Damia's first painting

Please don't underestimate your child and never and ever compare diri sendiri time kecik2 dulu yang sah2 beranak era 80an (beranak kat rumah pulak tu) dengan anak sendiri yang lahir zaman internet nih.Sangat2 berbeza ok.Malas nak taip panjang,maka kita terus kepada topik utama.

Sudah terang lagi bersuluh,itulah perumpamaan yang boleh kita bagi untuk mendefinasikan anak sendiri.Pepatah tu sesuai ke tak sesuai lantak la sebab pakai main ambik je sebab dah tahu diri tak seterrer Karam Singh Walia.Harap maklum.Setelah menyedari anak sendiri adalah seperti pic dibawah ini...

Maka sebagai ibu bapa yang prihatin,kami sememangnya decide untuk tidak membeli permainan yang banyak untuk anak sendiri kerana kecik2 lagi dah pandai cari permainan apa yang nak dia main.Contoh diatas adalah versi main sorok-sorok secara solo.Kalau dah bontot besar lagu tu,dari jauh dah nampak so takyah penat mencari dimana sikenit ni sembunyi.

Tapi kadang2 terfikir juga,kenapa la Damia ni tak begitu interested dengan permainan.Dia lebih suka explore benda2 yang ada disekeliling daripada main permainan dia.Sudah jimat disitu ye kawan-kawan.Hehehe!Maka diri sendiri telah membuat hipotesis sendiri yang mengatakan anak sendiri cuba mengasah motor skill yang ada since haritu ternampak dia naik basikal tapi mengadap belakang.???Macam mana nak gerak sayang oiii!Kalau lagu tu duduknya.

Baru2 ni telah berlakulah satu insiden yang tak brape syok nak ditengok bila assignment Business Accounting telah diconteng oleh Damia tanpa sedikit pun rasa kesal dimukanya selepas melakukan perbuatan tersebut.Lagi senyum adalah sambil show gigi atas 4 batang.Bajet cute la tu.Assignment tu siap hantar lagi bersama sedikit hasil kreativiti Damia.

Dan lagi....ada lagi...telah ternampak Damia cuba menconteng-conteng lagi.Kali ini lokasinya bawah meja study kite.Jadi kite sama suami kite pun decide pergi kedai buku & alat tulis.Walau sedar umur anak baru je nak masuk 1 tahun 3 bulan,tapi siap pergi beli buku,color pencil,crayon bagai macam esok anak masuk sekolah Tadika.No,no,no.Masuk PASTI (incase atuk dia baca blog nih!).Nampaknya memang berbaloi beli bila.....

 Seronok betul dia dapat pegang crayon dengan color pencil.Dua-dua belah tangan tu.Hebat.Susah nak carik orang boleh tulis dua belah sekaligus.Hehehe!

 Ini tidak bermakna aura bosan sudah mula datang tapi nih ngah carik ilham nih.Apa korang ingat komposer jer cari ilham??

 Tekun betul dia.Doa bonda dan ayah,biarlah ketekunan ni berkekalan sampai besar esok-esok.Kompem straight A punya (Jelas ni ciri2 mak bapak lapar sangat A.Huhuhu!)

 Maka inilah kasil kerja pertama Damia.Esok2 dah besar kalau dah pandai baca blog,ni la bonda nak tunjuk lukisan pertama Damia.Ntah apa menda yang dicontengnya pun tak tau la.Kata bayi 1 tahun 3 bulan.Kalau tetiba dah pandai lukis fish mcm dalam pic tu,famous la awak Damia.Huhuhu!Leh kitorang tumpang glamour.Sempat lagik tu!Salah!Salah!Boleh masuk Harian Metro muka depan.

Saya begini dan tidak semestinya kamu juga begitu

Sebenarnya niat untuk menulis pasal benda ni dah lama cuma baru sekarang nak publish.This is all about pregnancy.Since a friend of mine ada beberapa yang sedang berbadan dua,tahniah untuk Huda,Ayu,Liya (my cousin) and my blogger friend Jiey!maka kat sini ada sedikit pengalaman yang ingin saya kongsikan dengan semua.

