Salam Isnin yang ceria walau semalam tak berapa nak ceria.Alkisah semalam sbb si TND mcm kebosanan sangat kat rumah,omak pun bawak la anak2 ke taman permainan.Omak ni pulak malas nau nak bwk handbag jd omak bawak la shopping bag lepas tu isi purse,isi handphone dengan botol air (takutnya anak kehausan selepas main).
Nak dijadikan cerita si TND bukak botol air tu minum tp x tutup semula maka keluar la air2 itu habis lencun purse dan handphone omak.
Jadi balik rumah handphone screen dah blank maka omak yg 30 minit lepas amatlah mithali tetiba dah transform jadi resakse.Geram betul semalam.Omak ni pulak boleh tahan baran terus duk lepas perasaan kat apak diorang tapi chatting via FB je la sbb apak dia ada kat Roma lagi.Beberapa hari lagi pulanglah.
Pung pang pung pang duk marah.Apak dia 3 saat sekali purata duk type SABOR SABOR.Bengang hokkey dah la tu handphone baru je tukar.Isk!Nampak sangat omak keduniaan betul.Terus ingatkan diri tu harta dunia je.Anak tu amanah.Nak buat lagu mana diorang tu kocik lagi.Akal tak sampai mcm orang dewasa.
Dalam duk melayan bluesss perasaan sendiri tetiba ting,apa kata try letak handphone skali battery dia dlm bekas beras.Bukan dalam periuk nasi ok.Dalam bekas beras sebab dikatakan beras mempunyai agen special yg mampu mengeringkan air yg duk tersumbat dlm handphone tu.Kalau google dia suh letak dalam plastic zip lock tp omak pakai sumbat mcm tu je.Dan pastikan letak dalam kedudukan mencancang (agak lucah word ini).
Dan pagi td omak try bukak,phew dah keluar elok dah screen dia cuma takleh nak swipe.Rasa mcm kena hantar repair gak ni tp tgk la mcm mana nanti.
Dan nampaknya Allah swt nak uji omak lagi bila omak perasan purse pulak takde.Uwaaaaaaaaaaaaa!Adakah terjatuh kat park semalam lepas tu tak perasan.Haruuuuuuuu.....dah la segalanya didalam itu,
driving license
kad bank
IC
kad insurance
kad diskaun eh!hakni penting ni.Hahaha!
dan duit $50
Memang pagi td time perasan purse takde tu mmg dah gabra dh.Kepala otak duk pusing2 fikir nak gtau suami ke tak tambah asam lagi bila purse tu pulak purse baru suami beli time dia out station kat Singapore dan dah boleh bayangkan kalau betul2 hilang memang takdenya dia nak beli yang baru balik.Uhuks!
Tapi yang double risau lagi sebenarnya isi kat dalam purse tu. Takleh nak dibayangkan process yg perlu dilalui nak dapatkan balik setiap satu tu kalau mmg betul2 hilang.Tapi duk ingatkan diri supaya sabar.Be rational.Jadi pagi td meneruskan rutin seperti biasa iaitu bangkit jam 6 pagi untuk siapkan bento anak ke sekolah.Dan dalam dua minggu ni I ada tolong my friend jugak iaitu siapkan bento untuk anaknya sekali memandangkan dia terpaksa pulang ke Malaysia menguruskan urusan ibunya yang baru meninggal dunia.Al Fatihah untuk arwah ibu Kak Dina.Dan Kak Dina ni adalah antara orang yang cukup rapat dengan I kat bumi Ratu ni.
Dan entry ni pun sebenarnya nak citer pasal bento.Ala yg skang tgh hot sgt skang ni walhal lama dh kot benda2 ni tp takpe.Dengan trend sebegini mampu buka mata parents untuk berusaha sediakan makanan dari rumah utk anak2.Iya la kantin sekolah kat Malaysia,pepaham jer la makanan yg dijual camne.Tu x termasuk makanan yg dijual diluar sekolah lg.Menakutkan sbb rata2 makanan yg tak begitu sehat.Sorry yer sbb mmg ada.Bukan rekaan.Kisah benar ni.Kikikiki.
Jadi sekarang bersemangat la siapkan bento untuk bebudak ni.Actually kat sini ada je makanan yang dijual tp sekolah lebih galakkan parents sediakan bento dari rumah.Kat sekolah TND ni rasa mcm takde canteen kot sebab bebudak mcm makan merata-rata je sekeliling sekolah dan one of good thing bebudak sini diorang ada sivik bila tak buang sampah merata-rata so takde la sekitar kawasan sekolah kotor jadi itu yang tak kisah diorang nak makan kat memana.Memana tu maksudnya selagi dalam area sekolah la.
Dan ada satu kedai yang jual makanan in case parents tak sediakan bento untuk anak.Dan kedai tu jugak ada sediakan menu HALAL untuk muslim tapi I lagi prefer sedia sendiri je plus I ni housewife.Lepas tu nak beli makanan pulak bukan simply menonong je pergi beli tp parents/penjaga kena pergi order dulu waktu pagi tu.Isk!Leceh la.Hahaha!Menu diorang dah bg siap2 kat parents sorang satu.Tempek je kat umah.
Dan 3 jenis bento wajib ada iaitu morning tea,crunch (variasi buah atau sayur) dan lunch.Jd 3 bekas wajib ada.Sejak ada tambahan anak2 ni,I kena siapkan total 9 bekas semuanya.Dan satu botol air kosong (Wajib ada).
Actually tak susah pun nak siapkan bento kanak2 ribena ni sbb yg lunch je kena siapkan makanan berat sikit tp selalunya kalau masak nasik I letak satu jenis lauk je.Untuk crunch mmg I letak buah je la.Dan kalau letak buah mcm pear atau epal,pastu nak kopek siap2,rendam kejap dalam air garam supaya dia tak cepat lebam.
Untuk morning tea,kalau rajin I buat la sosej bun,muffin.Tapi kalau malas I sapu roti + jem je dan bebudak ni mcm ok je.Dan mcm anak my friend tu,siap request nak roti + jem.Sonang kijo auntie Fiey.
Lagu ni la rupanya bento anak kita.Simple je sbb bebudak ni bkn nk makan beria sgt sbb sibuk nak main je.Tp kalau anak kawan I yang year 6 tu je mmg akan habiskan makanan dia.Lagi sorang + anak sendiri kdg2 x habis pun makan.Bila tanya cakap x sempat makan loceng bunyi walhal bila time recess sibuk nak main dulu baru nak makan.Hai,bebudak ni!
TND dan anak my friend suka sangat kalau buat sup.Nasi + sup mmg licin tapi takkan nak masak hari2 sbb I pun muak.I masak makanan diorang skali ngan I je.Senang sekali buat plus husband takde sini so makan lauk simple2 je.
Ini antara bento kekanak ribena tu la.Mmg seronok bgn pagi2 siapkan bento diorg.Kalau bg pisang,I tulis nama camtu je.Senang.Kikikiki.
Jadi skang ni sblm tdo otak mesti ligat duk fikir esok nk masak apa.Hihihi.Bagus gak janji sel2 otak berhubung walau slow.Hihihihi!
4 comments:
Jadi....purse itu berjaya dijumpai atau tidak? Aku stress citer dok abih
rajinnye
Nanti sambung.Hahaha
Hehehe.Takde kerja Kak Ros.Kikikiki
Post a Comment