Pneumococcal vaccine,adakah bayi anda sudah mendapatkannya?

Woooo...lamanya tak update blog.Tapi update ke tak update ke,sama je.Bukan ada 14,000 fans pun.Hahaha!Takpe2!Ada aku kesah?Hahaha!  : )

Sebenarnya dah agak lama nak berkongsi tentang perkara ini tapi asyik malas busy je manjang.Lately terlalu sibuk melayan Damia sebenarnya.Makin hari makin lasak.Ada je benda baru yang nak dibuatnya.Kalau ikutkan lasak,malam tido awal sebab letih lega la jugak.Tapi malangnya ia tidak berlaku.Kalau tak pukul 10 (paling awal),untung2 pukul 12 baru terhegeh-hegeh nak tido.Oh!I'm totally exhausted.Apa punya terlebih energykah budak ini?Entahlah.

Harini sebenarnya aku nak kongsi pasal suntikan pneumococcal vaccine untuk bayi.Jadinya sila Rujuk sini.Aku malas nak terang sebab aku memang pemalas.Hahaha!Since skang ni macam2 jenis kuman ada dan kalau aku list kat sini segala jenis nama kuman2 yang ada,insyaallah sampai minggu depan pun belum tentu habis.Maka jadilah ibubapa yang sedikit concern yer kawan2.Ala bukan untuk orang lain pun.Untuk anak kita jugak.Kalau stroller ribu riban mampu beli takkan suntikan tambahan untuk anak pun berat hati nak bagi.Tapi itulah hakikatnya.Sebenarnya aku dah pernah beritahu beberapa kenalan aku pasal suntikan ni dan respon yang diterima agak baik cuma effort tu yang tak ada.Makanya pembaziran sudah wujud disitu.Bazir apa?Bazir air liur aku yang dok terang satu persatu.Biasanya diorang just dengar je dan bila masuk part cost untuk suntikan,masing2 terkedu.Ala,macam aku cakap takkan stroller anak ribu riban kau mampu yang ini kau tak mampu?Tapi aku takleh kata jugak sebab bila suntik ni bendanya tak nampak,tapi bila tang barang tuh orang boleh nampak.Orang boleh puji,orang boleh kagum kot.Berduit jugak diorang nih!Hahaha!Lantak korang la.Anak korang.Tapi perkara sama juga diluahkan oleh doktor yang suggest kat kitorang tu.Dia sendiri cakap kebanyakan just dengar je doktor tu dok pot pet pot pet tapi kata nak ambil untuk anak diorang tidak ler.Sayang duit kot.Tapi untuk sport rim kereta takpe.Hahaha!

Berbalik pada suntikan ni (Synflorix-nama suntikan ni),kalau tanya opinion aku,aku akan jawab,YES!Tapi itu bergantung pada korang la sebab suntikan ini merupakan suntikan tambahan untuk bayi anda untuk protect diorang punya lung,ears dan brain.Dan ketiga2 suntikan ini agak mahal bagi aku la tapi demi anak tercinta maka ku korbankan jua.Namun aku ada juga tanya beberapa doktor dan 95% menyokong dan selebihnya meletakkan pilihan pada kita sebagai ibu bapa dalam membuat keputusan.

Pada aku ia juga ibarat satu pelaburan.Pelaburan untuk anak tersayang.Orang macam aku,nak beli jongkong emas buat melabur duitnya ngak ada,jadi aku labur ni je la.Hehehe!Bila aku tgk dkt forum2 atau bertanya secara in person,honestly kesedaran orang kita sebenarnya masih low.Very low serious aku cakap.Mungkin pada diorang ada lagi benda yang lebih penting pada diorang dari duk sibuk nak ambik suntikan tambahan bagai dan pada diorang suntikan wajib yang dah ditetapkan oleh kementerian kesihatan adalah sudah memadai.Yea,aku akui itu cuma rasanya tak salah kalau kita cuba advanced sedikit dengan mana melihat keadaan sekarang.

Aku akui untuk pasangan muda macam aku,middle income pulak tu,kadang2 duit yang ada itu agak terhad namun pada aku kalau dah tahu ada komitmen,spend la duit tu sebaiknya.Ini bukan dengki atau apa,tapi apa yang aku lihat,direct je la aku cakap,orang2 sekeliling aku jugak,kalau bab melaram,pakai barang2 branded,orang sibuk pakai handbeg mahal,dia pun nak jugak,stroller anak orang mahal,dia nak jugak,spend duit pergi spa (alasan jaga badan demi laki),orang makan restaurant mahal,usaha nak masuk jugak,sedangkan setiap kali asyik swipe credit card.Kalau gaji mahal tak kesah la.Lantak korang la nak spend duit macam mana.Ini aku tuju yang gaji tak seberapa nak menjadi kalau senyum.Hahaha!Time hujung bulan semput pastu time anak nak kena suntik atau anak demam,usaha juga ke hospital kerajaan.Tunggu berjam sampai berpeluh ketiak pun takpe.Alasan,murah.Betul la murah dan satu lagi dah diberi kemudahankan?,ambil je la tapi kot ye pun agak2 la.Time nak spend utk anak fikir pjg tapi time nak keluar duit utk diri sendiri,sikit pun tak fikir panjang.Begitulah seadanya.Apa kata kalau kita bagi peluang pada mereka yang lebih memerlukan.Macam ada satu kakak kat kampung aku ni,kadang2 sampai ulang 2,3 kali ke klinik kerajaan nak suntik anak tapi ubat pulak dah habis stok.

