Tidak mahu bagi blog suam2 kuku ni jadi sejuk terus,kalau malas nak menaip cerita panjang,kita kongsi resepi.
Actually resepi ni dah makan minggu dah buat tapi harini baru nak share.Takpe la.Semoga bermanfaat.
Antara my fav adalah apa sahaja yang berasaskan pisang.Kita bagi resepi muffin pisang dulu yang mana resepi ni dah diolah sikit sbb bahan tak cukup kat rumah tapi rasa still not bad la.Eh sedap la jugak walau guna bahan2 yang basic je.
Dan yang penting nak buat tu mudah amat.Dan amat sesuai untuk bekal morning tea anak2 ke sekolah.Everytime I buat ni (sbb banyak kali dah ulang buat),I akan letak at least dua biji kat dalam bento TND dan dia akan makan semua la selalunya.Dan dia pun suka.Lagi la bila tgk ada chocolate chips.Tu semua nak umpan anak je tu.Hehehe!
Jom tgk resepi.
Resepi & cara membuatnya:
1 atau dua ulas pisang (saya guna Lady Finger), lenyekkan.
Masuk sebiji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan butter/mentega dicairkan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 cawan fresh milk
Gaul rata kesemuanya dan masukkan kedalam paper cup (isi 3/4 dari bekas)
Taburkan chocolate chips
Bakar pada suhu 180°c selama 30 minit.
Untuk adunan ini saya dapat 14 biji muffin.
No comments:
Post a Comment