Seaworld,Gold Coast

Coretan perjalanan di bumi Australia tak habis lagi sebenarnya.Hihihi!Banyak lagi yang ingin dikongsi namun kekangan masa yang tidak mengizinkan membuatkan ia selalu tertangguh.

Destinasi kami seterusnya adalah ke Seaworld yang terletak di Gold Coast.Dan pada hari tersebut aku prepare beehoon goreng dan salad sahaja.Cukup la untuk kami bertiga : )
 
Tapi sebelum terus kesana singgah dulu di Pacific Fair Shopping Centre yang terletak di Broadbeach Waters.Apa yang uniknya mall ini adalah shop lot yang open dan bukan tertumpu didalam satu bangunan sahaja.Udara nyaman pagi memang membangkitkan semangat nak meronda-ronda di sekitar Gold Coast.

Tujuan singgah adalah untuk beli stroller Damia sbb kami dah tak larat nak main polis sentri lagi dan lagi hazab kalau masuk waktu tidurnya bilamana kami terpaksa bergilir dukung.Anak berat 14kg,kami suami isteri bukan besar sgt size,maka semput hokkey.Jadi stroller mmg membantu selain dari boleh buat tempat sangkut barang-barang shopping jugak.Kata orang sambil menyelam sambil minum air.Hiks!

Dan bila dah ada yang baru,yang lama di bumi Malaysia tu bakal masuk Mudah.com.Hahaha!Kena jual beb sebab still in a good condition.

Kawasan luar Pacific Fair Shopping Centre

 Around 9 am,weekdays pulak tu so tak ramai sgt orang.

Kami terus ke Toy r Us.Senang one stop centre terus utk barangan baby sbb tak cukup masa dah nak survey dan Toy r us sini mmg lagi besar dari Toy r Us di Empire Subang.Mcm2 ada dari kelengkapan baby hingga toddler dan toy dia Ya Ampun!Kalau Damia rambang mata,aku lagi sakit mata.Hahahaha!~

Satu pekerjaan pulak memujuk dia yang kalau boleh nak semua.Maka berjaya memujuk dia pilih satu je toy iaitu kitchen set.Ok.Jenama Fisher Price pada harga AUD24.90.Jangan convert harga Malaysia,dan anggap la nilaian RM1 bersamaan AUD1 memandangkan Ariey gaji kat sini.Mmg murah.Kalau kat Malaysia sah2 dalam RM80 - RM120 mmg tak lari la.


Stroller Maclaren pada harga AUD199 after discount.Kalau kat Malaysia nak pakai jenama ni kalau takat gaji 3K sebulan takyah nak mimpi la kecuali swipe credit card.Impian pun akan menjadi nyata.Aku pernah tgk kalau jenama ni range harga di Malaysia antara RM800 ke 1K keatas.Sigh!

Dan no wonder la nak cari orang miskin kat sini agak payah.Boleh dikatakan taraf hidup org sini boleh dikatakan sama rata.Kalau kat Malaysia,wujudnya jurang yg sgt ketara antara orang miskin dengan orang kaya.Kat sini even kerja yang bukan tergolong dalam kerjaya professional sekalipun masih dapat tinggal dirumah yang cukup selesa.

Aku tak kondem negara sendiri,aku masih bersyukur sebagai rakyat Malaysia cuma sekarang ni mmg terasa sgt2 dengan barang yang sentiasa naik tapi gaji yang diperoleh tak seberapa.Golongan muda yang tak sampai 30 an berapa kerat sangat mampu milik rumah sendiri yg selesa?Hidup terbeban hutang kereta,hutang belajar sedangkan disini harga kereta sgt murah dan bukan satu masalah pada rakyat mereka nak beli kereta bayar cash.Bayangkan kalau CRV baru pun baru AUD25K tapi kat tempat kita kalau tak more than 100K,jangan harap la kau mampu pakai.

Paling aku nampak waktu shopping groceries.AUD50 aku dah boleh penuhkan troli dengan bermacam-macam barang.Tapi diMalaysia kalau kau penuhkan satu troli,antara RM300 ke RM500 mmg tak lari la.Abis kalau gaji 2K je?Mana nak byr sewa rumah lagi,tuntutan sosial,duit kereta,duit petrol,bil utiliti bla bla bla.

Dan sebab tu aku pegang,usaha lebih dapat lebih.Tak kira la cari side income ke apa,janji dpt menampung kehidupan dan paling penting dapat tolong family pula.

Panjang pulak luahan.Hahahaha!~

Cubaan melarikan diri.Hihihi!~

Selesai beli stroller terus masuk bandar Gold Coast menuju ke Seaworld.Yeeehhaaa!

