Selamat Pagi

Mencari mood yang hilang.Hihihi!Mood menulis blog je yang hilang tapi mood setiap hari sangat la berwarna-warni.Syukur Alhamdulillah.Allah swt memudahkan segala urusanku.

Sebab itulah setiap kali bangun pagi ucapkanlah Alhamdulillah.Dalam hidup ni bukan dapat duit berjuta tu klimaks bahagia tp diberi kesihatan yang baik,ditemukan orang yang baik-baik,dipermudahkan urusan harian,keluarga yang gembira,sihat dan bahagia,owh,itu sudah lebih dari segala-galanya.Semuanya duit tak mampu nak beli.Hihihihi.

Dalam kesempatan ini juga saya nak ambil kesempatan memohon maaf andai ada yang tersinggung dengan penulisan saya.Saya manusia biasa yang banyak khilaf mungkin apa yang saya nak beritahu lain dan penerimaan orang lain adalah sebaliknya.Kalau dulu jadi rajin menyinggah,sekarang ni mungkin ada kata2 saya yang tak boleh diterima,terus jauh diri.Maafkan saya yer.



Belum terlambat nak ucap Selamat Pagi.Kami masih disini.Dibumi ratu menjalani kehidupan sama mcm keluarga,rakan-rakan dan seluruh penduduk dunia.Rutin harian biasa yang sama dilalui dan ada la sesekali luar biasa.Hihihi!

Breakfast apa harini?Saya seperti biasa apabila mood kelaut,makan saje la apa yang ada diatas meja.Roti disapu benda diatas ni pun mampu mengisi perut sementara menanti lunch.Dan pagi2 memang ok breakfast yang macam ini.Owh jauh beza breakfast kalau di kampung.Buka saji diatas meja,ayah dah siap beli sarapan.Selalunya menu berbeza seperti nasi lemak,nasi minyak,nasi dagang,pulut kuning etc.Dan yang pasti NASI di awal pagi.Heaven dan tersangat heaven.Kalau mak masak breakfast tetap jugak menu seperti ini.Itu la kami di Malaysia.Dan apabila kita ada kesedaran tentang kesihatan,cubalah dikurangkan.Nak tukar secara drastik diet makanan kita pun tak boleh maklum la bertahun-tahun kita hadap benda yang sama.Ingat kata seorang doctor,nak ubah gaya pemakanan kita buat slowly step by step.Karang terperanjat pulak badan kita.

Mungkin untuk sesetengah orang mampu ubah 360 darjah tp mcm saya,saya x berani diet dgn makan protein sahaja.Owh saya bukan diet sebenarnya sbb sudah ada badan ideal.Maksud saya ubah cara pemakanan pada makanan yang lebih sihat.Itu maksud saya.Kurangkan makan makanan berlemak,manis,masin dan sebagainya.Tetap ambil cuma moderate.

Dan ada kelebihan juga tinggal disini.Apabila masak itu satu kemestian maka kita boleh kawal apa yang akan dimasukkan dalam makanan kita.Makan diluar ada juga cuma untuk kami agak jarang.Sesekali boleh la.Sama je andai kami ditanah air sekalipun.Saya dan suami memang dari awal kahwin kami jarang makan diluar.Kami bukan pengunjung setia kedai mamak tapi sesekali ada la pergi makan roti canai whatsoever segala tu.

Dulu kami tinggal di Bukit Jelutong,Shah Alam dan area kat situ je pun banyak giler restaurant dan kami pulak jenis tak rajin nak mencuba jd banyak la restaurant yang kami tak pergi.Dari restaurant tu bukak,kami berpindah dan sekarang ini setiap kali balik Malaysia,tak juga cuba hingga ada restaurant yang buka lepas tu tutup kami tetap tak pernah pergi.Hihihi.

Kami suami isteri sama selera.Kami akan stick dgn satu restaurant sampai bosan.Hahaha!Tapi ada satu restaurant yang tak buat kami bosan hingga hari ini.Restaurant Sari Ratu Nasi Padang di Subang Parade.Owh!Tempat wajib pergi setiap kali balik ke Malaysia.

