Haritu waktu membawa si kecik Damia pusing-pusing 1Utama mencari new clothes for her,si kecik ini beberapa kali merengek2 ingin menyusu maka kelam kabutlah saya dan suami mencari tempat untuk menyusu hingga satu ketika tak sempat sangat dah (anak saya ini memang kurang penyabor sikit) hingga meraung sampai orang pandang,maka saya terpaksa menyusu secara express kat dalam baby's room (baby changing diapers) namun teramat tidak selesa kerana bilik tersebut terletak didalam toilet's areas.Dalam kepala otak macam2 fikir akan germs2 yang memenuhi ruang tersebut dengan orang-orang yang berderet beratur untuk masuk toilet.Habislah anak saya menyedut segala germs2 tersebut."Maaf sayang,bonda terpaksa.Kalau tak engkau melalak",getus saya tapi kat dalam hati jer lah.Hehehe!
Model diatas bkn saya yer.Just tunjuk inilah bendanya.
Memandangkan time2 tu jugak kitorang sedang mengusha stroller untuk Damia,bermakna ia mengambil masa yang lebih lama untuk kami berada disitu.Hendak tak hendak saya pun sah2 terpaksa mencari benda alah tersebut iaitu nursing cover tapi kalau nak best dengar lagi stylish nursing cover.Eiii,mengada-ngada!Waktu itu memang dah blur sesangat then apa yang terlintas kat kepala waktu tu mesti benda alah tu ada kat butik Mothercare .Memang sah2 tak sempat nak survey dulu sebab time menyusu si Damia ni bukan boleh tangguh-tangguh.Kaki melangkah secara laju terus masuk namun hampa.Bukan hampa kerana bendanya tiada,namun kerana harganya yang tak baloi-baloi.Huhuhu!Bayangkan hanya untuk sehelai kain yang diletakkan besi halus dihujung kain dan juga tali ikatan pada leher,harga bagi sehelai nursing cover tersebut adalah RM99.Saya terus letak tapi ambik balik,pastu letak balik,ambik balik,letak.Begitulah seterusnya sehingga hubby sound menyampah mungkin,"Ambik jer la sayang oiii!Tak ambik karang menyesal".Lalalala..namun selamba jer saya keluar balik dari kedai dan pendek jer jawab kat hubby,"Tak worth it la".DAN mungkin juga nasib saya,dan dan jugak time pusing2 area tu terjumpa la room for kids dan kat dalam tuh sebenarnya adalah tempat sebenarnya untuk menyusu bayi yang lebih selesa dan agak privacy.Jadi saya batalkan sahaja niat untuk membeli nursing cover tersebut.Waktu tu dah lega yang amat bila Damia pun nampak ceria semula selepas perutnya dikenyangkan dengan susu bondanya.Bila semuanya selesai,stroller pun dah dibeli,perut pun dah lapar,carilah tempat makan yang dekat2 dengan exit nak ke tempat parking,so kitorang masuk la ke Laksa Shack.Baru duduk nak usha2 menu,Damia start merenggek secara slow namun lama2 makin kuat so kitorang tak ble nak blah dah memang jatuh wajib sila blah dari situ sekarang jugak sebab anak engkau dah start dah nak menyedapkan halwa telinga orang sekitar dengan nada tangis yang merdu,dan sila masuk ke kereta anda sekarang.So,sebelum keadaan lebih parah saya angkat bontot kaki dan terus beredar.Abang yang amik order tu senyum jer.Next time la yer!
Cerita esoknya pula,bila saya dah memang kepingin sangat slipper black synthetic dari GUESS? ,sampai andai tak dapat harus muncung sedepa,terus pergi usha kat Midvalley.Perkara semalam berlaku lagi sekali dan hasilnya masuk balik kedai Mothercare yang kat Midvalley terus angkat terus bayar terus diam ntah hapa2 dan secara suka menyusu kat mana rasa nak bagi susu maka jadinya tidur jer la si comel ini.Dan mood bershopping datang secara tiba2 setelah mood tersebut spoil terus waktu kat 1Utama.Sempat isi perut kat Secret Recipe dan Damia tidur lena sepanjang2 kami makan siap leh dating seround dua beromantik-romantik sikit.Ewah!.Thanks to my lil gurl sbb bagi chance kat ayah dan bonda.
