Sakitnya bila kulit melecur.Serious I tell u!Awww!

Awwww....it's really hurt! Starting macam tak leh blah jer tapi serious aku nak cakap memang sakit.Sebenarnya just nak beritahu aku baru terkena musibah disebabkan kebongokan a.k.a bongokssss <<<  sengaja letak lebih "sssss" untuk menunujukkan betapa tak cerdiknya diri ini bila tanpa fikir panjang letak air panas dalam bekas kaca yang baru 15 saat keluar dari peti ais (saje letak kiraan saat untuk bagi jalan cerita lebih dramatik).Inilah akibatnya kalau time blajo Sains dulu asyik duk sembang kat belakang dengan kawan2 time cikgu berbuih mulut bagi penerangan kat depan.Hah!Inilah hasilnya.

Bayangkan macam mana aku lebih rela tutup mata dari lari sebab time tu mati2 aku ingat kaca tu pecah berderai ala macam dalam movie omputeh tu.Selalukan effect dia mesti kaca pangggg pecah berderai pastu heroin dia pusing badan cover muka takut tercedera.Lagi sekali perasan jadi watak utama dalam filem pulak.Dan bila rasa panas!!Oh!Panas! baru aku perasan sebenarnya bekas kaca tu just retak menanti belah je dan bila pandang bawah baru perasan seluar sendiri dah lencun dengan air panas.Apa lagi terus lari masuk toilet cuma sebelum tuh sempat lagi panggil suami tapi suami lambat sampai ketempat kejadian.Kalau dah masuk tahun keempat kawin memang macam ni la.Datangnya lambat je macam kura-kura sakit bontot.Kalau time bercinta dulu rasanya raung x habis lagi,zuppp! dah ada depan mata.Huh!

Aku siram dengan air paip dekat tempat kena air panas tu.Sempat jugak la mengelupur seminit dua.Serious pedih takleh nak cerita.Dan kat sinilah pengajaran dia.

Petua ni bukan dari orang tua2.Kalau orang tua2 suruh letak marjerin la,ubat gigi la,dan paling takleh terima letak kicap.Aku pun taktau apa kena mengena cuma kalau ada yang berkesan tu kira bagus la tu.Tapi menurut doktor,kalau kena macam tu just siram dengan air aip sampai hilang rasa pedih tu.Insyaallah tak akan naik gelembung.Macam kes aku,dah siram air tapi kejap sangat,pastu suami sendiri yang x sabar2 nak letak ubat (cakap je la sayang nak tinggal games PSP dia tuh!).Maka naik la gelembung2 tersebut menyebabkan dah dekat nak seminggu aku dah macam budak baru lepas berkhatan pakai kain angkat depan jalan ke hulu ke hilir dalam rumah.Paling aku hangin time gelembung tu naik baikkkk punya,Damia pulak jadik geram tengok dan pastinya cubaan memecahkannya beberapa kali dibuat namun aku sempat tepis.Sakit punya pasal Damia pun aku bagi sakit sekali.Sape suruh sakitkan aku.Kang dah kena!Huhuhu!

Ini dengan bantuan pak cik google.Just sedikit info untuk dikongsi:

Apakah yang dimaksudkan dengan melecur?



Melecur atau kebakaran tahap pertama merupakan tahap tidak serius di mana ia hanya melibatkan lapisan luar kulit (epidermis).Kulit yang melecur akan berwarna merah. Kadang kala ia membengkak dan rasa sakit - Aku punya kes tak sakit sangat cuma gatal.Hazab tau tak tahan gatal yang xleh nak garu.

Apa yang perlu anda lakukan?


Periksa tahap kulit yang melecur. Jika ia hanya terkena pada diameter 2-3 inci, ikut langkah-langkahberikut - Aku setakat atas kulit je.X ukur berapa lak diameter dia sbb x cukup peralatan.Hikhik!