Kalau di Terengganu saya memang tak ada restaurant yang saya suka pergi kecuali ada satu gerai yang menjual nasi lemak dan pulut nyior @ kelapa di Batu Buruk.Sini saya tak pernah bosan tambah kuih-muih yang dijual semua sedap.Tak lupa jugak tempat jualan kuih-muih traditional dan moden di Panji Alam kalau tak silap.Inilah tempat kesukaan saya.

Lain-lain tempat untuk saya tak begitu mengujakan cuma gap hampir setahun tak pulang ke kampung (kami pulang sekali je setahun time raya),kalau tgk kat istagram dan FB banyak giler restaurant,cafe baru buka.Ok la kalau ada kelapangan kami akan cuba dan bagi review tambah lagi my friend pun ada yang start bisnes makanan ni.Harus la pergi bagi support kawan-kawan

Menghitung hari nak balik kampung.Sangat tak sabar.Jadi bila tak sabar mula la sibukkan diri dengan banyak aktiviti dengan harapan boleh kill the time la.Bagi masa cepat berlalu.

Dan tak lama lagi nak masuk Ramadhan.Bulan paling mulia dalam segala bulan.Bulan keberkatan.Alhamdulillah.

Nota kaki:Dah habis puasa ganti ke belum?Hahahaha!


Fresh Food: Wicked Wings,Calamvale Central

Di area Brisbane ni nak mencari kedai yang menjual ayam/daging halal bukan satu masalah kerana memang banyak kedai yang menjual dan supply ayam/daging halal ni.Kita just pilih je.Dari utara,selatan,timur,barat,kikikiki.Mcm2 ada.

Dan harini saya nak cerita kedai yang menjual ayam,yes,hanya ayam sahaja tapi pilihan dia sangat la banyak.Apa yang kamu mahu?Ayam?For sure la,dan hingga ke nak tulang ayam sahaja,pun ada,eh kaki ayam (buat sup kaki ayam),pun ada,nak hati ayam,jantung bla bla bla pun ada,Taik ayam je tak jual.Muahahaha!Pendek kata mcm2 ada la.Dan utk mereka yang kejap2 craving nak mkn sup kaki ayam,kerabu kaki ayam  (macam perempuan yang ngah menaip ni la),teringin nak makan rangka ayam goreng or else cari rangka ayam untuk buat homemade chicken stock (next entry kita cerita) so boleh la pergi terjah kedai ni.

Actually walau kedai ayam banyak di area sekitar Brisbane ini,namun tak semua kedai kita boleh beli just certain part macam ni.Hanya sesetengah kedai je dan sebab kita jumpa kedai ni yang offer mcm ni itu yang kita willing to share kat blog sendu kita ni.Muahahaha!

Nama kedai ni Wicked Wings dan inilah kedai yang menjual ayam dari ayam mentah hinggalah ke ayam yang sudah siap di marinate.Datang dengan pelbagai pilihan sos marinate yang awesome dan lagi awesome sangat sesuai pada mereka yang agak sibuk dan tidak cukup masa untuk prepare food from scratch.Sesuai sangat la untuk student.Beli dua tiga jenis ayam yang dah siap di marinate,pack elok2 simpan dalam freezer,bila nak masak defrost lepas tu masuk dalam oven.Jangan lupa switch on oven karang mcm pak pandir,tunggu duk tunggu dapur tak berasap.Kikiki.

Senang kerja kan.Hehehe!Tak tunggu student,suri rumah sepenuh masa macam saya ni pun,akan ada hari malas sedunia,jadi perut lapar kena jugak masak cuma kalau dah ada yang pre cook mcm ni memang best la kan.Betul tak sebut pre cook?Hehehe.Takpe la kalau tak betul pun janji point yang nak gtau tu sampai kat korang.


Ini bahagian ayam mentah disebelah kanan kita ya adik-adik.


Sebelah kiri ni la yang akak suka tu adik-adik.Tengok tu.Banyakkan pilihan dia.Bukan takat ayam marinate je,chicken skewer yang siap marinate pun ada,paling best enchiladas pun ada.


Haaaaa tu dia.Jangan main2.Kahkahkah!



Ai last sekali baru nak cerita ini sijil Halal diorang in case ada yang rasa was-was.Terpampang kat luar premis.

