Country Paradise,Gold Coast

Ariey still bercuti so plan nak bawak kami jalan-jalan ke Gold Coast.Maka silalah bangun awal prepared bekal.Hiks!

Jenuhlah bangun prepared bee hoon goreng dengan salad.Itu je yang paling mudah dan cepat.

Ini adalah persediaan awal sbb bukan mudah nak cari Halal Restaurant nanti.Itu perkiraan kami lah.

Sebelum bertolak,check dulu brochure tempat yang menarik dan paling penting worth it la untuk dikunjungi.

Tapi aku that time duk risau sbb stroller Damia tak bawak so mmg jenuh la nak gilir dukung dia sbb Damia ni dia ada angin kus kus dia.Buat hari dia takmau jalan sendiri,sakit pinggang jugak la kami kena dukung bergilir-gilir.

Sebelum bertolak kita isi minyak budak kecik ni dulu.Damia kalau perut kenyang maka segalanya ditanggung beres.

Actually kat sini salah riba anak macam ni.Kena car seat tapi mana kami bawak car seat.Nak beli rasa macam tak berbaloi so pepandai la yer.Hiks!

Perjalanan yang sungguh lancar haritu.Kat sini kebanyakan pemandu ikut peraturan.Kalau tulis 40 km/j,semua bawak takat tu la.Kalau 80 km/j,bawak takat tu la jugak.Diorang mmg ikut peraturan plus mmg polis berjaga dimana-mana.

Macam kat tempat kita kau pecut la.Nasib tak baik kena saman polis jugak tapi chances nak lepas tanpa kena saman tu ada dengan cara suap polis.Habis.Takleh nak kata apa la.Kat sini kau salah,sila tanggung.Dan no wonder la memasing follow je rules yang dah ditetapkan tak kiralah kau bawak kereta mewah sekalipun,undang-undang tetap undang-undang.Kat sini semua orang sama.Takde yang dapat special.

Dan kat sini mmg sangat mengutamakan orang yang melintas jalan.Golongan ini akan diutamakan dan mmg kena macam tu.Nampak je orang nak melintas,kena slow dan berhenti tak kiralah itu jalan utama atau tak.

Dan Ariey cakap accident mmg sangat jarang kat sini.Pernah dia tengok accident yang just langgar belakang je pun dan tiada yang cedera tapi yang datang siap polis,ambulance dgn bomba.Complete.Cepat pulak tu.

Kat Malaysia,aku ingat lagi kat area Balai Polis Marang yang baru tu,Ariey ngah tapau nasik tetiba nampak kereta dan motor berlanggar,then mamat motor tercampak senyap atas jalan.Ariey call kecemasan,boleh pulak diorang passsing suh call orang yang incharge sekian-sekian lepas tu satu kerja pulak kita kena explain banyak-banyak kali pada orang yang berlainan.Kiranya kalau kau accident kat Merchang,orang yang incharge area daerah Marang la kena take over dan kau takleh main lompat mintak orang Kuala Terengganu datang.Boleh?Lebih kurang macam tu la agaknya.

Orang yang kat atas jalan tu tak tau apa cerita lagi.Faham la follow procedure tapi improve service tu sikit boleh tak?Biar lebih professional.

Aku ingat lagi pernah seorang student TATI eksiden kat Telok Kalong,tapi sbb procedure takleh hantar ke Hospital Kuantan kena hantar Hospital Kemaman dulu walhal member tu dah nazak habis keluar darah setiap rongga.Kat Hospital Kemaman tak cukup alat baru transfer ke Kuala Terengganu.Tgk berapa lama kena ambik masa pada mangsa tu.Mmg la ajal maut ditangan tuhan sbb budak tu meninggal dalam perjalanan ke Kuala Terengganu jugak rasanya.Kalau ikutkan Hospital Kuantan lagi dekat dari Hospital Kuala Terengganu kalau ikut jarak dari Telok Kalong.Hmmm...macam tu la keadaannya.

Macam arwah pak sedara aku eksiden pun macam tu jugak.Ambulans datang tapi tidak bersama doktor sekali sbb satu kerja pulak eksiden kat Kijing,ambulan angkut,pusing balik ke Klinik Marang,pick up doktor then baru ke Hospital Kuala Terengganu.See,berapa lama masa dah dibazirkan?Dan pak sedara aku tu pun umur tak panjang.Tak survive jugak sbb cedera parah.

