Welcome to 2011

Mengikut kalendar barat,esok adalah Tahun Baru so Happy New Year to all.Kalau sblm ni aku dah sibuk celebrate tahun baru (1 Muharram) haritu esok pun aku nak wish jgk.So goodbye to 2010 and say hello to 2011.

Kalau diingat balik rasanya aku tak pernah celebrate New Year pergi mana2 dan jauh sekali nak countdown bagai kecuali adalah sekali dalam tahun 2002 rasanya dan that time ngah lepak dekat kedai mamak dgn Kak Yus and my sister Kakak.Waktu tu semua org sibuk sembang tetiba semua diam bila dkt tv waktu tu live from stadium merdeka kalau tak silap dan ngah countdown.Semua org sibuk counting dan pastu jerit Happy New Year,pastu tepuk tgn ramai2 dan lepas tu semua org diam balik then back to normal sambung sembang.Mcm kelakar la pulak.Tapi rasanya itu je la kenangan malam tahun baru.Selebihnya kat rumah jer walau dulu aku pernah stay kat Shah Alam sbb kerja kat sana tp still tak keluar jugak balik2 tekap muka kat tingkap tengok bunga api tapi dari kejauhan je la.

Tapi bila masuk tahun baru bermakna umur naik lagi satu angka.Ini yg tak bestnya.Huhuhu!Sila sedar diri sekarang.

Tapi rasanya tomorrow tak ada apa yg nak dicelebratekan kot.Urm...cukuplah wish sahaja sbb rasanya en.suami dah kopak nak beli present.Ini angkara Year End Sale la ni.Mula nak salahkan YES.Hahaha!Sikit pun taknak salahkan diri yg overspent.Tapi kalau ada ni pun rasanya dah cukup.Nak jugak.Uhuk!




Tapi ada jgk yg tak bestnya lahir tahun baru ni walau dlm i/c tulis 1 Jan tapi ramai jgk yg sibuk question betul ke tak sbnrya tarikh tu or waktu lahir sbnrnya hari sebelum tapi sbb nak tarikh best (tuju kat bapak kita) terus mintak nurse tulis 1 Jan.Kalau dah dengki tu mmg dengki la.Hahaha!So,sila rujuk my i/c.Ala kalau betul pun apa yg nak dikisahkan sgt.Bukan jadik kudis pun.


Namun mengimbau kembali tahun 2010 rasanya banyak juga kenangan sedih,manis,pahit,masam,tawar etc.


2010 meningalkan kenangan bila:


1)Selamat melahirkan Damia secara normal pada 13 Jan.
2)Ngah pulang ke rahmatullah krn kanser.Al Fatihah.
3)Dapat anak saudara Syahirah Rafhanah,Tengku Saif & Tengku Bilal Hisbul Rahman.
4)Start sem 3 setelah bercuti hampir 8 bulan.
5)Apa lg ek????aku lupa la.

Apa pun "Selamat Tahun Baru".Chow!

Walk n ride versi Damia



Baby kita dah masuk 11 bulan.
Harini nak cite pasal milestone dia yang paling latest.
Kejap je masa berlalu nak berlari dah anak kita.
Sebenarnya dari 9 bulan lagi dia dah start nak berdiri siap lepas tangan u tapi time 9 months tu mcm sikit2 jer la.
Bila masuk 10 months tu mcm hardcore sket.Isk!Ada ke.
Tapi sikit tak takut jatuh tersembam muka ke lantai.
Kalau serik takkan boleh pecah bibir berdarah sebab jatuh.
Tapi yang bagusnya nak usaha juga dia.
Bagus2.Keep it up bebeh!


 Pantang nampak kerusi mesti laju je tujunya.Ini waktu tak pandai nak seimbang badan lagi.
Skang dah expert dah siap joget tepuk2 tangan lagi.
Jobo btol! (pinjam script Amani)

Discuss dengan bapaknya.
"Moh ler kiter beli ala menatang apa tu yang 2 in 1 ride tu.Mula2 practice tolak dulu then bila dah boleh lari mcm lipas kudung tu,boleh tukar jadik beskal pulok.Transform gitu.Ingat Bumble Bee je leh tukar kejap jadik robot kejap jadik kete".


 Jadik kita godek2 la kat internet.Tapi kalau ikutkan dah lama dah tgk kat Toy us r.Kecur liur nak beli.Pantang nampak mainan best sikit.Bak kata doktor,"Sindrome anak pertama".Heh!Tapi bapak dia cakap,"Biar dulu la".

Tgk harga adalah dalam rm100++.Tapi kalau jenama Fisher Price tu macam mahal sikit la.Ini Playskool punya.

 Ini bila dah terrer jalan,lipat boleh jadik macam ni pulak.


 Tunggang pusing keliling rumah.Ish!Dah mula berkira2 ni nak beli.Mak dia pulak macam tak sabar2.Lebih2 pulak dia.

Tapikan...ntah macam mana tetiba jer kita ubah fikiran balik.Sebab dia apa tau...Scroll down please..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Hehehehe!Tak sangka pulak anak kita ni kreatif rupanya dia.Tak sempat beli mainan tu dia dah buat mainan sendiri.Kreatif jugak sbb dia guna tupperware isi beras jadik Walk n Ride dia.Satu dapur dia pusing siap gelak sorang2 tak tahan tu.Teruja sangat agaknya.Lantak ko la nak.Jimat gak duit macam ni.Kalau lagu ni takyah beli la benda tu.Hehehe!Tunggu ko besar sikit kita upgrade beli beskal terus.Senang.Hehehe!

