Jiwa kacau

Ini mungkin bukan masalah besar bagi kau tapi masalah yang cukup besar bagi aku.Masuk jer bulan July nanti bermakna bermulalah sesi pembelajaran aku yang sudah tertangguh lebih dari 8 bulan.Aku pun tak pasti waktu tu otak aku laju atau tak nak terima balik ilmu2 baru tuh tapi selama mengOFFkan diri ni aku ada makan banyak ikan.Hehehe!Maklumlah ikankan bagus untuk otak.Pls take note : ).Berbalik pada masalah aku ini,anak aku tu asyik nak melekat jer dengan aku.Susu botol sah2 tolak awal2.Ada juga aku try tinggal2kan dia kat mak aku sejam dua,namun hasilnya meraung sampai serak2 suara.Jawabnya AKU TERUS  DALAM DILEMA!Macam2 cara dah aku guna.Tukar susu,tukar puting,tukar botol,tukar posisi,ahhh!macam2 la usaha.Namun hasilnya masih tetap sama sebab yang asli jugak yang dia mahu.Macam2 orang aku tanya,mintak tips,mintak pendapat sampai tahap jumpa pakar kanak2.Kata pakar,at least amik masa lebih kurang 2 minggu untuk dia serasi balik dengan susu botol.Itupun make sure aku tiada dirumah langsung sebab baby ni deria bau terhadap mak dia amat kuat.Tapi aku sedikit cuak jugak.Entah berkesan,entah tidak.Ada jugak terfikir nak cuba tinggalkan dekat nursery yang berhampiran universiti time aku ada kuliah tapi bila tengok nada tangisnya dah macam meroyan lagaknya,aku lagi la kecut perut jadinya.Aku bukan apa,takut pengasuh tu meroyan sekali.Isk!Mintak jauhlah.

Pikir punya pikir,takkan aku nak quit belajar sedangkan susah payah aku berhenti kerja,duduk jauh dengan suami,dengan mengandung waktu semester 1,tup2 nak quit.Isk!Takmau la aku.

Kadang2 terfikir pasal masalah aku ni,satu mungkin sebab biasanya lepas pantang baby dah kena tinggal dengan pengasuh dan just jumpa mak diorang separuh hari jer dengan weekend.Ini untuk ibu2 yang mempunyai komitment kerja,study and etc.Kes aku pulak,dah  nak masuk 6 bulan baru nak tinggal2kan dengan pengasuh mau tak susah jadinya.Aku pulak dengan anak aku dari lahir sampai ke sekarang ni 24/7  dengan dia.Memang dia serasi sangat la.Macam lagu Ajai dengan Nurul "Serasi bersama".Kalau aku tak sibuk  nak sekolah ni,nak menyusu 2 tahun pun takpe,aku sanggup tak kerja.Tapi begitulah  adanya.Hehehe!
                                                                              
Agak2 kalau korang ada idea,mai la kongsi dengan aku.Tak lama dah ni.Ada dalam 2 bulan jer lagik.isk2!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You