Assalamualaikum and hello,
Apabila semuanya dah settle down dan nampaknya tempoh masa kami di bumi ratu ini masihlah panjang.Jadi marilah kita berkongsi cerita dua minggu lepas.What?!Two weeks ago harini baru nak bercerita.Hihihi!Takpe la lambat dari tak menulis terus.At least ada juga cerita yang nak diceritakan.Dan yang pasti memang berkarat betul la skills menulis sekarang sampai kadang2 ambik masa nak fikir ayat sebab saya ni memang jenis lurus sikit.Walau menggunakan bahasa pasar tapi gigih jugak nak tulis dalam full sentences.Huhuhuhu!
Setelah menjadi viral di FB tentang ice cream Malaysia yang ada jelly buah kat dalam tu (rasanya dah berbulan-bulan orang duk share),tapi saya baru gigih nak mencuba.
Mula-mula sekali kita check dulu plastik ice cream Malaysia tu ada tak lagi stock (tak beli disini tapi dibawa jauh dari Malaysia sebab saya memang suka makan ice cream homemade tu).Check stock masih ada siap banyak pack lagi.Fuh!Setakat nak buah beratus-ratus batang tu memang takde masalah.
Dan haritu jugak terus pergi ke Indooropilly shopping Mall.Mall ni tak jauh pun dari rumah.Dalam 5 minutes berkereta.Dan kat situ ada satu kedai Asian Groceries yang banyak jual barang2 dari Malaysia.Bestkan.Tapi harga sedikit mahal dari Asian Groceries lain maybe location kedai kot dalam shopping mall.
Berjaya beli fruit jelly sebab dah tahu kat situ ada jual.Balik je rumah terus buat.Semangat tu kan.Dan kalau ikut resepi asal, susu cair yang digunakan tapi saya tukar kepada fresh milk maka kena la tambah sedikit gula.
Jom check resepi:
500 ml susu segar
Gula (ikut selera)
Jeli buah-buahan (saya potong dua)
Plastik ice cream
The recipes:
500 ml fresh milk
Sugar (depends on your taste)
Fruit jelly (Cut in two)
Clear plastic specially made for ice cream Malaysia
Hasilnya,taaadaaaaaa!
Happy sangat tau berjaya buat cuma kurang happy sikit budak kat rumah ni.Ada baru masuk peti ais tak sampai 10 minit dah sibuk tanya dah boleh makan ke belum.Urggghhhh!Tak stop kat situ je tau.Within 2 hours rasa macam nak berdarah telinga duk layan pertanyaan dia.Last2 bagi jugak dia makan walau tak keras sepenuhnya lagi tapi kalau dilihat cara makan.................................diorang tak berapa minat sangat.Maybe sbb jarang jumpa kot.Kalau si TND mungkin kat Malaysia dulu dia biasa jumpa tapi si TDS,nampak je terus lari taknak.Pada dia,ini bukan ice cream.Jadi gigih la emak dia nak introduce balik ni la ice cream Malaysia.
Dengan ice cream Malaysia tu la nenek korang buat side income waktu saya kecik-kecik dulu sampai stress tau sebab banyak kali bebudak datang bagi salam nak beli ice cream.Kikikiki!
Owh kenangan mengusik jiwa betul.
No comments:
Post a Comment