Warner Bros Movie World,Gold Coast

Balik dari Country Paradise,kami terus singgah sini,Warner Bros Movie Studio.Locationnya,sebelah jer dengan Country Paradise.Ini adalah 1st theme park yang kami pergi kat Australia ni.Di Australia ni sendiri sebenarnya ada banyak theme park.Kalau roller coaster tu mmg dimana-mana la.Dekat taman tema air pun ada.Dah la scary pulak tu.Sebut scary tu bukan aku experience sendiri pun.Scary tgk dengan mata.Kalau naik tak tahu la.Ya ampun.Tak rasanya.Tapi kesian kat Ariey.Dia nak cuba cuma bila sorang-sorang tu macam tak fun pulak.Habis kalau kami naik berdua,anak nak letak mana?Hahaha!

So untuk kali ni kiranya percutian khas untuk Damia jer la.Semua rides yang naik semua yang suit dengan dia je.Layankan ajer la walau Ariey gelakkan aku.Katanya bila tgk muka aku,ekspresi muka takleh blah.Muka bosan.Hihihi!

Ok.Kita cerita ttg theme park ni.Actually kalau nak compare dengan Genting Highland,kat sini size dia lebih kecik.Kiranya tak sempat nak penat,sedar-sedar kau dah pusing semua kawasan theme park ni.Mmg kecik.Hihihihi!

Mostly the buildings and decorations are very nice.Caj masuk untuk adult adalah $79.99 dan child (3 to 13 years) adalah sebanyak $49.99.So Damia adalah free.Total caj adalah $174.52 termasuk caj GST sebanyak $14.54.Kalau convert duit Malaysia lebih kurang RM558.Parking free.

Sebenarnya ada cara kalau nak dapat diskaun untuk tiket masuk dengan cara ambik pakej.Tempahan boleh dibuat secara online atau pergi kat kiosk dia kat Surfer Paradise Gold Coast.Mcm kami tak amik pakej sbb tak semua tmpt kami nak pergi.Misalnya Wet 'n' Wild Water World.Ariey nak pergi tapi aku taknak.Aku rasa tak worth it plus tak kuasa aku nak main air bagai.Mandi pun susah kat sini sbb sejuk kau nak main air pulak kat sini?Hahaha.Tunggu Damia besar sikit la baru kita pergi sini.Dah la time sampai sini budak kecik tu duk sok sek sok sek.

Pintu masuk ada bendera Malaysia.Proud to be Malaysian.

Ok let's go.Mari kita explore apa yang ada kat dalam sini.

Sebelum masuk kita akan disambut dengan dinosour nih.Actually dinosour ni gerak siap bunyi aum..aum..tapi ada aku kesah kau nak mengaum bagai?Hihihihi


Masuk je terus nampak roller coaster.Actually pakcik nih teruja nak men"try" tapi naik sorang-sorang tak seronok katanya.Nak juga ada geng yang dia kenal.

Kedai souvenier yang pertama.Aku nak masuk tapi Ariey cakap pusing dulu yang ni masuk last.Aku ni mana boleh tgk kedai-kedai jual barang.Asal tmpt boleh shopping,laju je kaki nak masuk.Hahaha!

Eh!Terserempak pulak dengan Bugs Bunny dan yang sebelah tu taktau la nama apa.Snap gambar dulu.Luckily Damia tak takut sgt.Ikut history,dia mmg takut dgn maskot-maskot ni segala.

Ok jom!

Dalam banyak-banyak benda menarik boleh dia tertarik dengan benda ni siap peluk taknak lepas selagi ayah dia tak beli.

Maka terpaksa la ayah beli.Damia sebenarnya duk membayangkan ball yang letak 50 sen pastu ada toy kat dalam tu.Tapi yang ni sebenarnya bubble gum.Aku saje je diamkan yang benda tu actually boleh makan.Aku biarkan je dia pegang lastly benda tu jatuh and pecah so ada point la aku cakap kat dia dah rosak then aku buang je.


Mak yang over posing.Hiks!

Ini adalah tempat melepaksss.Tempat orang lepaskan penat sambil layan movies kat big screen kat atas.Cerita apa ntah.Macam cerita zaman 50an pun ada.

Tarrraa.Kat sini adalah tempat khas for kids.Ada a few rides kat sini.Antaranya.................................

Ini...........................layankan la dah anak beria nak naik.Ayah takmau temankan anak.Tak macho katanya kalau masuk dalam cage ni.Pui!

Dah la seat sempit.Dah mmg untuk kids.Layan je la.Kemain seronok Damia.Siap mention aku,"Seronok la  bonda"."Iya,seronok!".Haish!

