Bengkel Urutan Bayi di KT Specialist Hospital

Actually aktiviti ni dah berlaku 2 bulan lepas cuma baru nak dipost kat sini.Ini merupakan program "Urutan Bayi di KTS".Sememangnya aku dah tertarik dengan urutan bayi ni dari waktu pregnant lagi.Maklumlah bila dah bosan tu,untuk mengisi masa lapang aku banyak  membaca buku-buku berkaitan kelahiran,cara membesarkan anak,penjagaan diri ibu mengandung dan dipendekkan cerita macam-macam lagilah.Selain membaca aku banyak jugak surf internet untuk dapatkan seberapa banyak info dan aku nak la share ilmu yang tak seberapa ni kat sini disamping pengalaman sendiri join aktiviti sebegini.Aku sebenarnya memang suka sangat aktiviti macam ini ditambah lagi dengan penglibatan suami tercinta.Dulu waktu pregnant,aku sibuk daftar nak pergi kelas antenatal class namun apakan daya tarikh kelas tu diadakan,aku pulak tak ada diTerengganu.That's time aku ada di Shah Alam.Ingat nak pergi jer class di DEMC  tapi terlepaslah pulak.Bercerita pasal kelas ni,menyimpang sekejap,pada aku sangatlah bagus untuk para2 ibu muda yang inginkan sedikit pendedahan.Aku ingat lagi aku pernah diperli seseorang waktu aku dengan ghairahnya bercerita pasal class ni la (wah ayat!dasat u!).Orang tuh perli aku,tak perlu class2,kalau dah tetiba time beranak dan ada complication mesti nak keluar jugak ikut tingkap (cessar).Ah!Mak tak peduli.Kalau tak suka diam jerlah.Suka hatilah aku nak pergi kelas apa pun.Aku jawab macam tuh la.Hehehe!Dalam hati jer la sebenarnya sebab aku kecut kat luar.Cis!Kalau rajin baca ni!Kalau malas jangan gatal tangan klik!

Berbalik pada urutan bayi ni,sikit sebanyak aku ambik dari kata pakar kanak2 tu lah,sebenarnya pada aslnya massage untuk bayi ni adalah untuk bayi yang lahir pramatang namun memandangkan kesan yang diperoleh adalah amat mengagumkan,so diperluaskan jugak untuk bayi yang normal.Sedikit info untuk dikongsi korang tengoklah kat sini  KLIK SINI.Untuk kerja2 urutan ni aku amatlah prefer Baby Massage Oil from Sebamed.Tak susah pun nak dapatkan produk ni.Kunjungi sahaja farmasi yang berhampiran.Promote lagi.Hehehe!Bukan farmasi jer,mana-mana kedai pun ada,tapi lainlah kalau korang cari kat kedai basikal memang confirm tak ada.

Dan satu yang aku rasa miracle sangat adalah bila kita mengurut baby kita ni,secara tidak langsung connection antara kita dan baby semakin kuat selain mampu membuatkan bayi kita tidur lena selepas diurut.Dan pembesaran pun makin bertambah tambah tambah tambahlah sehingga menjadi ini....

Ketul-ketul tau..Baru empat bulan sudah sekeras ini!Pandai mak dia urut!

Waktu ini kitorang baru jer sampai.Aik?Belum urut pun dah tidur.Itu masih bukan lagi kesan diurut tapi hobi sejak azali..
Mengeliat,gerak-gerak sikit nasib tak mengamuk sebab dikejutkan secara paksa oleh bondanya supaya bangun.Semua orang pandang dia sampaikan penceramah waktu itu siap tegur lagi "Baiknya.Bising-bising pun boleh lena lagi".Huhuhu!
Damia punya cousin pun join sekali,Tengku Sayf.Serious jer muka!
Ini post starting urutan dan yang selebihnya tidak boleh dipaparkan sebab censor.Hehehe!Seronok Damia 1st time kena urut.Kat rumah pun kena urut dengan Umi dia tapi teknik dia ikut suka hati Umi dia.Hehehe!
Selesai.Kang dah cakap lepas urut terus tidur lena.Syok sangat kena urut.Sayf jer tak tidur2!!


Maka berakhirlah sesi urutan pada hari itu dan selepas itu hari-harilah urut si Damia sampai ayah dia pun jeles sekali.Hehehe!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You