Tindakan:


Sejukkan kawasan yang melecur


• Alirkan air selama 15 minit di kawasan yang melecur. Jika langkah ini tidak berhasil,rendam di dalam air yang sejuk atau gunakan bahan penyejuk - Dah buat tapi x lama.*Menyesal sangat!Sob!Sob!


• Menyejukkan kulit yang melecur dapat mengurangkan bengkak dengan menghilangkan rasa panas pada kulit. Jangan letak ais pada kulit yang melecur - Laki aku memandai p letak ais.Sabotaj ke kanda???


Sapukan losen


• Jika kawasan yang melecur telah sejuk, sapu losen yang mengandungi aloe Vera,antibiotik atau pelembap. Ia akan mengurangkan kulit kering dan buat anda rasa lebih selesa - Tak buat.Semalaman mengelupur sensorang tahan pedih!

Balut kulit yang melecur menggunakan pembalut yang telah disteril


• Jangan guna kapas, ia akan menyakitkan kulit
• Balutan hendaklah secara longgar bagi mengelakkan tekanan pada kulit yang melecur
• Ia bertujuan mengelakkan daripada terkena udara, dapat mengurangkan rasa sakit dan melindungi kulit yang melecur


Makan ubat penahan sakit


• "Paracetamol" dan "mefanamic acid"
• Melecur yang ringan boleh sembuh dalam masa seminggu hingga 2 minggu tanpa sebarang rawatan - Kes aku tak ringan juga tapi tgk kalau smpi seminggu ke 2 minggu????Pengsan kejap.

• Dapatkan rawatan jika terdapat sebarang tanda-tanda jangkitan seperti bertambah sakit, kemerahan, demam, bengkak atau berair.


Amaran

Jangan guna ais. Meletakkan ais di tempat yang melecur boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kulit.Jangan pecahkan kulit yang menggelembung. Cecair di dalam gelembung berfungsi untuk melindungi daripada jangkitan - Masalahnya aku p jumpa doktor,doktor tu yang p pecahkan .Takkan aku nak karate leher dia time tu jugak!Adei! * Redha..

Jika gelembung pecah, basuh kawasan tersebut menggunakan sabun dan air, sapu ubat antibiotik dan balut dengan kain yang disteril - Huh!Kena air pun hazab ni nak cuci dengan sabun???Sampai rumah jiran la dengar suara aku menjerit.Confirm.


Cuci dan ganti pembalut setiap hari.


Jumpa doktor sekiranya:


Kawasan melecur bertambah besar.Melibatkan bahagian lain seperti mata, telinga, sendi dan lain-lain - Tak kena bahagian lain pun berdesup aku p klinik.Tak tahan woi!!!

Pneumococcal vaccine,adakah bayi anda sudah mendapatkannya?

Woooo...lamanya tak update blog.Tapi update ke tak update ke,sama je.Bukan ada 14,000 fans pun.Hahaha!Takpe2!Ada aku kesah?Hahaha!  : )

Sebenarnya dah agak lama nak berkongsi tentang perkara ini tapi asyik malas busy je manjang.Lately terlalu sibuk melayan Damia sebenarnya.Makin hari makin lasak.Ada je benda baru yang nak dibuatnya.Kalau ikutkan lasak,malam tido awal sebab letih lega la jugak.Tapi malangnya ia tidak berlaku.Kalau tak pukul 10 (paling awal),untung2 pukul 12 baru terhegeh-hegeh nak tido.Oh!I'm totally exhausted.Apa punya terlebih energykah budak ini?Entahlah.

