Chinese New Year - A year of the goat 2015

Salam Jumaat yang penuh barakah.Apa aktiviti harini?I ni duk rumah je sbb harini hujan dan kalau check wether forecast pun rasa mcm sampai malam kot hujan ni.Jadi aktiviti lawatan Cik Kiah pergi mesyuarat tingkap kat rumah Joyah terpaksa cancel.Kikikiki.

Harini kalau tengok kat tv akan ada beberapa area di Queensland sedang atau bakal dilanda ribut dan angin kuat.Cyclone Marcia nama dia.Ya Allah semoga tak teruk sgt la.Walaupun area tempat kami tinggal ni tak kena tapi still ambil langkah berjaga2 jugak.Mcm a few months ago bila ada warning pasal ribut jugak dan sekali mmg datang la ribut tu siap hujan batu.Dengan rumah blackout lagi.2 hari uolls takleh bercakap ngan suami sbb phone habis battery.Jadi bila dapat warning,cecepat la simpan kereta dalam garaj.Kat sini kalau hari2 biasa kereta mmg park kat luar je.Malas aih nak masuk garaj.Gitu la bila duk rumah berkongsi garaj ni.Dia mmg tak attach la garaj dgn rumah.Kalau rumah lama dulu senang.Garaj attach ngan rumah so dari garaj tu ada satu pintu terus masuk dalam rumah.Senang haihs!Tapi sejak duk city ni,kalau nak duduk lagi rumah mcm tu,siap duit la bayar sewa yg mmg mahal gila.Kuikuikui!Sbb tu kami mampu sewa rumah mcm sekarang ni je itupun dah consider mahal dah tu.Apapun syukur duduk kat rumah.Buat kena duduk bawah jambatan tak ke haru.Hehehe.

Cerita semalam,boleh lupa semalam Chinese New Year.A year of the goat.So Happy Chinese New Year to those who celebrate.Dan semalam I ajak la suami pergi Inala.Kat situ ada satu market yang jual barangan Asia.Memang heaven la pergi sini sbb kau akan jumpa sayur2,pes2 masakan dan produk2 yang mmg biasa kita beli ditempat sendiri.Rasa mcm dah pernah blog pasal pasar ni.Selalu kami panggil ni pasar Vietnam sbb mmg ramai orang2 dari sebelah sana pun.Thailand,Philipines pun ada dan tak terkecuali Chinese la.Dan semalam bila sampai tgk kedai banyak tutup pastu dah dari kejauhan dah dengar bunyi gendang.Ok.Ada orang yang mmg suka sangat tengok Tarian Singa ni.Maklum la membesar di Chinatown.Hehehehe!




TDS first time tgk tarian ni.Bunyi bingit sgt kot sampai dia naik takut.Jantung dia siap dup dap dup dap.Kikikiki!Tapi mmg best la.Kiranya happening jugak la celebration Chinese New Year kat sini.Tu belum pergi kat Fortitude Valley lagi.Kat situ mmg ada Chinatown dan rasanya lagi meriah sbb last week pergi dah mcm banyak dah segala tanglung merah dipasang.

Berbalik cerita semalam,tujuan kami ke Inala Market pun sbb nak cari pokok sebenarnya.Dan walaupun banyak kedai tutup tapi tak pulang ngan tangan kosong dan ada la beli satu pokok pandan dan satu pokok limau purut.Owh,I is happy.Dan semalam pun nasib baik bila beli serai siap ada akar  so balik kami tanam.Harap2 la membesar bagaikan juara sbb I ni takde la guna sgt serai2 ni cuma bila time nak guna tu mcm tak berbaloi nak pergi beli just nak guna satu dan lagi tak berbaloi nak beli buat stok.Hihihihi!

Dan mcm pokok daun limau purut pulak semalam satu pokok kami dapat pada harga $20.Ini mmg berbaloi sbb kalau beli kat supermarket ada la 7,8 keping siap packing lawa tu diorang boleh jual sampai $2.So skang takyah beli dah.Rasa nak masak tomyam or paprik,just petik je.Dan pokok yg kami beli ni pun dah nampak ada beberapa biji buah limau purut yg baru nak tumbuh.Yeay!


