Ewah kemain kau Jah tajuk entry nak ada part-part gitewww.Hihihihi!
Orait.
Destinasi seterusnya adalah ke Surfer Paradise,Gold Coast.Balik-balik Gold Coast.Hiks!Nak buat camne,itu antara destinasi pelancongan yang famous di Australia ni.Nak ke Melbourne,Sydney,Perth bla bla bla semua memerlukan kita naik belon.
Mampu nak naik kereta?Tengok bawah berapa jauh jarak in kilometer kalau nak ke Sydney.Wah!Mau kebas punggung hakku.
Tapikan kalau ikut planning insyaallah kalau takde aral tahun depan mungkin berkesempatan untuk ke New Zealand pula.Tapi itu baru dalam plan.Diulang,PLAN.Hihihihi!Insyaallah kalau sampai,akan dikongsikan bersama pengalaman itu.
Actually Surfer Paradise ni tak lebih dari tempat bersantai sesambil window shopping atau kalau badget lebih tu boleh la kalau nak bershopping sama.Very nice place to bring all the family on weekend tapi kitorang pergi weekdays.Gasak la.Hihihihi!Tak ramai orang dan takde masalah parking.Disini parking agak mahal tapi pepandai la cari alternative dapatkan parking yg lebih murah atau macam kami,dapat parking free terus.Hihihihi!
Kami park kereta kat belakang Wax Museum.Hihihihi!
Seperti biasa cuaca baik yang menggamit perasaan.Perjalanan yang lancar tanpa menempuh traffic jammed.
Bandar Gold Coast
We all park our car's here.Jangan percaya dengan drama budak kecik tu.Dia purak-purak tido.
Maka meh la kita singgah dulu kat Wax Museum ni.For more info click SINI.Aku terlupa pulak harga tiket masuk untuk dua orang kat sini tapi rasanya dalam AUD40 kalau tak silap aku,lebih kurang RM120++.Kekanak adalah free.
Wax Museum ni tak besar mana pun.Dia ada 2 section.Section pertama kalau masuk boleh bawak camera.Section kedua,camera are not allowed.
This pakcik sangat kelakar.Tak sangka pulak mat salleh pun suka loyar buruk.
Tempat mmg kecik jer.Kalau jalan dalam 15 minit siap.Kalau kau berlari toksah cakap la.Seminit settle.Aku bg 15 minit sbb termasuk masa yang diambil untuk baca semua info yang ada kat situ.Biasa la,akak ni ulat bulu buku.Heh!Suka membaca.Kalau takat nak cuci mata tgk patung lilin tu mcm window shopping,5 minit siap.Hihihihi.
Mula-mula sekali kita akan jumpa patung lilin si Kylie Minogue dan Miley Cyrus.Kylie tu wajib la kan maklum la orang Ostolia.
Tinggi jugak budak Miley ni compared dengan aku la yang renek-renek itik ni.Hihihihi!
Dan lepas tu bintang-bintang filem Hollywood la pulak.Baju hitam tu mendiang Elizabeth Taylor,lagenda Charlie Chaplin,tengah tu not sure,hujung tu Dolly Parton rasanya.Betulkan aku kalau aku salah.Hiks!
Actually banyak lagi patung lain cuma aku malas nak snap semua.
Tiga ni lupa pulak I.Tapi patung lilin dia tak real sangat plus ngak boleh disentuh.Ini bukan wax museum Madame Tussaud's in London dimana kau boleh feeling peluk Tom Cruise bagai.Hahaha!
Tapi kat sini juga boleh tengok Adolf Hitler dan beberapa orang penting yang terlibat dalam World War II.Napoleon pun ada gak rasanya.Belajar sejarah ok.I suka.Tapi mana patung dua orang tu?Hahaha!I tak snap.
Satu pelik dgn aku,aku tak tahu asal setiap kali benda yg berkaitan dengan Adolf Hitler,otak aku mesti laju je relate dgn Harry Houdini walhal dua2 tu takde kena-mengena pun.Satu diktator,satu magician.Jauh gile perbezaan tu tapi otak aku ni macam automatik setting dia.Hahaha!Sebut Hitler,mesti ting!ingat Houdini.Gilo!
This is Mahatma Gandhi and he was the preeminent leader of Indian nationalism waktu zaman British jajah India dulu.
Aku tergelak bila Damia point her finger lepas tu jerit,"Atuk!Atuk!Atuk!".Tunjuk kat atuk karang,kecik hati dia.
Nextttttt.........inilah rupanya Madame Tussaud.
Ini adalah astronout Neil Armstong.Dikatakan orang pertama yg sampai ke bulan pada 5 August 1930 dan meninggal pada 25 August 2012 pada usia 82 tahun.Hmm...Sebelah dia lupa siapa.
Actually boleh dikatakan ada beberapa lagi patung lilin keluarga diraja Britain cuma tangan ni laju nak snap kat Princess Diana je.Hiks!
Penutup adalah patung lilin Michael Jackson.
Maka selesai.Lepas tu lepak kat depan kejap sebelum dipanggil masuk ke section yg kedua.Dan time ni la aku ringan mulut g tanya pakcik kaunter depan soalan yang buat dia senyap 30 saat sebelum cuba menjawab soalan.Hahahahaha!~
Soalan aku pada dia,"We are already knew Princess Diana.She's so famous,and Prince Charles too.But I keep wondering why don't u put his wife too,Camilla Parker Bowl besides him.It's not fair for her".Hahahaha!
Pakcik tu cakap selama dia jaga kat Wax Museum tu,tak pernah lagi orang tanya soalan macam tu.Siap dia cakap unexpected question but still a good question.Hahaha.
