Happy wa cakap lu...

Saya mungkin tidak berblog dalam masa 3,4 hari ini kerana hubby tercinta pulang menjenguk isteri dan sumo keciknya setelah sebulan kami kepingin untuk bertemunya.Maklumlah saya dan hubby ni PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).Kalau lagu Sheila Majid-Antara Anyer dan Jakarta ini versi kitorang Antara Marang dan Port Dickson.Nak jugak..mengada-ngada gitu!Hehehe.Kerana gembira bila encik suami beritahu ambik cuti hari Khamis,bermakna masa dia dan anak dan saya adalah lebih panjang kalau nak dibandingkan sebelumnya bila mana saya hanya dapat berjumpa suami dari Jumaat hingga Ahad sahaja.Sabor jer laa.Saya redha kerana suami mencari rezeki dan saya gatal nak sekolah balik dah elok2 duduk dekat dulu.(Amik ayat my mum)huhuhu!Garang orang tua tu.Asyik marah jer.Bila remind dia kalau marah2 nanti cepat tua,pandai pulak tarik balik statement maut tuh.Heh!Jadi kerana gembira,tak sedar melakukan perlakuan seperti dibawah!Lompat bintang!
Model diatas sah2 bkn I.Main cilok jer ni!
Warning:Don't do this in the toilet,in the bedroom ok!Kalau orang luar tengok sure kena cop meroyan!

Stylish nursing cover

Haritu waktu membawa si kecik Damia pusing-pusing 1Utama mencari new clothes for her,si kecik ini beberapa kali merengek2 ingin menyusu  maka kelam kabutlah saya dan suami mencari tempat untuk menyusu hingga satu ketika tak sempat sangat dah (anak saya ini memang kurang penyabor sikit) hingga meraung sampai orang pandang,maka saya terpaksa menyusu secara express kat dalam baby's room (baby changing diapers) namun teramat tidak selesa kerana bilik tersebut terletak didalam toilet's areas.Dalam kepala otak macam2 fikir akan germs2 yang memenuhi ruang tersebut dengan orang-orang yang berderet beratur untuk masuk toilet.Habislah anak saya menyedut segala germs2 tersebut."Maaf sayang,bonda terpaksa.Kalau tak engkau melalak",getus saya tapi kat dalam hati jer lah.Hehehe!

Model diatas bkn saya yer.Just tunjuk inilah bendanya.

Memandangkan time2 tu jugak kitorang sedang mengusha stroller untuk Damia,bermakna ia mengambil masa yang lebih lama untuk kami berada disitu.Hendak tak hendak saya pun sah2 terpaksa  mencari benda alah tersebut iaitu nursing cover tapi kalau nak best dengar lagi stylish nursing cover.Eiii,mengada-ngada!Waktu itu memang dah blur sesangat then apa yang terlintas kat kepala waktu tu mesti benda alah tu ada kat butik Mothercare .Memang sah2 tak sempat nak survey dulu sebab time menyusu si Damia ni bukan boleh tangguh-tangguh.Kaki melangkah secara laju terus masuk namun hampa.Bukan hampa kerana bendanya tiada,namun kerana harganya yang tak baloi-baloi.Huhuhu!Bayangkan hanya untuk sehelai kain yang diletakkan besi halus dihujung kain dan juga tali ikatan pada leher,harga bagi sehelai nursing cover tersebut adalah RM99.Saya terus letak tapi ambik balik,pastu letak balik,ambik balik,letak.Begitulah seterusnya sehingga hubby sound menyampah  mungkin,"Ambik jer la sayang oiii!Tak ambik karang menyesal".Lalalala..namun selamba jer saya keluar balik dari kedai dan pendek jer jawab kat hubby,"Tak worth it la".DAN mungkin juga nasib saya,dan dan jugak time  pusing2 area tu terjumpa la room for kids dan kat dalam tuh sebenarnya adalah tempat sebenarnya untuk menyusu bayi yang lebih selesa dan agak privacy.Jadi saya batalkan sahaja niat untuk membeli nursing cover tersebut.Waktu tu dah lega yang amat bila Damia pun nampak ceria semula selepas perutnya dikenyangkan dengan susu bondanya.Bila semuanya selesai,stroller pun dah dibeli,perut pun dah lapar,carilah tempat makan yang dekat2 dengan exit nak ke tempat parking,so kitorang masuk la ke Laksa Shack.Baru duduk nak usha2 menu,Damia start merenggek secara slow namun lama2 makin kuat so kitorang tak ble nak blah dah memang jatuh wajib sila blah dari situ sekarang jugak sebab anak engkau dah start dah nak menyedapkan halwa telinga orang sekitar dengan nada tangis yang merdu,dan sila masuk ke kereta anda sekarang.So,sebelum keadaan lebih parah saya angkat bontot kaki dan terus beredar.Abang yang amik order tu senyum jer.Next time la yer!