Mengandung adalah suatu keajaiban dunia yang pastinya tidak dialami oleh lelaki.Betapa hebatnya pengalaman tersebut.Dan saya bersyukur kerana dipilih olehNya untuk melalui pengalaman yang begitu menakjubkan ini.Pengalaman yang tidak mungkin mampu dibuang dari kotak ingatan sampai bila-bila.

Sewaktu mengetahui bahawa saya mengandung untuk kali yang kedua (pernah mengalami keguguran pada tahun 2008),pastinya saya telah bersedia dari segi fizikal dan mental.Ini adalah kerana saya sendiri yang mempersiapkan diri kearah itu dengan merujuk doktor dan mengambil acid folic 3 bulan selepas betul2 recover dari keguguran pertama.Alhamdulillah,rezeki kami selepas 9 bulan selepas keguguran pertama.Saya mungkin tidak pernah menceritakan pengalaman keguguran kali yang pertama.

Jujur saya katakan saya sememangnya tidak tahu bahawa saya hamil.Hanya sedikit perubahan sahaja pada badan saya namun ia hanya disedari selepas segalanya hilang pada malam sekitar bulan June 2008.Bayangkan dalam masa seminggu,tanpa rehat yang cukup dan paling teruk apabila saya tidak sedar bahawa wujudnya "sesuatu" itu bersama saya.Bermula dengan menaiki penerbangan pulang ke Terengganu (mengikut doktor kandungan bawah 12 minggu ke bawah tidak digalakkan menaiki penerbangan kerana risiko keguguran mungkin berlaku).Majlis perkahwinan ipar saya Tengku Sarena yang berlangsung hampir 3 hari lamanya menambahkan lagi keletihan saya walhal saya bukanlah tunggak utama majlis.Hanya sekadar membantu apa yang patut,dan selebihnya saya lebih banyak tidur sehingga ada yang menyedari ketiadaan saya sewaktu majlis.Saya tiada dimalam majlis berinai namun sempat menjadi pengapit untuk majlis bersanding pada hari ke 3.Itupun kerana terpaksa walau jujur saya katakan saya sebenarnya amat letih.

Selesai majlis diTerengganu,saya berkejar pulang ke Shah Alam kerana hanya selang 2 hari kami perlu meyertai exhibition di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).Persiapan disaat akhir pastinya agak kelam kabut namun segalanya berjalan lancar.Sehari sebelum,entah macam mana remote control untuk gate tiada pada saya,dan saya tanpa fikir panjang memanjat pagar dan melompat kedalam kerana harus menggunakan kunci secara manual.Ketinggian pagar sememangnya tidak mampu untuk mencengkam "ia" kuat dalam rahim saya. Berbalik pada exhibition,pada hari pertama adalah giliran saya dan pastinya satu hari saya lebih banyak berdiri melayan mereka yang masuk ke booth kami.Bayangkan waktu itu juga  merupakan hari pertama saya didatangi "kawan baik" setiap bulan.Bayangkan dengan perut yang sakit,keletihan namun saya gagahkan diri demi "tugas".Selepas kami menutup booth,saya bersiap untuk pulang namun memandangkan saya menumpang kereta boss maka harus mengikutnya dahulu minum bersama kenalannya.Saya sudah lupa nama hotel tersebut namun letaknya berhampiran KLCC dan waktu itu saya menyandang dua buah beg laptop.Dugaan seterusnya apabila minuman yang dipesan sepatutnya Hot Chocolate namun yang sampai Ice Chocolate.Saya hanya diam dan tidak pula meminta waiter tersebut menukarkannya.Sepanjang conversation mereka saya hanya diam dan cuma sesekali menyampuk.Itupun setelah ditanya dan sewaktu sesi bertukar2 business card.Kesan dari minum ais rasanya mereka yang biasa mengalami period pain akan merasainya.Sakitnya ibarat perut dipulas-pulas.

Jam 8 malam saya sampai dirumah.Kesakitan sukar digambarkan.Saya bersihkan diri dan mujur suami ada bersama.Kalau diikutkan kebiasan saya hanya bertemu suami 2 kali seminggu kerana suami bekerja di Shell Port Dickson dan menyewa disana.Kesakitan demi kesakitan dirasai saya sehingga jam 11 malam.Dan apa yang pasti kesakitan yang dirasai adalah lain dari biasa dan saya hanya mampu menangis dan menangis.Sekitar jam 11 malam,perut makin memulas dan saya bergegas ke tandas.Sewaktu melihatnya keluar saya kaku.Saya amati "ketulan darah yang bersaiz agak besar dari biasa".Hanya kecil sedikit dari telapak tangan.Saya diam dan bingung.Bingung saya kerana kesakitan yang saya tanggung beberapa jam sebelum hilang sekelip mata.