Ni baru set up semalam.Ewah.Our mini garden.Walau pun nampak cincai je tp laki bini ni kemain duk happy membuatnya.Semalam siap pergi K-Mart cari tanah yg dah mix ngan baja tu.Beli pasu bagai.Tinggal fence je tak jumpa semalam.Ini ingat harini kalau hujan dah reda sikit hujan ingat nak pergi buat lawatan kat Bunning pulak.Kikikiki!

Nampakkan?Tak semestinya benda besar,mewah,hebat je mampu buat kita rasa happy.Benda2 kecik mcm ni pun dah boleh buat kita rasa happy walhal tanam pokok je.Bukan tanam je,ini sekali ngan berjasa pada tanah.Dari duk bg kosong je ruang ni,baik kita tanam pokok at least dapat gak hasil.

Beberapa blog yg byk citer pasal tanam2 pokok ni dah bagi inspirasi kat I.Itu yg bersungguh sgt buat ni dan paling penting boleh isi masa lapang yang terlebih lapang ni.Hihihihi!

P/s: Ok dah mula rasa rindu nak baca coretan dari German : ) I know it's hard dear when losing someone that we love especially our parents.Ya Allah.My dua' to Allah to make you strong in your way.Stay strong babe.


Foodies:Muffin pisang

Tidak mahu bagi blog suam2 kuku ni jadi sejuk terus,kalau malas nak menaip cerita panjang,kita kongsi resepi.

Actually resepi ni dah makan minggu dah buat tapi harini baru nak share.Takpe la.Semoga bermanfaat.

Antara my fav adalah apa sahaja yang berasaskan pisang.Kita bagi resepi muffin pisang dulu yang mana resepi ni dah diolah sikit sbb bahan tak cukup kat rumah tapi rasa still not bad la.Eh sedap la jugak walau guna bahan2 yang basic je.

Dan yang penting nak buat tu mudah amat.Dan amat sesuai untuk bekal morning tea anak2 ke sekolah.Everytime I buat ni (sbb banyak kali dah ulang buat),I akan letak at least dua biji kat dalam bento TND dan dia akan makan semua la selalunya.Dan dia pun suka.Lagi la bila tgk ada chocolate chips.Tu semua nak umpan anak je tu.Hehehe!


Jom tgk resepi.

Resepi & cara membuatnya:

1 atau dua ulas pisang (saya guna Lady Finger), lenyekkan.
Masuk sebiji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan butter/mentega dicairkan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 cawan fresh milk
Gaul rata kesemuanya dan masukkan kedalam paper cup (isi 3/4 dari bekas)
Taburkan chocolate chips
Bakar pada suhu 180°c selama 30 minit.
Untuk adunan ini saya dapat 14 biji muffin.

Bento

Salam Isnin yang ceria walau semalam tak berapa nak ceria.Alkisah semalam sbb si TND mcm kebosanan sangat kat rumah,omak pun bawak la anak2 ke taman permainan.Omak ni pulak malas nau nak bwk handbag jd omak bawak la shopping bag lepas tu isi purse,isi handphone dengan botol air (takutnya anak kehausan selepas main).

Nak dijadikan cerita si TND bukak botol air tu minum tp x tutup semula maka keluar la air2 itu habis lencun purse dan handphone omak.

Jadi balik rumah handphone screen dah blank maka omak yg 30 minit lepas amatlah mithali tetiba dah transform jadi resakse.Geram betul semalam.Omak ni pulak boleh tahan baran terus duk lepas perasaan kat apak diorang tapi chatting via FB je la sbb apak dia ada kat Roma lagi.Beberapa hari lagi pulanglah.

Pung pang pung pang duk marah.Apak dia 3 saat sekali purata duk type SABOR SABOR.Bengang hokkey dah la tu handphone baru je tukar.Isk!Nampak sangat omak keduniaan betul.Terus ingatkan diri tu harta dunia je.Anak tu amanah.Nak buat lagu mana diorang tu kocik lagi.Akal tak sampai mcm orang dewasa.