Cerita esoknya pula,bila saya dah memang kepingin sangat slipper black synthetic dari GUESS? ,sampai andai tak dapat harus muncung sedepa,terus pergi usha kat Midvalley.Perkara semalam berlaku lagi sekali dan hasilnya masuk balik kedai Mothercare yang kat Midvalley terus angkat terus bayar terus diam ntah  hapa2 dan secara suka menyusu kat mana rasa nak bagi susu maka jadinya tidur jer la si comel ini.Dan mood bershopping datang secara tiba2 setelah mood tersebut spoil terus waktu kat 1Utama.Sempat isi perut kat Secret Recipe dan Damia tidur lena sepanjang2 kami makan siap leh dating seround dua beromantik-romantik sikit.Ewah!.Thanks to  my lil gurl sbb bagi chance kat ayah dan bonda.

Namun secara peribadi,saya masih lagi merasakan berbaloi membelinya walau kita mampu menjahitnya sendiri (itu untuk ibu2 yang rajin),tapi ibu yang tiada kesempatan malas macam saya ini memang jatuh WAJIB beli.Maka terbanglah RM99 tersebut.Berkiranya.Hahaha!Namun ia masih ada pro dan kontranya.Kebaikannya adalah,kita tidak akan risau lagi untuk menyusu dimana2 kat tempat awam.Kat rumah no need la sebab itu buang tebiat namanya kecuali ada tetamu or segan family tgk.Dan cover ini didatangkan dengan corak2 yang sangat menarik serta senang digunakan.Besi yang melingkari leher sewaktu kain disangkut dileher adalah bagi memudahkan kita menjenguk anak yang sedang menyusu.Manalah tahu,mati2 ingat menyusu t**** tapi dia tengah hisap jari ke,baju sendiri ke  (jauhnya telahan)hehehe!Macam mak saya pernah perli saya,"Ala,engkau pakai jer la tudung labuh.Selesai masalah".Saya senyum jer la taktau nak balas apa.Tapi ada betulnya jugak cuma takleh nak intai anak dr atas la dan nak tak nak kena selak jugak.Cuma kekurangan nursing cover ni adalah,anak cepat rimas sebab kain dia macam tebal sket kot (kalau nipis nampak dalam pulak),dan sesi menyusu tidak berlangsung secara lama kecuali untuk baby yang tak kesah,menyusu jer walau rasa rimas.Itu untuk baby yang cool namun babyku sangatlah tidak cool.Sekejap jer bertahan namun ok lah kalau nak dibandingkan dengan terpaksa terkocoh-kocoh mencari tempat sesuai untuk menyusu.Sekurang-kurangnya si comel boleh sambung tidur atau diam seminit dua.Lagi lama diam lagi bagus.Hehehe!Kalau  berminat bolehlah goggle sini.Saya rasa ada lagi banyak jenama lain yang mungkin lebih murah harganya so try la yer untuk hot-hot mommy diluar sana.Orait.Out dulu.Chow!

