Chinese New Year - A year of the goat 2015

Salam Jumaat yang penuh barakah.Apa aktiviti harini?I ni duk rumah je sbb harini hujan dan kalau check wether forecast pun rasa mcm sampai malam kot hujan ni.Jadi aktiviti lawatan Cik Kiah pergi mesyuarat tingkap kat rumah Joyah terpaksa cancel.Kikikiki.

Harini kalau tengok kat tv akan ada beberapa area di Queensland sedang atau bakal dilanda ribut dan angin kuat.Cyclone Marcia nama dia.Ya Allah semoga tak teruk sgt la.Walaupun area tempat kami tinggal ni tak kena tapi still ambil langkah berjaga2 jugak.Mcm a few months ago bila ada warning pasal ribut jugak dan sekali mmg datang la ribut tu siap hujan batu.Dengan rumah blackout lagi.2 hari uolls takleh bercakap ngan suami sbb phone habis battery.Jadi bila dapat warning,cecepat la simpan kereta dalam garaj.Kat sini kalau hari2 biasa kereta mmg park kat luar je.Malas aih nak masuk garaj.Gitu la bila duk rumah berkongsi garaj ni.Dia mmg tak attach la garaj dgn rumah.Kalau rumah lama dulu senang.Garaj attach ngan rumah so dari garaj tu ada satu pintu terus masuk dalam rumah.Senang haihs!Tapi sejak duk city ni,kalau nak duduk lagi rumah mcm tu,siap duit la bayar sewa yg mmg mahal gila.Kuikuikui!Sbb tu kami mampu sewa rumah mcm sekarang ni je itupun dah consider mahal dah tu.Apapun syukur duduk kat rumah.Buat kena duduk bawah jambatan tak ke haru.Hehehe.

Cerita semalam,boleh lupa semalam Chinese New Year.A year of the goat.So Happy Chinese New Year to those who celebrate.Dan semalam I ajak la suami pergi Inala.Kat situ ada satu market yang jual barangan Asia.Memang heaven la pergi sini sbb kau akan jumpa sayur2,pes2 masakan dan produk2 yang mmg biasa kita beli ditempat sendiri.Rasa mcm dah pernah blog pasal pasar ni.Selalu kami panggil ni pasar Vietnam sbb mmg ramai orang2 dari sebelah sana pun.Thailand,Philipines pun ada dan tak terkecuali Chinese la.Dan semalam bila sampai tgk kedai banyak tutup pastu dah dari kejauhan dah dengar bunyi gendang.Ok.Ada orang yang mmg suka sangat tengok Tarian Singa ni.Maklum la membesar di Chinatown.Hehehehe!




TDS first time tgk tarian ni.Bunyi bingit sgt kot sampai dia naik takut.Jantung dia siap dup dap dup dap.Kikikiki!Tapi mmg best la.Kiranya happening jugak la celebration Chinese New Year kat sini.Tu belum pergi kat Fortitude Valley lagi.Kat situ mmg ada Chinatown dan rasanya lagi meriah sbb last week pergi dah mcm banyak dah segala tanglung merah dipasang.

Berbalik cerita semalam,tujuan kami ke Inala Market pun sbb nak cari pokok sebenarnya.Dan walaupun banyak kedai tutup tapi tak pulang ngan tangan kosong dan ada la beli satu pokok pandan dan satu pokok limau purut.Owh,I is happy.Dan semalam pun nasib baik bila beli serai siap ada akar  so balik kami tanam.Harap2 la membesar bagaikan juara sbb I ni takde la guna sgt serai2 ni cuma bila time nak guna tu mcm tak berbaloi nak pergi beli just nak guna satu dan lagi tak berbaloi nak beli buat stok.Hihihihi!

Dan mcm pokok daun limau purut pulak semalam satu pokok kami dapat pada harga $20.Ini mmg berbaloi sbb kalau beli kat supermarket ada la 7,8 keping siap packing lawa tu diorang boleh jual sampai $2.So skang takyah beli dah.Rasa nak masak tomyam or paprik,just petik je.Dan pokok yg kami beli ni pun dah nampak ada beberapa biji buah limau purut yg baru nak tumbuh.Yeay!


Ni baru set up semalam.Ewah.Our mini garden.Walau pun nampak cincai je tp laki bini ni kemain duk happy membuatnya.Semalam siap pergi K-Mart cari tanah yg dah mix ngan baja tu.Beli pasu bagai.Tinggal fence je tak jumpa semalam.Ini ingat harini kalau hujan dah reda sikit hujan ingat nak pergi buat lawatan kat Bunning pulak.Kikikiki!

Nampakkan?Tak semestinya benda besar,mewah,hebat je mampu buat kita rasa happy.Benda2 kecik mcm ni pun dah boleh buat kita rasa happy walhal tanam pokok je.Bukan tanam je,ini sekali ngan berjasa pada tanah.Dari duk bg kosong je ruang ni,baik kita tanam pokok at least dapat gak hasil.

Beberapa blog yg byk citer pasal tanam2 pokok ni dah bagi inspirasi kat I.Itu yg bersungguh sgt buat ni dan paling penting boleh isi masa lapang yang terlebih lapang ni.Hihihihi!

P/s: Ok dah mula rasa rindu nak baca coretan dari German : ) I know it's hard dear when losing someone that we love especially our parents.Ya Allah.My dua' to Allah to make you strong in your way.Stay strong babe.


No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You