Think

  • Bekerja untuk menyara kehidupan.Tidak bekerja bermakna tiada duit.Secara personal saya lebih suka pergi bekerja pada waktunya dan pulang pada waktu yang sepatutnya.Tiada istilah "workaholic"untuk saya.Label la saya seorang yang tidak kehadapan.Saya tidak kisah kerana pada saya yang utama adalah keluarga.Kenapa saya bekerja?Saya bekerja kerana membantu suami kerana kami adalah pasangan muda yang baru berkahwin dan kewangan kami belum kukuh untuk menjadikan saya surirumah sepenuh masa.Namun saya juga bekerja kerana saya sememangnya ingin bekerja dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari selama bertahun2.Dan suami juga menyuruh saya bekerja agar saya tidak bersungut kebosanan padanya kerana dia juga ada kerja lain selain daripada melayan rungutan2 dari saya.Hehehehehe!!
  • Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,dalam hanya beberapa hari?Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.Bukankah begitu? Walaupun benar mencari rezeki penting utk menyara keluarga. Jadi renung-renungkanlah!

Kesian saya...huk!huk!huk!

Hari Khamis lepas saya ke Sunway Pyramid.Banyak tujuan tu.Antaranya tujuan untuk membeli sedikit barang sebelum masuk belajar balik.Macam budak sekolah.Beli secara sedikit2 dahulu kerana budget agak sempit.
Tujuan ingin membeli cadar lalu masuk ke kedai fav saya iaitu Aussinno.5 minit terkial2 didalam kedai,jurujual wanita seorang Melayu yang tidak bertudung memakai baju berwarna kuning dan bertubuh sedikit berisi memandang saya.Masih tidak berganjak dari meja kaunter.Saya terkial-kial mencari,suami sudah menarik muka.Jurujual itu masih kaku disitu.Muka agak bengis.Senyum tu jangan harap la.Dalam hati saya "Aku datang nak membeli bukan nak membunuh!".Tapi dalam hati jer la.Hahahaha!!Saya panggil dan tanya la beberapa soalan.Dia datang then jawab acuh tak acuh.
Kali kedua ditanya soalan yang lebih kurang sama,cara jawapan yang diterima agak keras sedikit bunyinya.Mood membeli sudah terbantut kerana saya sudah diselubungi mood menyampah pula.Cara dia merenung saya juga agak menyakitkan hati kalau diingat semula.Perempuan!Perempuan!Sudah la tak comel,lagi la berganda tak comelnya bila berperangai begitu.Saya membuat andaian mungkin kedai Aussinno itu BAPAK DIA YANG PUNYA.Sebab itu la selamba jer layan customer macam itu.Suami muncung kat saya seraya berkata"Apa nak heran.Depan tu ada butik Akemi!".So saya pergi la ke Akemi.
Jurujual di Akemi sangat la nice.Walau ada cadar yang tidak ingin dibeli masih sanggup dia membuka untuk saya.Katanya tidak mahu membeli tidak mengapa,just rasa fabrik cadar tersebut.Sangat bersungguh dan hasilnya dua plastik juga barang dibawa sewaktu keluar.Tiada dalam list pun turut dibeli.Sudah terkena penangan jurujual di Akemi.Adoi!!Hasilnya Aussinno hilang sales hanya kerana jurujual yang sombong dan memilih customer agaknya.Saya pun tidak pasti!Untuk perempuan yang agak bodoh pada pandangan saya (jurujual di Aussinno Sunway Pyramid),sekali lagi saya tegaskan kamu tidaklah comel dengan kelakuan sebegitu.Berhenti kerja sahaja kalau tidak ikhlas untuk bekerja.Buat berdosa sahaja!!Ini la yang dikatakan bodoh sombong.Berubah la....

Hari itu...



Depression may cause a person to:

1-Feel sad or anxious for a significant time.
2-Feel hopeless or pessimistic.
3-Have slowed thoughts and speech because of low energy.
4-Have difficulty concentrating, remembering, and making decisions.
5-Have changes in eating and sleeping habits leading to too much or too little eating or sleeping.
6-Have decreased interest in usual activities, including sex.
7-Have suicidal thoughts.
8-Not enjoy things he or she normally would enjoy.


So sad sebab saya ada 7 diatas.Doktor pernah tanya,kamu mahu pil tidur,saya jawab "No need doc".

Doktor tanya balik "Kenapa?"