Intai apa aktiviti si kecik tuh sesambil main auww chakkk  dengan diorang.Feeding and play!Hehehe!2 in 1 tuu..

Bengkel Urutan Bayi di KT Specialist Hospital

Actually aktiviti ni dah berlaku 2 bulan lepas cuma baru nak dipost kat sini.Ini merupakan program "Urutan Bayi di KTS".Sememangnya aku dah tertarik dengan urutan bayi ni dari waktu pregnant lagi.Maklumlah bila dah bosan tu,untuk mengisi masa lapang aku banyak  membaca buku-buku berkaitan kelahiran,cara membesarkan anak,penjagaan diri ibu mengandung dan dipendekkan cerita macam-macam lagilah.Selain membaca aku banyak jugak surf internet untuk dapatkan seberapa banyak info dan aku nak la share ilmu yang tak seberapa ni kat sini disamping pengalaman sendiri join aktiviti sebegini.Aku sebenarnya memang suka sangat aktiviti macam ini ditambah lagi dengan penglibatan suami tercinta.Dulu waktu pregnant,aku sibuk daftar nak pergi kelas antenatal class namun apakan daya tarikh kelas tu diadakan,aku pulak tak ada diTerengganu.That's time aku ada di Shah Alam.Ingat nak pergi jer class di DEMC  tapi terlepaslah pulak.Bercerita pasal kelas ni,menyimpang sekejap,pada aku sangatlah bagus untuk para2 ibu muda yang inginkan sedikit pendedahan.Aku ingat lagi aku pernah diperli seseorang waktu aku dengan ghairahnya bercerita pasal class ni la (wah ayat!dasat u!).Orang tuh perli aku,tak perlu class2,kalau dah tetiba time beranak dan ada complication mesti nak keluar jugak ikut tingkap (cessar).Ah!Mak tak peduli.Kalau tak suka diam jerlah.Suka hatilah aku nak pergi kelas apa pun.Aku jawab macam tuh la.Hehehe!Dalam hati jer la sebenarnya sebab aku kecut kat luar.Cis!Kalau rajin baca ni!Kalau malas jangan gatal tangan klik!

Berbalik pada urutan bayi ni,sikit sebanyak aku ambik dari kata pakar kanak2 tu lah,sebenarnya pada aslnya massage untuk bayi ni adalah untuk bayi yang lahir pramatang namun memandangkan kesan yang diperoleh adalah amat mengagumkan,so diperluaskan jugak untuk bayi yang normal.Sedikit info untuk dikongsi korang tengoklah kat sini  KLIK SINI.Untuk kerja2 urutan ni aku amatlah prefer Baby Massage Oil from Sebamed.Tak susah pun nak dapatkan produk ni.Kunjungi sahaja farmasi yang berhampiran.Promote lagi.Hehehe!Bukan farmasi jer,mana-mana kedai pun ada,tapi lainlah kalau korang cari kat kedai basikal memang confirm tak ada.

Dan satu yang aku rasa miracle sangat adalah bila kita mengurut baby kita ni,secara tidak langsung connection antara kita dan baby semakin kuat selain mampu membuatkan bayi kita tidur lena selepas diurut.Dan pembesaran pun makin bertambah tambah tambah tambahlah sehingga menjadi ini....

Ketul-ketul tau..Baru empat bulan sudah sekeras ini!Pandai mak dia urut!

Waktu ini kitorang baru jer sampai.Aik?Belum urut pun dah tidur.Itu masih bukan lagi kesan diurut tapi hobi sejak azali..
Mengeliat,gerak-gerak sikit nasib tak mengamuk sebab dikejutkan secara paksa oleh bondanya supaya bangun.Semua orang pandang dia sampaikan penceramah waktu itu siap tegur lagi "Baiknya.Bising-bising pun boleh lena lagi".Huhuhu!
Damia punya cousin pun join sekali,Tengku Sayf.Serious jer muka!
Ini post starting urutan dan yang selebihnya tidak boleh dipaparkan sebab censor.Hehehe!Seronok Damia 1st time kena urut.Kat rumah pun kena urut dengan Umi dia tapi teknik dia ikut suka hati Umi dia.Hehehe!
Selesai.Kang dah cakap lepas urut terus tidur lena.Syok sangat kena urut.Sayf jer tak tidur2!!