"Dia tidak mengizinkan "nyawa" itu untuk terus bersamaku mungkin."

Saya redha dengan kehilangan itu.Mungkin saya tidak begitu terbeban dengan kehilangan itu kerana saya TIDAK TAHU.Sungguh saya tidak tahu.Sungguh saya tidak sedar.Namun yang pasti ia belum lagi cukup sifatnya namun bohong andai tiada sedikit guris dihati dengan kehilangan itu.

Dan untuk kali keduanya saya mempersiapkan diri.Rasa kesakitan sewaktu membuang air kecil dan kedatangan darah coklat yang hanya setitik menguatkan lagi andaian yang saya sedang berbadan dua.Pada awalnya saya sedayanya cuba merahsiakannya sehingga officially saya disahkan mengandung oleh doktor.Alhamdulillah saya disahkan mengandung oleh Dr Zanariah.Dan doktor yang sama jugalah yang menasihati saya agar kuat dari segi physicall and mental.Memandangkan dia merupakan doktor yang biasa merawat saya sebelumnya untuk sakit2 biasa lain termasuk sewaktu gugur kali pertama,maka conversation kami pastinya lebih santai.

Katanya "Kamu harus lebih kuat memandangkan sepanjang tempoh kehamilan kamu suami tiada disisi sepanjang masa".

Saya"Adakah normal bila mengandung kita kepenatan?Mengidam?Manja dari biasa?",tanya saya.

"Normally yes tapi semuanya berkait dengan psychology.Kalau kamu setkan mind kamu ini tidak boleh,itu tidak boleh,kamu limitkan segalanya pastinya semuanya akan menjadi rumit untuk kamu".

Ya,saya biasa melihat perempuan yang mengandung yang hanya mampu berbaring kerana keletihan dan tidak mampu melakukan apa2 kerja sekalipun.Muka yang sentiasa pucat tidak bermaya dan hanya bermalas-malasan tanpa ingin berusaha melakukan sesuatu.Saya tidak merujuk kepada mereka yang semememangnya mengalami masalah serious sewaktu mengandung.Saya merujuk pada mereka yang hakikatnya "sihat" namun "sakit" hanya kerana diri mereka sendiri yang tidak pernah cuba melawan keadaan tersebut.Terlalu melayan perasaan.Bahasa mudah "manja" yang dibuat-buat.

Dan satu lagi nasihat dia yang sehingga kini saya ingat,"Kamu tidak perlu makan secara berlebihan hanya kerana kamu berbadan dua.Tiada istilah makan dua pinggan nasi satu untuk kamu dan satu lagi untuk baby kamu.Karut.Makanlah sesuatu yang berkhasiat untuk bayi kamu dan jaga kesihatan kamu sebaiknya dan itu adalah lebih baik.Gemuk sewaktu mengandung sememangnya biasa bagi sesetengah orang mengandung,namun makan berlebihan boleh membawa kesan buruk lain selepasnya.Untuk kurus semula selepas bersalin bkn satu perkara yang mudah".

"Tidak perlulah kamu terlalu manja dan hanya untuk perkara yang kecil kamu nak menangis bersungguh2.Tidak bagus untuk kamu.Mengandung adalah waktu untuk kita menikmati setiap saat bersama bayi yang dikandung dan bukannya menghabiskan masa menangis untuk sesuatu yang tak masuk akal atau untuk sesuatu yang pasti ada jalan penyelesaian".