Lepas tu naik ni pulak.Choo!Choo!................See???Mana ada mak budak yang naik sekali.Damia ni kalau letak dia sorang,meraung la jawabnya.Hiks!

Say cheese to ayah yang asyik senyum muka mintak penampar.Boleh??

Kita berenti rehat jap.Baru dua rides dah penat.Penat badan ke penat melayan?Hahaha!


"Hai,boleh kami masuk",bila aku cakap macam ni,Damia terus gelak.Apa yang kelakar tak tahu la : )

Ini aku tak sure apa : )

 Layanszzzzz..................
Baru dapat amik family pic.Thank u pada yg offer nak tolong snap.

Damia takmau salam Tweety.Takut letteww!

Syok sangat ayah makan pop corn,anak dara ngah korek hidung.

 Kemain ayah beria nak snap pic dengan Hollywood Stunt Driver.This guy very nice.Panggil je terus datang snap pic.
Batman payah sikit sbb takut sgt nak tinggalkan kereta dia.Hahaha!

Catwoman.Kemain duk libas cemeti tu.Silap haribulan terlibas orang-orang kat tepi-tepi kaki lima tu,berbirat muka.Hiks!

Dan sempat la kami tgk show diorang ni.Memang meriah habis la.Siap maskot2 ni menari.Tambah bingit bila orang ramai kat situ duk menjerit2.

 The Joker

 Batman baru turun salam dengan peminat.Hahaha!

Ni aku tak sure cerita apa tapi haritu Scooby Doo ada tapi tak tersnap.Aku byk amik video.

Ok done with the show.After show terperasan kedai Harry Potter.Sangat teruja hokkey sbb aku adalah one of their fan.Hahaha!Siap collect buku2 dia.Tapi bila masuk dalam store ni terus pasrah.Umur dah 28 tahun,sedar diri sikit semua benda kat dalam tu tak sesuai lagi untuk di collect plus kat bilik aku dah takde space kosong dah untuk diisi benda2 mengarut ni bak kata mak aku.Hihihi!

 Layan mata tgk roller coster sementara Ariey ke tandas.Di Australia ni toilet mmg takde air so everytime jenjalan disini,standby la satu botol air mineral sblm masuk toilet : ).Ke negara orang sekalipun,jgn 100% follow budaya diorang.Sbb masuk waktu kita perlu bersolat.

Dah habis dah pusing satu taman.Dah byk shopping t-shirt,fridge magnet untuk kenang-kenangan,beli barang2 Damia sikit yang cute miut.Tak tahan beb.Banyak sgt cute stuff kat dalam tu.Kalau tak kuat ketahanan mental,semua nak amik.Hahaha!Sabor-sabor.Banyak tempat lagi nak terjah lepas ni.Please save the money.Hahaha!

Kang aku dah cakap orang sini kebanyakan besar-besar montel.Hehehe!Mostly perempuan la.Gulp!Ini kat depan pintu masuk.Nak keluar pun ikut sini jugak.

Damia pun dah selamat zzZZZZ,kitorang pun gerak nak balik semula ke Brisbane.Tapi dah nak keluar tu baru perasan betul-betul kat pintu keluar ada store Super Heroes pulak.Ariey masuk beli baju Superman pulak.

Dan kat area store ni jugak ada roller coaster yang paling latest kat taman ni iaitu Green Lantern roller coaster.Sangat la scary hokkey tapi enjoy tgk orang naik.Aku last sekali naik roller coaster adalah kat Times Square waktu baru sgt lagi theme park dalam tu dibuka.Tak banyak rides macam sekarang.Dan yang tu la last aku naik,since then tak naik-naik dah.Tgk dari luar pun dah kecut perut,kalau naik tak tahu la.Menggelupur aku kat atas tu.

 Ini lebih kurang macam kat Genting jugak la.Ini lagi la tak berani nak try.Huks!

Ok la.Selesai cerita ke Warner Bros Movies Studion Gold Coast.

Kalau datang sini,theme park ni mesti masuk dalam list antara tempat yang mesti singgah kalau datang ke Gold Coast : )



4 comments:

SaRaH SaLiHaH said...

best bangat vacation ni..
err..ni vac ke..duk dinung terus nie?

Syafinaz said...

Setakat ni kira vacation la.thn depan insyaallah pindah terus.hehehe

Anonymous said...

nak pergi ke gold coast itu brisbane dulu atau dari mana yg lbh dekat

Syafinaz said...

Kalau nak ke warner bros studio ni dari gold coast lagi dekat tp kalau ikutkan dia tengah2.dari brisbane pun tak jauh juga.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me