Konpem tak tertonggeng sbb beras tu dah jadik as a pemberat.Stabil lak tu.


Stop kejap.Macam stop kat RNR la pulak.Kasik rehat kejap sambil tegur kucing kat belakang rumah.Say "Hi" dulu kat kucing tuh.
 Pandai pulak Damia parking bekas beras tuh comel je kat belakang dia.

P/s:Skang dah pandai melangkah tp paling max pun baru 2 langkah.Takpe la.Itu pun dah mcm satu kejayaan untuk ayah dan bonda.Love u baby!

Salam Maal Hijrah

Salam Tahun Baru 1432 Hijrah.Salam buat semua umat Islam seluruh dunia.Tiba juga tahun baru kita.Moga usia hingga saat ini sentiasa diberkati olehNya.1 Muharram menjelma.Tahun baru bermakna azam baru.Macam tu ek?Biasanya macam itulah.Untuk diri sendiri,mmg setiap kali masuk tahun baru,harus ada azam baru.Dan untuk azam tahun ini haruslah cuba melakukan yang terbaik (klise ayat artis kau).Heh!

Tidak..tidak...harus lebih baik dari semalam.Dan mungkin adalah lebih baik dari semalam.Atau extra baik dari semalam.

Memandangkan kini aku sudah bergelar isteri,ibu,anak,pelajar,rakyat Malaysia,seorang Islam maka tanggungjawab yang dipikul sememangnya banyak.

Kalau begitu harus ada azam.Maka,dengan ini aku berjanji moga aku
-
-
-
-
-
-
-

1-Menjadi lebih matang (sebelum ni matured juga cuma kdg2 ada mcm fius terbakar sket,alignment lari sikit)
2-Seorang yang lebih komited
3-Harus lebih penyabar (jika tidak tahu aku sebenarnya seorang yg agak pemanas sebenarnya bkn water heater tau.Hehehe!Sorry tak kelakar)
4-Harus extra rajin
5-Lebih teliti
6-Kurang zzzZZZZ (terlalu selesa)
7-Berjimat cermat
8-Lebih focus (sebelum ni banyak main2)
9-Super woman to my husband
10-Super mommy to my daughter
11-Superman oh!bukan.Super ape ek?Anak yang super la untuk my parents jika andai sebelum ini aku lebih pada Suparman.Hoh!
12-Kurangkan berangan walau tak kena bayar
13-Kurangkan buang masa walau best sebenarnya
14-Kurangkan bercakap benda yang tak ada manfaat
15-Praktikkan fikir dulu baru bercakap (selalu pakai ckp lepas je)
16-Lebih bersopan dalam tingkah laku (sila kurangkan angin suka cari gaduh)
17-Kurangkan mencarut
18-Kurangkan psycho diri sendiri bila bosan tak tahu nak buat apa
19-Kurangkan fikir yang bukan2 yang melangkaui akal kdg2
20-Stop create drama sedih
21-Kurangkan main games sbb selalu alpa pastu anak tertonggeng tak sedar 
22-Kurangkan gula dalam minuman (bkn sbb gula naik harga tp sbb genetik disoder maka harus alert)
23-Kurangkan tgk E! (tak ada faedahnya kagum dgn kehidupan org kafir)
24-Minimizekan ketidak hadiran ke kuliah
25-Kurangkan sikap suka cari alasan
26-Lebih mesra alam
27-Rajin baca buku
28-Rajin cari duit lebih (nanti senang nak shopping ada duit extra)
29-Dan apa yang penting moga aku menjadi hamba yg lebih taat hanya padaNya.

30-Dan akhir sekali semoga aku juga menjadi yang terbaik untuk mereka ini



Sekian terima kasih!

Kakak Damia

Pejam celik pejam celik..jangan pejam tak celik-celik,umur baby gurl kite dah masuk 10 bulan.Kejap jer masuk berlalu.Masa berlalu yang terlalu pantas atau aku sebenarnya yang terlalu banyak buang masa??Heh!

Tapi kocik lagi dia ni..ini bkn sebarang kocik tau..ini kocik dh boleh harap.Dah boleh jaga baby.Nak adik ke??Oh!Not now bebeh!Please try again later. 

Pic Damia dgn Rafhanah-Dibawah pengawasan sebab si kecik ni bukan boleh harap sgt.Mula2 sentuh jer...2 minit lepas tu kebarangkalian nak duduk atas si Rafhanah tu amat besar so be careful la yer Ibu Long.
 Cuit-cuit manja dulu

Tepuk-tepuk dulu siki-sikit





 Hambik!Semakin berani.

 Duduk jer sebelah.....pic sebelum tak sempat snap sbb amat ngeri.Ini adalah pic selepas kejadian.

Moral of the story:Sabar dulu la kot ye pun nak adik dalam masa terdekat nih.Huhuhu!

Akhirnya...baru boleh bernafas lega..tp sikit jer la...

Alhamdulillah makanya 25hb Nov baru ni settle la sudah final examnya...
Dengan segala kepayahan,kesusahan,kelam kabut segala (sendiri bikin) maka selesailah sudah..
Result dia belakang cerita...huh!

Mai sini tengok pic bawah
-
-
-
-
-
-

Cuba ko cakap macam mana aku nak focus kat exam kalau lagu ni la dia....


Cari alasan incase result remuk jiwa leh salahkan si kecik kat atas nih..huhuhuhu!

Takpe..tolong study untuk mak dia..apa salahnya..kata kongsi segala..

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You