Dalam duk melayan bluesss perasaan sendiri tetiba ting,apa kata try letak handphone skali battery dia dlm bekas beras.Bukan dalam periuk nasi ok.Dalam bekas beras sebab dikatakan beras mempunyai agen special yg mampu mengeringkan air yg duk tersumbat dlm handphone tu.Kalau google dia suh letak dalam plastic zip lock tp omak pakai sumbat mcm tu je.Dan pastikan letak dalam kedudukan mencancang (agak lucah word ini).

Dan pagi td omak try bukak,phew dah keluar elok dah screen dia cuma takleh nak swipe.Rasa mcm kena hantar repair gak ni tp tgk la mcm mana nanti.

Dan nampaknya Allah swt nak uji omak lagi bila omak perasan purse pulak takde.Uwaaaaaaaaaaaaa!Adakah terjatuh kat park semalam lepas tu tak perasan.Haruuuuuuuu.....dah la segalanya didalam itu,
driving license
kad bank
IC
kad insurance
kad diskaun eh!hakni penting ni.Hahaha!
dan duit $50

Memang pagi td time perasan purse takde tu mmg dah gabra dh.Kepala otak duk pusing2 fikir nak gtau suami ke tak tambah asam lagi bila purse tu pulak purse baru suami beli time dia out station kat Singapore dan dah boleh bayangkan kalau betul2 hilang memang takdenya dia nak beli yang baru balik.Uhuks!

Tapi yang double risau lagi sebenarnya isi kat dalam purse tu. Takleh nak dibayangkan process yg perlu dilalui nak dapatkan balik setiap satu tu kalau mmg betul2 hilang.Tapi duk ingatkan diri supaya sabar.Be rational.Jadi pagi td meneruskan rutin seperti biasa iaitu bangkit jam 6 pagi untuk siapkan bento anak ke sekolah.Dan dalam dua minggu ni I ada tolong my friend jugak iaitu siapkan bento untuk anaknya sekali memandangkan dia terpaksa pulang ke Malaysia menguruskan urusan ibunya yang baru meninggal dunia.Al Fatihah untuk arwah ibu Kak Dina.Dan Kak Dina ni adalah antara orang yang cukup rapat dengan I kat bumi Ratu ni.

Dan entry ni pun sebenarnya nak citer pasal bento.Ala yg skang tgh hot sgt skang ni walhal lama dh kot benda2 ni tp takpe.Dengan trend sebegini mampu buka mata parents untuk berusaha sediakan makanan dari rumah utk anak2.Iya la kantin sekolah kat Malaysia,pepaham jer la makanan yg dijual camne.Tu x termasuk makanan yg dijual diluar sekolah lg.Menakutkan sbb rata2 makanan yg tak begitu sehat.Sorry yer sbb mmg ada.Bukan rekaan.Kisah benar ni.Kikikiki.

Jadi sekarang bersemangat la siapkan bento untuk bebudak ni.Actually kat sini ada je makanan yang dijual tp sekolah lebih galakkan parents sediakan bento dari rumah.Kat sekolah TND ni rasa mcm takde canteen kot sebab bebudak mcm makan merata-rata je sekeliling sekolah dan one of good thing bebudak sini diorang ada sivik bila tak  buang sampah merata-rata so takde la sekitar kawasan sekolah kotor jadi itu yang tak kisah diorang nak makan kat memana.Memana tu maksudnya selagi dalam area sekolah la.

Dan ada satu kedai yang jual makanan in case parents tak sediakan bento untuk anak.Dan kedai tu jugak ada sediakan menu HALAL untuk muslim tapi I lagi prefer sedia sendiri je plus I ni housewife.Lepas tu nak beli makanan pulak bukan simply menonong je pergi beli tp parents/penjaga kena pergi order dulu waktu pagi tu.Isk!Leceh la.Hahaha!Menu diorang dah bg siap2 kat parents sorang satu.Tempek je kat umah.

Dan 3 jenis bento wajib ada iaitu morning tea,crunch (variasi buah atau sayur) dan lunch.Jd 3 bekas wajib ada.Sejak ada tambahan anak2 ni,I kena siapkan total 9 bekas semuanya.Dan satu botol air kosong (Wajib ada).

