Fresh Food: Wicked Wings,Calamvale Central

Di area Brisbane ni nak mencari kedai yang menjual ayam/daging halal bukan satu masalah kerana memang banyak kedai yang menjual dan supply ayam/daging halal ni.Kita just pilih je.Dari utara,selatan,timur,barat,kikikiki.Mcm2 ada.

Dan harini saya nak cerita kedai yang menjual ayam,yes,hanya ayam sahaja tapi pilihan dia sangat la banyak.Apa yang kamu mahu?Ayam?For sure la,dan hingga ke nak tulang ayam sahaja,pun ada,eh kaki ayam (buat sup kaki ayam),pun ada,nak hati ayam,jantung bla bla bla pun ada,Taik ayam je tak jual.Muahahaha!Pendek kata mcm2 ada la.Dan utk mereka yang kejap2 craving nak mkn sup kaki ayam,kerabu kaki ayam  (macam perempuan yang ngah menaip ni la),teringin nak makan rangka ayam goreng or else cari rangka ayam untuk buat homemade chicken stock (next entry kita cerita) so boleh la pergi terjah kedai ni.

Actually walau kedai ayam banyak di area sekitar Brisbane ini,namun tak semua kedai kita boleh beli just certain part macam ni.Hanya sesetengah kedai je dan sebab kita jumpa kedai ni yang offer mcm ni itu yang kita willing to share kat blog sendu kita ni.Muahahaha!

Nama kedai ni Wicked Wings dan inilah kedai yang menjual ayam dari ayam mentah hinggalah ke ayam yang sudah siap di marinate.Datang dengan pelbagai pilihan sos marinate yang awesome dan lagi awesome sangat sesuai pada mereka yang agak sibuk dan tidak cukup masa untuk prepare food from scratch.Sesuai sangat la untuk student.Beli dua tiga jenis ayam yang dah siap di marinate,pack elok2 simpan dalam freezer,bila nak masak defrost lepas tu masuk dalam oven.Jangan lupa switch on oven karang mcm pak pandir,tunggu duk tunggu dapur tak berasap.Kikiki.

Senang kerja kan.Hehehe!Tak tunggu student,suri rumah sepenuh masa macam saya ni pun,akan ada hari malas sedunia,jadi perut lapar kena jugak masak cuma kalau dah ada yang pre cook mcm ni memang best la kan.Betul tak sebut pre cook?Hehehe.Takpe la kalau tak betul pun janji point yang nak gtau tu sampai kat korang.


Ini bahagian ayam mentah disebelah kanan kita ya adik-adik.


Sebelah kiri ni la yang akak suka tu adik-adik.Tengok tu.Banyakkan pilihan dia.Bukan takat ayam marinate je,chicken skewer yang siap marinate pun ada,paling best enchiladas pun ada.


Haaaaa tu dia.Jangan main2.Kahkahkah!



Ai last sekali baru nak cerita ini sijil Halal diorang in case ada yang rasa was-was.Terpampang kat luar premis.

Ok sampai sini je la cerita pasal ayam.Kedai ayam lain bukan taknak cerita tapi sebab kedai ayam ni dia datang dengan pakej lain tu yang semangat saya nak cerita tu.Tapi don't worry,untuk next entry saya akan cerita pasal kedai ayam/daging halal lain bagi memudahkan sesiapa yang nak membeli. Mcm orang putih kata,sharing is caring!Just share apa yang kita tahu dan saya harap moga ia bermanfaat dan at least dapat bagi pilihan terutama bagi mereka yang baru datang ke bumi Brisbane ini.Ini untuk orang Malaysia mcm saya la yang masih tak familiar lagi dengan kawasan sini.Thank you.

Address:

Wicked Wings,
Calamvale Central Shopping Centre,
662 Compton Road,Calamvale QLD


1 comment:

Acik Erna said...

assalamualaikum salam perkenalan dari acik
yang paling acik suka..baca ayam dah siap perap tu..disini pun acik tak pernah jumpa..kalau ada kan senang.yang ada cuma kambing je

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You