Bandar Gold Coast

Traffic yg lancar


Ok.Selamat sampai.Sebelum masuk sini,isi perut dulu.Bergembira ditaman tema dengan perut lapar tidak akan dapat menggembirakan hati juga.Wakakakaka!

Ok.Tiket masuk sama je dengan tiket nak masuk Warner Bros Studio.Caj masuk untuk adult adalah $79.99 dan child (3 to 13 years) adalah sebanyak $49.99.So Damia adalah free.Total caj adalah $174.52 termasuk caj GST sebanyak $14.54.Kalau convert duit Malaysia lebih kurang RM558.Parking free.

Masuk2 je,tengok kat brochure tinggal berapa minit sahaja lagi nak start show.1st show yang kami tengok adalah show aksi stunt dgn jet ski dan bot.Jom layannnnzzzzz!

Orang memang ramai betul.Penuh seat hokkey sampai atas rumput pun penuh.

Macam-macam aksi yang dibuat tapi tak kuasa nak snap semua.Mmg terhibur la jugak.

Kau mampu pusing lagu nih?Hihihihi!~

After show gerak kat sini.Ini tempat jual souvenir dan segala produk dari Nickelodeon.Seperti biasa masuk cari fridge magnet je sbb nak beli t-shirt dah borong banyak sangat kat Warner Bros Movie Studios.

Masuk sini pulak tengok peguin.Ini peguin betul bukan patung ke apa.Comel je peguin ni jalan terkedek-kedek.

Baju kuning tu menguap nampak sangat kebosanan.

1st time la tengok shark depan mata.Selalu tengok dalam citer Jaws je.Hihihihi!~

Ini ikan pari (bagi yang tak tahu.Kuikuikui!~).Bakar campur rempah ni pun sodap!

Then lepas tu attend Dora Show.Mula-mula Damia duk sebut "Nak tengok Doja!".Mati akal aku laki bini duk fikir apa benda la Doja tu.Rupanya dia maksudkan Dora.Owh!Ok~

Show Dora.Mmg buat kanak-kanak terhibur.Damia siap berdiri tu.Teruja betul dia.

Layansszzz!

Sesi bergambar pula.Ewah!Monkey tu sedap je parking tangan kat bahu aku.Kihkihkih!~

Actually sebelum show Dora,kitorang tgk show sea lion dulu.Tersilap upload yg Dora dulu.Layankan saje la.

Sebelum show start,Ariey tetiba nak candy floss pastu suh aku turun beli.Tu yg galas beg hitam tu I la tu.

Ok show bermula.Sea lion ini memang super bijak.Pandai berlakon betul.Dan show ni mmg menghiburkan la.

Spot sea lion yang duk bersandar kat tepi tu???

Sea lion ni besar tau.

Sempat pulak aku snap scene nih!Hihihihi!

Budak dua orang ni duk bergaduh berebut candy floss.Yang baju putih tu duk cakap candy floss tu dia punya.Yang baju kuning cakap dia punya.

Conversation diorang:

"That's mine!"
"No no no.I said no".
Duk ulang la sampai mak budak tu cakap bukan dia punya baru dia stop.Hihihihi!Comel.Terus dia bagi kat Damia.

Seperti biasa,roller coaster bagai mmg tak naik.Ride yang kami naik just train yang pusing satu taman tema ni.Tu jer.

Ini kat kedai yang jual segala macam gula-gula.Rambang mata nak pilih mana satu jelly bean yang sedap.Sekali yang kau pilih tak sedap mana.Frustrated.Pernah makan jelly bean yang Syahirah beli di Perth,sangat sedap.Hmmm....

Waktu nak bayar,terperasan gula-gula ni.Ewwwwwww!~


Lupa nama tempat ni tapi banyak replika dinosour.Mana yang gerak-gerak la.Mana yang statik duk statik.

Damia dah start berkaki ayam.Lantak kau la nak.Asal bahagia.



Pusing-pusing taman.

Mula-mula nak naik ni.Sangat teruja sekali Ariey cakap next time la sbb harga untuk 5 minit terbang pun dalam RM120 ++ untuk seorang.Hiks!~

Ini kawasan Pirates.Ada roller coaster juga tapi tak masa.3D punya cinema pun tak masuk.Takut masuk Damia meragam so no point la.Sigh!~


Dah puas pusing satu taman.Naik train keliling taman,end then terus decide balik ke Brisbane.Sangat la penat..................................

2 comments:

lee said...

australia is benua and infact negara maju. malaysia IS part of ASIA still moving to improve the lifestyles.. we have to support our nations. if its good, well done. If its not, we try to make it better. help each other.

Syafinaz said...

Yup.agreed but itu just luahan.mesti berusaha menjadi lebih baik : )

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me