Namun secara peribadi,saya masih lagi merasakan berbaloi membelinya walau kita mampu menjahitnya sendiri (itu untuk ibu2 yang rajin),tapi ibu yang tiada kesempatan malas macam saya ini memang jatuh WAJIB beli.Maka terbanglah RM99 tersebut.Berkiranya.Hahaha!Namun ia masih ada pro dan kontranya.Kebaikannya adalah,kita tidak akan risau lagi untuk menyusu dimana2 kat tempat awam.Kat rumah no need la sebab itu buang tebiat namanya kecuali ada tetamu or segan family tgk.Dan cover ini didatangkan dengan corak2 yang sangat menarik serta senang digunakan.Besi yang melingkari leher sewaktu kain disangkut dileher adalah bagi memudahkan kita menjenguk anak yang sedang menyusu.Manalah tahu,mati2 ingat menyusu t**** tapi dia tengah hisap jari ke,baju sendiri ke (jauhnya telahan)hehehe!Macam mak saya pernah perli saya,"Ala,engkau pakai jer la tudung labuh.Selesai masalah".Saya senyum jer la taktau nak balas apa.Tapi ada betulnya jugak cuma takleh nak intai anak dr atas la dan nak tak nak kena selak jugak.Cuma kekurangan nursing cover ni adalah,anak cepat rimas sebab kain dia macam tebal sket kot (kalau nipis nampak dalam pulak),dan sesi menyusu tidak berlangsung secara lama kecuali untuk baby yang tak kesah,menyusu jer walau rasa rimas.Itu untuk baby yang cool namun babyku sangatlah tidak cool.Sekejap jer bertahan namun ok lah kalau nak dibandingkan dengan terpaksa terkocoh-kocoh mencari tempat sesuai untuk menyusu.Sekurang-kurangnya si comel boleh sambung tidur atau diam seminit dua.Lagi lama diam lagi bagus.Hehehe!Kalau berminat bolehlah goggle sini.Saya rasa ada lagi banyak jenama lain yang mungkin lebih murah harganya so try la yer untuk hot-hot mommy diluar sana.Orait.Out dulu.Chow!
Intai apa aktiviti si kecik tuh sesambil main auww chakkk dengan diorang.Feeding and play!Hehehe!2 in 1 tuu..
6 comments:
hihi..memang baby nangis kuat kalau lambat bg susu..samala dengan Harraz ni..suaranya mak oi..sampai jiran belakang umoh dengor kalu menangis..nursing cover ade gok beli..guna kat klinik je ari tu..hehehe..ambe pump siap2 wi direct guna botol kalu bershopping..huhuhu..apa2pun gambate bonda damia..hehhee..happy breastfeeding + shopping! ;)
Harraz dgn Damia ni memang nk kena.Tak kasi chance langsung kat parents diorg nk bersenang lenang.Hehehe!Maya untung ada byk stok susu.Damia hanya nak susu ibu even masuk dlm botol.Susu formula,reject.Susu umi dr awal arituh mmg sikit.Mcm2 usaha dh buat.Yg korng bg idea tuh semua follow namun begitulah... :(
hello syafinaz =)
pernah tengok tak nursing cover yang i buat dulu masa preggy ?
http://www.juliahoneyshakes.com/2009/11/nursing-cover.html
jahit sendiri je lebih mudah =D
Pernah tgk.Dr situlah i dpt idea nk cr nursing cover ni.Jue mmg kreatif.Waktu tu jue tak bersalin lgkan tp dh prepare semua benda.Bgs la jue D.I.Y.
hello Umi...
Nursing cover yang umi beli pink macam dalam gambar tu ke? cunnn...hehehe...ayu rasa nanti sebelum bersalin ayu nak jahit siap2 gak...senang kan. hehe. hahah siap pikir bersalin dah tuh.
Umi punya belang2 mcm kuda belang.hehehe.cepat2 la ayu,nnt damia dpt geng.hehehe
Post a Comment