Maka berakhirlah sesi urutan pada hari itu dan selepas itu hari-harilah urut si Damia sampai ayah dia pun jeles sekali.Hehehe!

Pertandingan masak,akak kalah laa.. : (

Tengok jangan tak tengok.Diatas  merupakan satu lagi aktiviti aku untuk minggu ini iaitu join masuk pertandingan membuat dan menghias puding.Maklumlah aku nikan separa pelajar dan surirumah dan aku pun taktau fulltime or part time.Setakat ni full time laa sementara aku tak start kuliah lagi ni.Bila dah bosan sangat dirumah,aktiviti macam inilah aku join.Rasa dah macam makcik-makcik pulak.Hehehe!Kalau nak diikutkan,ini adalah kali yang kedua aku masuk pertandingan yang berkaitan dengan masakan ni.Almaklumlah suka makan.Kali yang pertama pertandingan menghias kek namun apakan daya aku cuma dapat nombor 4  sahaja.Untuk pertandingan ini pun saguhati jugak.Belum nasib aku la agaknya nak merangkul anugerah juara walau pada hari tu ramai yang puji puding cempedak aku ni unik.Kembang jugak aku untuk seminit dua.Mungkin masih belum mampu menambat hati juri sepenuhnya kot.Atau juri tu alah dengan cempedak ke,anti takleh tgk buah tuh ke or memang hasil tangan aku ni hampeh sangat bagi dia.Hohoho!Itu telahan aku.Selebihnya korang pikir sendiri la.Manalah tahu.Tapi tak baik tau buruk sangka.Namun bila tengok hasil macam ini,datang pulak idea nak ber'bisnes'.Dan apa kata untuk sesiapa yang berminat untuk buat tempahan  tak kesahlah apa majlis pun,bolehlah email pada aku.Setakat ni jaringan perniagaan adalah sekitar Kuala Terengganu dan Marang sahaja.Tunggu bisnes aku dah untung juta-juta nanti baru aku buat cawangan pulak.Haih!Berangan.Tak salah berangan sebab tak kena bayor pun berangan.Hehehe!Itu sahajalah aku nak cerita.Chow!

Pengisian hujung minggu

Hari Sabtu lepas sekadar mengisi masa yang terlebih lapang ini,saya attend la Majlis Sambutan Hari Lahir mana2 baby yang lahir di KTS.Sambutan untuk yang lahir dari January to May,cuma sebelum tu mati2 saya ingat yang lahir tahun 2010 jer,tapi tgk mcm ramai baby yang lebih dari 2 tahun yang ada,mungkin untuk semua la tu kot.Mana2 la.Dan harituh assistant saya adalah Ku Sarah yang sudi menemani sambil jadi tukang snap2,last2 baru sedar pic dia satupun tak ada.Sesi pertama adalah ceramah serba ringkas dari Doktor Farid (tak silap saya la) iaitu pakar kanak2 kat situ.Banyak la info pasal baby yang saya dapat,mana2 yang sebelum ni tak tahu dah jadi tahu.Cuma satu yang saya nak share kat sini,berkenaan suntikan tambahan untuk baby (saya choose suntikan Synflorix-disuggest oleh doc yang rawat saya dr pregnant dulu).Saya rasa suntikan ini penting memandangkan keadaan masa kini yang menuntut perhatian lebih pada baby kita selain dari sedikit sebanyak turut "mengopak" duit kami namun redha jer la.Anak sihat kita happykan?Hehehe.Untuk yang saya amik ni,kos dia around rm700 to rm800 la kalau tak silap untuk 3 kali suntikan.Kalo yang 4 kali dalam rm1000++.Untuk ibu2 diluar sana,pastikan discuss dengan suami tercinta dulu baru decide nak amik atau tidak.Serba ringkas berkenaan suntikan ini,ia adalah bg mengelakkan jangkitan kuman pada paru2 dan otak.Lain-lain info sila rujuk doktor anda : ).
Let's celebrate
Si kecik ni dari awal sampai akhir macam inilah kerjanya.Menguap pastu tidur,jaga kejap,tido lagi,then bla,bla,bla....
Rasanya macam bonda Damia ni yang ter"over" posing


