Pilihlah mana satu akak tak kesah.Hahaha!Maka,selamat beramal mencuba!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You