Jacaranda

Dipenghujung musim bunga si ungu ini akan mula berputik maka dikiri kanan jalan kita akan dihidangkan dengan pandangan ungu ini.Cantik.Yea,sangatlah cantik.Subhanallah.Indahnya ciptaanNYA dan bersyukur juga dapat menikmati secara real pengalaman berbeza ini.Alhamdulillah.

Kelibat ungu yang cantik menghiburkan hati.Bagi hati dan perasaan ini lebih berbunga-bunga.Hidup diperantaun kena la pandai sesuai keadaan.Tambahan kami bukan datang belajar dimana kita diberi jangka masa tertentu dan apabila selesai,pulang ketanah air.Maka hari ini, I live my life to the fullest.

Selepas siri terasa dikhianti oleh orang yang kita banyak bantu.Kikikiki,aku kini jadi makin kuat.Makin kuat dari segi apa?Dulu kalau nak buat apa mesti nak fikir diorang.Nak juga dahulukan diorang.Nak jugak tala muka kat diorang.End up bukan diorang appreciate pun.Kikikiki.Dan iya la,dah kena sekali buat apa nak tunggu lagi.Dan aku pun move on.Aku cari circle aku sendiri dan aku tinggalkan mereka.Buat apa berkawan dengan orang yang tidak reti menghargai.Paling teruk,mereka sakit hati jika kami lebih dari mereka.Dan apa mereka buat,mula melaga-lagakan kami,bg nasihat yg sangat la buat kami down (pernah dapat nasihat bg down?Selalu orang nasihat suruh positive).Hahaha!Lepas tu paling worst sekali sekarang baru kami sedar suami isteri ni mmg banyak dah kencing kami.Hahaha!Diorang ni banyak menipu dan ambil kesempatan.Bodohnya kami selama ni.Tapi takpe la.At least disaat tengah menaip ni aku dah mula bijak sikit dah.Hihihi!Dan apa aku buat,tinggalkan mereka.

Dan alhamdulillah,barulah aku sedar rupanya lagi ramai manusia yang ikhlas nak berkawan dengan kita.Doa kami cukup la sekali ini sahaja kami mendapat kawan yang buat baik dekat kita hanya sebab mereka nak sesuatu dari kita.Kalau diorang senang diorang tak layan pun kita.Datang pada kita dengan muka fake konon ikhlas walhal dalam diam khianat.Diorang ni adalah orang paling manis waktu perlukan bantuan kita dan mereka boleh bertukar menjadi orang paling kelat waktu kita pula yang memerlukan bantuan.Dan sekarang bila kami dah sedar,please get lost!Bukan kami ni terumbang-ambing tanpa kamu.Dan kerana itu kami tak rasa kesal dengan tindakan kami menjauhkan diri dari mereka.

Tinggalkan orang yang berjanji tapi mungkir.
Tinggalkan orang yang sakit hati melihat kamu lebih dari dia.
Tinggalkan orang yang suka berbohong dengan kita.
Tinggalkan orang yang sangat mementingkan diri sendiri.
Tinggalkan orang yang suka bermegah2 (cakap besar,bangga diri)
Tinggalkan orang yang tiada sensitiviti (cakap lepas takde rasa nak jaga hati orang ke apa)
Tinggalkan orang yang suka ambik kesempatan diatas kebaikan yang kamu lakukan.


Pic ni aku ambik dekat area UQ (University of Queensland).Sepanjang jalan ada pokok ni.Belum amik kat dalam campus UQ lagi.Laaaaagi banyak.Sangat cantik.Ni pun gambar awal2 bunga ni berkembang.Kalau sekarang lagi cantik sbb dia dah start gugur jdnya kat tanah pun nampak ungu jugak.
 

Dan haritu aku bawak si kecil TDS ni je.TND pergi kelas KAFA.Sempat la mak dia nak bergambar sekeping dua buat kenangan.Hihihi.Ni aku pergi dengan partner in crime (mmg betul2 makhluk satu kepala la).Dah la dia buat PhD dan aku ni dah jd geng tempat nak hilang stress.Muahahaha!Geng luah perasaan,geng mengopi & geng shopping.Semua jalan.Hahaha!

See?Kau dilukai orang yang kau kenal hampir 8 tahun lamanya tp kau dihargai orang yang kau baru kenal lebih kurang setahun lebih.


Belanja pic tuan tanah.Ini selepas kami balik dari usrah.Kat sini usrah every two weeks.Dan haritu dibuat kat Toowong Public Library sbb ada jemput seorang non muslim (before) yang convert to Islam dan dia menceritakan perjalanan hidup dia hingga memilih untuk memeluk Islam.Very inspiring sampai kami nangis2 dalam dewan tu sepanjang talk dia.

May Allah swt bless you Sis Khadeeja.

You see?Jangan jadikan kawan yang buruk sebagai halangan pada kita untuk bahagia.Tak perlu sedih pun hilang mereka biar la usia persahabatan banyak tahun pun.Tak guna juga pertahan kalau tiada keikhlasan.Dan apabila berlaku perkara begini,aku akan lihat diriku.Aku renung mungkin aku juga ada salah.Kalau rasa ada salah,ada buruk cuba perbaiki diri.Muhasabah diri.Dan alhamdulillah.Something happen for a reason.Usai sekian lama aku berdoa pada Allah swt agar tunjukkan aku jalan kerana dalam dua tahun ni kami dah rasa mereka ni mcm ada something pelik,dah lama kami terasa hati,rasa annoying tp kami pertahan lagi atas tiket persahabatan hingga tidak terduga Allah swt datangkan satu hal yg menyebabkan aku dengan senang hati dapat melarikan diri dari mereka.Iya la kalau tetiba dingin memang nampak mcm kita la yg jahat sbb suami isteri ni mmg pandai buat cerita (owh menyesalnya aku percaya cerita mereka selama ni rupa-rupanya diorang ni saje je tau nak bg kita benci orang lain).

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Syukur sebab aku dah ada life aku sendiri.Aku bebas nak berkawan dengan sesiapa sahaja yang aku selesa.Aku dah tidak perlukan fikirkan mereka.Kalau tak sebelum ni dalam hati geram tapi tetap layan juga sbb takut sangat kawan kecik hati.Pfffftttt! 

Dan sekarang,syukur dengan kehidupan yang Allah swt bagi.Setiap hariku terasa makin bermakna.Nasihat ayahku,tidak salah kau jauhi orang yang kau tahu dia cuba khianat pada engkau dalam manis kelakuan mereka.

2 comments:

AyaSofia said...

Assalamulaikum akak. Akak, saya ni graduate U, tgh timbang2 nak keje kt Aussie, tapi mcm byk halangan. So bole x saya tanya akak byk soalan, if x mganggu ?

Unknown said...

Owh boleh sila email akak at umisyafinaz@yahoo.com

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You