Resepi: Apam berkuah

Semalam bangun pagi tekak rasa teringin sangat2 nak makan pasta aglio olio tp gitu la.Rasa je la kot sebab kesudahannya adalah start enjin kereta pergi tapau KFC.Settle.Hihihi!Ni kes perut melapar sangat.Emak pulak ngah layan drama Philipines dia dalam jam 12.30 tengahari baru settle jd faham2 je la jam berapa emak masuk dapur masak. Dan I pulak kena attend kelas jam 2 petang so just making a quick decision yang tak berapa nak brilliant la.Hahaha!Please don't hiring me at your organization as a Manager.Ewah!

Nak masak sendiri takleh sbb si DS demam panas wooo so takleh nak letak asyik nangis je sampai ada masa I pun rasa nak nangis sekali.Dugaan betul la dah la baru baik sakit telinga tapi still sakit pinggang tak baik2 lagi.Alhamdulillah.Dugaan.

25 days to go.25 days yang teramat la crucial.Kikikiki!Semoga Allah swt permudahkan perjalanan.In sha allah.Apa yg perlu buat sekarang ni pun just terus berdoa dan berdoa,berusaha dan lepas je tarikh tu,tawakkal la dengan harapan biarlah result nanti with a flying color.Ewah!Lagi sekali.

Ok.Harini takde apa nak menggomel sangat usai dah dekat seminggu atau dua minggu kot blog tak berupdates sebab busy tak tau apa kerjaan entah.Jadi dalam entry ni just nak kongsi kerajinan semalam bikin kuih traditional negeri sbb lama sangat dah kepingin.

Actually kuih ni dah makin susah nak jumpa sbb orang dah mcm taknak buat sangat tp still ada certain tempat yang jual.Walaubagaimanapun,ada yg jual tp rasa tu amatlah mengecewakan.Pada tekak I la.Selalunya kalau apam tu mmg superb dan yg failed selalunya tang kuah dia.Kuah yg I jumpa kalau tak cair,tak lemak dan sedap mmg tak sah la.Jadi kalau nak puas hati makan,apa kata bikin sendiri.

Dan sebenarnya ini dah cubaan kali yg kedua sebenarnya.Kali yg pertama totally disaster tp yg second time ni I rasa puas hati sikit la walau tang apam tu kena perbaiki lagi.

Nah I share recipe yg I buat semalam. Apam oh apam.Ini antara kuih fav dari zaman kecik lagi.Emak ada cakap kuih ni kalau dulu2 selalunya jd kuih bg wanita dalam pantang.Kikikiki!For me,apam berkuah ni memang sangat sedap.Phew!



Antara kuih traditional Melayu yg popular di Terengganu.Ini bg mereka yg baru pertama kali nak cuba.Untuk apam just guna bahan basic je.Mungkin boleh di improvised ikut selera masing2.


Resepi apam

Satu kerek nissang / gula melaka ikut selera nak byk mana.Cairkan bersama 1 cawan air kemudian sejukkan.
Setengah cawan air suam dicampur satu sudu kecil gula kemudian tuang 1/2 sachet yis Mauripan atau tak kesah la yis jenama apa pun.Tunggu hingga yis bertindak balas.Paling cantik biar melebihi setengah jam.
500 g tepung gandum ( diayak )campurkan didalam mangkuk berisi nissang / gula melaka yg sudah dicairkan.Gaul rata kemudian tuangkan campuran yis.Gaul rata kemudian rehatkan selama setengah jam.Selapas setengah jam gaul secara kaup kemudian biarkan lagi.Buat sekurang2 kurangnya 3 kali kemudian bolehlah dikukus antara 30 hingga 40 minit.

Boleh jugak buat apam ni ikut resepi apam beras / nasi.Dua2 sedap.Resepi boleh google sbb bahan dan methodnya sama je. 

Resepi kuah apam

Santan ( sebiji kelapa )
Rebus 3 ekor ikan selayang / kembung.Masukkan sedikit garam.
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci serai 
1/2 inci kunyit
1 sudu kerisik
3 sudu kelapa parut
Semua bahan diatas kisar sekaligus.
Dalam kuali lain goreng tanpa minyak sedikit ketumbar dan jintan manis.Kemudian tumbuk lumat bersama sedikit lada hitam.

