OZ mate!

Assalamualaikum,

Owh baru ku sedar begitu lama aku tak updates blog.Sebab aku memang teramat la sibuk.Sibuk dengan family,kawan2 dan business.Ewah!Bukan business juta2 pun.Business kecil-kecilan je.

Actually nak jugak kongsi beberapa trip sepanjang akhir tahun lepas dengan awal tahun ni tp rasa mcm next entry la cerita dan itu pun kalau ada kerajinan dan masa.

Cuma in this entry nak cuba jawab beberapa soalan yang ada ditanya.Actually soalan ni bukan seorang dua je yang tanya,tapi sangat la ramai yang tanya.Ada yang PM kat FB dan ada jugak yang tanya melalui komen kat blog.

Soalannya adalah "Macam mana nak datang bekerja ke Australia"

Owh aku tahu yang soalan famous ni makin jd famous sejak beberapa siri viral di FB tentang peluang pekerjaan di Australia yang menjamin peluang untuk menjana pendapatan beribu-ribu lemon,dan jugak kisah viral pengalaman penulis tentang kenapa perlu berhijrah ke Perth (ku ingat penulis tu 20 tahun duduk Perth tp rupanya datang bercuti je).Hehehehe.

Ok aku cuba jawab la ikut pemahaman aku dan juga apa yang kami sekeluarga lalui.Ewah!Bukan apa.Takut tersalah bagi info.

Pertama,soalan paling kerap ditanya,"Macam mana dapat masuk kerja ke Australia"

Jawapan: 

Kami lakukan sama seperti orang lain iaitu menghantar resume memohon kerja.Untuk graduan yang baru habis belajar,tak salah nak aim tinggi iaitu keinginan untuk bekerja di luar negara,mana la tahu bernasib baik,dapat.Cuma pada pandangan kecil aku ini,selalunya company luar negara akan melihat dahulu berapa lama pengalaman kerja kita.Suami aku bekerja di Malaysia terlebih dahulu mengumpul pengalaman.Selepas 3 tahun mempunyai pengalaman bekerja barulah dia berani apply kerja diluar negara.Bak kata orang Terengganu,"Nok bagi gagoh lu".Dalam interview pun soalan sama ditanya,"Berapa lama pengalaman kerja anda".

Cuma bonus mungkin pada graduan yang memang belajar di sini.Andai bernasib baik,habis belajar terus dapat kerja disini.

Kami bernasib baik dapat ke Australia kerana kebetulan waktu itu satu company (Company suami sekarang nama dirahsiakan) sedang mencari tenaga mahir untuk memenuhi beberapa kekosongan di syarikat mereka dan suami di TAWARKAN.Kenapa aku highlight DITAWARKAN?Ini kerana,cara inilah cara yang paling selamat dan terjamin untuk masuk ke negara ini.Apabila ditawarkan,ibarat sebelah kaki sudah masuk ke negara mereka kerana segala urusan visa akan disediakan oleh syarikat terbabit.Kita hanya perlu menyediakan support document pada mereka.Tiada bayaran dicaj pada kita.Tak perlu susah payah naik turun office.Cuma ada la beberapa procedure kena follow tp rasa mcm tak perlu detail kat sini kot.

Namun harus ingat,prosesnya bukan seminggu,tapi lebih kurang 3 bulan.Selepas urusan visa siap,barulah kami diberi ticket penerbangan ke sana.Maka bermula la kehidupan kami disana.Dan bila datang kita melalui company,permulaan hidup kita disana juga disediakan.Kita tak perlu susah payah fikir rumah,kereta,barang keperluan kerana segalanya disediakan oleh syarikat.Berbeza dengan orang yang datang tidak ditanggung.Segalanya perlu mula dari zero.Agak susah sedikit disitu.

Itu la cara kami masuk ke Australia.

Bagi yang bertanya tentang peluang kerja diladang,kami mmg tidak arif dan setahu kami kerajaan Australia memang ada membuka visa bekerja untuk orang luar  (short term) namun visa tersebut adalah sangat terhad dan kebanyakan warga Malaysia yang datang ke sini ada yang mengambil risiko menggunakan visa melancong untuk bekerja.

Sekiranya kawan2 atau saudara mara yg datang kesini dan ambil risiko begitu,awal lagi kami beritahu bahawasanya kami tidak mahu terbabit.Orang kata,sendiri buat sendiri tanggung.Maaf.Kami hanya akan membantu sekiranya visa digunakan adalah visa yang sah.