Saya jawab"Sebab saya sudah terlebih tidur!Saya cuma perlukan sedikit ruang.It's hardly for me to breath.I'm felt very sick on my stomach.I'm stuck!I don't know where's my front and where's my behind".

Doktor cakap " I advise u pergi bercuti.Free ur mind!Fikir benda yang best jer".

Dalam hati saya bergema,boleh kalau doktor sponsor.Huhuhuhu!!Saya angguk jer la.Dapat jugak cuti 2 days.Siap doktor tanya nak berapa.Ikut hati nak sebulan namun takut juga datang2 terus dapat surat diberhentikan.

Apapun,sehingga saat ini saya masih mampu lagi untuk bertahan.Insyaallah.....

Bukan mudah menjadi saya namun saya bersyukur kerana menjadi saya.Saya anggap ini semua dugaan dari ALLAH swt.

Resipi untuk breakfast

Ini adalah final..letak dalam plastik dengan sticker smile bagi semangat sikit hubby nak makan.Huhuhu! Ini bekal untuk suami saya sebelum pergi kerja.Makan kat tempat kerja laa...


Dengan bersemangat membuat breakfast untuk hubby tercinta.Pic ni pun tak ikut turutan.Lantak ko la.Pandai2 la korang matchkan.Hehehehe!!

Roti telur dan daging ( untuk sarapan pagi yang tak berapa nak sihat )

Bahan-bahan:

Daging (cincang or potong kecil2)

Bawang merah ( 1 labu )

Bawang putih ( 3 ulas-cincang )

Cili burung ( 1 cukup )

Sos tiram

Sos tomato

Serbuk lada hitam

Garam

Gula

Ajinomoto (depends)

Roti ( 2 keping )

Telur ( 1 biji )

Cara masak daging:

1-Taruk minyak dalam kuali ( saya suka olive oil - macam berlagak la sikit.Hahahaha!)
2-Tumis bawang merah,bawang putih & cili
3-Masukkan daging
4-Masukkan sos tiram, sos tomato & serbuk black pepper (agak2 jer jangan banyak sangat.Sesedap rasa)
5-Garam,gula & bla bla bla
6-Goreng sampai agak2 masak or garing or lantak korang la nak buat macam manaAmik roti sapu mentega (nipis jer tau).
7-Then goreng telur.
8-Letak daging tadi kat atas roti (ini pun nak bagitau)
9-Letak telur atas daging pastu letak roti lagi satu lepas tuh ngap la.Opss!!Bismillah dulu..Siap..agak kenyang juga!!!Try ler...
















Pagi ini

Pagi ini saya malas sangat nak pergi kerja.Bersiap pun malas saje tambah lagi bila fikir bekas makan malam semalam belum lagi dicuci.Aduh!!Nak tak nak saya kena bersihkan jugak kalau tidak sepanjang hari la fikiran asyik dirumah.Akan membuat diri merasa ada sesuatu yang tidak selesai.Atau balik sahaja dirumah akan terbau bau-bauan yang sangat la tidak enak hasil dari sisa-sisa makanan basi semalam.Nak pilih baju pun ambil masa.Terhangguk-hangguk depan almari.Last-last pilih baju warna purple.Bersiap lebih kurang,capai laptop,capai hand bag termasuk satu plastik sampah yang berbau.Ini adalah satu masalah jika tinggal dirumah apartment.Isk!!Turun lif dengan muka lesu walaupun semalam sudah cukup tidur (malah terlebih tidur sebenarnya kerana saya tidur pada masa yang teramat awal kalau nak banding orang lain.Huhuhu!)On da way ke kereta terpandang seorang budak yang asyik merenung saya.Saya pun sound la."Apa hal pandang-pandang???!!".Namun ia hanyalah bergema kat dalam hati.Hehehehe!Dah selamat buang sampah saya pun memecut kereta.Jam dah pukul 7.55 am.Ofis start kol 8.00am.Aduh!!Pecut la apa lagi!!Sampai kat ofis terkocoh-kocoh p "punch card".Fuh lega!Tidak merah kerana saya set jam dalam kereta awal 5 minit.Bagus kan??Lepas itu naik ke ofis atas menuju ke toilet dan waktu itu baru terperasan saya pakai kain senget.Payung kain sepatutnya ditengah kerana baju kurung Pahang namun ia berada dibahagian tepi.Sekilas pandang tidak perasan namun kalau ditilik sangat la kelakar rupanya.Patut la budak tadi merenung saya.Aduh!!!Malunya!!