Harini sebenarnya aku nak kongsi pasal suntikan pneumococcal vaccine untuk bayi.Jadinya sila Rujuk sini.Aku malas nak terang sebab aku memang pemalas.Hahaha!Since skang ni macam2 jenis kuman ada dan kalau aku list kat sini segala jenis nama kuman2 yang ada,insyaallah sampai minggu depan pun belum tentu habis.Maka jadilah ibubapa yang sedikit concern yer kawan2.Ala bukan untuk orang lain pun.Untuk anak kita jugak.Kalau stroller ribu riban mampu beli takkan suntikan tambahan untuk anak pun berat hati nak bagi.Tapi itulah hakikatnya.Sebenarnya aku dah pernah beritahu beberapa kenalan aku pasal suntikan ni dan respon yang diterima agak baik cuma effort tu yang tak ada.Makanya pembaziran sudah wujud disitu.Bazir apa?Bazir air liur aku yang dok terang satu persatu.Biasanya diorang just dengar je dan bila masuk part cost untuk suntikan,masing2 terkedu.Ala,macam aku cakap takkan stroller anak ribu riban kau mampu yang ini kau tak mampu?Tapi aku takleh kata jugak sebab bila suntik ni bendanya tak nampak,tapi bila tang barang tuh orang boleh nampak.Orang boleh puji,orang boleh kagum kot.Berduit jugak diorang nih!Hahaha!Lantak korang la.Anak korang.Tapi perkara sama juga diluahkan oleh doktor yang suggest kat kitorang tu.Dia sendiri cakap kebanyakan just dengar je doktor tu dok pot pet pot pet tapi kata nak ambil untuk anak diorang tidak ler.Sayang duit kot.Tapi untuk sport rim kereta takpe.Hahaha!

Berbalik pada suntikan ni (Synflorix-nama suntikan ni),kalau tanya opinion aku,aku akan jawab,YES!Tapi itu bergantung pada korang la sebab suntikan ini merupakan suntikan tambahan untuk bayi anda untuk protect diorang punya lung,ears dan brain.Dan ketiga2 suntikan ini agak mahal bagi aku la tapi demi anak tercinta maka ku korbankan jua.Namun aku ada juga tanya beberapa doktor dan 95% menyokong dan selebihnya meletakkan pilihan pada kita sebagai ibu bapa dalam membuat keputusan.

Pada aku ia juga ibarat satu pelaburan.Pelaburan untuk anak tersayang.Orang macam aku,nak beli jongkong emas buat melabur duitnya ngak ada,jadi aku labur ni je la.Hehehe!Bila aku tgk dkt forum2 atau bertanya secara in person,honestly kesedaran orang kita sebenarnya masih low.Very low serious aku cakap.Mungkin pada diorang ada lagi benda yang lebih penting pada diorang dari duk sibuk nak ambik suntikan tambahan bagai dan pada diorang suntikan wajib yang dah ditetapkan oleh kementerian kesihatan adalah sudah memadai.Yea,aku akui itu cuma rasanya tak salah kalau kita cuba advanced sedikit dengan mana melihat keadaan sekarang.

Aku akui untuk pasangan muda macam aku,middle income pulak tu,kadang2 duit yang ada itu agak terhad namun pada aku kalau dah tahu ada komitmen,spend la duit tu sebaiknya.Ini bukan dengki atau apa,tapi apa yang aku lihat,direct je la aku cakap,orang2 sekeliling aku jugak,kalau bab melaram,pakai barang2 branded,orang sibuk pakai handbeg mahal,dia pun nak jugak,stroller anak orang mahal,dia nak jugak,spend duit pergi spa (alasan jaga badan demi laki),orang makan restaurant mahal,usaha nak masuk jugak,sedangkan setiap kali asyik swipe credit card.Kalau gaji mahal tak kesah la.Lantak korang la nak spend duit macam mana.Ini aku tuju yang gaji tak seberapa nak menjadi kalau senyum.Hahaha!Time hujung bulan semput pastu time anak nak kena suntik atau anak demam,usaha juga ke hospital kerajaan.Tunggu berjam sampai berpeluh ketiak pun takpe.Alasan,murah.Betul la murah dan satu lagi dah diberi kemudahankan?,ambil je la tapi kot ye pun agak2 la.Time nak spend utk anak fikir pjg tapi time nak keluar duit utk diri sendiri,sikit pun tak fikir panjang.Begitulah seadanya.Apa kata kalau kita bagi peluang pada mereka yang lebih memerlukan.Macam ada satu kakak kat kampung aku ni,kadang2 sampai ulang 2,3 kali ke klinik kerajaan nak suntik anak tapi ubat pulak dah habis stok.