Satu diingatkan,bila dah suntikan mahal makanya ia tidak dioffer kat klinik gomen.Harap maklum!Sila dapatkannya dihospital swasta.Kalau korang perasan,iklan untik suntikan ni dia letak muka selebriti Nas dgn anak bini dia Sheahne dan baby girl diorg yang comel.Lebih kurang je muka 3 beranak nih!Hehehe!

Suntikan yang akan diberikan adalah sebanyak 3 or 4 kali (depends pada doktor) bermula usia bayi anda 3 bulan.Damia kena suntik waktu 3 bulan,8 bulan dan 1 tahun.Selesai!Follow jadual yang dah diberikan oleh paed.Total cost untuk 3 suntikan adalah sebanyak RM800++.Tapi itu diTerengganu dan kalau diKL,dalam RM1,000++ (Kakak aku cakap la sebab dia pun ambil untuk anak dia.Kalau dia salah sila karate dia,dan jangan cederakan aku ok?).

Tapi ini aku rujuk kalau kita ada kemampuan atau ada duit lebih sikit.Kalau tak mampu benda ni tak jatuh wajib sebenarnya cuma kalau kita concern dan rasa risau adalah lebih baik untuk kita mengambil suntikan ini sebagai satu langkah berjaga2.Kalau nak jadi juga andai tetiba anak diserang penyakit berkaitan dan kita sudah membuat langkah pencegahan nak buat macam mana.Itu semua kerja ALLAH swt.Lagi sedih kalau kena tanpa kita berikhtiar untuk mengatasinya.Better safe than sorry or regret at the end of the day.Tak perlulah nak berkira sangat kalau handbeg Coach mampu pakai,ini apalah sangat bukan sekali bayar RM800 terus pun.Bayar setiap kali disuntik.Sempatlah nak simpan duit.Hehehe!

Kita faham bahawa vaksin ni tak akan protect 100% baby kita cuma sekurang-kurangnya ia mengurangkan risiko jangkitan penyakit contohnya meningitis  (infection of the covering of the brain),ear infection, sinus infection, pneumonia, blood infection (bacteremia) and etc.Baby yang dihantar ke nursery adalah sangat digalakkan untuk ambil suntikan ini since diorang bercampur dengan budak2 lain yang mungkin berisiko.Kita pun tahu baby mudah dijangkiti memandangkan antibodi diorang tak kuat sangat.Jadi apa tunggu lagi!Cepat serang klinik yang berhampiran (cara iklan memang takleh nak blah la!)

Makanya,tepuk dada tanyalah selera!

Seperti biasa foto tiada kena mengena dengan topik yang dibincangkan

11 comments:

Mince4AM said...

gambor bijok

Anonymous said...

Nak tanye suntikan ni umo brp blh amik?

Unknown said...

Start 3 bulan tp seeloknya dapatkan advise dari paed sendiri.

Anonymous said...

btl2...jgn jd cam sy. anak dh kena kuman ni br terhegeh2 nk ambik tau sal suntikan ni...xperlah abiskn duit sikit untuk dapatkanvaksin drpd abis duit banyak bayar kos wad..huhu

ayuku said...

Assalam..nak tanya amik suntikan ni di mana ye di Terengganu..Tq :)

Unknown said...

Kebanyakan priavte clinic mmg offer.Mcm saya,amik di Klinik Kumpulan Mulimah di Jalan Tok Adis,Kuala Ibai.Doctor in charge Dr.Fadzilah : )

ayuku said...

ok..tq sis..br pindah terengganu..dia ada suntikan rotavirus sekali x sis?

Unknown said...

Kalau suntikan rotavirus doctor tu tak suggestkan amik sbb dia kata kandungan diragui so saya tak ambik.dia ckp ada unsur tak halal.kalau nak amik jugak,amik di Kuala Terengganu Specialist Hospital.Kat situ ada.Saya mmg refuse bila doctor nak suntik anak saya haritu waktu dia still baby.

ayuku said...

ok kak..thanks atas info :)

Unknown said...

Ank puan ok x lpas amok suntikan u..ade kesan2 smpingan or x..

Unknown said...

Alhamdulillah dua2 anak takde kesan sampingan.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You