Foodie: Kuih Keria



Kuih Keria.......

Waktu kat Malaysia tak pernah ada dalam list nak belajar buat kuih ni sbb boleh dibeli dimana-mana dan rasa pun sedap pada tekak I la.Dan I mmg sangat suka akan kuih ini.

Tapi sejak duk sini mmg terpaksa kena belajar buat la.Yer dok?Maka pertama sekali haruslah menaip di google mencari resepi MUDAH & SEDAP.Saje je kan highlight yang mudah & sedap tu.Kikikiki.Nampak nau selera besar tapi malas.Hahaha.

Dan resepi yang I amik adalah kat page Azlita Masam Manis tp percubaan kali pertama adalah gagal sama sekali sbb satu kuih keria I agak keras sampai anak pun tak sudi nak makan.Taktau silap tang mana waktu tu tp I rasa sbb terlebih tepung.Kat dalam tu cakap gaul sampai tepung tak melekat tp sebenarnya selepas hasil R&D sendiri,cara tu tak relevan kalau guna sweet potato Aussie mari ni sbb dia punya ubi tu agak lembut.

Dan kegagalan kedua adalah waktu sirakan donut tu waktu gula tu dah nampak bertali I tak tutup api dan akhirnya sira I jd caramel.Hahaha.

Maka malam ini bertekad buat lagi sekali kuih keria ni dan this time I mmg ikut cara kat page Azlita Masam Manis tu cuba adjust sesikit la.Dan this time I tak tambah tepung hingga tak melekat kat tgn.I just gaul agak2 tepung sebati then sapu tgn ngan minyakeps tu bulat2 kan doh ikut size kita nak.Tak bentuk lagi jd donut kemudian I panaskan kuali lepas tu baru sapu tepung ubi kat kedua belah tgn then uli bentukkan doh tu jd donut terus masuk dlm kuali dan goreng.Dengan menggunakan cara ni kejadiannya amatlah mahvelous sekali dimana donut itewwww lembut walau dah sejuk dan tak kejung lagi mcm first time I buat.Yeah,first time buat terlebih tepung sbb nak sgt doh perfect tak melekat kat tgn.Tp yg second time ni mmg cerewet la sikitnya tapi.

Lepas dah agak2 donutku tu cantik dah kejadiannya toskan sbb nanti nak sira.Time sira ni pun bila dah agak2 gula pekat sket I masukkan donut tu kat dalam,gaul kejap dan buka api besar sket sekejap then bila nampak gula makin likat I pun tutup api then terus gaul hingga donut dan gula sebati dan gula bertukar color putih dan menyaluti donut sepenuh.Siap.

Tapi meh la I share resepi kuih mudah ni mana la tau ada yg nak cuba.

Resepi:

Beberapa biji sweet potato
Rebus kemudian masukkan sedikit garam
Setelah ubi dah empuk toskan air kemudian lenyek ubi
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan sedikit tepung ubi.
Sapu tangan dengan minyak kemudian bulat2kan doh.
Selepas itu sapu tangan dengan tepung ubi dan bentukkan doh pada bentuk donut dan terus goreng.Ulangi step hingga semua doh habis.

Cara menyira donut:

Masukkan gula dan sedikit air
Apabila gula agak pekat masukkan donut yg siap digoreng
Gaul sebentar kemudia tutup api tapi teruskan mengaul hingga gula meyaluti donut.
Siap.

Senangkan?Cuba lerrrrrr


1 comment:

Nastyna said...

U... nak lempang u boleh? Baru jer minggu lepas kita beli sweet potato buat cek mek molek, tapi jadi tak molek mana hahaha and ada lagi belen ni ingat tadi nak buat kuih keria la macam much easier kan gulung2 campak. belum sempat I rebus ubi nye, buka2 blog tengok tetiba ada resipi dari u pulak. ishh nak lempang sebijik for reading my mind :p

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You