Satu diingatkan,bila dah suntikan mahal makanya ia tidak dioffer kat klinik gomen.Harap maklum!Sila dapatkannya dihospital swasta.Kalau korang perasan,iklan untik suntikan ni dia letak muka selebriti Nas dgn anak bini dia Sheahne dan baby girl diorg yang comel.Lebih kurang je muka 3 beranak nih!Hehehe!

Suntikan yang akan diberikan adalah sebanyak 3 or 4 kali (depends pada doktor) bermula usia bayi anda 3 bulan.Damia kena suntik waktu 3 bulan,8 bulan dan 1 tahun.Selesai!Follow jadual yang dah diberikan oleh paed.Total cost untuk 3 suntikan adalah sebanyak RM800++.Tapi itu diTerengganu dan kalau diKL,dalam RM1,000++ (Kakak aku cakap la sebab dia pun ambil untuk anak dia.Kalau dia salah sila karate dia,dan jangan cederakan aku ok?).

Tapi ini aku rujuk kalau kita ada kemampuan atau ada duit lebih sikit.Kalau tak mampu benda ni tak jatuh wajib sebenarnya cuma kalau kita concern dan rasa risau adalah lebih baik untuk kita mengambil suntikan ini sebagai satu langkah berjaga2.Kalau nak jadi juga andai tetiba anak diserang penyakit berkaitan dan kita sudah membuat langkah pencegahan nak buat macam mana.Itu semua kerja ALLAH swt.Lagi sedih kalau kena tanpa kita berikhtiar untuk mengatasinya.Better safe than sorry or regret at the end of the day.Tak perlulah nak berkira sangat kalau handbeg Coach mampu pakai,ini apalah sangat bukan sekali bayar RM800 terus pun.Bayar setiap kali disuntik.Sempatlah nak simpan duit.Hehehe!

Kita faham bahawa vaksin ni tak akan protect 100% baby kita cuma sekurang-kurangnya ia mengurangkan risiko jangkitan penyakit contohnya meningitis  (infection of the covering of the brain),ear infection, sinus infection, pneumonia, blood infection (bacteremia) and etc.Baby yang dihantar ke nursery adalah sangat digalakkan untuk ambil suntikan ini since diorang bercampur dengan budak2 lain yang mungkin berisiko.Kita pun tahu baby mudah dijangkiti memandangkan antibodi diorang tak kuat sangat.Jadi apa tunggu lagi!Cepat serang klinik yang berhampiran (cara iklan memang takleh nak blah la!)

Makanya,tepuk dada tanyalah selera!

Seperti biasa foto tiada kena mengena dengan topik yang dibincangkan

Picisan #2-Oh!

Malaysia oh! Malaysia!

Orang buat dia pun nak buat.Asyik nak tiru orang jer.Bila nak ada originality sendiri neh??


Ala2 group Korea la neh.Walau tak minat pun lagu or drama Korea,tapi tak la jakun sangat sampai tak tahu langsung lagu2 Korea yang selalu dengar dari radio.Sorry!Sorry!Sorry!Sorry!Makka makka apa jadah ko duk sorry sorry tuh!Wakakaka!

Tu bukak2 baju,tak takut kena banned macam Faizal Tahir ke??hehehe.Artis lelaki bukak baju isu sensitif siap kena suspended bagai,tapi artis perempuan bukak sana,dedah sini,bareback bagai,senyap je.Tak ada pulak jadi isu.Dunia ni terbalik sudah agaknya.

Serious time pandang muka 3 orang nih posing,aku rasa kembang tekak semacam jer.Kalau ternampak time nak makan nasik sure hilang terus selera walau lauk dihidang superb giler!Oh!!!!!!Bluek!!!

Tapi deep down in my heart,aku rasa sedih giler dengan orang Melayu sekarang nih.Kadang2 terfikir,apalah yang diorang fikirkan?Apa diorang ingat nak terkinja2 sampai tua ke apa?

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You