Manusia kurang kasih sayang

Pernah tak kita didatangi seorang kawan bercerita atau luahkan perasaan dia setiap kali bergaduh dengan kawan?

Biasanya aku akan tenangkan dia,dengar luahannya dan mestilah nasihatkan dia.

Katalah dia datang lagi untuk kali kedua dan datang dengan masalah yang sama tapi dengan  orang lain pula.

Aku akan ulang balik apa yang aku buat kat atas.

Dan datang lagi dia buat kali yang ketiga,MASIH lagi dengan masalah yang sama tapi dengan orang lain pula.

Aku akan ulang balik apa yang aku buat kat atas.

Maka datang lagi dia TETAP juga dengan masalah yang sama samada masih org yg sama atau orang yang lain pula.

Aku jump to the conclusion terus dan yang pasti tak akan ulang step atas yang sama sebab aku akan kata,

"SIAPA BERMASALAH SEBENARNYA NI????KAU ATAU DIA????".

Kita tak perlu cepat sangat nak kesiankan orang yang selalu bermasalah dengan orang lain sbb kadang-kadang orang tu sendiri sebenarnya yang bermasalah lepas tu nak drag orang lain masuk dengan masalah dia.Orang macam ni dia mmg suka cari masalah sebab tu mmg hobi dia.Suka tuang minyak lepas tu cucuh api.


No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me