Tengok jangan tak tengok.Diatas merupakan satu lagi aktiviti aku untuk minggu ini iaitu join masuk pertandingan membuat dan menghias puding.Maklumlah aku nikan separa pelajar dan surirumah dan aku pun taktau fulltime or part time.Setakat ni full time laa sementara aku tak start kuliah lagi ni.Bila dah bosan sangat dirumah,aktiviti macam inilah aku join.Rasa dah macam makcik-makcik pulak.Hehehe!Kalau nak diikutkan,ini adalah kali yang kedua aku masuk pertandingan yang berkaitan dengan masakan ni.Almaklumlah suka makan.Kali yang pertama pertandingan menghias kek namun apakan daya aku cuma dapat nombor 4 sahaja.Untuk pertandingan ini pun saguhati jugak.Belum nasib aku la agaknya nak merangkul anugerah juara walau pada hari tu ramai yang puji puding cempedak aku ni unik.Kembang jugak aku untuk seminit dua.Mungkin masih belum mampu menambat hati juri sepenuhnya kot.Atau juri tu alah dengan cempedak ke,anti takleh tgk buah tuh ke or memang hasil tangan aku ni hampeh sangat bagi dia.Hohoho!Itu telahan aku.Selebihnya korang pikir sendiri la.Manalah tahu.Tapi tak baik tau buruk sangka.Namun bila tengok hasil macam ini,datang pulak idea nak ber'bisnes'.Dan apa kata untuk sesiapa yang berminat untuk buat tempahan tak kesahlah apa majlis pun,bolehlah email pada aku.Setakat ni jaringan perniagaan adalah sekitar Kuala Terengganu dan Marang sahaja.Tunggu bisnes aku dah untung juta-juta nanti baru aku buat cawangan pulak.Haih!Berangan.Tak salah berangan sebab tak kena bayor pun berangan.Hehehe!Itu sahajalah aku nak cerita.Chow!
2 comments:
Umi,
Comellah puding tuh...camne hang buat? bagilah step dia heheheh aku nak tengok.
Step aku x snap pic tp yang pasti senang jer nk buat ni.Tapak bwh tu pakai buah nenas.Mu kerat 2.Batang jgn buang.Then ulas2 tu mu bentuk dgn pisau ah.Mu potong puding tu dlm bentuk kiub.Cucuk guna lidi cungkil gigi.
Post a Comment