Itu Ini Begitu Begini

Sikap mencari kesalahan

Mencari kesalahan atau kelemahan adalah lebih mudah daripada memperbetulkan keadaan tersebut.Saya sentiasa berhadapan dengan situasi berkenaan.

Situasi satu,"Saya rasa kuih yang kamu buat ini agak manis,kamu patut kurangkan gula atau cuba tambahkan bahan A atau bahan B atau bla bla bla dan bla"kata si x.Saya mengiyakan kata2 si x.Mungkin mulut yang agak gatal saya bertanya si x "Kamu tahu buat kuih ini?".Jawab si x "Saya tidak pernah tahu ramuan dan cara membuatnya". Saya hanya mampu tersenyum tawar.

Situasi yang kedua apabila saya ditegur kerana kurang berdisplin.Saya mengiyakan dan berjanji untuk cuba memperbaiki diri.Namun apabila saya melihat orang yang menegur saya itu sebenarnya juga seorang yang tidak berdisiplin,sekali lagi saya tersenyum tawar.

Situasi seterusnya saya membawa kereta bersama si x.Sepanjang perjalanan saya ditegur kerana cara pemanduan baik untuk masuk simpang jalan mahupun isyarat lampu sedangkan saya sudah alert semuanya dari awal.Agak rimas namun kerana masih ada respect pada si x saya diamkan diri.Pada waktu yang lain menaiki kereta dengan suami dan si x yang memandu.Suami menegur si x namun dibalas dengan"Ya,saya tahu.Tidak perlu ditegur!" agak keras nadanya.Saya senyum tawar lagi.

Saya pernah ditegur tentang selok belok rumahtangga dari seorang yang masih belum berumahtangga(Tipah bukan nama sebenar).Saya hanya mendengar namun andai nasihat tersebut baik,insyaallah saya ambil.Berbuih-buih mulut Tipah nasihat saya seolah-olah saya sangat cetek tentang hal-hal rumahtangga.Tidak mengapa ,saya terima.Usia rumahtangga saya juga baru setahun lebih.Namun saya senyum tawar selepas Tipah kahwin.Ini kerana apa yang dia nasihatkan langsung tidak dipraktik pada rumahtangganya.Senyum kelat lagi saya.Manusia,manusia!

Saya terlajak bangun pagi dan terlepas solat subuh.Si x menegur saya.Tidak baik.Saya rasa bersalah dan menyesal.Namun untuk side si x pula,sebulan boleh dikira dengan jari berapa kali si x bangun untuk solat subuh.Selebihnya dikerjakan dalam tidur :D .Saya mengeleng kepala.

Saya jarang mendapat kata-kata ini "Apa yang kamu buat agak baik dan cuba perbaiki lagi".Namun yang saya dapat "Isk,salah lagi.Kamu tak tengok betul-betul ke?Sepatutnya ia bukan seperti ini dan harus begitu atau begini atau bla bla bla dan bla!".

Kesimpulanya manusia sangat suka menegur tapi tidak suka ditegur.Lumrah manusia juga sangat cepat nampak kelemahan orang lain atau cuba sedaya upaya mencari kelemahan orang lain walhal terlupa dengan diri sendiri yang tidak begitu sempurna.

Sikap menunding jari

Saya sudah lali dengan keadaan ini.Saya melalui situasi tegang dimana apabila berlaku kegagalan sesuatu perkara,saya sentiasa diletakkan sebagai punca.Kegagalan adalah disebabkan oleh saya kerana kelewatan,atau mungkin kecuaian atau kebodohan yang melampau-lampau sehingga membuatkan orang susah kerana saya adalah puncanya.Baik dihadapan namun dibelakang belum tentu.Saya tahu orang bercakap tentang saya dibelakang.Orang menyalahkan saya.Namun tidak mengapa.Saya tidak ambil hati mahupun berdendam.Saya terima seadanya kerana saya sangat percaya dengan diri saya sendiri.

Apabila berdepan dengan masalah,jarang orang memikirkan cara penyelesaian dahulu.Perkara pertama yang difikirkan SIAPA yang harus dicari untuk diletakkan sebagai punca permasalahan tersebut.Terima kasih kepada mereka yang sentiasa meletakkan saya dalam keadaan yang tegang.

Saya sentiasa percaya yang baik datang dari ALLAH swt dan yang buruk adalah daripada saya sendiri.

Namun dalam keadaan situasi-situasi begini saya bersyukur suami dan ayah saya mahu membela dan mendengar luahan hati saya.Cuma dua manusia namun saya syukur.