Dengan nasihat itu saya menjadi lebih cekal.Saya cekal atau 'terpaksa" cekal?Kedua-duanya.Memandangkan bayi dalam kandungan mencecah 3 bulan dan saya pula baru mendaftar sebagai pelajar di Universiti Malaysia Terengganu,dapat dibayangkan sahaja,daripada rutin dua kali seminggu bertemu suami,selepas itu saya hanya bertemu suami dua kali dalam sebulan.Bayangkan perasaan saya tika itu.Bukan mudah untuk saya menempuh saat mengandung tanpa suami disisi sepanjang masa dan pada masa yang sama menjadi seorang pelajar.Namun syukur alhamdulillah,berkat doa dari suami dan dgn izinNya saya diberi kesihatan yang baik sepanjang 9 bulan membawa 'nyawa' itu.Sikit2 masalah sewaktu hamil saya ignorekan sahaja.Sepanjang hamil saya aktif bergerak.Saya berjalan kaki kesana kemari.Saya lakukan segala tugasan sendiri dan saya memandu kereta selama 45 minit sehala sejauh 36 km dan menempuh 16 traffic light setiap hari.Syukur segalanya dimudahkan untuk saya dan begitu juga sewaktu proses kelahirannya.Allah swt memberikan kemudahan itu.Syukur padaMu!

Dan sewaktu mengandung bohong kalau saya katakan saya tidak loya dan muntah.Ye,saya mengalami peringat trimster 1,2 dan 3.Sama seperti wanita yang lain cuma saya sentiasa melawan 'rasa' itu.Hasilnya,muntah tidak berlaku setiap hari.Purata 1,2 kali sahaja seminggu.Kadang2 tiada langsung.Alahan lain,alhamdulillah tiada.Mengidam pula,maka tipu andai saya katakan tidak mengidam.Ye,saya juga mengiginkan sesuatu.Mahu 'itu' dan mahu 'ini'.Cuma seawalnya saya letakkan dalam fikiran saya,andai dapat syukur dan andai tiada tidak mengapa.Saya tidak merajuk seandainya permintaan tidak dipenuhi kerana saya tahu suami juga berusaha mencari.Namun dari awal hamil hingga 8 bulan usia kandungan,saya amat suka makan buah nenas.Awal mengandung ada juga 'suara' yg melarang namun bila kakak ipar saya menegur "Usah haramkan apa yang dihalalkan Allah swt.Soal hidup mati adalah ketentuan Dia dan bkn kerana nenas.Nenas tu sejenis buah dan tak ada kena mengena soal tajam atau tak.Semua hanya sebagai sebab disebalik sesuatu kejadian".

Ya,saya berjaya menempuhnya.Dan kerana itu setiap kali ada sesiapa yang terdekat dengan saya,yang baru mengandung saya akan beritahu perkara yang sama.Tak salah untuk berkongsi walau saya tahu pasti ada yang tidak setuju.Manakan setuju kerana lain orang lainlah ragamnya.Cuma saya tabik melihat wanita2 cekal yang mengandung namun masih kuat mencari rezeki seperti guru,promoter pasaraya,waitress di restaurant,pekerja kilang and etc.Dan bersyukurlah pada wanita2 yang tidak perlu melalui kesusahan seperti sesetengah wanita.Namun dapat dilihat,andai keadaan kita memaksa dan tiada ruang untuk menjadi 'manja' secara automatic kita menjadi seorang yang kuat.Berbeza bagi wanita yang sentiasa ingin dimanja setiap masa.Ya,kita ada suami untuk bermanja namun saya pernah juga terdengar rungutan dari seorang suami "Manja isteri tak mengapa dan lagilah ketika mengandung membawa zuriat kita tapi kalau terlebih sangat manjanya naik meluat juga rasa".Macam tu pulak?Urm..macam-macam.

Hai,pada saya,lain orang,lainlah caranya.Ia bergantung pada individu cuma yang diceritakan ini adalah merujuk saya.Tak suka tak mengapa : )

Tengku Nurin Damia - 13st Jan 2010 (10.50 a.m),21 days earlier than expected date 5 Feb 2010
was born at Kuala Terengganu Specialist Hospital
Weight- 2.54 kg

2 jam selepas melihat dunia,terus mencari susu ibunya.Tiada pengajaran formal,dan dia seolah sudah tahu bagaimana caranya.Besarnya kuasaMu ya Allah swt.

Just take it or leave it!

