Assalamualaikum.First of all, Salam Ramadhan Al Mubarak to all muslim around the world
( Fefeling blog go internationale.Mihmihmih!).Harini dah masuk hari ke 11 berpuasa.Alhamdulillah.
So what so special during Ramadhan?Mesti banyakkan.So marilah kita grab the opportunity untuk collect seberapa banyak pahala dibulan yang mulia ini In shaa Allah.Solat jangan tinggal,buat semua perkara sunat,recite Al Quran (kalau tak mampu curilah masa sikit untuk baca kalau boleh setiap hari),sadaqah,jamu orang berbuka dan sebagainya.
Orait.Citer dibulan puasa ni,hamboi kau berpusu-pusu orang duk share recipe.Sampai jammed wall I.Kahkahkah!Actually I pun ada gak sebenarnya share recipe tapi secara secret la.Nampak recipe best share tp set ONLY ME yang boleh view.Buruk tak perangai?Hahaha.Sebab diorang ni dengki.Asal kita share je berpusu-pusu mintak sikit nak rasa.Mcm la sekali share terus buat.Muhahaha!
Ok dah nak masuk pertengahan puasa pun,how time flies kan.Cepat je masa berlalu.I pulak kat sini masih sama macam last year,start puasa sorang2.Kalau last year my cousin willing datang dari Melbourne sbb nak temankan kita berpuasa sama-sama sbb last year suami kena ke Adelaide.Rindu juga ramdhan last year sbb boleh tahan meriah plus bebudak aviation yg rapat sket ngan kami ada lagi kat sini.Tp this year semua dah takde,dah grad,dah kerja,dah kawin,dah ada awek.Kikikiki.This year my cousin tak dapat datang lepas tu husband kena ke Roma pulak.Maka bertabah la.
Maka bila sensorang je berpuasa,makin ligat la I bisnes.1st day puasa kita open order Air Lai Chi Kang.Alhamdulillah menggalakkan.Sempat la tiga kali open for order.Hihihi.Maklum la bila masuk je Ramadhan mesti ada yg rindu makanan kat tanah air.Standard la hidup merantau ni.
Mcm my friend usik I,mesti rindu bazaar Ramadhan kan.Hihihi.Jawapannya adalah tidak,sbb my family mmg bukan jenis suka beli makanan di bazaar.Lagi la my dad yg tak akan makan langsung makanan beli kat bazaar mahupun pasar malam.Dan family kami pun kalau berbuka tak la meriah sangat makanan di meja kecuali ada tetamu.Ini sbb family kecik jd takut membazir,maka selalunya masak tak banyak pun dan pemanis mulut selalunya satu je.I pulak sesekali suka juga pergi ke bazaar cuma kalau beli makanan lepas tu tak habis makan siap la kena bebel ngan mak dan abah.Jd selalunya I kalau pergi just beli satu atau dua atau tak pergi langsung.Mmg every year setiap kali ramadhan I pergi 3,4 kali je tu pun yg selalu pergi dekat ngan rumah mertua.Jd bila dah biasa mcm ni,rindu tu mmg tak la.Dan mak kita jenis rajin masak so makan masakan mak je la.Skang I pulak dah jd mak,maka praktik la rutin yg sama.Kalau rindu makanan Malaysia tu sebenarnya lebih pada rindu masakan mak dan mertua.Tu je la.Kat sini kau teringin je mmg boleh buat sbb bahan2 mudah nak cari.Mmg ada.Kebanyakannya la.Don't worry.Cuma kalau kepingin lemang dalam buluh mmg tak dapat la.Nak craving pun agak2 la.Kakakaka!
I pun takde la nak berdendang perantau sangat sbb masih lagi rutin setiap tahun iaitu pasti akan pulang beraya di kampung.Setakat ni takde plan lagi nak beraya di bumi ratu ni.Hehehe!Tak pernah pun raya sini.Tinggal tak sampai seminggu je lagi.So excited.Brg nak bwk balik dah asing sesiap sejak dua minggu lepas lagi.Hahaha!Kami ni mmg mcm ni.Dari Australia nak ke Malaysia,kemas baju dua minggu awal.Dari Malaysia nak ke Australia balik,esok nak fly,dua hari sebelum baru terhegeh-hegeh mengemas.Hahaha!
