Ekonomi Rumahtangga-Mari memasak : )

Walawei!Lama sangat dah tak menge'post' tips berguna kat blog I ni.Berguna ke?hehehe.Suka hati korang la nak cakap berguna atau tak.Dipendekkan cerita,aku ni memang jenis tak boleh duduk diam.Dalam paler hotak aku ni macam2 aku fikir nak buat namun biasanya ia berakhir dengan ini zzZZZZZ!Tapi korang jangan ingat aku ni Mat Jenin pulak.Asyik berangan-angan!Aku selalu pegang kata2 ni,bila kita jadi isteri,kita mesti kreatif.Tapi aku rasa tak perlu tunggu jadi bini orang dulu baru nak kreatif.Menjadi kreatif tiada salahnya tambah lagi bila korang face benda2 macam ini.Family aku jenis jarang makan kat luar so rutin wajib adalah menyediakan lunch pada setiap hari.Ada jugak off cuma kadang2 sahaja.Lauk pauk kadang2 habis dimakan dan ada juga tidak habis dimakan.Kalau ada makanan tengahari yang lebih,tangan tu jangan laju sangat nak dibuangnya.Better simpan dahulu didalam peti.Tapi korang harus tengok kondisi makanan tu.Kalau agak2 tulang jer yang tinggal atau dah sah2 basi atau bawang jer yang tinggal tapi korang nak simpan jugak,MEH SINI DEKAT SIKIT,AKU CEPUK KEPALA TUH!
Contoh yang aku nak tunjuk macam ini.Nasi goreng sotong dimana sotong tu adalah lebihan sambal sotong lauk semalam.Hehehe!Sapa sanggup makan sila makan sebab aku sangatlah sanggup sebab tak baik membazir,nanti jadik sedare SETAN.Huhuhuhu!

Walau rupamu tak indah mana,tapi licin dikerjakan 3 orang manusia lapar.Hehehe!

Taadaaa!Kali ni aku nak kongsi resepi aku reka sendiri.Sesuai dibagi untuk anak makan,makan time korang tak sihat atau makan time bila engkau rasa nak makan.So,let's check it out!!!Aku pun macam xtau la nak taruk nama apa kat resepi aku yang tak seberapa ni.Walau x seberapa tapi dah jadi antara my fav food tau.Aku kasik jugak la,"Pasta soup with chicken ball".Chewah!

Bahan2:

Untuk chicken ball

Isi ayam (kisar sampai lumat pastu taruk garam secukup rasa dgn serbuk black pepper).Potong dadu bawang besar dgn chop lumat bawang putih then gaul dgn isi ayam yang dah lumat tadi.Gentel bulat2 then goreng,agak2 nampak isi dah putih sila angkat.

Lain2 bahan:

Pasta-Aku guna pasta (yang spiral punya) tuh jer.Ini suka hati korang la nak pakai yang jenis macam mana.

Mushroom (prefer yang kering,shiitake mushroom)

Carrot (sayur yang keras2 mcm brokoli,bunga kobis etc sesuai tapi yang berdaun tak seswai gituu!)

1kiub ayam (kalau nak bg makan anak sila buat stok ayam sendiri..aku nasihat tapi kalo aku malas aku letak jgk!huhuhu!Garam dan perasa sudah tidak diperlukan)

Cara2 membuatnya

Tumis bawang besar dgn bawang putih.

Masukkan mushroom pastuh taruk serbuk black pepper (kalau xnak pun xper)

Masukkan air dan kiub ayam

Tutup dan biarkan mendidih

Masukkan pasta,carrot dan last skali bebola ayam yang dibuat tadi.Siap!Senang amat.Dah masak padamkan api,dan kalau nak makan terus silakan tapi kalau biar kejap,sup akan meresap dalam pasta jadi lagi sedap...Sekian terima kasih!


Inilah dia "Pasta soup with chicken ball @ Springroll on the floor people walk to school by bus"!Hehehe!Grand gile nama resepi nih!Huhuhu!

2 comments:

Ayu Firzara said...

Ayu pun suke masak pasta! adehhhh dah lama stok pasta takde nih...suka yang spiral jugak! Tapi ayu tak pernah buat sup. hehheheheh lepas nih bleh try!

Syafinaz said...

Masuk dlm sup sayur pun sdp.Lg comel kalau pakai pasta spiral yg bercolor tu.Letak sikit jer pastuh masuk sekali tofu telur.Sedappp!!Hehehe!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You