Ok sampai sini je la cerita pasal ayam.Kedai ayam lain bukan taknak cerita tapi sebab kedai ayam ni dia datang dengan pakej lain tu yang semangat saya nak cerita tu.Tapi don't worry,untuk next entry saya akan cerita pasal kedai ayam/daging halal lain bagi memudahkan sesiapa yang nak membeli. Mcm orang putih kata,sharing is caring!Just share apa yang kita tahu dan saya harap moga ia bermanfaat dan at least dapat bagi pilihan terutama bagi mereka yang baru datang ke bumi Brisbane ini.Ini untuk orang Malaysia mcm saya la yang masih tak familiar lagi dengan kawasan sini.Thank you.

Address:

Wicked Wings,
Calamvale Central Shopping Centre,
662 Compton Road,Calamvale QLD


Makan-makan:Asian King Food

Ok let's eat like a king.Kat mana?Kat Asian King Food.Muahaha!Meh sini meh saya nak bawak korang pergi lagi satu tempat makan yang kita boleh panggil tempat makan bajet.Awat bajet?Bajet la sebab harganya MURAH.Hehehehe!Serious murah.

Sabtu yang indah ini kami menghabiskan masa bersama my dear kakak di Calamvale.Owh saya sudah jatuh chenta dengan area sini iaitu area Sunny Bank dan kawasan berhampiran dengannya.Kerana apa kita suka kat area sini sebab kat sini la antara kawasan yang paling mudah nak cari makanan halal,restaurant halal dan yang pasti kat sini antara kawasan yang ramai muslim.Bila tempat ramai muslim,akan ada la masjid.Hah gitewww!OK berbalik cerita asal.

King Food ni letaknya kat Sunny Bank Hills Shopping Town.Kat level 4,area food court.Alah tak susah pun nak cari.Bersebelahan dengan kedai kebab Halal.Nak pergi sini tak jauh sangat dari city.Dalam 25 minutes berkereta gitu.

Duduk overseas ni bila tau ada restaurant Halal selalunya orang Malaysia kat sini dia punya happy ibarat bawak serunding boleh lepas kat kastam check.Hahaha camtu la happy dia.Muahaha!Sebab memang tau asal serunding je jarang yang dapat lepas.Muahaha!Kalau lepas nasib ler tu.



Dan kat Asian King Food ini terdapat pilihan makanan bergoreng yang pada saya harganya juga masih lagi affordable dan kalau nakkkkk lagi murah,pilihan makanan yang telah siap di pack juga ada.Dan yang pastinya satu container harganya just $3.10.OMG.Hihihihi.


Nah bagi jelas lagi kot ada yang tak percaya.Hihihi!Dan my dear kakak cakap kalau nak murah lagi try datang lepas jam 2.Dia akan reduce lagi harga.Owh tak ke best namanya dah hujung-hujung bulan elaun lambat masuk,inilah pilihannya.Itu untuk student la.Hihihihi!

Harus diingat kedai ni tak beroperasi sampai malam sebab dalam shopping mall kan.Semua tahu shopping mall kat sini tutup awal tak macam kat tempat kita.

Bila dapat murah boleh la amik dua tiga jenis.Ya dak?Dan jangan risau kerana kedai ini ada certificate HALAL.Dan kedai ini pun dah beroperasi sejak sekian lama.Dan kalau taknak food yang dah dipack dalam container ni,dan rasa nak makan makanan bergoreng,silalah order.Banyak sangat pilihan dia.


Tu dia menu sekeliling.Tunggu pilih je mana yang berkenan.Takyah merisik.Dia pakai chop terus.Hihihi!

Kalau tak silap saya dulu ada juga kedai konsep mcm ni kat Inala Plaza cuma kat situ food tak banyak pilihan dan sekarang ni dah TAK HALAL mungkin dah tukar owner lain atau owner dulu beralih arah.Ok itu saya tak pasti.

Tapi yang ini dengan banyak pilihannya saya rasa highly recommenced la untuk sesiapa yang nak ubah selera sekali-sekala.Hehehe!