Last week hari ke 3 puasa I open order Nasi Dagang Terengganu dengan kuih keria.Hari ke 4 puasa,I open for order nasi ayam.Alhamdulillah.Ramai juga yg order.
Ini ramai yg nak sampai tak cukup.Kikikiki.Nampak nau semua orang rindu kuih2 Malaysia kan.Ini kuih keria.Ini jual2 ni untuk komuniti Malaysia je bukan orang luar.Counsil dah bg garis panduan kami hanya boleh berniaga sesama komuniti dan setiap makanan haruslah dipack siap2 dari rumah.Maknanya takleh la open stall nak menggoreng bagai.Hahaha! Nak buat apa2 undang2 kena follow jugak sbb kita kat tempat orang.Diorang dah bg garis panduan so follow je.Cuma jangan jd
mcm ada hamba Allah ni sakit hati tak tau kenapa dengan orang siap marah2 student berniaga.Katanya " Ni datang nak belajar ke nak berniaga".Aduh la wahai Melayu sorang ni.Apa kau ingat yang datang sini semua belajar ke?Kami ni datang sini bekerja.Kikikiki.Kesiankan org mcm ni.Kita doa biar dia jd orang yang baik dan bertaubat atas keceluparan dia tu dan mengguris hati orang lain.
Dan yang ni pulak bubur kacang tp ni non profit punya sbb untuk kutipan derma bg membantu saudara seagama kita iaitu Rohingya.Derma disalurkan melalui pertubuhan Ikram Australia..Alhamdulillah permintaan menggalakkan dan yg menyumbangkan kuih pun ramai.I buat bubur kacang dengan agar2 santan gula melaka.
Weekdays lepas I tak berniaga kecuali hari Jumaat ada la meniaga jugak jual nasi putih dgn ayam masak lemak cili api dgn agar2 santan gula melaka.Dan semalam I jual Mee Kari dan Yong Tau Fu.
Kebetulan jugak semalam ada jualan untuk dapatkan fund untuk diberikan pada Muallaf kat sini.Alhamdulillah ramai yg datang support.Jualan kek dan juga special sket ada dessert Lebanese yg mmg dibuat orang dari Lebanon you.Hehehe.
Ni bukan tengok saje ni.Satu cupcakes dah lebur dia kerjakan.Makan tak pun.Haish!Dia punya geram siap beberapa kali cobaan nak cilok cuppies ni.Tu yg duk bertenggek kat situ tu buat2 main la kononnya.Mata tajam je tgk kat cuppies tu.
Juadah berbuka yang I jual semalam dan kiranya last la I meniaga semalam tp my friend ada la yang continue.I pun dah start kemas apa yang patut maklum la nak balik kampung.Ho ho ho! Balik kampung. Hati girang!
Last but not least,ada berita sedih sikit iaitu route MAS ke Brisbane telah diberhentikan bermula 9 August 2015.Kalau taknak naik airlines lain yg selalunya transit di Singapore,tinggal satu je pilihan iaitu Air Asia tp kena naik kat Gold Coast.So sad.Tp mcm kami andai taknak naik Air Asia sbb malas nak ke Gold Coast,kami still boleh transit ke Singapore sbb jangan tak tahu,direct flight Singapore to Terengganu dah ada skang.Ngeh!Ngeh!Ngeh!Last year diorang start.Kira ok lettewwww!
Maka lepas ni kalau nak datang Brisbane,panjang sikit la ceritanya.Kikikiki!Alahai sedihnya.Route Malaysia ke Perth pun kena cut juga dari dua kali sehari pada sekali je sehari kalau tak silap.Ini semua disebabkan management MAS baru dalam process nak cut cost so penerbangan nasional akan dicut kalau mmg tak mendapat sambuta.Den takleh nak komen lelebih sbb kita tak tau apa plan diorg cuma pakat doa la biar MAS bangkit semula dan dapat balik anugerah yg pernah diorang dapat dulu iaitu antara the best airlines in the world tp tak sure ranking ke berapa cuma pernah jd antara the best among the best jugak la.
Ok.Habis cerita.Sekian.
*Senyap je orang German.Baru nak intai juadah berbuka dia.Hehehe!