I love the way I am

  1. Saya sangat alah pada perfume ( mungkin dgn kandungan dalamnya kot ).Kalau sembur tak boleh kena kulit.Kesan sekiranya terkena adalah kesan2 merah menyala yang mengambil masa berhari2 baru boleh hilang.
  2. Saya tak ada koleksi make up yang lengkap sebab saya memang tak mekap langsung even pakai bedak asas sekalipun.Lipstick or gloss ada.Hehehe!
  3. Saya tak suka rumah bersepah dan kotor.
  4. Saya pantang orang sentuh or ambik barang saya tanpa kebenaran.
  5. Saya tak suka orang pinjam baju saya (kecuali saya offer) sebab itu saya pening bila tengok gelagat budak2 time saya dikolej dulu.Nak p dating pun sibuk pinjam baju orang.Untuk persembahan English Night pun sibuk pinjam baju orang.Hehehe!Seluar dalam tak nak pinjam??
  6. Saya tak suka orang baring kat atas katil saya (kecuali orang yang close sangat dengan saya)
  7. Saya anak yang ketiga yang selalu memberontak.Hahahaha!
  8. Saya tak suka tengok orang meludah merata-rata especially mamat2 bangla.Diorang ni memang suka meludah merata-rata.Ingat ni India ke??Stupid.
  9. Saya seorang yang sangat obses dengan computer games.Saya boleh stay up sampai pagi dengan benda alah ni.
  10. Saya lahir pada 1 January 1984.
  11. Saya seorang yang sangat nervous bila berhadapan dengan orang yang lebih berusia atau bercakap dihadapan sekumpulan manusia.Huhuhu!Cara mengatasi adalah dengan bermain dengan jari2 sendiri.
  12. Saya obses dengan buku tapi tidak suka penulis baru untuk novel cinta versi Melayu.Sudah cuba membaca namun tidak mampu menghabiskannya.Pada saya jalan cerita yang biasa dan lebih kepada imaginasi penulis semata-mata.Saya tidak suka novel yang menggambarkan sesempurna,sebaik2,sehebat2 manusia.Jalan cerita yang terlalu berbunga2 dan kebetulan yang kadang2 tidak masuk akal kerana hakikat kehidupan sebenar tidak begitu.Saya suka novel2 dari penulis lama.Baca berulang-kali pun tak apa.Kalau yang terbaru dari Tuah Iskandar.Itupun untuk novel original kerana saya suka kisah yang berkisarkan perjalanan seorang pengembara.Saya suka novel Warisan karya Abdul Talib Hassan (Pemenang kedua Sayembara Novel GAPENA & Yayasan Sabah 1979)dan beberapa novel lama yang saya sendiri tidak ingat tajuk dan nama penulisnya.Terima kasih pada Abah kerana memupuk minat saya terhadap buku.Abah juga sukakan buku namun pembacaannya lebih pada buku-buku keagamaan dan biografi.
  13. Saya obses dengan ensiklopedia namun tidak mampu memilikinya kerana harga yang agak mahal.Hanya berkesempatan membaca ensiklopedia kepunyaan orang lain.Huhuhu!!Sedihnya..
  14. Saya sangat suka ke kedai buku-buku terpakai tetapi tidak suka ke kedai pakaian terpakai.
  15. Saya sangat suka shopping namun kekangan wang yang membuatkan saya terpaksa melupakan hobi membazir ini.
  16. Saya pernah ada koleksi sticker yang sangat cute dan ia dikumpul selama 4 tahun (sanggup tak guna sebab sayang) namun malangnya ia dicuri oleh saudara saya sendiri.Silap saya juga kerana show off kat dia dan dengan bangga tunjuk tempat simpanan rahsia saya itu.Satu hari saya menangis bengkak2 mata kerana usaha saya selama 4 tahun burn macam itu sahaja.Waktu itu umur saya 13 tahun.
  17. Saya tahu macam mana nak memasak dan saya suka belajar memasak.
  18. Saya pernah bermimpi mendaftar ke sekolah Hogwart.Sekolah ahli sihir dalam citer Harry Potter.
  19. Saya tidak suka Japanesse Foods.
  20. Saya amat suka Chinesse Foods.
  21. Saya ada sijil UPSR,PMR,SPM,STPM,DIPLOMA & coming soon Degree.Huhuhuhu!!!Insyaalah Master & last sekali PHD.Wah!Wah!Wah!Saya suka belajar.Lepas STPM dapat further degree terus entah macam mana nak jugak amik Higher National Diploma (HND).Saya suka apa yang saya lalui.No regret and no turning back!!
  22. Saya pernah jadi waitress sebab nak experience sendiri (sekejap jer dalam 2 months).Totally sucks.Sometimes you can met nice peoples but sometimes peoples treat me so bad.