Eh,ni dah jadi cerita pasal eksiden la pulak.Ok.Back on track balik.Tapi aku takde niat kondem negara sendiri cuma berharap moga suatu hari nnt adalah perubahan tu dimana setiap sistem jadi lebih professional dan yang pasti mengutamakan rakyat marhaen dan bukan golongan kenamaan dulu didahulukan.Kikiki!Negara kita mampu jadi macam negara maju yang lain.Mmg boleh sangat dengan syarat hapus 100% rasuah,kronisme,serapkan pemerintahan cara Islam dah mmg negara pun negara Islam.Isk!

Ok.Misi pagi ini adalah nak ke sini.Hello Gold Coast!

Ok.Bercerita pasal Country Paradise ni,actually tempat ni mcm ladang ternakan dimana kita boleh enjoy and relaxing with the country environment and experiencing Australia Farm. Kat sini la first time kami tgk sheep sheering.Animals lain likes kuda,oystrich,kanggaroo,koala,eh,ayam pun ada.Hahaha!Abaikan gambar Arab yang tengah bermesra tu.

Masuk kat tempat ni mmg nyaman sesangat sebab kanan kiri adalah pokok-pokok pine yang menghijau.Yeye jer aku cakap pokok pine.Hahaha!Tapi lebih kurang lagu tu la fizikalnya.Tinggi-tinggi pokoknya.Karang aku bagi contoh macam pokok durian karang macam tak logik sangat.Tapi sekali tgk mmg ada mirip la.Serious.Hihihi!

Caj for adult $19.99,child $9.99.Suka sgt org sini guna 99.Isk!

Total adalah $49.97 tapi diorang caj $40 sahaja after tanya dari negara mana.Of course la from Malaysia.Dapat diskaun sikit.Kalau $40 lebih kurang dalam RM128 duit Malaysia.

Kat sini setiap kali nak beli tiket diorang akan tanya dari negara mana sbb kita akan diberi diskaun.Walau tak banyak janji ada diskaun.Hihihi!

Tips kalau nak datang melawat taman-taman di Australia ni,silalah datang awal kerana dia akan ada show-show yang sudah ditetapkan waktunya.Datang lambat,missed the show,rugi je masuk sbb bayar pun boleh tahan mahal kalau convert dengan duit kita la.

Kalau datang ke Country Paradise ni once kita beli tiket,diorang akan tanya samada kita nak pakej lunch atau tak.Kita yang muslim mmg kena tolak awal2 la sbb sah2 tak halal.Hiks!Kalau tgk pakej lunch diorang offer kecur liur.Barbeque lunch seh siap ada orang entertain menyanyi sesambil makan tu.Walau takleh nak makan tapi nak cerita jugak makanan apa yang ada.

A choice of steak,chicken or fish served with a buffet of fresh salads & hot accompaniments with fruits platters.Fuh.While enjoying lunch,kita dihidangkan dengan Aussie Music.

Tempat ni bukak kol 9.30 pagi.Ticket booth tutup pukul 3 petang.Semua attraction tutup kol 4.30 petang.Kalau datang kol 3 petang,mmg takde maknanya.Ibarat sedekah duit je la kat situ.Hihihi!

Ni waktu sampai.Damia muka kagum tengok horse macam tak pernah tengok horse.Layankan saje la.Tapi mmg seronok la tengok biri-biri,lembu,kuda kat ladang yang luas dan berbukit-bukit.Sangat la cantik tambah lagi dengan cuaca yang nyaman lagilah feeling gadis ladang.Hahaha!

Get ready untuk explore Country Paradise.Paling tak sabar nak tengok kanggaroo dan koala.Binatang lain dah biasa sangat tengok.

Bebiri yang tengah makan.Heh!Itu pun nak gtau.Haruslah.

Ariey cakap ayam pun nak snap pic.Haruslah sbb bulat comel la ayam dia.Sama je montel macam orang sini.Hahahaha!Tapi serious,bulat dan pendek.Ayam kita rasanya tinggi sikit.Hasil kajian diri sendiri.

 Sampai-sampai je terus tengok Sheep Shearing Show.Nasib sempat.Ngam-ngam je sampai terus masuk,show start.Billy Tea & Stock Horse Show kami tak tengok sbb malas nak tunggu.Show tu start kol 2 petang.Dan kalau ini dah terlepas,show Whip Cracking,Boomerang Throwing & Sheep dog Roundup pun kami tak tengok.Maybe next time.

Tak ramai pun orang sbb kami datang weekday.Mostly touristla.Geng yang duk tgh ni siap pakai earphone lepas tu translator ada duk kat belakang.Biasanya pelancong dari China dan Korea la.Jarang yang boleh berbahasa Inggeris.Tapi ok la sbb translator disediakan.

Demo macam mana nak shave bulu biri-biri.Dari ada bulu terus togel biri-biri ni.Kesian.Malu biri-biri tu.