Entry biasa.Ini list empat orang yang selalu buat saya berfikir,terfikir dan memikirkan tentang mereka.Apa dah tak ada kerja sangat ke saya ni?Tapi mak peduli apa.Mak nak cakap jugak kenapa mak nak cerita pasal empat orang ni dalam entry mak ni.Ini bukan apa,kadang2 bila baca pasal mereka ni,dari perut rasa lapar terus tak jadi makan.Dari sah2 nak masuk toilet lepas hajat,terus bantut.Ibaratnya hilang mood terus lah.Dasyat juga impak diorang ni pada saya.Tapi apa yang pasti diorang ni bukan la bapak saudara saya,jauh sekali mak tiri sebelah anak sepupu mak saya,atau kawan sekampung yang rumahnya dekat tepi tangki air rumah color biru pagar runtuh separuh atau sepupu sepapat JKKK kampung saya.Bukan yer.Nehi!Never!Huk!

Muammar Gaddafi.Rasanya rasa geram sewaktu Mesir mula bergolak kerana keenganan Hosni Mubarak dari meletak jawatan tidak seteruk melihat lelaki ini.Betapa tegarnya dia.Apa sahaja berita dari Libya yang bersiaran di tv,rasa malas nak melihat namun tak mampu melarikan pandangan mahupun memekakkan telinga kerana keinginan yang membuak2 utk tahu itu ada.

Tidak cukupkah lagi apa yang dia ada???Namun kalau difikirkan,pemimpin @ menteri ditempat kita pun apa kurangnya.Nun disana,sudah bertahun-tahun pegang jawatan ketua,perubahan pada rakyat tidaklah seberapa,namun dia,kaum kerabat kaya raya dan andai dihitung segala harta,7 keturunan belum tentu habis guna.Tapi itulah.Bila sudah manusia lapar harta,lapar jawatan,lapar pangkat,rakyat jadi mangsa.

Saya,sungguh sungguh saya katakan,saya memang tak suka dia : P



Ini pula,malas nak cerita balik apa yang pernah dia buat.Tapi yang pasti berada dilist orang yang paling annoying dalam dunia.Dimana dia sekarang?Don't know and don't care.Tapi pernah satu hari tu saya baca majalah.Syok belek2 majalah tu,sekali terselak gambar dia ni dan yang pasti dalam artikel tu merujuk "mamat" ni sebagai orang yang terkenal dibidang penulisan.Shit!Hasilnya best macam mana majalah tu,pengakhirannya adalah didalam tong sampah.Macam tu skali kau.



Oh!OH!Fasha Sandha.Saya pun tak tahu apa yang "penting" sangat dengan dia ni keatas bumi Malaysia ni sampaikan kisah cinta dia,time dia putus cinta pun nak masuk muka depan surat khabar.Apa wartawan Malaysia ni dah ketandusan idea sangat nak cari berita lain yang mungkin lebih "penting" untuk diwarwakan pada umum.Namun saya akur,walau saya tak suka,namun diluar sana ramai yang memuja.



Rosmah Mansor.Selalunya pasal dia,dan tentang dia dan balik2 muka dia jugak.Waktu awal2 Najib jadi PM,boleh dikatakan muka dia je yang keluar baik media cetak mahupun elektronik.Sampai naik jemu pun ada.Tapi kadang2 confius juga rasa.Sebenarnya mana satu PM Malaysia ni?????Najib ke dia??hehehe.Daripada hadap muka dia ni baik saya layan ni jer......

-
-
-
-
-
Dan anda pula macam mana??? Adakah hari anda makin bermakna dengan melihat mereka? : )

Sometimes I can be a bad mommy

Dari hari Selasa lagi Damia asyik meragam
Ikut hati rasa nak cancel je pergi Shah Alam
Tapi disebabkan sudah berjanji dgn suami,gagah diri juga
Syukur rengeknya tak lama
Sepanjang perjalanan banyak tidur sahaja dia
Cuma time bangun dia tu hazab betul
Apa yang best main kat carpet kaki dalam kete tu ntah la
Sikit2 nak turun bawah....sikit2 nak turun bawah
Tinggi suara sikit pandai pulak diam buat2 lentok kat dada
Tapi kejap je  la...5 saat tak sampai
Lepas tu buat balik
Sabor jer laaa...

