B . L . O . G



Antara tujuan aku berbloging adalah ia salah satu cara aku release tension dengan membaca blog orang.

Nowadays dunia blog ni dah jadi macam satu fenomena.Aku start berblog ni tahun 2008.Time tu dah banyak blog cuma tak sehebat sekarang ni.Skang ni macam-macam wooo.

Dan bila dah banyak tu,eh,ada pulak kes gaduh sesama sendiri pulak dimana si A tulis perli si B,si B tulis perli si A.Ada jugak kes si A perli si B,si B buat tak layan,si A pulak macam meroyan sorang diri ntah hapa-hapa.

Kalau dalam blog dah suka bergaduh,aku rasa kalau kat dunia reality,lagi la kot.

Kadang-kadang aku tak faham kenapa mesti nak perli2 penulisan orang kat dalam blog.Biar la dia dengan life dia.Bukan dia mintak duit kita pun.

Dan antara punca yang jadi gaduh ni pulak bila dalam alam maya ni pun rupanya ada CNN tak berbayar yang jadi tukang sampaikan cerita.Kadang-kadang blogger asal tak tau pun ada orang tulis pasal dia,tapi CNN tak berbayar ni la yg tukang sampaikan cerita.Ini satu aku tak faham.

Apa tujuan?Bagi jernihkan semula keadaan?Aku rasa tak.Ia tak lebih dari tuang minyak atas api.Pada aku senang je.Orang yang jadi penyampai ni adalah ORANG JAHAT yang tak ada kehidupan sebenarnya.Suka tengok orang gaduh.

Dulu ada satu blogger ni selalu sgt gaduh dgn blogger lain.Pantang dia kalau kau up satu entry yg merujuk pasal dia,dia akan up entry balas sampai 2,3.Aku perasan sangat dengan blogger ni.Kalau dia mengutuk orang takpe,tapi jangan orang kutuk dia.Dia ni kan perfect.Dan kalau dia plan nak buat sesuatu,tetiba ada blogger lain buat benda yg hampir sama,siap la kau dia akan perli kau tiru dia.Adoi!

Actually aku mmg dah lama follow blog dia.Tapi skang aku rasa takyah follow la.Unfollow je la plus dia pun tak heran pun.Aku pun tak mampu nak dapat life yang perfect mcm  dia yang cukup segalanya tu.Aku skang dah rimas dgn entry dia yang suka perli orang mcm dia tu serba sempurna.Tapi bila orang kutuk dia pandai pulak nak marah.

Aku nak baca blog yang seronok-seronok je macam blog comel Julia Honeyshake,blog Ailyl Rozana dan ada la beberapa blog yang best pada aku la.Pendek cerita mana-mana blog yg aku link kat page aku adalah best  termasuk blog kenkawan & family members aku.

Dan satu blog lagi,penulis blog tu dari negeri  sama kelahiran dgn aku.Sejak dua menjak ni aku rasa takleh nak “in” dah dengan penulisan dia.So buat apa kita nak sesak-sesakkan otak kita so better remove je terus cari blog lain yang lebih best.Huhuhuhu.

2 comments:

Rafhani said...

Post berani mati.Unfollow lah aku kalu berani:p,ekekeke.

Syafinaz said...

Baiklah.Hihihihi!~

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me