Dan tuan tanah tak agak2 membeli.Ada nasi goreng,ada mee goreng,ada cekodok atau apa entah nama dia.Cekodok inti daging dan inti ayam lepas tu kat luar dia ada perasa lain pulak seingat yang merah tu sweet and sour.Dan kalau nampak chicken wing tu,owh akak suka la sbb sedap wooo!Ayamnya manis2 manja gitewww.Owh suka sangat makanan manis maklum la orang pantai timur.Hohoho!

Dan bila kedai asian macam ni,springroll yadda yadda tu pun ada.Kot la takmau makanan berat boleh la order makanan ringan eh hot snack.Kikiki.Eh boleh mcm tu.Huhuhu!

So kalau ada masa,silalah cuba.Tapi kalau tak kena selera jangan marah aii tau.Sebab I tolong bagitahu je.Muahahaha!Maklum la lain orang lain rasanya.


Makan-makan : Hot Star Chicken

Siapa yang gemar dengan chicken Uncle Bob (kat Malaysia),dan rupanya kat sini ada store yang jual ayam yang ala2 Uncle Bob tu.Saya bagi 10 bintang.Muahahaha!Bayangkan betapa happynya kita bila dapat tahu ada kedai yang ala2 Uncle Bob ittewwww yang jual ayam goreng yang sangat la besar dan very juicy.Dan yang pastinya HALAL.Nah certificate HALAL yang terpampang jelas kat premis diorang.


Ikut plan asal kami last week,kami sepatutnya mengopi di Chipmunks Playland and Cafe : Kids Indoor Play Centre.Boleh check link ini More info click here Tipah! Tempat ni sangatlah ideal untuk geng emak2 mengopi sambil duduk lepak diskusi hal ehwal semasa dimana anak-anak boleh bermain dengan riangnya.

Tapi kita hanya merancang sebab sampai je depan centre tu (happy giler dapat parking betul-betul depan pintu masuk),rupa-rupanya lagi 20 minit centre tu nak close.Ceh!Letih je mak excited td.Maybe next time.Dan kami pun tukar plan terus ke Market Square sbb mcm craving je nak makan ayam goreng.Gediksss kan.

Market Square tu letaknya di Sunny Bank iaitu lebih kurang 25 minit drive dari rumah saya.Tak jauh pun.Dulu saya sangat la tak biasa dengan area ni tapi sejak jadi pengunjung tetap rumah my dear kakak,hihihi,dekat Calamvale tu,antara city nak ke Sunny Bank ni saya rasa mcm dekat haishhh! Mcm nak pi Indooropilly je rasa (sangat ekzegeret cerita).


Sampai di Market Square dapat baik punya parking spot,terus kami serbu kedai ayam oh ayam.Oh lupa.Jangan duk gaduh nak bayar pakai card sbb diorang punya term of payment CASH.

Dan ini la kedainya.Dan harga adalah affordable.Untuk ayam yang besar boleh share makan dua orang tu baru $8.00 ++.Boleh pilih nak original or spicy.Dan jangan lupa order side order dia.Sedap wesss chicken wing dia yang ranggup dan juicy dan curly fries yang sedap dimakan panas-panas.


Nah tayang sikit.Supaya mana yang memang ada kat Brisbane ni terus serbu pergi.Hihihi!Ok la untuk makan-makan sesekali bila dah rasa boring asyik duk makan nasik je kan.Untuk makan ringan2 sambil melepak tu,ini memang highly reccomend la.

Ini ayam kami satu original dan satu spicy.Color pun dah lain tu.Hihihi! Rasa mcm baik hati pulak nak share info sket pasal tempat ni walau tak dapat komisien.Hahahaha!

Phone number
(07) 3423 8008
Address
Hot Star Large Fried Chicken Sunnybank, Brisbane, Australia address
Market Square, 319 Mains Road, Sunnybank, Brisbane
 
Dan bila duk makan ayam,mestilah nak minum kan.Kalau tak mau tercekik.Jadi kami pun pergi la ke sini,Korean Dessert Cafe order ice kisar dia dan kalau kat Malaysia panggil ABC.Hihihi!Sini pulak dipanggil Bingsoo.First time mak pergi jadi ada part kelakar bila mak confius dengan ice shredded dia yang teramat la halus sampai mati-mati mak ingat,eh,awat dia letak banyak sangat dessicated coconut.Ya Allah.Naif sangat instead of letak jakun sangat perempuan ni.Huhuhuhu!
Saya order Bingsoo Nutella.Ikut hati nak order buah-buahan tp takut anak tak makan pulak tambah lagi satu mangkuk $15.00 ++ jadi memang tak la order satu sorang kan.Kopak mak nanti.