Masuk hari Rabu,pagi tu ok lagi
Bila tengahari sikit,badan dia start suam2 Milo
Isk!Takleh jadi nih
Esok nak soppingg
Boleh tergendala semua plan
Cepat2 kasik ubat dan seperti biasa buat hipotesis sendiri
Demam sebab jalan jauh kot
Tapi reason maid abang ipar lagi horror
Demam sebab tertegur "benda" dalam perjalanan
Isk!Tak adanya la

Lepas bagi syrup dia okey balik
Fuh!Lega betol time tu
Maka apa yang dirancang semua berjalan lancar
Sian anak bonda demam
Ayahanda pun risau

Tapi sampai Jumaat demamnya still ada
Kejap ok kejap demam
Berselang setiap 6 jam
Pelik pun ada
Try check seluruh badan dia..kot2 ada la kena gigit serangga ke apa
Tapi time dia meraung baru perasan ada satu batang gigi baru nak keluar
Oooooo!Demam nak tumbuh gigi rupanya
Sedikit lega
Tapi rengek dia lain macam pula rasa
Tak mahu berenggang langsung
3 makhluk je boleh dukung dia
Saya,suami dan atuknya
Yang lain...kirim salam je la
Tak maunya dia.....sombong

Time kitorang makan kat luar
Ada juga raungnya
Semua orang pandang
Macam saya ni mak tiri dia
Terima kasih anakku
Bondamu glamour tanpa perlu masuk tv

On da way balik Terengganu
Ragam dia makin menjadi
Paling kronik tak mau baring atas tilam dia
Nak duduk atas riba atau pangku didada
Mangsanya pasti saya dan atuknya
Letih dia hanya Allah swt yang tahu
Susu botol reject terus
Nenen je sepanjang perjalanan
Lagilah kuat teori saya demam dia sbb nak tumbuh gigi
Motif kedua sbb dia gigit kaki saya waktu saya tidur
Best ke??hehehe

Masuk hari Sabtu saya macam terpandang sesuatu
Apa benda yang bintik2 ni?
Maka Dr Syafinaz membuat andaian "Oh!Allergic lagi.Silap makan apa ni agaknya?"
Biar je lagi tapi tak kasi syrup sbb bdn dia suam2 kuku je
Namun time ni 24 jam nak melekat macam anak koala
Malam je kejap2 terjaga
Penatnya saya Allah swt je yang tahu
Dah la assignment byk tak siap lagi
Mana lagi nak study test,quiz ada dua tiga lagi
No wonder la kadang2 datang juga "angin" tu
Tak sedar kadang2 terlepas juga
Menyesal sangat bila tengok Damia nangis esak2
Dugaan seorang ibu kata mereka....
Erm....

Pagi Ahad tak sedar lagi
Ayah dia mandikan
Ayah pass je saya pakaikan baju
Banyak sangat benda dalam otak mungkin sampai sikit pun tak perasan
Baru nak keluar nak pergi kelas
Terselak baju dia
Itupun secara tak sengaja
Ya Allah!Anakanada Damia
Maafkan bonda
Rupanya anakanadaku ini demam campak
Banyak betul bintik2 merah seluruh tubuh
Renung lama2,baru perasan bintik tu pun dah ada dimuka
Aduhai!Ibu jenis apakah saya
Suami pandang saya
Betul rasa bersalah
Bukan sebab gigi atau apa,tapi kerana demam campak
Kata orang tua2,bila naik campak satu badan merenyam gatal2
Patutlah Damia merenggek sepanjang masa

Petua orang tua2
Kalau campak jangan dikasi ubat
Takut nanti terbantut nak keluarnya
atau keluarnya tak habis
Mertua pula pesan dimandikan dengan air campur daun pahit
Jenuh suami pergi ambil daun tu
Mana2 la,janji anak ini sihat kembali
Saya
-
-
-
-
-
Rasa sangat bersalah : (



Moral of the story,I need to control my anger and use my mind before doing any action.Dengan budak kecik pun nak berkira.Adoi!

Harini atau esok pastinya tidak akan sama : (

People will probably not understand or have never tried to understand......