Ini masa untuk bakat si kecil.Gelak besar saya bila si comel tu nyanyi lagu "Bad Romance by Lady GaGa".Pelat dia tu yang kelakarnya.

Ini pulak untuk sesi bergambar bersama produk dr Wyeth.Namun adanya anak I tu tidur jer manjang,so inilah hasilnya.Anak orang lain semua posing,anak I jer zzZZZZ manjang.Sabor jer laa..

Jiwa kacau

Ini mungkin bukan masalah besar bagi kau tapi masalah yang cukup besar bagi aku.Masuk jer bulan July nanti bermakna bermulalah sesi pembelajaran aku yang sudah tertangguh lebih dari 8 bulan.Aku pun tak pasti waktu tu otak aku laju atau tak nak terima balik ilmu2 baru tuh tapi selama mengOFFkan diri ni aku ada makan banyak ikan.Hehehe!Maklumlah ikankan bagus untuk otak.Pls take note : ).Berbalik pada masalah aku ini,anak aku tu asyik nak melekat jer dengan aku.Susu botol sah2 tolak awal2.Ada juga aku try tinggal2kan dia kat mak aku sejam dua,namun hasilnya meraung sampai serak2 suara.Jawabnya AKU TERUS  DALAM DILEMA!Macam2 cara dah aku guna.Tukar susu,tukar puting,tukar botol,tukar posisi,ahhh!macam2 la usaha.Namun hasilnya masih tetap sama sebab yang asli jugak yang dia mahu.Macam2 orang aku tanya,mintak tips,mintak pendapat sampai tahap jumpa pakar kanak2.Kata pakar,at least amik masa lebih kurang 2 minggu untuk dia serasi balik dengan susu botol.Itupun make sure aku tiada dirumah langsung sebab baby ni deria bau terhadap mak dia amat kuat.Tapi aku sedikit cuak jugak.Entah berkesan,entah tidak.Ada jugak terfikir nak cuba tinggalkan dekat nursery yang berhampiran universiti time aku ada kuliah tapi bila tengok nada tangisnya dah macam meroyan lagaknya,aku lagi la kecut perut jadinya.Aku bukan apa,takut pengasuh tu meroyan sekali.Isk!Mintak jauhlah.

Pikir punya pikir,takkan aku nak quit belajar sedangkan susah payah aku berhenti kerja,duduk jauh dengan suami,dengan mengandung waktu semester 1,tup2 nak quit.Isk!Takmau la aku.

Kadang2 terfikir pasal masalah aku ni,satu mungkin sebab biasanya lepas pantang baby dah kena tinggal dengan pengasuh dan just jumpa mak diorang separuh hari jer dengan weekend.Ini untuk ibu2 yang mempunyai komitment kerja,study and etc.Kes aku pulak,dah  nak masuk 6 bulan baru nak tinggal2kan dengan pengasuh mau tak susah jadinya.Aku pulak dengan anak aku dari lahir sampai ke sekarang ni 24/7  dengan dia.Memang dia serasi sangat la.Macam lagu Ajai dengan Nurul "Serasi bersama".Kalau aku tak sibuk  nak sekolah ni,nak menyusu 2 tahun pun takpe,aku sanggup tak kerja.Tapi begitulah  adanya.Hehehe!
                                                                              
Agak2 kalau korang ada idea,mai la kongsi dengan aku.Tak lama dah ni.Ada dalam 2 bulan jer lagik.isk2!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You