Jadi beli satu share anak beranak.Gitewwww.Tapi satu mangkuk ni pun memang sorang takleh nak habis.Besar dan banyak dan manis.Jadi suapan tu awal-awal laju lelama speed dia makin slow pulak.Kikikiki.Jadi kalau datang ngan suami/isteri tu,share la.Baru romantiss giteww.Hahaha!

Jadi itu la ceritanya.
 

Foodies: Ice cream Malaysia

Assalamualaikum and hello,

Apabila semuanya dah settle down dan nampaknya tempoh masa kami di bumi ratu ini masihlah panjang.Jadi marilah kita berkongsi cerita dua minggu lepas.What?!Two weeks ago harini baru nak bercerita.Hihihi!Takpe la lambat dari tak menulis terus.At least ada juga cerita yang nak diceritakan.Dan yang pasti memang berkarat betul la skills menulis sekarang sampai kadang2 ambik masa nak fikir ayat sebab saya ni memang jenis lurus sikit.Walau menggunakan bahasa pasar tapi gigih jugak nak tulis dalam full sentences.Huhuhuhu!

Setelah menjadi viral di FB tentang ice cream Malaysia yang ada jelly buah kat dalam tu (rasanya dah berbulan-bulan orang duk share),tapi saya baru gigih nak mencuba.

Mula-mula sekali kita check dulu plastik ice cream Malaysia tu ada tak lagi stock (tak beli disini tapi dibawa jauh dari Malaysia sebab saya memang suka makan ice cream homemade tu).Check stock masih ada siap banyak pack lagi.Fuh!Setakat nak buah beratus-ratus batang tu memang takde masalah.

Dan haritu jugak terus pergi ke Indooropilly shopping Mall.Mall ni tak jauh pun dari rumah.Dalam 5 minutes berkereta.Dan kat situ ada satu kedai Asian Groceries yang banyak jual barang2 dari Malaysia.Bestkan.Tapi harga sedikit mahal dari Asian Groceries lain maybe location kedai kot dalam shopping mall.

Berjaya beli fruit jelly sebab dah tahu kat situ ada jual.Balik je rumah terus buat.Semangat tu kan.Dan kalau ikut resepi asal, susu cair yang digunakan tapi saya tukar kepada fresh milk maka kena la tambah sedikit gula.

Jom check resepi:

500 ml susu segar
Gula (ikut selera)
Jeli buah-buahan (saya potong dua)
Plastik ice cream

The recipes:

500 ml fresh milk
Sugar (depends on your taste)
Fruit jelly (Cut in two)
Clear plastic specially made for ice cream Malaysia

Hasilnya,taaadaaaaaa! 



Happy sangat tau berjaya buat cuma kurang happy sikit budak kat rumah ni.Ada baru masuk peti ais tak sampai 10 minit dah sibuk tanya dah boleh makan ke belum.Urggghhhh!Tak stop kat situ je tau.Within 2 hours rasa macam nak berdarah telinga duk layan pertanyaan dia.Last2 bagi jugak dia makan walau tak keras sepenuhnya lagi tapi kalau dilihat cara makan.................................diorang tak berapa minat sangat.Maybe sbb jarang jumpa kot.Kalau si TND mungkin kat Malaysia dulu dia biasa jumpa tapi si TDS,nampak je terus lari taknak.Pada dia,ini bukan ice cream.Jadi gigih la emak dia nak introduce balik ni la ice cream Malaysia.

Dengan ice cream Malaysia tu la nenek korang buat side income waktu saya kecik-kecik dulu sampai stress tau sebab banyak kali bebudak datang bagi salam nak beli ice cream.Kikikiki!

Owh kenangan mengusik jiwa betul.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You