Cara membuatnya:
Masukkan santan ke dalam periuk kemudian tuang bahan2 yg telah dikisar kedalam periuk.Tambah air ikut selera nak pekat mcm mana.Masukkan sedikit nissang / gula melaka /gula.Sedikit garam kemudian kacau perlahan atau sehingga pecah minyak.Siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba.


Pantai

Menaip entry sambil makan Choki-Choki ND.Hahaha!Selambe je rembat anak punya mementang anak dah masuk tidur dan sedap pulak makan Choki-Choki dimalam hari.Sebut pasal Choki-Choki ni I teringat ada sorang kawan ni dia tanya soalan ala-ala trivia la yg berbunyi,"Korang tau tak Choki-Choki ni asalnya mcm mana dibuat?".Maka berduyun-duyun la kami bg jawapan tp semua salah.Dan dia pun reveal la jawapan dimana katanya Choki-Choki ni asalnya adalah dari coklat leftover yg melekat-lekat kat bekas coklat yg besar tu selepas coklat dibuat (kat kilang la maksudnya) so taknak bazir maka terhasil la Choki-Choki ni.Oooooo....mcm tu.Kata kami.Tapi taktau la kesahihannya sbb walau selepas dengar yang dia cerita tu pun,sehingga saat ini kalau rasa nak ngap,I beli je.Kikikiki!Leftover pun letfover la.

I ni pun baru siap packing baju esok nak ke Shah Alam.Tak lama pun.Just for a few days sbb my mother in law warded di DEMC.Dan tomorrow pun I ada bwk cake yang my sister in law buat khas for my MIL.Jauh tu dari Trg to KL.Muahahaha!Dan esok berperang la I ngan budak berdua ni.Kalau ikutkan plan I nak pergi balik hari je bwk DS tp my hubby suh bwk jugak ND dan satu lagi mesti my MIL nak tgk jugak cucu dia.Dah almost a few weeks dah my MIL di Shah Alam.Dan flight I pagi esok tp sajer amik tengahari sket sbb malas nak berkejar dan berwrestling ngan bebudak ni di pagi hari.Class pulak cantek cancel hari Khamis so student malas mcm taik ni apa lagi,Yup!Yuo!Hoorey la!Ngeeee!

Let's just cut the craps.In this entry I want to talk about beach.Wow!Mementang la membesar kat kawasan pantai.Muahahaha!But trust me,walau membesar dikawasan pantai I rasa waktu umur 10 tahun,mandi laut tu dah jadi satu aktiviti yg amat jarang dilakukan.Itu lepas kami move to rumah yg kami tinggal sekarang.Plus,I ni dari family yg tak berapa nak ramai adik beradik jd when your older sister masuk asrama start form 1 until form 3 dan I  rasa dia spent just two years kot kat rumah,that time dia form 4 until form 5,then dia dapat matrik (my dad nangis dalam kereta waktu otw back hantar perempuan ni masuk matrik kat Penang.Hahaha!) He so proud maklum la anak sulung masuk unibersiti.Kikiki!Habis matrik dia masuk USM.Habis USM dapat kerja kat Shah Alam then dia kahwin then stay kat Shah Alam sampai skang dah beranak 4 so can u imagine siapa my BFF kat rumah?Hahahaha!

My dad.

Yes.My BFF.My first hero.My dad.

And me?Tak pernah tinggalkan rumah dan my very first time ever masuk asrama time kolej itupun dah tua bangka sangat dah sbb after Form 6 tu.Dan bila first time,menangis-nangis nak balik.Owh man!Malu kalau ingat tp I tak malu nak admit.Muahahaha!Dah la bkn jauh pun.Dalam satu negeri then 2 jam je pun kalau drive.Gedik nak nangis.

Berbalik cerita pantai.Yes!Pantai.Sebenarnya I nak cerita pasal si ketipang payung I yang dua ketul tu iaitu si ND ngan si DS.Dua beradik tapi totally different.Iya lah.Even both of them share a same womb,hahaha,tp perangai sorang2 haish!Lain.Tp in this entry just nak cerita antara dua ni mana yang sangat suka pantai.Yes,bila ada dua senang la nak buat comparison.

ND kali pertama sentuh pasir pantai pada usia 6 months rasanya dan dia sangat la excited.Time tu kami bawak pergi Pantai Pandak,Chendering.Kali pertama bg dia mandi laut time umur dia 1 tahun.Hamboi.Siap ingat exactly usia nampak sangat jarang bawak.Kikikiki!