  23. Saya pernah bekerja di bakery selama 3 bulan.Sangat seronok bila diberi peluang conteng2 cake dan buat roti.Sifu saya sangat baik.Siap ada tempahan lagi coz saya lukis gambar cartoon kat atas cake so saya la yang buat.Experience sifu saya 18 tahun dalam bidang bakery.Pheww!!
  24. Saya sudah berkahwin dengan Tengku Syaaree pada 19 August 2007 pada usia 23 tahun.
  25. Saya pernah bela 2 ekor kura-kura (sudah diberi pada orang lain selepas saya masuk kolej sebab kolej takleh bawak haiwan peliharaan)
  26. Saya obses dengan games The Sim2.Banyak dah yang saya explore.
  27. Saya pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Surrey University,England.Still ingat tarikh daftar 3 September 2007.Tak pergi coz tak dapat loan.Wah!!!Amat sedih!!
  28. Saya sudah beli rumah sendiri di Denai Alam.Aduh!!Macam tak percaya jer.Hasil usaha saya dan suami.
  29. Saya ada koleksi buku dari Cathy Hopkin semuanya 9 buah.Tak cukup lagi sebab ada lagi yang tak beli!
  30. Saya ada beberapa buah buku motivation dan satu buku map dunia 4 cm tebal (mahal woo buku ni.Hahaha!!).Abah saya suka bagi buku.Kebanyakan buku saya Abah yang beli.Sampai sekarang saya simpan buku hadiah dari Abah "God wants you to be rich".Ada satu buku Abah saya bagi siap dia sign lagi kat situ "Kepada anakku sayang,Syafinaz".Terharu giler!!
  31. Saya pernah dapat hadiah kasut Bonia dari suami harga RM400 +++ (Itulah paling mahal seumur hidup.Terharu tahu!!)
  32. Saya pernah ponteng kelas Pendidikan Jasmani pastuh duduk lepak belakang bangunan.
  33. Saya boleh baca (tak lancar tapi agak bagus la.Hehehehe!) dan tulis dalam jawi (kembang hidung!)
  34. Saya sentiasa mendapat tugas mengutip sampah sewaktu sekolah sebab sentiasa datang lambat.Pengawas kenal sangat dengan saya.
  35. Saya pernah mencipta rekod ponteng selama sebulan lebih sebab suka hati jer saya buat cuti sendiri Ahad dan Khamis.Lepak kat umah alasan sakit perut (Sekolah kat Terengganu Ahad ke Khamis).Dulu sekolah saya SMK Sultan Sulaiman.
  36. Saya ada kawan baik. Kawan baik saya dari saya kecik sampai besar nama dia Rifhan ( Girl bukan boy ).
  37. Saya pernah main-main berlakon filem Sembilu dengan Rifhan waktu kitorang sekolah rendah.
  38. Saya dan Rifhan pernah ada orang label kami adik beradik sebab rupa kami Chinese looks cuma saya gelap sikit dari dia.Tambah lagi sentiasa berdua.
  39. Saya pernah nangis kerana Rifhan.
  40. Saya pernah main telefon dengan Rifhan buat crank call pada entah sape2 ntah.
  41. Saya tidak suka tengok cerita hantu.
  42. Saya pernah ada band dengan Rifhan & Nana.Hahahaha!!
  43. Saya pernah kena tinggal flight ke Sabah sebab kete takde minyak dan tumpang Pak Cik yang baik hati sanggup antar ke LCCT namun tertinggal juga. Tinggal 10 minit jer waktu berlepas dan burn tiket RM490 yang saya beli.Kena beli lagi sekali pada harga yang sama.Sian kat Kak Yus.(Damn you Air Asia!!)
  44. Saya pernah keluar rumah dengan duit ada RM2 jer kat dalam purse. (Jangan buat tahu,bahaya.Mana la tau ada emergency!Nak buat boleh tapi pastikan minyak kete penuh dan dalam keadaan perut kenyang.Hahahaha!!)
  45. Saya pernah jatuh motor tapi bukan saya bawak.Waktu tu form 5 ( Siti yang bawak )
  46. Saya fobia naik motor hingga hari ini.
  47. Saya ada gitar color biru.
  48. Saya tidak pernah membonceng naik motor dengan suami sewaktu zaman cintan-cintun walau dia ada motor (Abah dah warning awal2.Hahahaha!).
  49. Saya pernah ada lendir dibelakang tulang belakang kesan dari jatuh sewaktu kecil namun hilang ketika saya berusia 10 tahun.Doktor cakap mungkin pembesaran bantut namun kuasa Allah s.w.t mengatasi segala.Saya membesar dengan normal.Doktor Yap adalah doktor yang merawat saya dari kecil sampai saya besar.Hahahaha!Secara emergency doktor tu pernah datang rumah sebab saya diserang sawan ketika bayi.(Isk!!)
  50. Saya pernah ada bisul yang tumbuh secara tersusun.Parut dia boleh dilihat sehingga sekarang dan berada dalam kedudukan yang sangat teratur.Disiplin jugak bisul ni.Hahaha!!