Sedikit info,bebiri tu kalau dah togel tu dia amik masa setahun untuk penuhkan balik bebulu tu.Hiks!Maka proses shearing the sheep tu akan dilakukan sekali setahun untuk setiap seekor bebiri.

Ada la sedikit show yang lucu.Baju oren tu pun orang Malaysia tapi dia kerja kat China.Datang sini pun bercuti gak tapi dia dari Melbourne stay umah kawan dia then datang Gold Coast jenjalan.

Us

Ambik gambar dengan Shaun The Sheep.Besar betul bebiri ni tapi pendiam.Hihihi!Statik je duk situ.Malu letteww.

Family picture harus la ada sekali.

Osytrich yang macam lapar sbb asal nampak orang terus datang.Aku suap bee hoon goreng baru tau.


Koala yang membuta je kerja.

Jauh merenung masa depan koala ni.

"Jah,kau dari tadi asyik membuta tak reti pandang sini aku nak snap pic kau nak tunjuk kat orang kampung nanti".Cis la kau koala.Statik je duk situ.

Ini yang kami terlepas.Photo session dengan koala.Kat sini kalau dia cakap kol 11,kiranya kol 11 la.Diorang agak punctual dengan masa.Kebetulan waktu ni sekali ada dengan rombongan bebudak tadika.Gila aktif bebudak ni.Aku tengok pening cikgu2 dia nak control.Banyak cakap lak tu.Hihihi!

Siap penjaga tu warning sebelum masuk "Don't chase the kanggaroo".

Kanggaroo ni nampak malas la.Nak chase lagu mana.Aku gertak pun dia tak bangun nak lari.Hihihi!

Binatang apa la namanya aku lupa.

Damia takut-takut bila letak dekat-dekat dengan kanggaroo.


Ok.Selesai dah pusing Country Paradise ni.Dah ber"bonding" dengan kanggaroo,koala segala.jom kita gerak.Jangan buang masa.Hari masih muda.Hihihi!

Ini la susahnya bila tak ada stroller.

Sebelum keluar,kita beli souvenir dulu.Banyak nih kirim-kiriman dari family and friends.

Cantik pulak bunga kat luar ni.Macam-macam warna.

Kita lepaskan kejap si kecik ni explore tempat ni.

Nampak tanda berjalan lawan arus itu,tandanya kami OTW nak balik.

Waktu nk ke kereta tiba-tiba penjaga tiket tu panggil.Aku ingatkan dia nk cakap dgn Ariey so bila aku panggil Ariey,dia cakap "It's ok.I just want to see your daughter".Boleh.

Rupanya dia nak tunjuk Damia kat kawan Chinese dia.Heh!

Ingat aku amik anak angkat cina la teww!Hiks!

Kalau Australia bangga denga kanggaroo dan koala,Malaysia bangga dengan orang utan.Takmau kalah you!

Balik dari Country Paradise terus singgah Warner Bros Studios Movies sbb sebelah jer pun.Hiks!

3 comments:

Mince4AM said...

eh,stereng kete alik kanan, jalan alik kiri..sama mcm malaysia je...

biri tu besor..ada kawan(Allahyarham)dulu cakap kalau kambing ke, biri-biri ke kat pakistan, bila masak x amih..die ckp dia x blh makan kambing kat malaysia, bila makan mesti darah naik dan akan pening, tapi dia blh makang kambing kat pakistan.. berasa ang mcm kambing kat australia nung gitu jugoklah kot.. kambing iklim lain..acu tera

Syafinaz said...

Stereng belah kanan jalan belah kiri sama je macam malaysia.

Betul shabri.sini biri la byk.mmg tak rasa mcm hok malaysia punya.lain sket.sedap pulok tu.hihihi.iklim tu berkemungkinan la mempengaruhi.ser lagi dia dok lepas jalan ngate mcm kambing tmpt kita.hihihihi.kalau hok lepas tu kambing gurun nung la.

sini kalau nak makan kambing ke,biri ke,makan la sampai puas hati mmg tak rasa pening.rasa hamis pun dok.

pastu hok halal mudoh nok cari.

kalau kedai kebab org turki tu,biri dia masok garing.x makan lagi napok sedap dh tgk minyok didaging tu.hihihihi.brase brahi makan gok tu : )

Tapi kalau alang2 mari sini,mkn biri la sebab tmpt kita payah nk jupe.kambing byk,biri tu payah sket.

SaRaH SaLiHaH said...

olos..
sedak doh baca explanation ttg daging kambing dan kebab org turki tu..
dop aci..nak try jgk kl gitu..

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me