Actually I suka bawak anak pergi pantai cuma tak suka bila balik dari pantai.Hahaha!Faham2 jer la.Lagi la kalau mandi laut.Grrr!

Dan bila lahir si DS,first time dia pijak pasir pantai kami dah berada di bumi ratu.Time tu dia dah 8 months kot.Kat Nudgee Beach time tu.Dan 1st time dia mandi laut waktu dah masuk 1 year dan that time kami dah berada di tanah air.Kiranya si DS ni dia tak byk kenangan sangat la ke laut so no wonder la dia adalah budak paling excited setiap kali pergi pantai dah la berani pulak tu.

So no wonder la everytime my dad bwk dia pergi pantai,mesti meraung setiap kali nak balik.Pandai pulak taknak balik siap meraung2.Tu baru setahun dua bulan.Kalau kakaknya skang dah mcm tak heran dah.Orang ajak dia ikut,tak ajak dia tak kesah pun.



Bukti wajah poyo suka sangat main pasir.Hahahaha!Ni time I g kelas pastu my dad bwk dia ke pantai sbb duk rumah asyik la menangis tak tau nak apa.Muahaha!Bertabah la atuk sbb sebulan je lagi lepas tu settle.Muahahaha!

Tapi takleh cop jakun gak budak ni sbb Brisbane tu bkn jauh dari pantai pun.Hahaha!Maybe sbb dia mmg suka kot dan berbeza ngan kakaknya.Kakaknya tak excited mana kalau sebut pantai2 ni.

Dan selain dari budak kat atas,sorang lagi yg excited gi pantai adalah bapak budak kat atas.Lagi dia suka kalau ada benda yg kat bawah ni.Andai la dia pergi satu hari dia dapat kutip dalam jumlah yg agak banyak,memang tahu sgt dah dia akan ulang lagi sampai 2,3 hari.


Ini yg dia kutip time sebelum balik Australia haritu.3 hari gigih kutip.Ni hasil hari pertama.


Dan ni hasil 3 hari kutip.Siap kumpul tak tahan tu.

Dan hasil 3 hari kutip tu,bini dia bikin ni la.


Gulai lemak remis.Masak simple  je.

I just ketuk serai,masukkan beberapa hiris lengkus,takde tumis bawang2 pun,just potong bawang,masukkan santan,gula,garam,serbuk perasa (optional),cili sikit,air nak bg berkuah then siap.Senang amat weh dan apa yang pasti bertambah nasik la si tukang kutip tu.Hihihi!

Apa2 la yer janji happy.

Dan kalau ni baru up entry nampak sangat gambar ni dah berkurun lama dalam draft.Muahahaha!Takpe la.Janji I ada jugak something yang nak dimerepekkan.Hahaha!

Sebab menulis di blog mampu bg keseronokan pada I sebenarnya dan paling suka komen dari orang German sebab kenkadang ku rasa apa yang kau rasa.Muahahaha!

Cekodok vs jeput

Semalam si kecik DS tetiba demam.I pun macam memamai bangun carikkan ubat.Panas betul semalam tp rasa panas tu I pakai main agak je sbb thermometer kami dah R.I.P.Dari 6 bulan lepas lagi rasanya duk sebut nak beli baru ,nak beli baru.Tapi sampai ke laaaaa ni tak beli2 jugak.Entah la.Tangguh duk tangguh sesedar bebudak ni dah masuk darjah satu.Huk aloh.Memang tak beli terus la nampaknya.

Tapi budak DS ni demam ke,selsema ke still jugak aktif.Sbb tu mcm tak risau sangat.Lps kasi ubat semalam sempat lagi au cak emaknya.I usik kucing datang ambik dia,terus tidur sampai pagi.Yer la semalam I ada telan Cetirizin sebijik tp dia punya mengantuk ya ampun.Sampai rasa berat kepala.I taktau orang lain tp I kalau ubat ni mmg selalu jd mcm ni.I pun taktau time bila DS sambung mimpi sbb rasa mcm mimpi je dengar suara dia duk usik2 kita.

Ok dah cerita pasal  semalam.Ni nak cerita pasal harini punya cerita.Td time maghrib tadikan tetiba anak tekak ni rasa nak makan cekodok.Kalau kat Terengganu ni kitorang sebut "Jeput".Ntah angin apa ntah yg datang teringin nak makan jeput yg dicampur dengan ikan goreng.Tau ke tak ni?Muahahaha!

