Semuanya tentang kehidupan

Aku sering mendengar kata-kata yang diungkap sesetengah orang bagi menutup kedangkalan diri dengan mengatakan,"Aku sukar berubah dan menanti agar Allah swt memberikan aku hidayah".Point aku disini adalah word MENANTI.

Aku bangkitkan ia kerana pada aku kenapa harus menunggu?
Kenapa tidak dicari?

Arghhhh......agak complicated bukan?
Dan disini tujuan aku bukan untuk memBAHANkan sesiapa.
Tapi lebih pada ingin bercerita tentang diri sendiri.
Itu adalah lebih baik mungkin kerana aku pasti akan pahatkan serapatnya ingatan seorang teman pada aku,
"Kenapa harus asyik dicari akan kelemahan orang lain sedangkan kita tidaklah sesempurna Nabi Muhammad saw".

Pause*

Mungkin orang lain juga memBAHANkan aku dibelakang mereka.Sigh!Baru terasa kecewa bila terpalit kemuka sendiri.Tolong lahirkan sedikit rasa malu.

Aku....ya.....aku....

Sentiasa merasakan masih ada kekurangan.


Tapi sekurangnya aku mencari.
Dan akhirnya menemui jalan dan merubah cara berfikir aku pada 360 darjah.
Baru aku tahu,rupanya banyak lagi yang aku tidak tahu sementelah lagi begitu banyak tentang aku yang harus diperbaharu.
Demi siapa?
DemiMU tuhan yang Maha Satu.Kini baru aku rasa begitu jauhnya aku dariMU.

Kerunsingan aku selama ini terjawab.
Gelisah aku juga baru aku tahu puncanya.
Syukur sekurangnya ENGKAU mendengar keluhan hatiku saban waktu.

Walau tidak besar,sekecil zarah sahaja,namun aku syukur.
Syukur kerana ENGKAU menarik aku semula untuk berada pada paksinya.
Tidaklah kata terus terpesong.
Cuma kadang-kadang agak lalai.
Cuma kadang-kadang agak alpa.

Dan ENGKAU datangkan ia.
Dan ia buat aku tersenyum semula.

Sekurangnya ia mengajar aku tentang nikmat hidup yang tidak harus dibazirkan begitu sahaja.

Alhamdulillah.

Indahnya bumiMU Ya Allah swt.Terima kasih kerana memberi peluang aku meneroka sudut lain dari bumi kelahiranku.
Paradise Country,Gold Coast.

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me