I still remember the day when tsunami struck Acheh on 26 December 2004 and also a few other places such as Sri Langka,Phuket and a few area in Malaysia (Kuala Muda-the worst affected in Malaysia).Earthquake 6.5 on richter scale,and killed almost 230,000 peoples in Acheh.Can we imagine just only for a few minutes they lost the whole family.At that time I was in Penang and through horrified experience when the building shook and all the people ran out of the building.Although it is not so strong but still breathtaking, and how those in Acheh?Pray for them.

11 March 2011-tsunami struck Japan and it's really giving me a shock. 8.9 on richter scale.Sehingga kini jumlah kematian semakin meningkat.Waktu membaca di internet,sekitar jam 3 petang,hati ini sudah berdetik.Cuaca dunia kini sudah tidak menentu.Bencana datang tanpa sempat kita bersedia.Walau tidak berlaku ditempat sendiri namun tidak mustahil Malaysia juga mungkin terkena tempiasnya.Waktu itu juga saya masih dalam mode bergelak ketawa,makan tak ingat dunia.Rupanya rasa kesedaran tidak akan datang sehingga panggilan telefon dari seorang staff bapa yang melahirkan rasa kerisauan terhadap bencana yang baru menimpa Jepun dan sekitar jam 5 petang,tempiasnya sudah dirasai di Beijing,China.Tika itu kami dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ke Terengganu.Hati saya makin gundah bila beberapa daerah di tempat saya mengadakan solat hajat memohon pada Allah swt moga dijauhi dari kita segala bencana.Tanpa sedar saya memeluk erat anak saya dan saya mula rasa sebak.Cuba cari sedikit info diradio namun hampa.Hanya beberapa minit sahaja maklumat disampaikan.Itupun hanya untuk memberitahu penduduk sekitar Labuan dan Sabah supaya tidak menghampiri kawasan pantai dari jam 6 ptg ke 12 malam.Persedian kita?Kerajan?Hurm...Namun tidak sampai beberapa jam,pengumuman itu ditarik balik.Seperti biasa info2 mengenai tsunami yang menyerang Jepun tidak diceritakan dan selebihnya seperti biasa hanya suapan lagu2 rancak yang berkumandang.Nampaknya kesedaran rakyat mahupun kerajaan adalah kurang diMalaysia.Saya faham,sebagai manusia kita tiada kuasa menghalang.Lebih2 lagi apa yang datang daripadaNYA cuma apa yang meruntum hati apabila memikirkan tahap kesedaran kita especially yang beragama Islam.Sekurang-kurangnya marilah kita muhasabah diri.Duduk dan berfikir.Where are we after this?

Musibah ditempat orang tidak meninggalkan sedikit pun kesan dihati kita dan adakah sehingga kita ditimpa sendiri baru kita akan sedar?Nauzubillah!Malam tadi kebanyakan kita masih rancak bergembira,sebolehnya tidak ingin mengambil tahu malah tidak ingin tahu pun.Malah masih seronok lepak2 dikedai2 makan ataupun memenuhi pusat2 hiburan,melepaskan stress dipusat2 membeli belah,atau masih asyik berkareoke bersama2 teman2.Dan sewaktu dikhabarkan beberapa masjid mengadakan solat hajat,hati ini benar2 rasa sedih dan takut.

Saya sebolehnya ingin cepat sampai kerumah saya.Dalam fikiran saya semalam,andai semalam adalah pengakhiran,biarlah mati bersama2 anak dalam pelukan dan ahli keluarga didepan mata.Dalam diam saya menangis.Beberapa ahli keluarga dihubungi.Sebolehnya saya cuba mendapatkan seberapa banyak info.

Berita di TV3 tengahari ini ada melaporkan berkenaan tsunami ini dan beberapa negara lain turut menerima tempiasnya dan yang terbaru adalah di AS.Namun seperti biasa diakhir berita,bukan laporan atau video tsunami,namun paparan majlis yang dihiasi dengan tarian,nyayian artis tempatan dan juga betapa meriahnya Sure Heboh.Oh!Damn shit!

Bersediakah kita andai datangnya begini? * Image from Yahoo

Dibumi Malaysia ini,baru saya perasan,andai kita mengumpamakan setiap musibah atau bencara itu adalah bala dari Allah swt kerana kealpaan kita yang makin jauh dari jalanNya,kerajaan kita menjadi teramatlah marah.Pak-pak menteri kita marah.Apa yang boleh dilihat,bila berlakunya bencana,mesti ada tertubuhnya badan yang menkaji punca tanpa sedikit pun tidak ingin relate dengan agama kita walhal ia sudah termaktub dalam Al Quran.Datangnya kadang2 seperti satu amaran yang cuba mengingatkan kita namun andai datang dalam keadaan besar tanpa sempat kita bersedia,urmmmm..ruginya kita.