Ini semua cerita nostalgia zaman kekanak dolu2 zaman kitorang ada kampung nak balik beraya.Time tu atok nenek kitorang masih ada dan kampung kitorang kat FELDA Jerangau,Dungun.Ini atok nenek sebelah mak I.My grandpa (Hamboi!Speaking!),Peneroka FELDA.Betul dak orang sebut lagu ni?Jd  rumah diorang kat area tanah rancangan tu la.Mengimbau kenangan zaman kecik,heaven sangat rasa everytime balik kampung.

Skang dah takde kampung walau skang duk kampung jugak tp rumah moden so takde feel.Mcm kampung sebelah abah I,rumah kampung jugak siap ada telaga bagai tp kami pulak tak rapat jd mmg tak pernah ada kenangan pun stay rumah atuk nenek sebelah abah I.Kitorang visit diorang just pergi rumah diorang then balik.Mcm tu je.Ok.Tu cerita pasal grandparent both side.

Kalau tok nenek sebelah my mom memang rapat sbb tu everytime nak blk kampung mesti over excited. Memang syok wooo balik kampung.Paling syok sekali tang ada nenek yg rajin melayan la.Time tu request je nak makan apa,laju je tok kita ke dapur tung tang tung tang bikin apa2 la yg boleh dimakan.Kadang2 tu benda simple je tp dia punya sedap ummppp!Hahaha!Tp semua tu takat I umur 10 tahun je.Lepas tu kesihatan tok dan to'ki dan tak berapa baik dan that time diorang start stay dgn anak2 dan rumah kat FELDA tu bg orang sewa.Start dari tu,setiap tahun I beraya kat rumah  je hingga sekarang.

Family my husband lagi la takde kampung sbb rumah diorang kat taman perumahan.Kiranya I ni ada gak kenangan tinggal kat kampung so takde la kekok sangat tp kalau my husband dia mmg tak biasa.Entah ada kenangan duk kampung ke idok pakcik tu sbb dia membesar di bandar Kuala Terengganu.

Berbeza ngan nenek zaman sekarang.Cucu request nak makan apa2,laju je pergi ambik kunci kereta.Bukan pergi dapur.Hahaha!Lepas tu ajak pergi beli kat kedai.Muahahaha!Kalau malas sangat nak keluar,order by phone satgi datang la orang mengantor.Uiiiii!Senang haih!

Antara kuih simple yg tok kita pernah buat adalah cekodok a.k.a jeput.Selalunya,leftover ikan goreng akan di recycle balik tau.Takdenya dibuang kalau tak habis unless benda tu dah basi.Tp ikan goreng rasa mcm susah nak basi.Dan tok kita ni suka bikin jeput bawang letak ikan goreng leftover ni.Haaaa....memang sedap tau.

Sebenarnya td takde terfikir pun nak buat jeput bawang ni tp bila nampak ada baki daun bawang yg I beli kat pasar td,dari membazir baik la buat sesuatu.Dan daun bawang ni kalau suami I ada,dia cukup anti.Entah apa dosa daun bawang ni pada dia taktau la.Kalau nak buat apa2 kuih,jgn masukkan daun bawang ni.Kalau tak dia tak akan sentuh langsung makanan tu.Mcm I ni pulak,suka yg amat dgn daun bawang dan kalau boleh semua masakan nak letak.Muahahaha!Masakan yg berkaitan la maksudnya.Takkan kau nak buat pengat pisang nak letak jugak daun bawang.Iya dok?

Jadi td I potong halus2 daun bawang ni,beberapa ulas bawang merah,then masukkan dalam tepung gandum yg I dah masukkan sebiji telur dan sedikit air.Actually cara nak buat cekodok ni ada byk versi.Kalau cara my mom dia suka masukkan marjerin/butter sikit tp I tak suka.Ada orang dia suka masukkan serbuk penaik sebab nak bg cantik bulat.Itu pun I tak suka.I pulak just suka yg simple je tambahan lagi mmg takde bahan pun kat rumah td.Jd kita bikin cekodok yg betul2 style lama punya dimana hanya dimasukkan bahan2 basic sahaja.Ikan goreng tu pulak I isikan ia lepas tu buang tulang then blend sket.Lastly jgn lupa letak garam sikit bg tambah rasa.Gaul rata.I jenis suka cekodok lembut so lebihkan air.Jgn risau kalau lepas goreng tekstur dia agak keras sbb tu hanya bersifat sementara.Hahaha!Bila dia sejuk sket dia akan lembut.