Actually tak susah pun nak siapkan bento kanak2 ribena ni sbb yg lunch je kena siapkan makanan berat sikit tp selalunya kalau masak nasik I letak satu jenis lauk je.Untuk crunch mmg I letak buah je la.Dan kalau letak buah mcm pear atau epal,pastu nak kopek siap2,rendam kejap dalam air garam supaya dia tak cepat lebam.

Untuk morning tea,kalau rajin I buat la sosej bun,muffin.Tapi kalau malas I sapu roti + jem je dan bebudak ni mcm ok je.Dan mcm anak my friend tu,siap request nak roti + jem.Sonang kijo auntie Fiey.


Lagu ni la rupanya bento anak kita.Simple je sbb bebudak ni bkn nk makan beria sgt sbb sibuk nak main je.Tp kalau anak kawan I yang year 6 tu je mmg akan habiskan makanan dia.Lagi sorang + anak sendiri kdg2 x habis pun makan.Bila tanya cakap x sempat makan loceng bunyi walhal bila time recess sibuk nak main dulu baru nak makan.Hai,bebudak ni!

 

TND  dan anak my friend suka sangat kalau buat sup.Nasi + sup mmg licin tapi takkan nak masak hari2 sbb I pun muak.I masak makanan diorang skali ngan I je.Senang sekali buat plus husband takde sini so makan lauk simple2 je.
 

Ini antara bento kekanak ribena tu la.Mmg seronok bgn pagi2 siapkan bento diorg.Kalau bg pisang,I tulis nama camtu je.Senang.Kikikiki.

Jadi skang ni sblm tdo otak mesti ligat duk fikir esok nk masak apa.Hihihi.Bagus gak janji sel2 otak berhubung walau slow.Hihihihi!


Back to school ~2015

Owh anak omak dah masuk sekolah rendah.Taktau waktu hantar tu nak menangis ke tak sbb ni dah sekolah yang ke empat.Muahahaha! (3 kindy).Banyak haish!TND ni start dengan 3Q Montessory Kindergarten ( Malaysia dan bahasa perantara Chinese + Malay + English ), C & K Kindergarten ( Australia - mestilah la English kan) , lepas tu Little Caliph ( Malaysia balik dan yang ni Islamic school so bahasa perantara Malay + English).

Waktu 1st time hantar kat 3Q Montesorry tu dulu omak bercucuran gak air mata.Hihihi!Emo lebih omak aih!Tapi anak menangis jugak.Dua minggu hokkey principal tadika tu Teacher Harban Kaur kena dukung si TND ni.Dah la time tu gemuk.Kesian teacher yang selim.

Lepas tu waktu masuk kindy kat Aussie ni tak menangis pulak dia cuma waktu nak ditingal-tinggalkan tu ada la jugak dia merengek-rengek pegang baju omak nasib omak tak tangan-tangankan je.

Dan balik Malaysia kejap dalam 6 months ( August until January ) sbb omak settlekan repeat paper,hantar dia ke Little Caliph (highly recommend kindy ni.To me I sangat berpuas hati sbb walau dalam 4 bulan kot TND kat situ tp banyak la yang dia dapat.Dan paling best bila balik Aussie ni I just continue je ajar dia membaca bahasa Melayu sbb basic dia dah dapat dari sekolah ).Kira apa yang teacher dia janji nak usaha jugak bg dia dapat tu tercapai la walau kami tak letak higher expectation pun pada TND ni.Kami ikut setakat mana dia mampu hadam je.No pressure at all.Kami bukan parents yang nak straight A's,nak anak pandai baca seawal 3 atau 4 tahun atau yang jenis bangga cerita anak I masuk ballet class,swimming class,music class,tae kwan do class,tennis class bla bla bla yadda yadda sampai anak takde rehat.Iya la hari sekolah pergi sekolah la.Malam pergi tuition.Weekend attend kelas2 skills tu bagai.Bila nak rehat taktau la.Tapi itu orang lain punya cara dan I just respect la pilihan diorang selagi tak pot pet depan I.I tak kesah kalau orang tak pot pet depan I lepas tu tak kait2 kan kita.Huahuahua!Prinsip hidup simple je.I don't touch yours so don't touch mine!Hamboi skang sejak2 asyik kena buli ni siap ada ayat warning takleh blah.