YA ALLAH YA TUHANKU!PELIHARAKANLAH KAMI MOGA SENTIASA DIBAWAH LINDUNGANMU!AMIN.

Sesungguhnya yang buruk itu adalah dari kita dan yang baik itu hanyalah daripadaNya.

Popia Vietnam...pong prang kang pang nong &$@#$$**%!!!

Bila angin rajin datang makanya selang tak sampai sehari blog pasti update.Idea untuk menulis datang mencurah-curah.(Macam selama ni saya punya blog penulisan ilmiah sangat.Maafkan diri sebab tersyok sendiri pulak)

Untuk entry ni apa yang pasti penulisan yang tidak begitu ilmiah akan ditulis.Hahaha!Seperti biasa.

Harini gue nak cerita pasal popia Vietnam.Saya taktau la kat Vietnam sana panggil apa,lantak la diorang punya nama apa,janji sini saya nak letak juga nama dia "Popia".

Alkisahnya bermula bila si bapa pergi ke Vietnam (bercuti bukan kerja) dan membawa pulang benda alah dibawah ini. Sudah jelas dikatakan perginya bercuti namun saya sendiri agak pelik asal la benda alah ni jugak yang nak dibelinya??Apa dah tak ada benda lain agaknya dibumi Vietnam itu.Busuk2 pun kalau dibawa balik magnet peti ais tu,tak pun key chain sekalipun tak adalah saya muncung mulut sampai 2 inci setengah.Namun apa yang pasti,protes mcm mana sekalipun,nasik sudah jadik bubur.X ada kena mengena.

Inilah dia bendanya.Bapa banyak kali tanya,bila nak buat/masak.Maka sebab saya ni anak solehah,maka usaha jugalah masak benda ni.Heh!Sebenarnya takut kena backhand dengan bapa sebab dah lama sangat janji nak buatkan untuk dia maka saya gagahkan diri pergi masuk kedai yang serve Vietnam food,try mkn dulu dengan harapan bila balik rumah boleh practice masak style yang sama.Ada satu restoren di SACC,Shah Alam yg serve makanan Vietnam.Not bad la tapi x sesuai sangat dengan saya yang tekak selera kampung ni.Maklum la.....


Inilah dia hasilnya selepas google Youtube cuma beza diorang letak sayur mentah tapi saya masak/goreng.

Sebenarnya rice paper tu harus direndam dlm air suam untuk beberapa saat dan barulah boleh wrap segala isi2 yg kita masak tu cuma apa yang penting kalau nak goreng dulu inti tu,haruslah ditoskan dahulu kerana kulit rice paper tu amatlah lembut dan mudah terkoyak.Saya gunakan salad dan mayonis dan udang yang direbus dengan kulit (pastu buang kulit dia).

Resepi "Popia Vienam" versi sendiri

Carrot
Kobis
Batang saderi
Garlic (untuk sblm tumis)
Olive oil (untuk menumis)
Kiub ayam or just letak garam je pon ok!
Tomato (potong kiub,letak mentah2)

*Paper rice ni tidak boleh digoreng

Untuk sos

Chilli
Garlic
Ginger
Kicap manis
Perahan lemon

Original sebenarnya diorg just wrap dgn sayur2 mentah then cicah dgn sos. Sos diorang color merah,I sbb innovative sangat tukar guna kicap.

Maka,buat research sikit.Selepas dihidang dan dimakan,kebarangkalian untuk masak lagi adalah
-
-
-
-
-
-
-

Tahun depan la kot...tak pun up lagi setahun.Huhuhuhu!
Kesimpulan: Tak adalah superb mana rasanya.Untuk saya,biasa2 aje.Samada anak tekak yang rasa tak best atau saya yang sebenarnya tak reti nak buat,lantak la.Pilihlah mana satu akak tak kesah.Hahaha!Maka,selamat beramal mencuba!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You