Bikin cekodok letak byk air ni cara my mother in law.Tp dia suka masukkan lagi cili yg dipotong halus.Sedap juga tp memandangkan ND pun nak makan so I tak letak la.I mmg suka cekodok yg my MIL buat.Cara my mom dia tak suka byk sangat masuk air lepas tu dia suka letak marjerin/butter so cekodok dia ada rasa rangup sikit.Dan pd I pulak,dua versi tu pun I suka.Lagi suka bila orang yg tolong buatkan.Muahahaha!


Ni dah cara moden dah ni pukul pakai whisk.Kikikiki!Senang beb cepat rata.Oloh orang dolu2 pun ada je whisk ni cuma bentuk mcm kelakor sket la.Kalau terlebih kuat pukul dia boleh bergulung sesama dia.Kakakaka!Kenapa I cakap ada sbb mmg org guna lebih2 lagi kalau nak buat kuih bahulu.Betul dak?Betul dak?


Tadaaaa!Inilah jeput bawangnya.Walau huduh tapi sedap.Jadi silalah jemput tengok.Kikikikiki!


Test + Puding Roti

Ok sebulan je lagi.Bertabahlah.Arghhh!Tak sabarnya dan tadi dah selesai test yang last.Harap2 dapat markah yg kebabom setimpal dengan ketekunan stado,study + tidur.Kikikiki!Mana taknya,semalam dah la itu je masa yg ada nak study,parents pergi Temerloh pulak dan sampai rumah pun dah malam.Si ND ngan si DS ni diaorang memang pendengki takleh tgk I duduk kat meja study.Lepas tu memacam la benda nak.

Walhal boleh je diorang main2 dua beradik ni.Tapi nak jugak sibuk menempel kat emak diorang ni.Tak kasik can langsung.

Jd I tak study kat meja tp study kat atas katil.Hmmm....study atas katil memang sah la boleh terlelap.Yang kelakar tu siap mimpi pergi pantai kutip remis.Banyak pulak tu.Ni mesti kes kempunan tak dapek makan kerang yang last week punya tu.

Kalau ada baca,last week area pantai Rusila hingga Marang dilimpahi beribu-ribu lemon kerang sampaikan dekat seminggu pesisir pantai tu dah mcm pesta jadinya.Siap ada orang bukak gerai lagi.Kalau petang sikit tu,jalan jammed tak tahan tu.Maklum la dah sekali ngan cuti sekolahkan pastu orang duk viralkan kat media sosial so berlumba-lumba la orang datang nak tengok sendiri.Siap ada orang lemas lagi.Iya la.Kerang-kerang tu memang la banyak.Tapi ombak besar jadi kena fikirkan pasal keselamatan diri jugak dan tambah lagi bukan kerang-kerang tu duk kat gigi air pun.Hihihi!Mati lemas sebab kutip kerang tak pepasal.

Hinggalah amaran dikeluarkan pihak polis iaitu larangan mengutip kerang barulah reda sikit.Bukan apa.Skang hujung2 tahun ni,ombak besar.Nak buat mcm mana.Fenomena yg jarang  berlaku dan laut sebelah sini kalau ikutkan mana ada kerang tapi itu semua kuasa tuhan la pemilik segala isi bumi ini.DIA boleh bagi apa sahaja dan boleh buat apa sahaja.Besarnya kekuasaan DIA.Subhanallah.

Walau banyak spekulasi yang dikeluarkan kat media sosial mcm ada yg cakap kemungkinan bakal berlaku bencana la (tok nujum FB),sampai ada yg takut nak pergi kawasan tu,bla bla bla.Dan tak kurang juga yg mengingatkan tentang hari kiamat yg hampir tiba.Ingatan pada semua tu dah baguslah tapi jangan duk pandai type kat FB je ingatan pasal kiamat lepas tu dah dengar azan berkumandang pun tak gerak2 lagi sedor-sedor dah habis waktu.Hihihi!Kena ingat la jugak kiamat untuk diri sendiri.Ye dok?

Jadi untuk test tu mcm tak study mana tp sbb pergi kelas 100% focus pastu ada la tanya sesikit ngan orang sebelah (eh sempat lagi),jd dapat la jawab dengan jayanya.Alah takyah nak pretend la korang tak pernah buat.Kikikiki!