Balik cerita TND,memandangkan kami daftar mmg lewat amat dah iaitu 2 hari sebelum sekolah buka,27 January maka kami tak kesah la cikgu dia nak masukkan kat kelas mana.Sini takde pun dia letak kalau kelas memula tu super pandai,kelas last tu super slow.Dia sama level je.Sesi interview pun berjalan lancar bila cikgu suruh lukis gambar family,Ya Allah keciknya lukisan lepas tu tangan takde.Hahaha!Bila cikgu suh tulis nama sendiri,huruf depan je betul pastu yg belakang2 tu dah mengarut2 dah word yang dia tulis.Suka hati dia je.Hahaha!Tp kejap je interview tu pun.

Balik dari interview jenuh la pergi cari baju sekolah sebab Tuck Shop (yang jual kelengkapan sekolah tak bukak keesokan harinya sbb Australian Day ).Cuti umum.Nasib la jiran sebelah rumah yang ada anak sama masuk Prep datang pinjamkan baju.Owh terharu!Jadi 1st day TND pakai baju pinjam dan lepas tu kami beli la uniform,buku segala.

Dan untuk yuran sekolah kat sini macam kami free jer la tapi kalau students Malaysia yang hantar anak masuk sini kena bayar dalam $220 kalau tak silap.Jadi kami just spend untuk uniform dan buku sahaja.Lepas tu uniform pulak mmg selai2 agak mahal la,dan diorang pun ada jual yg "used" punya dan kalau pandai pilih dapat la yg masih elok dimana harga yg dijual mmg murah la dalam $5 mcm tu je.Tp itu time bulan 12 diorang buat.Dan mcm TND ni mmg 100% baru segala.Dah daftar lambat ,datang Aussie balik pun lambat jd jangan duk harap la nak dapat yg murah ke apa.Muahahaha!

Buku banyak jugak kena beli sebab dalam $100 ++ jugak cuma yg best budak2 takyah bwk balik.Tinggal je kat sekolah.Stationery segala pun kalau taknak beli pun takpe sbb sekolah dah 100% sedia so takyah bwk.Kalau ada beli simpan untuk kegunaan kat rumah je.

Jadi apa yg ada kat dalam beg sekolah hanyalah bekal untuk morning tea,crunch & lunch lepas tu satu botol air masak.Benda lain satu beg utk simpan buku yg dipinjam dari library dan satu topi.Sini punya rule,No hat,No play.Jd wajib ada.


Alahai anak bergambar kat depan class dia.Ini dah pakai uniform sendiri.Dan 1st day g school pun I tak hantar pun tapi suami jer pergi.Dah nampak tak excited dah sbb byk sgt skolah dia masuk.Kikikiki!No la.Bukan tak excited langsung,excited jugak siap amik gambar dia ngan uniform 1st day school tu pastu send kat family Malaysia.Orang sana pulak yang excited nak tengok.

1st day apak dia yang settle,dan hari seterusnya I la yg uruskan.Dan this year I pun dah start drive kereta sendiri so dah tak naik bus la hantar amik anak sekolah.Dan I pun dah makin confident drive sendiri.Last week drive sendiri je pergi hantar my friend yang back for good ke airport.Dua hari lepas tu kawan ajak pergi HyperDome I drive sendiri gak bawak anak2 jalan.Jadi kiranya confident la tu.Kikikiki!Drive je la dulu bagi confident sebelum nak kena attend class driving untuk amik license kat sini pulak.My friend cakap kena amik dari awal mcm memula kita nak amik driving license kat Malaysia tu la.


Ini kawan yang dia dah kenal dari last year tp kawan dia ni dah year 1.Takpe la tua setahun pun janji ada geng nak berlari-larian kejap sblm masuk class.Kids!Hahaha!Main je dalam kepala.

Phew!Itu la a story my lil angel masuk sekolah rendah.Lain tu dengan kindy.Owh nak tutup entry ni baru omak rasa anak omak dah bosar.Huhuhuhu!~


Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You