Memerlukan masa untuk diri sendiri

Harini dapat MC.Puncanya adalah kerana kesemputan.Hihihihi.

Cerita hari Sabtu baru-baru ni,aku bangun awal-awal pagi sebab nak jumpa mertua.Kalau ikutkan sepatutnya hari Jumaat aku jumpa dia siap dia call pagi-pagi lagi tanya aku nak breakfast apa.Kalau aku datang awal,dia nak belikan aku nasi lemak.Tapi memandangkan anak tak bangun lagi,aku just cakap takyah belikan untuk aku.Tengahari bersiap nak pergi jumpa dia,Damia pulak zzzZZZZZ.Tunggu punya tunggu pukul 4 baru dia bangun.Nak bangunkan awal takut meragam pulak dia.Dijadikan cerita petang tu hujan ribut petir black out segala pulak.Takpe la.Dah nak hujan,nak buat macam mana.Bukan kuasa kita.Itu kerja  DIA.

Maka bila dah malam mmg tak keluar la.Maka tekad Sabtu tu kena jugak pergi jenguk mertua.Actually mertua sihat tapi mmg dah rutin hujung minggu walau almost everyday aku mesti selit juga masa singgah rumah dia.

Rutin hujung minggu mertua mesti ada kat rumah kakak ipar di Flat Kampung Tiong.So aku pulak beli breakfast siap-siap sbb plan nak makan sama-sama kat sana.Mmg banyak aku beli sebab selalu mmg ramai la isi rumah time weekend ni.

Ipar aku tu stay kat level 10.Sekali aku sampai,guard gtau lift rosak dan nak tak nak kena guna tangga.Wahhhhhh!!!!!

Memikirkan aku dah dengan bawa food lagi,maka gagahkan diri dukung Damia yang berat 14 kg.Naik la aku tangga tu.Sebelah tangan pegang plastik makanan,sebelah lagi dukung anak,belakang galas beg kelengkapan Damia,depan selempangkan handbag aku.Adoi!!!!

Sampai level 3 aku rasa takleh nafas.Rasa nak pitam.Aku turunkan Damia,paksa dia jalan sendiri.Sbb time tu aku dah rasa tak mampu nak dukung dia.Fikir punya fikir,aku nekad naik jugak.Slow2 naik tangga sambil pimpin budak kecik ni.Sampai level 5,Damia mengeluh penat.Aku serious rasa nak nangis dah time tu.

Tapi Allah swt Maha Mendengar.Tetiba datang satu makcik cleaner bangunan ni,dia tolong dukung Damia bawak sampai level 10 siap hantar depan pintu.Tapi serious makcik ni lagi bertenaga dari aku.Huhuhuhu!Maka offer la sedikit breakfast dgn dia.Walau dia taknak,paksa juga suh ambik.Terima kasih makcik.

Tapi dari haritu jugak la kesemputan aku ni tak hilang-hilang sampai keras urat betis aku siap jalan terhencot-hencot.Mamat Bosnia tegur,"What happen to u?".Aku pot pet pot pet cerita,ayat last dia,"It's ok.It's like an exercise".Banyak la kau punya excercise.

Sampai hari Selasa,kesemputan aku dah macam orang kena asma dah.Tersu pergi klinik.Doktor check,rupanya selain dari kes naik tangga tu,aku dah tahap stress gila babeng dimana aku patut slowkan segala aktiviti aku.

Mana tak stress.Semester baru buka.Kelas wajib attend.Mana nak kena handle hal family lagi,anak lagi,bisnes lagi.Semua atas bahu aku.So doktor cakap I need a vacation.bagi rehat otak.Stress ni jangan biar lama-lama.Nanti boleh jadi sakit.Ada la sikit ubat dia bekalkan.

Balik rumah discuss dgn Ariey.Ariey cakap nnt akhir tahun dia balik kita pergi bercuti.Plan je nak pergi mana.Tapi masalahnya aku takleh nak tunggu lama-lama.Meroyan karang.Hahaha!

Lately bila aku berblog walking aku selalu jumpa entry pasal vacation kat Bukit Tinggi.Serious menarik.Aku takmau bercuti ke KL.Ke KL bukan cuti.KL is semak otak.Untuk aku ok.Aku nak kawasan yang hijau-hijau nyaman.Ariey suggest Cameron Highland.Erm...aku rasa mcm jauh pulak.Tapi still boleh masuk list.Tapi rasanya Kenyir pun macam best jugak.

Jom survey secara santai.Hihihihi!~

Kita choose the best destination.Actually cuti-cuti Malaysia pun best apa.Negara kita still banyak tempat cantik dan menarik plus sia-sia la kad Golden Privillage yg bayar mahal tapi tak guna.Time macam ni la nak dimanfaatkan pun untuk dapatkan diskaun penginapan dan makan.Bukan tunggu ke oversea baru release tension.Sini pun hokkey!

Dah digodek-godek,tempat yang menarik hati aku adalah ke Tasik Kenyir.Itu kalau apa yang ditunjukkan kat page TASIK KENYIR adalah sama seperti yang digambarkan la.




All image: Credit to Yahoo!Image.

Kalau ini la dia.Cepat booking sekarang.Kenyir Lake Resort & Spa here we come.Tetiba!Hahaha!

Ok.

Kalau betul la aku pergi,akan ku upkan entry sbb nak kata 1st time pergi macam tipu pulak sbb pernah je sampai sini cuma bermalam itu adalah tidak pernah.

Dan juga kalau time pergi tu adalah 15 tahun yang lepas,itu tidak dikira.Wakkakakakaka!

Kesian aku.Padahal sini kat Terengganu jer pun.Nak buat camno.Terlepas pandang.Huhuhuhu!~

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You