Damia's first painting

Please don't underestimate your child and never and ever compare diri sendiri time kecik2 dulu yang sah2 beranak era 80an (beranak kat rumah pulak tu) dengan anak sendiri yang lahir zaman internet nih.Sangat2 berbeza ok.Malas nak taip panjang,maka kita terus kepada topik utama.

Sudah terang lagi bersuluh,itulah perumpamaan yang boleh kita bagi untuk mendefinasikan anak sendiri.Pepatah tu sesuai ke tak sesuai lantak la sebab pakai main ambik je sebab dah tahu diri tak seterrer Karam Singh Walia.Harap maklum.Setelah menyedari anak sendiri adalah seperti pic dibawah ini...

Maka sebagai ibu bapa yang prihatin,kami sememangnya decide untuk tidak membeli permainan yang banyak untuk anak sendiri kerana kecik2 lagi dah pandai cari permainan apa yang nak dia main.Contoh diatas adalah versi main sorok-sorok secara solo.Kalau dah bontot besar lagu tu,dari jauh dah nampak so takyah penat mencari dimana sikenit ni sembunyi.

Tapi kadang2 terfikir juga,kenapa la Damia ni tak begitu interested dengan permainan.Dia lebih suka explore benda2 yang ada disekeliling daripada main permainan dia.Sudah jimat disitu ye kawan-kawan.Hehehe!Maka diri sendiri telah membuat hipotesis sendiri yang mengatakan anak sendiri cuba mengasah motor skill yang ada since haritu ternampak dia naik basikal tapi mengadap belakang.???Macam mana nak gerak sayang oiii!Kalau lagu tu duduknya.

Baru2 ni telah berlakulah satu insiden yang tak brape syok nak ditengok bila assignment Business Accounting telah diconteng oleh Damia tanpa sedikit pun rasa kesal dimukanya selepas melakukan perbuatan tersebut.Lagi senyum adalah sambil show gigi atas 4 batang.Bajet cute la tu.Assignment tu siap hantar lagi bersama sedikit hasil kreativiti Damia.

Dan lagi....ada lagi...telah ternampak Damia cuba menconteng-conteng lagi.Kali ini lokasinya bawah meja study kite.Jadi kite sama suami kite pun decide pergi kedai buku & alat tulis.Walau sedar umur anak baru je nak masuk 1 tahun 3 bulan,tapi siap pergi beli buku,color pencil,crayon bagai macam esok anak masuk sekolah Tadika.No,no,no.Masuk PASTI (incase atuk dia baca blog nih!).Nampaknya memang berbaloi beli bila.....

 Seronok betul dia dapat pegang crayon dengan color pencil.Dua-dua belah tangan tu.Hebat.Susah nak carik orang boleh tulis dua belah sekaligus.Hehehe!

 Ini tidak bermakna aura bosan sudah mula datang tapi nih ngah carik ilham nih.Apa korang ingat komposer jer cari ilham??

 Tekun betul dia.Doa bonda dan ayah,biarlah ketekunan ni berkekalan sampai besar esok-esok.Kompem straight A punya (Jelas ni ciri2 mak bapak lapar sangat A.Huhuhu!)

 Maka inilah kasil kerja pertama Damia.Esok2 dah besar kalau dah pandai baca blog,ni la bonda nak tunjuk lukisan pertama Damia.Ntah apa menda yang dicontengnya pun tak tau la.Kata bayi 1 tahun 3 bulan.Kalau tetiba dah pandai lukis fish mcm dalam pic tu,famous la awak Damia.Huhuhu!Leh kitorang tumpang glamour.Sempat lagik tu!Salah!Salah!Boleh masuk Harian Metro muka depan.

2 comments:

Mince4AM said...

besor-besor sket agi tera bowok dia main dalam baruh, nok x dia? hahaha

Syafinaz said...

Hoh!Main dalam baruh.Budok2 lening dok kenal doh baruh2 ni.Zaman kite dulu main baruh tu best sangat2 doh masa tu.Hehehe!Molek gok try bowok Damia skali main baruh.Tgk gane reaksi die.Hehehe!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You