Di Australia,untuk masuk bekerja bukan mudah.Jalan mudah adalah sekiranya kita ditawarkan bekerja.Dan caranya adalah dengan apply la kerja,hantar resume bla bla bla.Dan kat sini takde style Malaysia,andai ada pak sedara ke,kawan ke,lepas tu kita boleh tarik orang yang kita kenal masuk satu tempat kerja.Nehi!Mungkin  ada tp sangat jarang terjadi kerana mcm aku cakap la.Nak kerja,apply la kerja tu.Cuma suami aku sempat la recommend kawan dia sorang.Dapat la selit sorang.Rezeki kawan dia tu la.

Harus diingat,Australia memerlukan tenaga mahir dan bukan tenaga buruh.Maka kalau baca posting bestnya tinggal di Perth,terus decide "Owh bestnya aku nak migrate la esok".Ini adalah dialog mat jenin semata.Kikikiki.Seriously.Aku bukan perlekeh.Tapi itulah hakikatnya.Tiada yang mudah dalam hidup ni.

Tak salah nak migrate cuma apa yang perlu kita buat adalah,buat research dulu dan jangan pakai main ikut orang je.Kerana nak migrate ni bukan suatu yang semudah A to Z.

Namun cuma satu aku nak ingatkan,dibumi mana kita berada sama sahaja.Ada lebih ada kurang.Rasa sakit dibumi sendiri,jangan diludah kerana itu tanah kelahiran kita.Selesa dibumi asing,jangan dipuji  melambung,kerana dalam bulan bintangnya ada juga sesekali bergelora.

Kerana hidup ini kena pandai seimbangkan semua perkara.Yeah,rumput disini lebih hijau dari rumput disana tapi untuk kami rumput yang kontang itu la duduknya ahli keluarga kami.Kerana dibumi asing ini yang kami ada hanyalah "KAMI SEKELUARGA je".Huhuhuhu.

*Nak gtau je dua bulan mak ayah kita datang melawat kita kat kawasan rumput hijau ni.Hihihihi.

Kalau memang nak migrate ke Australia,dapatkan la nasihat dari yang arif.Pastikan dengan cara yang sah.Kalau Malaysia ada undang2,kat sini pun sama.

Kat entry ni aku takkan cerita pasal life di Aussie ni sbb rasa mcm dah ramai yang buat cuma nak dapat lebih pemahaman,sila baca la kat komen2 especially dari komen orang yang lebih lama menetap disini.Harus diingat,komen dari student punya spouse jgn ambik kira sangat sbb kdg2 selamba badak je komen tp sebenarnya dia taktau apa2 pun.Pernah baca komen dari sorang bini student kat OZ ni jugak.Mention nak apply PR tp cara komen mcm tak tahu apa2.Sigh!

Medical free <<< untuk rakyat dia dan yg mempunyai status PR sahaja
Sekolah free<<< untuk rakyat dia dan yg mempunyai status PR & depends on visa yang kita pegang.Macam kami visa bekerja makanya anak kami sekolah free
Income tax<<<kalau bukan citizen/PR income tax lebih tinggi

Aku bukan apa.Adalah baik diam dari kau kongsi info salah sebab kesian kat orang lain yang terima bulat2.

Satu nak gtau,warganegara Malaysia yg lahirkan anak kat Australia ni tak menjamin anak kita automatic jd warganegara yer kecuali parents dah ada PR atau memang citizen sini.Kalau just datang belajar or follow suami belajar lepas tu bersalin kat sini,anak tu just dapat tajuk beranak di OZ sahaja.Lain2 keistimewaan aku tak sure,please google or bertanya.Tak berani nak mention takut salah info.Sebab anak aku dua2 beranak kat Malaysia.Kikiki.

Aku perasan keterujaan orang nak datang kerja sini sbb dia tgk gaji besar.Memang la gaji besar kalau udah kau convert dengan RM memang la nampak besar.Apa ingat gaji tu dapat bersih taknak tolak sewa,utilities,makan minum bla bla bla segala.That's why aku selalu ckp,please do research!

*Waktu memula nak datang Aussie ni aku pernah message student yg study sini tanya camner nak hantar anak sekolah mmg message tak berbalas la.Aku bersangka baik je la.Dia mcm aku jarang2 bukak message jd terlepas pandang bila ada orang tanya soalan..Dan lepas tu from A to Z aku buat sendiri.Cara aku,jangan malu bertanya nnt sesat jalan.Kalau orang ditanya taknak jwb,kau tanya kat orang yang sudi nak jawab.Gitu la cara aku survive hidup kat sini.Muahahaha!


No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You