Untuk second section,patung2 dia agak ngeri sikit.Ada seorang yang akan guide kita sepanjang kita kita kat dalam tu sambil dia terangkan satu-satu.Penerangan yang sangat clear plus orang tu mmg sangat la friendly.Kau tanya la apa yang nak ditanya,dia akan cuba jawab.
Section dua ni dia banyak cerita tentang cara hukuman pada mereka yang dianggap penjenayah sekitar 18th & 19th century.Hukuman yg agak kejam dan zalim sbb ngeri weh tgk gambaran yg diluahkan melalui patung-patung lilin kat situ tambah lagi bila dengar penerangan dia.
Misalnya hukuman dibiarkan sampai mati kering tinggal kerangka duduk dalam cage yg ngam2 badan pesalah,tuang minyak panas dalam mulut,cabut kuku tangan kaki,paling worst mestilah yg penggal kepala tu tapi pada aku yg paling ngeri adalah yg kena seksa bg mati slow-slow tu.Isk!
Section dua ni mmg ambik masa sikit la then lepas tu selesai.Actually tak ramai pun orang haritu.Selain kami yang dari Malaysia,tourist lain adalah dari England sana.
Ikutkan aku la yang beria sangat nak datang sini sbb gambaran mata aku adalah tempat ni macam Madame Tussauds di London.Hohohoho!Tapi sangkaan meleset.Kiranya hampa la jugak sikit.Hihihihi!
Dan akhir sekali pengalaman memasukkan tangan kedalam lubang hidung muka terlekat kat dinding ini sesungguhnya sangat la tak cool.Tapi sebab pakcik kaunter tu beria cakap cool,layankan ajer la.Tak buat karang kecik hati.Hahahaha!~
Lepas ke Wax Museum,cross the road ke Surfer Paradise.
Aku dengan ekspresi muka yang agak stress.Hahahaha!
Tapi ini kelakar.Memula aku tak perasan lagi.That time kami nak cross jalan tu so berdiri betul-betul kat depan kedai ni.Tetiba Damia tarik aku mintak aku keluarkan camera lepas tu snap gambar dia.Aku pun buat la macam dia mintak,sekali dia cakap dia nak berdiri kat sebelah benda merah tu baru aku boleh snap pic dia.Huhuhuhu!Gelak besar aku dengan Ariey.Hihihihi.Mesti Damia ingat tu kedai yang jual toys.Mmg toys pun tapi toys for adult la.
Aktivity yang seterusnya adalah naik Superduck ni.Masa kat Seaworld haritu dah perasan tapi time ni baru berkesempatan naik.
Ini mmg must try la kalau ke Gold Coast ni sbb dia bawak jalan-jalan pusing bandar dia,ada la tourist guide yang aku sok sek sok sek bagi penerangan.
Uniknya Superduck ini adalah,dari atas jalan juga boleh jalan,terrrruuuusssss boleh masuk air juga.Sesuai kalau bawak teknologi ni ke Terengganu.Bandaraya Pesisir Air la katakan.Lagi ada pekdah dari duk ngadap pokok lampu yang ntah hape2 tu.Hiks.
For more info pasal Superduck ni boleh tengok kat SINI.
Tiket AUD20/person.One child under 12 years adalah free.Weeehooooo!
Ni dah selamat masuk dalam air nih.
Pandangan kiri dan kanan.Tgk rumah-rumah mewah.Kerja apa la diorang ni.JKK kot.Hiks!.Mahu tak kaya,private boat lagi,siap parking helicopter tepi rumah lagi.Serious mak kecik ati.
Budak yang sungguh chicky haritu.Senyum-senyum lepas tu zzzzZZZZZzz.Selamat.
Mak try bawak boat.Siap dapat license wooo.Hahaha!Kat sebelah tu agak2 boleh dah resign sbb mak nak take over job dia.Hihihihihi!~
Dah selamat sampai tempat mula-mula naik tadi.Damia sudah ketiduran.
Tapi this time perut kami tersangat la lapar plus haritu aku tak prepared bekal.Konon nak makan kat sini aje tapi jenuh nak mencari restaurant halal.Balik-balik jumpa kebab/pizza tapi perut kita cakap No No No.
Sekali ada jumpa satu restaurant makanan Malaysia yg halal,Maharani Malaysia Restaurant tapi bila sampai je yang ada papan tanda je dgn iklan kat dinding lot kedai for rent.Wooooooo!
Sekali kedepan sikit baru ternampak Golden Legends Seafood Malaysian Restaurant.Dan pastinya ada tanda halal.Perut dah berkeroncong ngak tahan.Tgk menu rasa nak nangis sbb ada nasik.Hahahaha!Akhirnya.
Damia yang lapar juga.Sian dia.
Nescafe for Ariey and teh tarik for me.
Nasi goreng untuk aku.Boleh tahan sedapnya.
Mee goreng untuk Ariey.
Dim sum yang sgt sedap.Serious I tell u : )
Berbaju hitam itu adalah tokey restaurant tadi.Malaysian from Sarawak.Sangat friendly orangnya.2 jam lebih lepak sini bersembang.Kedai souvenir sebelah restaurant ni pun dia punya.
Pilih jangan tak pilih.Dapat diskaun kaw kaw kaw punya.
This lady pun sangat la friendly juga.Orang Perak kalau tak silap : ) . The whole family dia dah stay di Australia ni.Happy sangat dia dapat jumpa Malaysian kat sini.Siap wish "Selamat Hari Raya" lagi.
To be continued....................................