That's all folks!!!!50 things you must know about me..hahahaha!!!

Fikir sejenak

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!
Assalamualaikum,
  • Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
  • Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung didalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi kepelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
  • Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.Petikan drpd Risalah Fikrah Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu.....

Let's Try..yummy!


Title: Mee suka-suka ( x sempat saya nak pikir nama dia )
Ingredients:

Budget yang makan 2 or 3 orang jer

Bahan A:


1-Bawang putih-5 ulas

2-Bawang merah-1 labu or biji?not sure

3-Lada hitam-sesedap rasa(pakai yang dah kisar coz saya tahu korang malas)

4-Stok ayam (1 or half cube,depends pada korang la)

Bahan B:

1-Ayam or meat or both-potong dadu
2-Sedikit sos tiram & sos tomato

Bahan C:

1-Bebola ikan or ayam-suka hati korang
2-Air

Bahan D:

1-Sayur-sayuran-sawi,carrot,bunga kobis,brokoli,cendawan
2-Mee kuning (seeloknya basuh dulu bagi kuning dia tu kurang sket)
Tapi untuk orang yang rajin macam saya..hehehe!!saya selalu buat bawang kisar iaitu campuran-bawang besar,bawang kecil,bawang putih,kunyit & halia.Saya buat banyak then simpan dalam peti.Tahan lama tapi agak2 la jangan sampai genap setahun tak abis guna lagi.

*Jangan amal campur seafood dengan ayam or meat.Tak bagus untuk kesihatan.Nak letak seafood just letak seafood jer,kalau ayam or meat just dua tu jer.

Cara2nya:

1-Taruk minyak then tumis bahan A (normally saya taruk jgk bawang kisar tuh,bagi kaw2 lagik)
2-Bila naik bau masukkan bahan B ( nak bagi ayam or meat masak elok tutup periuk sekejap)
3-Then masuk bahan C tapi pastikan taruk air dulu tau baru bebola ikan or ayam then cendawan (normally saya rendam air panas dulu),then baru masuk garam & serbuk perasa secukup rasa (saya suka taruk gula sket sebab saya spesis tangan gatal-tp sikit jer tau!!)
4-Bagi mendidih
5-Masuk mee kuning & last skali masuk sayur.Kejap jer coz tak nak zat sayur hilang pastu siap.Mudahkan.Semudah A,B,C.

Untuk sos:

1-Amik cili (banyak sket tau bagi hot)
2-Seinci halia
3-Beberapa ulas bawang putih
4-Kisar or tumbuk dalam lesung batu ( saya prefer lesung batu coz sajer jer nak lawan mak cik umah bawah hari2 bunyi lesung batu dia.Saya agak hari2 laki dia request sambal belacan kot.Hehehehe!!Bila dah ready then tuang kicap manis (Then gaul)

Hiasan:

1-Bawang goreng
2-Daun sup.Saya tak letak coz hubby saya anti dua2 tu.

Apalagi,dah siap la mee suka-suka anda.Makan dengan kicap pedas tu!.
Masa yg diambil tak sampai 1 jam pun.Normally saya balik umah terus saya masuk dapur tak tukar lagik baju office terus masak.Ur dinner is ready.So tunggu apa lagi.Ngap la!Apapun mandi & solat maghrib dulu la baru lebih afdal baru korang ngap!Huhuhu!

Sometimes dinner dengan hubby tak perlu meriah sangat sampai 2,3 jenis hidangan.Satu jenis tapi leh kenyang sampai esok sudah memadai.Hehehe!!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You