Jadi skang ni just tunggu final je la.Nak sebulan je tinggal ni so moh le kita pulun study sungguh-sungguh.Nanti dah settle final nak kena packing barang pulak balik ke Australia.Nasib la balik haritu tak angkut byk baju tp sejak duk sini kemain duk tambah koleksi baju dan rasa mcm banyak pulak barang nak kena buat balik ni.Hukhukhuk!Tu tak termasuk segala mak nenek rempah ratus,budu belacan tempoyak bagai tu.Dan kalau nak buat balik kena packing elok2 plus tak semua barang boleh dibawa sbb Australia ni dia mcm strict sikit.

Just bare in mind,segala bilis,udang kering bagai tu atas nasib je la kalau lepas.Serunding ayam daging tu pun sama.Kalau sikit je bawak in sha allah lepas tp kalau sampai more than a kilo tu,pepaham jer la.I pernah bekalkan utk suami dlm sekilo mcm tu bila time kat custom tu selamat masuk tong sampah.Muahaha!

Eh sebenarnya nak ceritanya pasal semalam ada buat puding roti.Tp yg ni guna recipe lain dari yang biasa buat tu.Hihihi!Puding yg ni kos mahal sikit sbb pakai barang mahal.Hamboih!Jom share recipe mana la tahu berminat nak buat sama.Tp resepi asal kita intai-intai kat blog Kak Nani Rostam tu.I dulu pernah sekali pergi rumah dia beli biskut raya tp sekarang I tak sure dia still jual lagi ke tak.Tp sedap-sedap jugak biskut-biskut yg dia jual.Motif nak gtau kat sini.Kikikiki.

Tp recipe ni I ubah ikut berapa byk I nak buat jd I mcm reduce separuh la dari recipe asal.Dan siap guna roti Butterscoth sbb Kak Nani ada mention kalau pakai roti butter lagi mahveles rasanya.

Recipe I semalam:

I guna loyang 8 inci je.Nak buat dlm bekas casserole emak takde pulak.Nak bantai pyrex dia mcm besar pulak sizenya so hantam masuk loyang sudey.

3 biji telur
1 cawan heavy cream
1 cawan fresh milk
1/2 cawan gula
Sedikit esen vanila
Sedikit butter
Gaul sekata

Carik-carikkan roti susun dalam loyang.Kendian tuang la campuran kat atas.Then biarkan selama sejam nak bg roti tu sebati kot.Lepas tu taburkan sultana.Semalam habis stok pulak jd I just tabur sedikit serbuk cinnamon dengan gula perang.Banyak or sikit ikut selera.

Kendian bakar pd suhu 160 darjah celcius selama 30 minit.Done.

Untuk kuah kastad,Kak Nani pakai tepung jagung,I pulak guna tepung kastad.Guna fresh milk campur gula sikit (I rasa tak perlu manis pun sbb puding roti tu dah cukup manis + guna roti buttercoth lagi la kan).Bila susu dan mcm mereneh mcm tu tak perlu gelegak sangat.Make sure api kecik sbb taknak tetiba jd tragedy pulakkan.Kikiki.Pada yg biasa masak apa2 pun guna fresh milk or santan tau la apa yg berlaku kalau leka sikit.Kikikiki!Then nak hujung2 tu baru campur tepung kastad yg dah digaul dulu ngan air sbb taknak bg ketul2 karang.Kacau la sampai pekat.I rasa tak perlu terlalu likat sbb kuah kastad ni nanti dah simpan dlm peti es dia akan jd makin likat.Kalau kat Aussie I suka beli custard yg ready made tu sbb sedap tp cari kat sini takde,I mean kat Terengganu ni mmg mcm impossible la.Last time I cari kat Jaya Grocer takde pastu siap terpingga-pingga lagi pekerja kat situ bila I tanya.Sbb selalunya kalau kat Wollies or Coles,custard ni ada kat bahagian yg jual cheese kalau tak silap.Tp ada jugak yg diletakkan kat area baking.Yang tu kat Wollies ada.Dan mmg jenama dia kot.Arghh tak sure.

Ok done with custard.Lepas dah masak tu,tunggu apa lagi.Moh le kita ngap!Yum!Yum!Sedap pulak makan panas2.Hihihihi!



Abaikan kecomotan puding rotiku ini.Kalau masuk bertanding baru buat proper sket.Tapi ada ke orang nak suh masuk bertanding?Hahaha!


Ini yang dah di ngap semalam.Sedap tau sebab sendiri bikin.Kikikiki!





Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You