Just take it or leave it!

Entry biasa.Ini list empat orang yang selalu buat saya berfikir,terfikir dan memikirkan tentang mereka.Apa dah tak ada kerja sangat ke saya ni?Tapi mak peduli apa.Mak nak cakap jugak kenapa mak nak cerita pasal empat orang ni dalam entry mak ni.Ini bukan apa,kadang2 bila baca pasal mereka ni,dari perut rasa lapar terus tak jadi makan.Dari sah2 nak masuk toilet lepas hajat,terus bantut.Ibaratnya hilang mood terus lah.Dasyat juga impak diorang ni pada saya.Tapi apa yang pasti diorang ni bukan la bapak saudara saya,jauh sekali mak tiri sebelah anak sepupu mak saya,atau kawan sekampung yang rumahnya dekat tepi tangki air rumah color biru pagar runtuh separuh atau sepupu sepapat JKKK kampung saya.Bukan yer.Nehi!Never!Huk!

Muammar Gaddafi.Rasanya rasa geram sewaktu Mesir mula bergolak kerana keenganan Hosni Mubarak dari meletak jawatan tidak seteruk melihat lelaki ini.Betapa tegarnya dia.Apa sahaja berita dari Libya yang bersiaran di tv,rasa malas nak melihat namun tak mampu melarikan pandangan mahupun memekakkan telinga kerana keinginan yang membuak2 utk tahu itu ada.

Tidak cukupkah lagi apa yang dia ada???Namun kalau difikirkan,pemimpin @ menteri ditempat kita pun apa kurangnya.Nun disana,sudah bertahun-tahun pegang jawatan ketua,perubahan pada rakyat tidaklah seberapa,namun dia,kaum kerabat kaya raya dan andai dihitung segala harta,7 keturunan belum tentu habis guna.Tapi itulah.Bila sudah manusia lapar harta,lapar jawatan,lapar pangkat,rakyat jadi mangsa.

Saya,sungguh sungguh saya katakan,saya memang tak suka dia : P



Ini pula,malas nak cerita balik apa yang pernah dia buat.Tapi yang pasti berada dilist orang yang paling annoying dalam dunia.Dimana dia sekarang?Don't know and don't care.Tapi pernah satu hari tu saya baca majalah.Syok belek2 majalah tu,sekali terselak gambar dia ni dan yang pasti dalam artikel tu merujuk "mamat" ni sebagai orang yang terkenal dibidang penulisan.Shit!Hasilnya best macam mana majalah tu,pengakhirannya adalah didalam tong sampah.Macam tu skali kau.



Oh!OH!Fasha Sandha.Saya pun tak tahu apa yang "penting" sangat dengan dia ni keatas bumi Malaysia ni sampaikan kisah cinta dia,time dia putus cinta pun nak masuk muka depan surat khabar.Apa wartawan Malaysia ni dah ketandusan idea sangat nak cari berita lain yang mungkin lebih "penting" untuk diwarwakan pada umum.Namun saya akur,walau saya tak suka,namun diluar sana ramai yang memuja.



Rosmah Mansor.Selalunya pasal dia,dan tentang dia dan balik2 muka dia jugak.Waktu awal2 Najib jadi PM,boleh dikatakan muka dia je yang keluar baik media cetak mahupun elektronik.Sampai naik jemu pun ada.Tapi kadang2 confius juga rasa.Sebenarnya mana satu PM Malaysia ni?????Najib ke dia??hehehe.Daripada hadap muka dia ni baik saya layan ni jer......

-
-
-
-
-
Dan anda pula macam mana??? Adakah hari anda makin bermakna dengan melihat mereka? : )

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You